Anwar mana?
Kisah ni berlaku sekitar tahun 1998 kalau tak salah. Sebelum September 98. Masa tu kami diarahkan pergi ke UPiM untuk memeriahkan majlis bertemu anwar tak tau sempena apa. Sebagai penghuni kolej yang memerlukan cop untuk memenuhkan kad aktiviti, aku pun pergi lah. Ingat lagi, kami pergi petang dan sampai di UPiM menjelang malam. Itu lah pertama kali aku masuk UPiM dan pertama kali tahu bahawa nama UPiM sudah ditukar kepada putra. Bila tah dia tukar.
Kat mana tah dia buat majlis tu, aku pun dah lupa. Cuma yang aku ingat, masa tu dia memberi penjelasan tentang keadaan ekonomi yang merencatkan penghantaran pelajar ke luar negara. Ingat lagi? Masa tu ekonomi gawat dan kawan2 seusia aku yang duduk kat persediaan semua tak dapat pergi obersi.
Dia kata, ada parent jumpa dia, merayu supaya anak nya dapat pergi obersi sebab dia dah tempah kot/blazer dan cermin mata baru semata2 nak pergi belajar obersi. Errr itu je lah kisahnya sebenarnya.
Tak lama kemudian, berlakunya peristiwa september98.
*ekceli aku nak cerita kisah ni dalam entry anwar datang paritraja itu ari, tapi terlupa lak. kiranya tu kali kedua aku nampak anwar dengan mata kepala aku sendiri la.
Abis.
* ha, satu lagi. kat sekitar bp ni ada banyak contengan abai. biasanya kat jambatan, divider jalan dan jejantas. aritu aku pergi jb, siap orang sembur cat kat papan tanda jalan lagik.
Friday, 13 April 2012
Kisah Aku Melihat Anwar
Hasil karya AyunasiA pada 9:03 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
kat klia ni rasanya adala 3 kali aku tgk dia dari jarak dekat (paling dekat dalam 5 langkah je) tp dia tak pandang aku pun..hahaha
saya selalu gak kak jumpe anwar...anwar jusoh...
akak mentionkan la anwar sape yang akak jumpe ni...i kompius tau...keh keh keh
irfa: lenkali panggil ler, dato' seri! dato seri! komfem dia pandang.
ayu : alaaa bukan ramai orang nama anwar ni. anwarjusoh tu nak buat haper. hari2 pun aku nampak dia.
aku gelak baca komen.aduhai
Post a Comment