Laaa ingat dah habis bayar, dah tak komplen lagi la pasal ptptpu ek? Tak laaa. Aku bukan nak komplen, tapi nak komen pasal isu terkini berkaitan ptptpu yang dibangkitkan oleh PR. Setuju tak kalau ptptpu dimansuhkan?
Apa maksud mansuh tu? Tutup opis ptptpu kat wismachaseperdana tu ker? Ke lupuskan hutang yang masih tertunggak? Atau kedua2nya sekali? Aku anggap kedua2nya sekali.
Aku setuju dan tak setuju.
Aku setuju kalau yuran pengajian dipercumakan. Tapi derang kata, dengan membayar yuran, student lebih menghargai pengajian mereka. Itu betul, tapi seperti yang dikatakan, yuran yang kena bayar tu cuma 10% je pun dari kos sebenar pengajian derang. Lagi 90% tu dah ditanggung gomen pun. Jadi, dah alang2 tu, tanggung je lah 10% lagi. Tak?
Aku tak setuju kalau derang jumudkan ptptpu. Atau meng'tak ada'kan ptptpu. Sebab pelajar perlukan duit terutamanya untuk sara hidup. Asrama terhad, kos sara diri tinggi (berukband, hiburan, makan, pakai), keperluan pembelajaran yang tinggi (wajib ada laptop kot, printer, buku, kertas), semua tu memerlukan duit. Bukan semua orang anak orang kaya. Memang lah ada anak orang kaya pun ambik ptptpu untuk bayar installment kete. Tapi ramai lagi yang serba kekurangan.
Sebagai langkah awal, aku setuju kalau dia mansuhkan kos pentadbiran. Dari 4%, turun menjadi 3% dan sekarang tinggal 1%. Eh, derang memang suka benda alang kepalang ni, kan? Elok di 0% je terus. Kalau bukan kepada semua pun, apa kata, kalau kiter keje ngan gomen, takde kos pentadbiran hihihi.
Yang kedua, bila yuran dah dipercumakan, dia boleh turunkan jumlah pinjaman yang diberi setakat untuk kos sara hidup. Dalam kes ni, budak uitm dah tak boleh enjoy2 la kan. Eh, tapi kan, ekceli memang tak patut tau budak uitm diploma terutamanya, ambik ptptpu. Sebabnya, derang dah lah makan free, yuran lak 2-3 ratus jek, asrama free (yuran asrama rm10 persemester - dulu - tapi tak kisahla dulu ke sekarang sebab dulu pun dah ada ptptpu ni). Tetiba dapat ptptpu purata rm400 sebulan. Kalau degree tu lain lah kan. Derang duduk luar. Itu pun ada gak degree yang duduk asrama, macam degree yang dari stpm/matriks. (eh, ni dah citer uitm pulak. aku memang ada 1 entry pasal uitm yang pending).
Kalau kita tengok kadar yuran universiti2 di malaysia ni, puratanya (kalau degree), lebih kurang 1.5k - 2k setahun. Dan itu adalah lebih kurang 1/4 dari jumlah pinjaman yang diberi oleh ptptpu untuk setahun (rm6500 / rm7000). Ini bermakna, daripada 100% yang diberi oleh ptptpu, 25% daripadanya dipulangkan balik kepada gomen dalam bentuk yuran. Cer bayangkan...
Gomen melalui ptptpu bagi loan 100% kepada student.
Dalam sekelip mata, 25% daripadanya dipulangkan balik kepada gomen dalam bentuk yuran pengajian.
Sebenarnya student dapat 75% jek, tapi, student bayar balik kepada gomen 101% dalam berkelip2 mata sampai terjojol mata.
Dan aku tak berapa setuju derang hapuskira hutang2 tertunggak. Ngelat arrr... aku dah abis bayar huhuhu... Bagi chance derang tangguh sehingga dapat kerja pun dah cukup. Tak payah lah sampai dapat gaji 2k. Aku rasa, asalkan dia bayar, sikit pun dah kira ok. Macam aku dulu, time tak kerja, aku bayar rm100 jek (ihsan encik suami hihi).
Tips daripada aku. Kalau pempuan tu, sebelum kawen, tanya lah kat tunang tu, boleh tak bayar kan ptptpu bila dah kawen besok. Kalau tidak, hai hai bai bai kan dia hahaha. Tak pun, dalam menentukan hantaran tu, ambil kira sekali installment ptptpu untuk setahun dua ker. Atau lagi senang, mintak sekali dia bayar lump sum. Ok tak?
Kesimpulannya, ptptpu tak perlu dimansuhkan. Lain lah kalau dia ganti dengan biasiswa yang nak dapatnya semudah ptptpu (takyah pohon pun dah dapat).
*Yang aku tak boleh tahan ialah, cabaran menteri kpit. Dia kata, kalau tak nak bayar ptptpu, sila lah dapatkan 1st class degree. Ad beran? Ni mesti tak belajar bell shape graph nih.
Saturday, 14 April 2012
Kalau PTPTPu...
Hasil karya AyunasiA pada 3:18 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment