Ramai betul orang pergi umrah sekarang ni eh? Kat opis aku ni pun, lepas sorang balik, sorang lagi pergi, sorang balik, sorang pergi. Macam berjangkit gitu. Retis pun ramai yang pergi umrah jugak ek? Tetiba aku rasa macam retis. Apakah?
Weekend lepas aku tak masuk periuk. Sebaliknya aku kena keje hari sabtu tu. Sebabnya, kan hari pekerja jatuh pada hari selasa, kan? So, seperti biasa, kalau buat kelas hari isnin pun, komfem beberapa ketul je student yang muncul. Baik lah bagi derang cuti terus. So, sabtu lepas kami keje ganti untuk 30 april nanti lah.
Yang bestnya, walau pun namanya kelas ganti, tapi takde kelas pun pada hari tersebut. Sebaliknya derang mengadakan karnival sukan macam tahun lepas. Siapa ingat aku merentas desa 10km yang macam separuh mati tu? Haaa tahun ni aku merentas desa lagi. Yeay! Laluan yang sama dengan tahun lepas. Cuma bezanya kali ni aku tak rasa pulak macam 10km. Macam 5km je kot? Apakah ini kerana stamina ku telah meningkat hasil dari kempen lari petang2 itu? Mungkin.
Sebab aku rasa steady je time berlari tu. Student lelaki yang lari dulu pun aku potong dengan selamba. Dan setiap kali aku memintas derang, mesti derang cakap, laju nyer puannn. Last2 aku jawab balik, bukan saya yang laju, tapi awak tu yang pelan. Hari isninnya ada student tanya aku, puan tak sakit kaki ke? Saya tak boleh bangun hari ahad, katanya. Hahaha. Nampak sangat tak pernah bersenam. Aku sakit kaki jugak. Sebab kengkonon nak pecah lemak lebih, naik bukit pun aku bantai lari. Sudahnya, sakit kat betis. Tapi hari selasa dah baik.
Sukan? Sedihnyer... aku tak dapat join sukan staf. Tak dapat nak berjuang mempertahankan kejuaraan bola jaring. Eleh... kalau aku takde pun derang boleh pertahan gak apa. Memang aku teringin nak masuk sebab lawan tu kat mersing. Rindu dengan mersing. Memula tu memang la aku turun training. Tetiba sakit gigi aritu. Kebetulan tarikh appointment (cabut gigi) itu jatuh pada hari pertandingan. So, bai bai la. Tapi, elok ler aku tak join, sebab aku rasa kalau aku join pun, kebarangkalian aku akan diturunkan dalam ketujuhan utama itu adalah tipis bak kulit bawang. Sebab coach derang bagi yang terel2 je main. Kesudahannya, derang dapat tempat kedua.
Final lawan team yang sama dengan yang lepas. Bezanya shooter kitorang dah berada di pihak derang pulak. Baru je pindah awal tahun ni. Kononnya itu faktor utama la. Tapi dapat masuk final tu pun dah kira ok sangat dah. Cuma tak dapat bawak balik piala je lah.
Sekian.
Thursday, 19 April 2012
Kisah Sukan, Senam dan Lari
Hasil karya AyunasiA pada 6:57 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
coach xbesh
Post a Comment