Thursday, 29 May 2008

Panjang nyer Ceritaaa...

Kali ni terbalik pulak, update cite dulu, gambo tepek kemudian.

Penat nyer ya ampunnn. Penatnya macam baru balik dari indon naik feri. Tah kat mana aku dapat contoh yang macam tu pon aku sendiri tak tau. Takat naik feri tu pernah lah. Tapi indon pon aku tak jejak lagi. Passport pon takde.

Tapi, dalam tak pernah gi indon tu, aku dapat la merasai perasaan berada di indon tau. Sebelum aku cerita pasal tu, eloklah rasanya aku menghuraikan satu persatu kronologi acara menjadi rombongan pengantin. Biler kali terakhir aku jadik rombongan pengantin lelaki ni ek? Ermmm rasanya time abang epet kawin kot. Maknanya tahun 2003 lah tu. Uih... 5 tahun yang lalu tuh. Actually, 2 kali je aku pernah ikut rombongan perantin lelaki ni pon. Hihihi. Dan kalo nak tau aku dah ikut dah tips orang tua yang kalo nak cepat dapat jodoh, curik sirih dari sirih junjung orang kawin, pastu makan le sirih tu. Opsss tapi bab makan tu aku takde lah makan telan gitu. Aku rasa macam aku kunyah2 lebih kurang dan ptuih! Pahit gilos. Dah lah sirih tu dah layu, tu pasal la agaknya takde lah cepat sangat jodoh aku tu sampai. Ermmm dalam 2 tahun gitu lah gap nyer. Ehhh bukan aku curik time abang epet kawin la. Time yang first time tu, tahun 2002. Alah, kebetulan je kot. Takde lah percaya. Tengok je la petua minum air tasik dayang bunting tuh, hampeh takde maknanya peknen. Lum Allah nak bagi, minum apa pun takkan dapat gak.

Okeh, sambung balik. Aku ni kalo dah mengeradau, tah ke mana2 tah. Ni pun dah sampai langkawi pon. Balik semula ke batu pahat okeh. Hari Jumaat tuh, balik dari keje, tengok2 sapit dah sampai. Abang baru gi jemput dia kat rumah kawan dia. Sempat lah jugak basuh kain seround. Lepas Maghrib, abang kuar gi beli sate. Memang aku malas nak masak2 kalo dah nak tinggalkan rumah cenggini. Karang sepah2 dapo, balik penat2 nak kena kemas pulak. Dah tau, mesti derang datang mesti nak panas2 lauk, masak2 nasik, sure sepah2 jugak. Jadi, untuk takmo tambah huru hara dapo ku itu, baik lah pi beli sate jek. Hihihi ke memang malas masak??? Ello! Kalo derang datang di pagi yang hening hujung minggu, boleh la kan. Ni malam yang panas hari Jumaat time aku baru balik keje. Ada je alasan ek. Nak seribu daya. :p

Sebelum abang kuar tu, beliau dah pesan suh goreng apa2 yang ringan sebab ingat lepas order nak balik rumah dulu. Aku pon goreng ler 5 ketul drummet. Tunggu punya tunggu, non ado balik nyer. Tunggu sampai masak lah tu kot. Tak lama, derang pun sampai seberataan. Mak satu kete 7 orang (orang beso2). Kak Long satu kete 7 orang (anak kecik2). Kak zila satu kete 4 orang (anak kecik gak). Jadi totalnya 18 orang. Masuk aku, abang n sapit, 21 orang. Tu baru sebahagian tuh. Tak masuk ipul, femli ngah ngan abang anaz tuh. Ermmm kena buat rumah lagi beso la lepas nih kot. Ni budak2 masih kecik. Karang dah beso2, harus tak muat rumah tu.

Tak lama kemudian, abang pon balik dengan 100 cucuk sate. Dengar macam banyak, tapi sebenarnya licin gak. Lepas makan, lepak2 sekejap. Yang mandi,mandi. Yang lelap, lelap. Pukul 11pm baru lah kami bergerak. Kete aku jadik rumah bergerak. Segala tok nenek tempat tido kami bawak. Tikar, bantal comforter, selimut, beg sumer sumbat sekali. Orang cuma 5 orang jek. Memula nak singgah jejantas ayer keroh, tapi semua menonong je, kami pon ikut je lah. In je yang dah termasuk exit r&r tu tapi dia tak singgah jugak. Sampai umah ngah lebih kurang 1.30am. Terus ambik port corner lot dan zzz...

Pagi sarapan nasi himpit ngan kuah kacang campur kuey tiow goreng. Kendian mula operasi menggosok baju. Punya lah banyak nak kena gosok. Sorang 3 pasang. Baju pempuan, biasa lah kan, mesti 3 pieces sepasang. Yang best sikit ngah je lah, ada bibik tukang gosokkan. Tengahari, mak minah masak ikan patin masak apa tah. Macam laksa penang pun ada rupa kuah tu.

Petang, lebih kurang pukul 4pm, kami pon bergerak ke masjid cheras jaya untuk upacara pernikahan. Ada 2 pasang perantin rupanya. Baju pon sama kaler krim gak. Sebelum mula tu, femli maklong pon sampai. Femli ngah udin, kaklong idah, kak lin dan abang yus. Cikgu nizam sefemli takde. Kendian kawan in pon ada. Budak semenchu. Budak semejay. Masih ingat muka dia. Junior aku, form 4 ’baru’.

Lepas asar, acara pun mula. Nikah pun ikut turn. Mula dengan pasangan yang lagi satu. Ironinya, bukan baju perantin je sama, baju bapak2 perantin pun sama. Adeh la... mana derang jumpa leh sempat pakat2 ni tah. Kebetulan. Dengan sekali lafaz, selamat lah mohd haizam bin hashim menjadi suami kepada rabiatul adawiyah binti hj ilyas. Lepas selesai acara di masjid, kami terus ke rumah perantin untuk acara yang sangat best iaitu makannn. Punya la lama menunggu turn nikah tu tadik, sampai lapo2 kami. Eh, ke aku je yang lapo ek? Hihihi.

Sebelum makan, kami ke upacara penyerahan barang hantaran dengan sedikit ’khutbah’ dari adik bapak perantin. Hehehe panjang pulak cite dia ek. Apa yang kami makan petang itu? Nasi putih, sambal udang, ayam goreng, sayur2an dan entah aku dah lupa dah. Abis makan, dah masuk maghrib. Kami pon meminta diri untuk pulang. Tidak!!!!!! Mencik tau! Derang sumer balik umah ngah kecuali aku, abang, nana, ila ulin, sapit, mak, abah dan mak long. Tak suker!!! Aku nak tengok af la!!! Ngelat tau. Patut adik2 di bawah in je yang tak balik. Ini tidak adil! Kenapa kena tinggal? Sebab malam tu katanya ada majlis berzanji dan bersanding kecik cum posing2 perantin. Setahu aku berinai kecik. Ini bersanding kecik pun ada. Dan kami ni sengaja menyibukkan diri. Biasa kan acara tu untuk femli pempuan je kan. Mana ada belah lelaki ikut sekali. Lain la kalo berinai kecik tu kan, ada kompang2, memang la belah lelaki pon ikot. Huh! Tension gue.

Makanya kami pon pegi ke rumah bersanggah. Bohsannya!!! Lepas solat, kami dan adik2 ke bawah pon pergi ke jusco. Kekdah nak escape la kononnya. Kat jusco, sempat la aku beli sudip baru. Dapo baru, sudip pon nak baru jugak. Abis tuh, sudip aku sekarang ni memang dah cukup best dah. Tinggal kat umah ngah arituh, entah bibik agaknya pakai, dah cair pemegang dia dan longgar lah ia. Ni lah antara sebab aku tak suka orang kacau aku masak. Kat rumah aku, nak rajin kalo, tolong kopek bawang ngan basuh pinggan je. Jangan terlibat secara langsung dengan aktiviti di atas tungku, okeh adik2? Tapi kalo nak basuh kuali, kasik gosok kasik kilat. No hitam2 or coklat2 jelaga allowed on my kuali. Eh, adik sape yang baca blog aku nih ek?

Okeh, sambung lagi. Abis pusing2, kami pon pegi umah perantin. Alerrr ingat dah nak balik. Tapi, aku... Takmo cite lah, nanti abang ungkit. Yang lepas biarkan lepas. Huhuhu. Abis sumer, pukul 11pm baru kami balik. Sampai2, af pon umum juara. Itu je yang sempat.

Oleh kerana jumlah penghuni dah bertambah, femli maklong tido kat taska. Aku, still port kat corner lot. Lepas mandi, terus kebabum tido zzzzzz...

Esok paginyer, sarapan nasik lemak. Time tu lah blender taska tu nak rosak. Tapak dia haus, so takleh nak pusing. Terpaksa pinjam blender jiran. Lepas sarap, aku ngan abang kuar jap gi mydin. Banyak benda nak beli. Balik2 je terus bersiap. Awalnya derang ni bersanding. Sampai umah perantin lebih kurang kul 12.30pm. Di sinilah bermula nya acara unik dan seakan tidak percaya itu berlangsung. Kisahnya, biras aku nih dari keturunan boyan. Patut la bapak dia cakap macam indon. Daripada kompang lagi dah macam pelik. Derang nyer kompang ala2 tamborin gitu. Pastu sambil kompang tu dia berselawat ke hape tah, tak perasan sangat aku. Dan pulak tu ditambah pulak dengan menari2. Isy kompius gak. Pastu time perantin dah jumpa salam2 dan nak naik pelamin tu pulak, kumpulan kompang ni beratur kat tepi dan menari2, dan kami pon lalu la kat tengah2 tu. Dah naik atas pelamin, pandai2 korang la nak buat apa. As for me, off course la nak tengok perantin la kan. Tapinya time tu la pulak ada 2 orang lelaki ni nak berpencak silat. Pastu bukan silat perantin biasa tu. Ni dia ala2 nak berlawan pulak. Sibbaik tak pakai keris bagai. Aku ada tengok sekali video pengantin kat pendang buat acara silat2 nih. Tapi yang ni lain. Pelamin dia memang kat luar verandah rumah, so memang takleh la nak duduk dan tengok perantin di tepung tawar ke hape.

Tuan rumah pulak suh kami masuk dalam rumah. Kalo kat dalam, camne nak tengok, perantin kan? Lepas abis bersilat, baru lah dibuat acara menepung tawar. Part ni masih macam biasa la. Abis je acara tu, group qasidah pulak kuar berjoget2 dengan tamborin menyanyi2 lagu hindustan dengan lirik indon. Lama gak la acara tu. Kami selamba je bergambar2, lantak ler depa nak joget lambak ke hape ke kat situ. Kalo tak, biler la pulak nak bergambar nyer pon kan?

Dah abis nyanyi2 tu, baru lah makan. Tu pun kena tunggu derang tu abis lagu terakhir. Pelik aku. Setahu aku qasidah tu ala2 lagu mawi tu lah kan? Ini dah masuk elemen dangdut sekali. Lantak la korang. Sambil makan, derang pasang lagu2 indon plus dangdut la lebih kurang. DJ nya pun cakap slang indon. Camne la aku tak rasa seperti berada di indon kan. Eh, kata tadik lantak lah korang ek? Ni dah mengata dah nih. Astaghfirullah...

Bab makan pulak, yang ni memang femli kami terror. Takyah suruh2, sumer nyer kami belasah. Time makan ni barulah ipul sampai. Mokteh pun sampai sekali. Eh, cakap pasal mok teh ni pulak, kalo nak tau, mok teh ni nama dia asiah dan gelaran dia mok teh, sama cam gelaran aku dalam femli hubby. Selesai makan, lebih kurang pukul 3pm kot, kami pon beransur. Tengok lah tu lama tak lama. Dekat 4 jam gak kami kat situ.

Kami pon terus ke surau berhampiran. Kat situ pulak terjumpa ngan kamil (bukan nama sebenar) bekas bos abang cum bos in kemudiannya kat pne letrik. Dulu aku lah yang tolong antokan borang scholar uitm bini dia dan dia dapat buat master kat ostralia kot. Punyer la terharu dengan kejayaan itu, dia siap buat kan satu hantaran masa aku bertunang dan ikut sekali datang. Time kenduri kat rumah abang, dia datang dengan anak dia, bini dia dah fly time tuh. Rupanya anak dia kanak2 istimewa. Patut lah...

Seterusnya kami nak ke rumah mok teh. Dekat je kat sg besi. Kisahnya, ngah takmo ikut sebab PIL dia kan ada kan. So, tak muat la kete sebab kak zila tumpang kete ngah. Aku pun kasik cadangan supaya kaklong tukar kete ngan avanza ngah. Haaa kan sumer boleh ikut tu. Masaklahnya, sape nak bawak kete ngah tu? Abang long, abang man, abah atau saleh? Sumer tak boleh bawak kete oto? Saleh berani sebab biasalah, baru dapat lesen dan takde kete sendiri, mestilah excited kan. Boleh caya ke? Susah2, aku je lah bawak kete aku, abang bawak kete ngah. Soalannya, takpe ke berpisah? Lerrr lawak je bebudak nih. Tiap2 ari aku pegi keje sendiri la. Moral of the story, tanggungjawab driver ni besar tau...

Sampai umah mok teh, makan dan makan dan makan la apa yang ada. Nasik je tak makan. Pukul 5.30pm, kami pon beransur. Peraturan double parking kat kawasan nih, takleh tarik hand brake. Jadi, memang menyenangkan semua orang!

Sampai rumah ngah, terus aku ajak abang gi nilai 3. Kak long nak ikut. Tak sempat nak beli apa2, dah maghrib. Tapi dah berkenan karpet tu. Nyesal tak beli. Balik tu, solat, mandi, makan, huhahuha, dekat2 kul 10pm, kami pun beransur pulang semula ke lubuk masing2. Singgah hentian pagoh jap dan terus sumer balik. Tak singgah rumah kami pon. Yang ikut kami cuma ulin.

Wednesday, 28 May 2008

My First Time Tag

Adoiyai! Tak pernah seumur hidup blog aku, blog aku kena tag (tak ngaku diri sendiri tu). Selalu baca orang je kena tag. Tu lah pasal aku suka low profile je dalam dunia blogger ni. Kang kalo glemer2, harus selalu kena tag. Selalu aku baca tu terpikir jugak, kalo aku la kena tag ni, harus aku takleh nak jawab. Anyway, to Luna, these are for you...

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
* Nama aku No-ra-si-ah dan bukan No-rai-shah seperti yang orang selalu panggil biler first time baca nama aku atas kertas. Susah ke nak sebut ha???
* Dah setahun keje ngan gomen, tapi masih tak tau hujung pangkal dan arah tujuan keje. Apa kes?
* Akan berumur 29 tahun dalam tempoh 15 hari dari hari ni. Nak adiah!!!
* Seorang yang mata duitan, material tak pandang sangat. ( tak malu nak ngaku tuh huhuhu )
* Keturunan melayu - banjar. Tengok muka pon orang leh tau. Tapi speaking banjar, fail. Kalo orang cakap faham la...
* "Kecik je orangnyer", kata sipolan bila first time jumpa aku. Berat sekarang 38kg, tinggi 152cm
* Bersuamikan seorang lelaki yang tall ( than me ), dark and hensem ( kes bodek abang nak adiah jam baru... )
.
7 THINGS THAT SCARE ME:
* Interview ( ni memang benda paling takut la )
* Jatuh ( bukan diri sendiri je, segala benda yang jatuh la, kecuali jatuh chenta hihihi)
* Assessment / Exam / Buat sesuatuh yang ada penilai di situ ( tu pasal driving licence Pentium 4)
* Accident
* Hilang duit ( nama pun mata duitan kan... )
* Segala haiwan yang makan dan memudaratkan manusia
* Derhaka pada suami dan ibu bapa ( aiyooo mintak dijauhkan )

.
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT: ( best nyer jadik luna dengo 'Praises to Prophet' jek, aku??? Insaf jap )
* Izin ku pergi - Kaer ( korang yang takde speaker tu memang la tak dengar )
* Sumer dalam album ct hadiah dari hati
* Ketahuan - Matta
* Bukti - Fiq
* Lagu Aizat af5 tu, tak ingat tajuk
* Ingkar - Bunga
.
7 THINGS I SAY THE MOST
* abang!!!
* bang beng bong!!! ( ni kalo panggil banyak kali pon tak nyahut )
* iyer bang bang bok!!! ( ni kes nyahut biler aku plak yang dipanggit tak nyahut sebab abang akan panggil yang yang yok... )
* he? ( biler cover malu atau salah dan biler macam tak caye je )
* ek? ( biasa arrr kan... orang johor )
* alamak, terlebih sudah! saje tambah, selalu alamak! je
* tu lah...

7 THINGS I TREASURE THE MOST.
* Seluruh anggota badan. Syukur Alhamdulillah cukup sifat dan sihat.
* Mesin jahit ( benda pertama dibeli dengan gaji uitm. tapi insya Allah tahun depan nak beli yang baru huhuhu. bukan tak sayang yang sekarang, cuma aku memang sayang mesin jahit aku, tak kira lah yang mana satu termasuk mesin jahit tepi yang MIL kasik. timer kasih mak! hihihi )
* AH & Kancil ( tahukah korang betapa susahnya aku biler korang takde? so aku tujukan lagu bila aku sudah tiada dari kumpulan hujan kepada korang berdua dengan ucapan, sori, aku malas basuh korang )
* Dapur ( sekarang punyer : panasonic cyclone burner - punya la sayang sampai aku sampul ngan aluminium foil, takmo kasik calar. yang baru beli - rinnai lum pakai sebab lum masuk rumah baru )
* Fridge ( punyer la tak berharta, peti sejuk pon sayang hihihi )
* Perca kain ( banyak nyer... disimpan tak tau nak buat apa, dibuang sayang. kalo ada masa aku nak buat selimut ar. biler??? )
* Aler... nak tambah lagi bleh tak? Lagi 2 ek? Periuk vision dan pinggan correlle ku ( takde sebab lain aku sayang benda nih selain benda ni mahal lorrr... pasni nak kirim kawan yang kat osaka tu belikan pinggan noritake plak huhuhu )

.
7 FIRST TIME THINGS I EVER DID:
* Eh, bukan sumer benda kiter buat tu first time ke masa first time kiter buat tuh? Ker first time buat biler dah beso? Takpe lah, aku ikut teori aku lah, first time buat time dah umur 17 tahun ke atas.
* Jawab tag ( ni lah )
* Keje kilang ( VS Industry Senai )
* Masuk U ( I pada masa tuh )
* Bertunang ( pada hari jadi ke 25 )
* Makan kat McD, Pizza Hut dan lelain fast food restaurant kecuali kfc.
* Kawin ( 25 Disember 2004. FIL salu cakap kat orang 'sehari sebelum tsunami' kalo nak kasik tau orang tarikh aku kawin )
* Main bowling ( baru je bulan 1 arituh )

.
7 PEOPLE TO DO THIS
* Ajzie * Yus * Alinlai * Kak Ayu * Kak Sya * Nilah masaklahnyer biler tak ramai reader yang dikenali, tak tau nak tag sape. Cukup lah 5 orang nih.
.
Yang No. 2 punyer pulak.
.
Currently = Tunggu ejen insurans datang. Sendiri carik, salu dia yang datang carik kiter ek?
Pending = Siapkan WIM ( keje )
Real Name = N0ra5iah binti Md A5pan
Nickname= Asia/Asiah (nickname rasmi), Siah (ni MIL panggil), Mok teh (anak sedara belah hubby panggil), Nga (femli panggil), Cik Nga (anak sedara panggil), Angah (sedara belah mak panggil), Nora (kahkahkah ni sape la panggil ek), Ayang/Yang yang yok (ni abang panggil hehe)
Married = Still married
Male/Female = Female
High school = SMSemenchu, SMBandar Mas, SMSains Johor
College = Universiti Tolong Melayu
Are You A Healthy Freak? = Tak berapa nak... bahaya nih. Fikir semula...
Do You Have A Crush On Someone? = 2 orang dulu hafiz hashim n mawi wakakak budus nyer
Current status = Mrs.
Do You Like Yourself = Suker seadanya
First Surgery = Tak pernah
Person You See In The Morning = Abang ler sekarang. Kalo 2 bulan lepas Shu la roomate kat cia8t.
Award = Pelajar Terbaik PMR (adiah sijil, buku motivasi dan buku rujukan spm), Pelajar Terbaik Prinsip Akaun SPM (adiah sijil, piala dan duit rm50 tapi tak pegi ambik, burn gitu aje) dan Pelajar Terbaik Dip. Kej. Elektronik (adiah sijil, duit rm500, penginapan 4d3n kat de palma shah alam, attend seminar free)
Sports You Join = Badminton peringkat rumah (rumah betul, bukan rumah sukan yang merah hijau biru kuning tuh tau)
Vacation = Yang dah pegi Pulau Redang, Langkawi, Penang dan KB. Teringin nak pegi Perlis (sebab 1-1 nyer negeri semenanjung yg tak pernah jejak), Beijing (takde sebab) dan tempat pelancongan yang bleh shopping2. Kalo pegi pantai, air terjun, hutan simpan ker... kasik free baru aku nak kot.
Concert = Pernah pegi konsert ct kat bukit jalil 2002, sendiri punyer 'akan datang' (ayat biasa artis bile tanya pasal album, tapi sampai ke sudah tak kuar2 pon album nyer. sama laaa)
I'm About To = Tido...
Want Kids = Boy, Girl, Boy
Want To Get Married = bape kali da...
Careers In Mind = Pengarah EDTEC BP hihihi
Which is better?Lips Or Eyes? = Eyes
Hugs Or Kisses? = Hugs
Shorter Or Taller? = Taller
Romantic Or Spontaneous? = Both
Sensitive Or Loud? = Sensitive
Troublemaker Or Hesitant? = Neither
Have you ever
....Kissed A Stranger? = tak pernah la pulak
....Drank Bubbles = Nope
....Lost Glasses / Contacts = sun glasses masuk tak? kalo tu pernah ar. kalo rabun punyer memang tak pakai.
....Ran Away From Home = lari jogging2 bermula dari rumah ada la
....Liked Someone Younger = tak geti nak suka orang
....Broke someone's heart = yup and no regret at all. kejam!
....Been arrested = tak pernah. takuttt!
Cried when someone died = hati kering? (masa mak meninggal aku baru darjah satu, takde perasaan lagi, tak nangis kot)
Do you believe in
....Yourself = Yes
....Miracles = Yup
....Magic = Tu sumer kan ilmu Allah, tinggal kat orang tu guna untuk apa je lah, baik ke buruk
....Angels = Yes.
Answer truthfully
....Is There Someone You Want To Be With Right Now? = Yes. Not One. Kawan-kawan JPK. Korang!!! Miss u all!
....who else you like them to do this tag? Kesemua yang kat atas. Sape lagi kan?

Dah. Sori ek kalo ada yang nyampah :)

Monday, 26 May 2008

Kakak Yang Pandai Masak

Semalam time on the way balik BP, sembang2 ngan Ulin. Aku tanya ler wife In nih yang kete Myvi tu ker? Yang masak ayam masak halia tu ker? Kisahnya kedua-duanya bukan. Kete dia kelisa dan belum diuji kepandaian memasaknya. At the end, bila nak refer to aweks ni, oleh kerana Ulin pon tak tau nama dia, Ulin menggelarkannya kakak yang pandai masak bagi ganti nama beliau. Sibbaik aku lum tanya kat wife In, mana kete Myvi? Dah jual ke? Boleh ajar akak masak ayam masak halia macam yang atul masak dulu tak? Kalo aku tanya, apa reaksi dia ek???

Wednesday, 21 May 2008

Cuti 3 Hari

Photobucket
Cantik plak pokok togel nih

Ok lah, oleh sebab aku dah beri harapan kan, so aku nak update la nih. Gambar2 tu kiranya gambar balik kampong arituh la. Pembetulan, kampong aku bukan kat pontian, tapi kat kota. Ari Sabtu tu, awal gak aku bangun. Siap2 dalam kul 10am kami dah keluar. Gi sarap kat kompleks dulu. Aku makan roti telo, abang makan roti kosong dua. Sedap dan lembut jek roti dia. Lepas tu pegi cari barang yang yayu kirim, minyak wak dakam ngan kerepeks. Kendian balik cam biasa lah. Laluan yang sama. Jumpa pokok togel tu pon dah dekat2 linggiu kot.

Sampai at5 lebih kurang kul 1pm. Terus bawak abah gi umah najib. Makan nasi minyak ngan ayam masak merah ngan kambing masak kurma. Ada taufufa jugak. Dan tapai. Sedap.

Balik tu anto abah, solat, dileks2 jap, kul 3pm baru pegi semenchu. Ngelat betulla. Sebenarya kali ni balik at5 je tau. Ni dah balik semenchu jugak. Takpe, cuti besdei agong nanti ada wedding jun sebelah rumah, bleh ganti rugi.

Sampai semenchu, makcik2 tengah masak2. Dah nak siap pon. Derang masak ayam masak kicap ngan kari daging. Pastu aku tolong2 masak. Opsss dusta! Aku tolong abang betulkan kipas dan lampu. Kata engineer kan. Kena la near the engine. Akhirnya betul pon kipas itu. Rupanya kapasitor dia blow, terkeluar kutil sebesar duit 5 sen. Pelik je rupa benda tu. Lampu pulak, takleh nak betul lagi. Pelik la starter dia, bila off baru leh idup. Tapi sebelum tu kena on dulu, pastu off kan, baru lampu idup. Kira masa on tu dia charge, kendian biler off tu dia discharge dan idup la lampu itu. Tak pepasal la pulak nak idupkan lampu kena panjat2 kan? Lupa kan je lah.

Dah penat dongak2, aku pon terlelap. Boleh? Bangun2 je, abang ajak gi sg mas. Lagi? Nak gi beli kuih or bahulu gulung. Ikut je lah. Ooo baru aku tau yang kedai bahulu gulung tu rupanya kat pulau. Selama ni aku ingat kat area kilang kitta. Kat situ mak mertua kak long beli kek2 dan bahulu2, abang beli kek coklat ngan bahulu gulung. Aku beli jajan jagung yang seposen tu, yang plastik color gold keluaran lonbisco tu. Kurang manis dah jajan tuh. Kecik pulak tuh.


Photobucket
Stepo!


Balik tuh dah dekat maghrib. Dekat2 nak kenduri, black out pulak. Sampai at3 katany. Dari siang tadi dah ada black out sekejap2. Memang biasa la black out kat sini musim2 orang kawin nih. Asal ada kenduri kawin je, ada la black out. Masa aku kawin pun sama, memang sistem tu tak support penggunaan elektrik secara berlebihan kot. Kendian, abang long balik bawak generator. Best sket ada lampu. Sibbaik sumer engineer ada dalam rumah nih. Senang ler cucuk2 wayar kat DB tu kan.

Abis kenduri, karen pun dah ada semula. Tunggu gak abis kenduri baru off kan generator. Kali ni, abang lak rajin basuh pinggan. Sudahnya, aku lah jadi tukang bilas. Adeh la... aku paling tak suka bab basuh pinggan nih. Kalo kat rumah pon sama. Kalo boleh nak masak je, takyah basuh2. Tapi dalam malas2, tu buat la jugak. Kalo tak, sape lagi? Makcik sebelah rumah? Sibbaik abang rajin basuh kain. Opsss masukkan kain dalam mesin. Dan sidai baju. Tengkiu abang! Apa kaitan basuh pinggan ngan basuh baju tah?

Lepas siap basuh pinggan barulah aku mandi. Dan terus tido. Banyak nyamok!!!

Esok pepagi lagi aku dah ajak abang balik at5. Abah tanya, ada kenduri ke? Mak tanya, ada apa ke nak cecepat? Alahai... Nak kena bersebab ke aku nak balik umah aku? Kakak2 ku ada la kat situ, tu pasal aku nak balik cecepat. Kalo tak, takde la aku nak balik sangat. Kalo balik semenchu, tak balik at5 pon suh aku balik. Ni nak balikla ni, lagi tak kasik. Grrr. Balik at5, terus sarap beramai2. Alerrr event ni berlaku dua tahun sekali je pun.

Esok hari, dalam kul 3 gitu, baru lah kami balik. Tak terus balik. Abang, seperti biasa, mesti carik sebab nak balik semenchu dulu sebelum balik. Kali nih, balik ambik sapit nak anto dia balik asrama dan ambik hantaran in. Lemah betul la nak jalan jauh lagi. Kena lalu pontian plak. Penat laaa...

Sampai asrama sapit kul 5.30pm. Kendian terus balik. Singgah makan kat rengit. Ada satu kedai nasi ayam sedap katanya. Biasa2 jek. Sampai rumah kul 7.30pm. Sibbaik keje kat opis dah tak banyak. Takde lah fikiran teringat kan keje jek. Malam ni, jalan lagi. Tak kira,esok lepas nikah tu aku nak shopping kat jusco!!! Yezzzarrr!


Photobucket
Mencabar tokei batik betol la... batik print nih!

Friday, 16 May 2008

Huru - Hara

Photobucket
Tinggal kulit jek

Minggu ni adalah minggu huru-hara aku. Apakah punca huru-hara ini? Dialah puncanya. Encik Pezol dari Cia8t. Apa yang telah dia lakukan? Huru-hara ni terjadi bukanlah hasil perbuatan dia, tetapi sebelum kedatangannya.

Hari Khamis lepas baru aku tahu akan kedatangannya. Tu pun selepas menyiasat ngan kak maza kat admin tuh. Kalo tak, harus aku selamba buat tak tau je sepanjang minggu nih. Hari Isnin baru dapat memo. Dia akan datang hari Rabu kul 2pm sampai la hari Khamis petang. Apa persediaan aku? Tu yang huru-hara tuh. Hari Isnin baru nak print segala mala benda. Pastu nak kena mintak signature master teacher ngan pengarah pulak. Master teacher plak madaaaang busy. Ari Isnin tu ada luncheon talk (apa tu?) pulak dan dia jadi organizer nyer. Makanya, dari ari Jumaat lagi aku dah mengejar dia kat library, lokasi talk tersebut. Masaklah nya bukan nak mencari dia, tapi benda yang aku nak mintak sign dan cop tu pon masih banyak tak siap. Huhuhu.

Hari Isnin aku kejar dia lagi. Memula dia cakap dia akan naik bilik dia petang. Tapi sampai ke balik, tak de pon. Hari Selasa pulak, dia takde, pegi JB. Kusss semangat! Sibbaik dia balik tengahari. Sempat lagi aku bagi borang markah penilaian. Tapi tak sempat lah pulak nak jumpa pengarah. Belah malam pulak, nak membuat AVA. Takkan nak pakai slide jek? Apa guna belajo buat poster, video transperensi segala tuh? So, aku pon memaksa abang membuat poster itu. Huhuhu, aku design, print dan abang tukang potong, susun dan tampal. Thank you abang! You are my no one hero! No. 2 is Jack 24 hihihi.

Datang hari Rabu pagi, rilex lagi. Alamak, dia nak datang pagi kul 11am pulak! Petang dah mula lesson practice! Material tak cukup lagi. Tak fotostet lagi. Mesin fotostet kat bilik pengajar rosak. Pegi admin, mesin nya ala2 kempen penjimatan pulak. Kelabu jek. Rosak jugak sebenarnya. Kul 11.30am gitu, gi meeting. Fuh! Lega... Aku ambik turn present esok pagi kul 8.30am. Sempat ler prepare lagi.

Tido malam tak lena memikirkan apa akan berlaku esok. Kalo mengajar biasa, aku tak lah nervous sebab budak2 kan. Ni ada penilai plak... harus la gubra kan. Esok pagi, sampai2 je ofis aku terus bukak lab. Kemas2 sikit, pastu panggil student. Bagi briefing sesikit supaya diaorang bagi komitmen. Tunggu punya tunggu, kul 8.45am baru dia sampai. Dan, that’s it. Terima kasih berbanyak2 kepada encik farhan dari ukt atas bantuan tuan mendivert kan perhatian encik itu semasa aku present. Kalo kat cia8t dulu memang ada sorang mamat ni suka jadi tukang divert2 nih. Lagi sikit aku nak abis, mamat ni pon masuk gak. Jasa mu dikenang!

Fuh! Lega rasanya. Belah petang ada closing meeting pulak. Dia komen2 lebih kurang dan makan2 time. Kesimpulannya, boleh lah aku bercuti balik kampung ngan tenangnya esok. Selamat bercuti 3 hari!

Jumaat minggu lepas, buat pertama kalinya sepanjang bekerja di sini, aku keluar waktu rehat tengahari. Asal tujuannya nak bayar cc. Asyik rosak je cash deposit tu. Ingat, kalo rosak lagi, bleh bayo kat kaunter. Sibbaik ok, sebab kaunter tutup solat Jumaat. Pastu pegi bus stand. Apa ke hey gi situ? Kedai apa yang banyak kat bus stand? Ya betul! Kedai majalah. Cari majalah kat situ. Kedai buku fofular tu takde majalah mesia melayu ni. Dia banyak jual majalah tulisan pinyin jek. Eh, pinyin tu tulisan rumi yang bercacing tu ke tulisan cina ek? Lupa lak. Tak kisah lah. Pastu aku pergi sammit plak. Alone ok! Ni kes berdikari ke tak campur orang tah. Dah, sumer orang balik rumah, nak wat camne kan... Tak sampai satu pusingan level LG aku pusing, misi dah pun accomplished. Misi beli kasut yang sedondon ngan handbag. Best2. Walau banyak mana kedai kasut aku masuk, biasanya last2 beli kat critris diena gak. Dah rezeki dia.

Satu yang tak best bila jalan sensorang ni is makan. Asalnya aku boleh je makan sensorang. Tapi lama kelamaan aku jadi kesian bila tengok orang makan sensorang. Jadi, tak pepasal aku jadi kesian kalo aku makan sensorang. Apa kes kan? So, aku pon tapau melt kat keyefsi. Aduhai... dia lum masak pulak, kena tunggu. Tengah menung2 menunggu tu, jumpa lak ngan kak nab, kak maza ngan sape ek lagi sorang? Derang nak makan kat situ gak. Dekat 2.15pm baru dapat makanan. Masuk store jap, beli beskot, dan terus balik.

Esok harinya seperti biasa la. Aku kan. Mana boleh duk rumah ari sabtu. Aku rasa kalo ada ekon kat rumah kot baru aku sanggup duk rumah. Bila la nak pindah nih. Kawan abang ada tanya2 rumah sewa. Kalo la tau biler dapat kunci, senang aku pass je rumah nih. Pass rumah ngan pe’el tuan rumahnya sekali. Pempuan tu kan, memang tak tau malu tau. Sibuk nak datang rumah jumpa aku. Dia tak takut kena laser depan laki dan anak2 ke? Aku memang nak sound direct je kalo jumpa dia. Dah, melalut pulak.

Memula gi isi perut dulu. Pagi tadi abang ada keje, melayan rombongan cik kiah budak sekolah. Semejay pon ada tau. Balik2 je terus carik makan. Takde lak sesi makan2 dalam program tersebut. So, kami makan beriani super seperti biasa. Sedap seperti biasa juga. Abis makan menyinggah beberapa kedai lampu. Letih tau sebab aku yang drive. Masuk kete kuar kete, masuk kedai kuar kedai, pastu ulang lagi. Hasilnya? Non ado.

Kendian gi sammit. Lagi? Abang lak nak beli sandal. Jeleslah tu aku beli kasut baru. Pusing punya pusing, last2 beli kat bata jek. Pastu pegi area bus stand. Lagi? Semalam lupa pegi bin obod. Carik stokin aku pulak. Lambat sangat nak pegi mydin. Kalo kat mydin murah dan sedap pakai. Tapi kat sini pon ok lah. Yang penting niat. Pastu konon nak gi k4. Sekali tetiba lak haus. Aiyooo boleh lak tetiba ek. Dah kebetulan dekat, pegi pulak SR. Minum2 dan makan kek sket, kendian gi k4. Dah lama nyer tak gi sini. Tengok2 ada kanopi banyak2. Mesti thailand nyer promotion nih. Sekali tengok banyak kedai melayu. Banyak tudung batu gajah segala lah. Best2. Tapi mahal la kan. Baik beli kat kl je bebila.Lagi pn takde dalam bajet bulanan kan.

Masuk k4 beli beras. Memang betul la beras mahal. Carik bunga raya, takde 5 kilo punyer. Beli je lah faiza emas. Sokong la produk kampung sendiri! Beras pilihan bernas. Promote sket. Minyak masak pon kena beli saji, produk berkualiti oleh felda. Kalo minyak masak mahal jangan komplen. Sebab bila minyak masak mahal, hasil pendapatan kat kampung pon akan bertambah jugak. Hehehe, gitu pun salah satu cara nak membalas jasa orang tua.

Sebelum balik, beli brooch kat kedai kat luar tadik. Brooch gantung2 tu. Suker! Makin murah plak rege dia. 2 set rm15. Kendian balik. Untuk rekod, hari ini kami tak pegi bpmall. Yeay! Eh, ada mall baru nak bukak ker dekat2 ngan k4? Baca kat blog batu pahat tadi.

Thursday, 15 May 2008

2 km Suka-suka Run

Ahad lepas, pegi jogging2 kat stadium ito. Bleh plak sampai saing ngan seseorang yang dikenali di alam blogsphere ni. You know who you are. Bukan sombong tau kak, segan nak tegur. Aku lari 5 pusingan bersamaan dengan 2km. Saje nak sama ngan larian btn hihihi. Esok nya sakit kaki dan pinggang la kan. Batuk lak tak ok lagi, lagi lah seksa bila batuk tu, sakit pinggang ku. Rasanya aku ni terlalu banyak beraktiviti la kan? Sebab tu batuk tak baik2. Asal weekend je jadual padat. Ari Sabtu je aku jenjalan tu, ari Ahad hari isteri berehatkan. Nak kena urut kot. Aritu balik kampung nak urut, makcik tu pulak busy. Katne laaa nak urut kat parit raja ni.

Weekend ni nak balik kampung lagi. Hopefully sempat urut. Sabtu malam ada kenduri doa selamat sempena In nak kawin next week kan. Pastu Sabtu tu jugak ada kenduri kawin kakak najib. Plannya nak balik pagi Sabtu tu. Esok nak rilex dulu. Gosok2 baju. Next week lagi la penat, nak pegi KL plak. Pengantin tu kat Balakong, dekat2 ngan Jusc0 cheras selatan tu. Itu harus la penat yang berganda2 kan. Ahad ada kenduri kawin gak kat keramat, tapi maybe tak pegi kot, tak larat dah.

Alamak! Tapi sekarang musim piala Thomas. Erm... takleh la nak concentrate tengok. Sibbaik ari Sabtu tu final Uber. Ahad baru final Thomas. Bleh tengok kot. Tapi derang lawan malam waktu prime time, camne nak tengok kalo ada banyak pesaing? Alahai...

Wednesday, 7 May 2008

Sambung Lagi, Bleh?

Sambung lagi cite ari Jumaat lepas. So, malam tu aku lepak rumah sensorang, tengok tv. Kena ingat ni, tiap Jumaat ada Nabil... Apa Cerita kul 10.30pm kot. Dah tinggal sensorang tu, takde kawan gaduh, banyak ler keje boleh buat. Antaranya,gosok baju yeay! Best best takyah gosok ari Ahad. Tu pasal ari Ahad hari isteri berehat. Aku suka gosok baju ni, cumanya kalo gosok baju tu siang2 buta, dah lah panas bahang dari iron tu, tambah lagi panas cuaca sekarang nih, tambah hangin tak puas ati gosok baju ari Ahad sebab hari isteri berehat, jadi tak best pulak. Abang balik kul 1am. Sibbaik pegi menuntut ilmu di dada...

Esok pagi sarap mee bandung. Aku beli 2 semalam, konon abang balik nanti dia makan la. Hampes, nak makan apa kul 1 pagi tu kan. Kendian vakum rumah, kendian bermalas2an sampai la tengahari (tak ler lama nak sampai tengahari tu sebab bangun pun ala2 dah nak tengahari kan huhuhu). Lebih kurang kul 3pm,kami pun kuar. Kali ni nak meneruskan misi kecundang semalam. Makan kerang goreng! Hah, semalam pegi kul 5 dah abis kan... kali ni aku datang kul 3pm ni, kalo abis gak tak tau lah. So, kami lalu jalan biasa aku gi keje. Sebelum nak sampai situ singgah rumah yang aritu konon nak beli tapi tak jadik kat Senggarang tuh. Fullamak! Dah siap la... Tinggal derang tengah buat landskap. Katanya dapat free tu. Siap dah tanam rumput dan pokok2 renek.

Eh, cop cop sebelum aku sambung ni nak cite ni. Kelmarin masa balik keje aku nampak orang tengah gali2 lubang tepi jalan. Nampak ada lori bawak tiang. Tiang telekom tu. Aku pun ala2 teruja gitu nak tengok derang gali lubang cam aku belajo aritu. Sekali esoknya aku tengok dia gali lubang bulat je dan pacak tiang. So easy hah? No wonder la aku nampak ada tiang tumbang kat jalan masuk tuh. Gitu rupanya kekdah dia menanam. Ni lah masaklah nya bila semua keje nak di sub-con kan. Lantak lah labu... Jangan tiang tumbang belakang umah aku sudah. Errr tak sabo aku nak pasang streamyz semula arrr. Sekarang ni ada pakej combo kan? Takyah masuk telefon pun. Ini sudah jumat banyak. Tapi kan... apasal deposit aku dulu dia tak pulang lagi ha??? Ewah ewah,kalo kiter lambat bayo bil, cepat je potong line,pastu mintak seploh hengget kalo nak sambung. Ini dah dekat setahun aku terminate, satu sen tak dapat. Deposit telefon ada lah dapat, ni deposit streamyx nih. Pulangkan wang kami!

Ok sambung lagi. Kat taman baru tu kami masuk 2-2 jenis rumah.Rumah 1 tingkat tu dah pernah masuk. Masuk yang 2 tingkat pulak. Halamak... kalo gini punya besar, ada yang sebulan sekali baru kemas nih. Sibbaik gak aku tak beli. Tapi memang ok lah bagi orang ber femli besar. Kalo aku yang beli, tah2 nak jumpa abang sehari sekali pun susah. Hihihi sorang kat atas sorang kat bawah. Kawan edtec ni beli umah 2 tingkat tuh, anak 7 orang, ok lah kan. Bulan2 bayo 1.3k. Laman dia kira sama luas ngan laman umah kecik bukit perdana kami dulu la. Bleh main badminton.

Kendian kami terus ke sg lurus. Huh... banyak pun lagi kerang itew. Memang sedap makan sambil dipuput bayu lembut selat melaka. Ewah, puput tu apa ek? Main tulis jek. Dekat sejam gak la kami mengorek kerang tu dengan garfu mini tu. Kalo pakai tangan mesti 15 minit jek, tapi tak best ar makan sekali banyak. Dia kena makan sikit2, ambik feel sekali.

Abis makan, kami teruskan perjalanan ke bukit perdana pulak. Memula gi umah arafat, kawan abang, nak anto pc dia yang abang repair. Dah pindah jauh pon abang gak tukang repair pc dia. Yang bagusnya kawan tu tengah nak kuar ke bandar. So, sekejap je lah huhahuha dia. Kemudian kami ke surau solat Asar. Abang tu nostalgia lah tuh. Masih ada lagi memo abang tertampal kat notice board surau. Memo pasal tabung khairat. Dulu kan abang assistant su. Lepas solat kami ke bandar.

Destinasi pertama, SR. Beli kek 2 slices and go. Jumpa kawan abang, Khalid n wife tengah makan kat situ. Baru balik dari berkelah mandi manda kat gunung ledang. Jauhnya mandi... Pastu kamike Fars0n beli dadih. Kali ni beli perisa kapucino, hanidiu dan mangga. Semua sedappp. Pastu pegi kedai perabot pulak, Milan0, kat sebelah fajar lama. Fajar tu dah diganti ngan YC, tapi YC tu pun dan bungkus. Ngan Fajar2 tu sekali bungkus. Baru je fajar tu abis jualan perpindahan. Aku ada tanya staf dia aritu, nak pindah mana nih. Dia cakap tak pindah pon, tutup terus. Ooo. Tak lama lagi Gi@nt la pulak ganti tempat tuh agaknya. Lum ada giant kat BP nih. Pastu bungkus jugak. Lokasi kurang strategik kot. Competition pun ye jugak.

Kat kedai perabot, jumpa ustaz yang bawak abang gi rembao semalam tuh. Dia dah booking pakej katil, meja makan and tv cabinet. Actually ari sebelum tu ada dapat katalog promosi pakej tu kat rumah. Tu yang ustaz tu ter influent tuh kot. Kami pulak, survey2 je, sampai pengsan. Memang suka tengok2 perabot nih.

Abis kat situ, pusing balik ke store bus stand. Nak beli obat gigi nagn bangku. Konon dalam katalog obat gigi tu 2 - rm10.99. Sekali tengok, rm13.50. Tipuuu!!! So, kami beli bangku je lah. Bangku buat panjat2 basuh kete. Maklum ler, rendang kan...

Kendian kami pegi pasar malam plak. Beli kebab lembu dua, rangka ayam ngan kuih donat sambal plus popiah sambal. Dah naik rege kuih dia. Dulu semua singgit pat. Sekarang kuih2 yang ala2 pakai tepung tu dah singgit 3. Popiah still singgit pat. Pastu terus pegi BPM@ll. Solat Maghrib dulu. Rosak plak toilet. Boleh ambik wuduk je. No buang2.

Ooo sebelum terlupa, nak cite cuti 1 ei arituh. Cuti hari pekerja tu memang bebetul cuti dari bekerja. Duk rumah je tak buat kerja. Cumanya, hari sebelum tu kami dating lepas keje. Kami gi makan / minum sup sitam.Tak geti aku nak sebut makan ke minum kalo sup nih. Lu pikir la sendiri!

Oh, ari Sabtu tu ada perhimpunan hari pekera gomen kan. Ada pelancaran sldn ngan plan induk time tu. Keje aku lah tu. Kat tv pun dah ada iklan sldn tu. Sesape nak maklumat lanjut, bleh la tanya aku ek. Kot la ada adik ke, sedara ke, kawan ke yang malas gi sekolah, nak keje sambil belajo, boleh la join sldn tu. Untung tau kalau dapat joint company besar2 (memang yg beso2 je mampu tawarkan program ni setakat ni) cam daimler crysler ker… belajo repair Mercedes tau. Kalo daimler cryesler ni kan, memang derang ambik budak lepasan spm yang zero tau. Dia takmo yang ada basic sekolah taknik, ke vokay ke sebab budak yang zero ni lagi senang dibentuk ikut acuan dia. Kalo yang ada basic ni kekadang berlagak dan banyak cekadak sebab konon macam dah tau. Pastu kalo tak dapat diserap keje ngan dia pun takper. Dengan ilmu merepair mercedes tu, insya Allah banyak bengkel nak ambik kejep unya lah. Daripada keje kilang elektronik yang basic gaji baru pat ratus, baik joint benda nih. Dapat elaun plus ilmu sekali. Plus plus plus dapat sijil skm tahap 3 okeh. Hehehe tak pernah2 aku promote tempat keje aku kan. Bukan apa, aku kan masih dalam kursus, nak cite pun aku lum terlibat secara langsung. Tunggu bulan 7 nanti aku masuk keje tu baru aku leh cite ek. Tu pun kalo aku tak dapat pindah a*dtec bp nih la. Hehehe.

Eh, apa cite tadik tah. Ermmm ooo pas solat Maghrib tu kami shopping sesikit. Beli kotak felt0n tu 3 bijik. Senang nak pindah sok. Kul 9pm baru kami kuar. Tu pun sikit punya speed ker sebab af dah start kan. Tapi sebenonya biasa2 e performance derang tu. Langsung tak mengujakan. Dah, abis dah cite. Any comment? Chow!

Tuesday, 6 May 2008

Ponteng Professionally dan Hari Isteri Berehat

Masa zaman sekolah aku dulu, tahun 80-an hingga 90-an. Zaman sekarang, katanya lebih mencabar. Masalah disiplin sekarang lebih advance. Iyer ker??? Teringat kata seorang cikgu baru-baru nih, bila sorang student ni kantoi biler buat apa2 salah, memang dia akan belasah cukup2. Sebabnya, budak macam tu tak boleh survive buat benda kecik macam tu, macamana dia nak survive bila menghadapi dunia akan datang? Sebaliknya, cikgu ni cakap, budak yang tak pernah kantoi nih, bila balik semula jumpa cikgu ni, selalunya dia berjaya dengan hidupnya. Dan bila budak ni bagitau dia pernah buat salah (disiplin atau tipu cikgu nih), cikgu ni senyum jek sebab dia rasa budak ni bijak. Hihihi harap maklum, cikgu yang aku maksudkan nih bukan cikgu sekolah okeh.

Okeh, apa yang aku nak cite kan nih mungkin akan di’ya’kan cikgu-cikgu di luar sana sebab cikgu sekarang kan menghadapi macam2 pe’el pelajar yang mencabar kan. So, cite ni cuma salah satu daripada beribu riban jenis salah disiplin budak sekolah jaman sekarang.

Hihihi kisah nya 1 Mei yang lalu, aku menerima sms dari seorang kawan lama. Classmate masa form 3 dulu. Eh, dah tak dengar cite minah sorang nih. Aku agak mesti nak jemput kenduri kawin nih. Kawan nih sekarang cikgu kat sekolah kami dulu. So sweet kan? Belajar kat situ, kemudian mengajar pulak kat situ. Memula dia ajar sekolah adela, jauh sikit dari rumah. Tah kabel apa dia pakai, senang jek dapat tukar sekolah yang sepelaung (tapi sepelaung jac kot sebab jauh gak) dari rumah. Isy, sangka buruk je kan? Tah2 dia guna saluran yang betul mintak tukar tuh.

Berbalik pada kisah budak sekolah nih pulak. Rupanya kawan aku nih, M, memang huruf sebenar, nak tanya kat aku pasal sorang budak ni, F, pun memang huruf sebenar. Dia tanya aku, F nih ada masalah ke ngan femli dia? Huhuhu siapakah femli dia itu? Kau? Dia? Mereka? Tak kisah lah siapa. Yang pasti aku pun bagi jawapan, aku pun tak tau. So, aku pun tanya la balik, kenapa bertanya sedemikian? Adakah F in telah melawan kau, atau telah bergaduh ngan kau atau pinjam duit kau pastu tak bayar? Isy isy isy, aku tanya soalan pertama tu je lah.

Pastu M pun balas sms aku, lebih kurang cenggini ayatnya,

X la.. Aritu dia ttangkap sbb xmsk sek, nk g jusco.. Ttangkap masa nk tunggu teksi.. Pastu bwk msk sek, pggl parents.. Xsangka dia tengking bapak dia depan kitorang..Bjurai airmata kitorg tau..

Apa korang nak aku rasa? Nak pelangkung je F? Nak bagi sebatan di khalayak ramai? Suh round padang 100 pusingan? Isy isy isy bukan aku cikgu sekolah tu. Lagipun sekolah sekarang ada kaunselor kan? Kurang kena kaunseling dulu kan.

Errr apa tujuan aku tulis cite ni ek? Aku pun tak tau. Saje buat pengajaran kepada hadek2 sekalian, kalo nak gi jusco, tunggu lah coti sekolah ke, weekend ke. Takde lah nanti kantoi tak masuk sekolah. Plus, bape banyak duit hadek2 bawak gi jusco tu? Ingat jusco tebrau city tu macam kedai sebelah bank ke jual barang biasa2? Mangkuk hayon betuol lah. Isy, nape aku emosional nih? Aku ni kan, bab kantoi tu aku boleh terima lagi, yang aku hangin tu bab dia tengking bapak dia tu. Isy dia punya tengking je dia tau ek. Sian bapak dia. Aku tau lah bapak dia tu camne kan. Bila aku bayang kan situasi tu, aku pun sedey tau. Ermmm...

Okeh, balik ke diri ku yang selalu plak. Weekend yang lepas, tengah lepak2 depan tv sambil tengok berita, bila abis berita tu pembaca berita tu cakap la... selamat beristirehat. Terus terlintas di fikiran, hari Ahad ni hari isteri berehat. Sebabnya, memang aku berehat je aritu. Hihihi.

Jumaat lepas, balik keje aku terus lapegi sg lurus, konon nak beli kerang goreng. Sampai2, dekat 5.30pm, ingat baru bukak ler kedai tu. Ropanya dah abes dah kerang. Frust nyerrr. Tak pepasal aku singgah kedai tepi trafik lite tu beli mee bandung jek. Abang laktak balik petang tuh. Dia ikut ustaz gi Rembao. Tah ada program apa tah. Dah dua kali dia gi situ. Yayasan Safa ke hape nama tempat tuh. Katanya al-Azhar mesia tempat tu.Tempat berkumpul tokoh2 agama katanya. Coppppp sambung esok, nak balik... daaa...