BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 15 May 2012

Pasal Kaki Pulak

Selama ni, aku beli kasut ikut suka mata. Asal cantik. Kadang2 ikut suka kaki juga. Asal selesa. Tak terpikir pun nak ambil tau pasal struktur binaan kaki. Kena ker?

Sehinggalah pada suatu hari, aku ternampak satu kedai kasut sukan baru bukak kat bpmol. Br00ks katanya. Selalu dengar, kan? Kedai baru harus lah dimasuki. Dapat pegang pun jadik lah. Lagi pun takde plan nak membeli kasut sukan. Lain lah kalau aku atlit sukan negara ke. Harus masuk situ macam masuk nag0yatextile (maksudnya setiap kali lalu).

Masa di situ, promoter dia melayan kami dengan ramahnya. Siap 2 orang lagik! Biasa ar, kedai baru, harus menarik hati customer. Cuba dah setahun bukak. Kiter masuk pun dia pandang atas bawah. Tau lah kasut dia mahal!

Ada 2 kekdah menguji struktur kaki. Guna mesin. Satu tu macam penimbang. Kita naik atas dia dan dia ukur tekanan pada tapak kaki kita. Kendian kuar ar kat skrin tu gambar tapak kaki kita. Ada area yang tekanan kuat, ada yang tak. Dari situ juga kita tau lekuk kaki kita jenis macamana. Ada orang takde lekuk sangat. Kendian dia pun tunjukkan kategori2 kasut yang sesuai dengan bentuk kaki kita. Ohhh rupanya tapak kasut sukan ni ada yang berlekuk dan ada yang hampir rata. Tak perasan pun. Balik tu aku check balik kasut yang terakhir aku beli (yang selesa sangat tu). Ooo patut lah selesa sangat. Sebab kaki aku jenis lekuk banyak dan kasut tu jenis lekuk.

Yang kedua pulak dia tengok alignment kaki dan tapak kaki kita. Ni dia pakai pembaris jek. Tapi selalunya benda ni kita boleh tau sendiri melalui pemerhatian pada kasut yang kita pakai hari2. Biasanya bila dah dilanyak2, kita boleh lihat belah mana yang haus lebih. So, dari situ kita boleh tau senget tak senget alignment kaki kita.

Akhirnya, walau pun kami tak membeli kasut beruk yang rege purata 3-4 ratus (bagi aku mahal untuk bukan atlit), kami telah mendapat ilmu baru mengenai kaki dan lebih mengenali kaki sendiri. Berdirilah di atas kaki sendiri. Selamat berdikari!

0 komen: