BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 April 2012

Saya Seekor Ikan

Macamana nak terangkan eh? Aku baru je mendengar cd seminar tentang pengurusan berlandaskan islam oleh prof. dr sidekbaba. Sebelum dengar tu aku dah expect, mesti bosan giler. Sebab tu, walau pun cd tu aku dapat 2 tahun lepas, baru kini hati aku terbuka nak mendengarnya. Punya lah lama mengambil masa nak menerima hakikat keberadaan cd tu dalam lemari tuh.

Sekali dengar, ermmm memang bosan pun huhuhu. Bukan bosan apa la. Dia bercakap macam membaca teks dan mendatar je. Itu yang bosan. Tapi bila diperhalusi word by word, banyak juga yang berjaya masuk. Kira bosan tapi relevan la. Mana tau, besok2 aku menjadi bos ke kan hehehe, boleh lah diaplikasikan.

Salah satu daripadanya ialah tentang kisah ikan.

Dia bercakap tentang sifat ihsan yang dimiliki oleh Allah swt. Allah memberi rejeki kepada semua makhluknya. Contohnya macam ikan. Memang lah ikan tu kita nampak macam manusia yang mendapatkannya. Samada manusia yang tangkap atau pun yang membelinya di pasar. Tapi, walau pun kita rasa macam ikan tu kita yang punya, atau rejeki kita, hakikatnya kita turut berkongsi rezeki tu dengan makhluk yang lain.

Memula kita bawak balik ikan tu ke rumah. Kita siang. Kita tak ambik semua. Sirip, insang, sisik, ekor, perut nya kita buang. Kita masak yang bersih ajer. Yang lelain tu rejeki semut, kucing, dan sebagainya. Kemudian kita masak ikan tu. Goreng kunyit la contohnya. Dan kita hidang. Kita makan ikan tu. Tapi, kita tak baham semua kan. Kita asingkan tulang, kepala, ekornya. Kita makan isinya. Yang lelain tu, rejeki semut, kucing errr saper lagi yang makan tulang ikan ek? Saper2 lah.

Tak tamat di situ. Kita ingat, ikan tu dah masuk perut kita, dah tentu lah itu rejeki kita. Tapi, malam tu kita tidur. Bangun pagi besok, kita beri. Kuar lah sebahagian ikan itu ke dalam tangki kumbahan. Sikit je yang diserap oleh badan kita. Yang lelain tu rejeki ulat2 pula. Kan?

Renung2 kan. Selamat beramal. (tak tau nak buat conclusion cemana hihi)

0 komen: