BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 24 April 2012

Kuantan Parade ke Kompleks Teruntum?

Kisahnya 2 minggu lepas yang aku pergi kuantan kali kedua tu, aku ada pergi ke sebuah shopping complex berhampiran dengan hotel. Jalan kaki 3 minit jek. Masuk ke situ melalui parking lot. Belah belakang. Di situ, ada dstore, c00lblog dan banyak kedai2 macam samit batu pahat ni. Siap beli kasut lagi kat situ. Masa masuk dstore tu, dalam hati aku berkata, sebelah2 bangunan pun bukak pasaraya yang sama. Sebabnya, aku ingat tempat yang aku pergi tu ialah kompleks teruntum. Mati2. Aku tahu kat kuantan parade ada dstore.

Time on the way balik bp, dari jauh aku nampak, oh, kuantan parade duk kat belakang teruntum ni jek. Lain kali nak pergi lah. So, bila datang kuantan lagi minggu lepas, aku ingat nak lah pergi kuantan parade tu. Tapi, lepas pekena ikan patin, malas pulak nak berpeluh2 berjalan ke situ. Tak kisah lah.

Sekali masa nak balik, kami lalu kat sebelah kuantan parade tu. Tengok2, eh eh, la, ini lah tempat yang kiter pergi ari tuh. Kompleks teruntum kat sebelah dia. Lorrr rupanya aku dah pergi pun kuantan parade tu. Siap beli kasut lagi (tau, aku ulang ayat ni lagi sekali). Tah pape.

0 komen: