Dulu orang tnb datang baca meter sebulan sekali. Sebelum tu, pernah derang datang dua bulan sekali. Bulan pertama dia beri bil anggaran, bulan kedua baru baca meter. Kemudian, tak tau bila, tetiba dia datang tetiap bulan. Sekarang, ermmm sejak tahun lepas rasanya, derang kembali ke kekdah asal, datang dua bulan sekali.
Selama beberapa bulan itu, tidak lah aku perasan apa2. Errr sebab aku tak bayar, tak pasal la aku nak ambik tau. Sehinggalah semalam, bil letrik baru sampai dan aku terbaca butiran dalam tu.
Blok kegunaan 642 unit. 400 unit pertama 21.8 sen. 200 unit seterusnya 30+ sen. 42 unit lagi tak ingat. Tapi makin banyak unit digunakan, semakin tinggi lah kadar nya. Dalam kes aku ni, 642 unit itu adalah bacaan untuk 2 bulan di mana kalau dikira purata, sebulan ialah 321 unit. Kan?
Nampak tak?
Kalau dia datang baca meter setiap bulan, blok kegunaan aku tak sampai pun 400 unit pertama, iaitu 21.8 sen. Ni sebab dia datang 2 bulan sekali, tak pepasal dah lebih dari 400 unit dan terpaksa bayar kadar 200 seterusnya yang setengah kali ganda itu. Jahatnya!
Pastu kat bawahnya ada lagi bayaran ala2 cukai pulak. rm1.71. Tak tau berapa percent. 1% kot. Katanya kumpulan wang tenaga boleh diperbaharui kekdahnya. Apa tu? Macam kwsp bunyinya.
Pastu bawah lagi ada dinyatakan subsidi yang ditanggung oleh kerejaan iaitu rm72+, lebih kurang 11 sen seunit. So?
Dah.
Wednesday, 23 May 2012
Baca Dua Bulan Sekali
Hasil karya AyunasiA pada 9:58 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment