Thursday, 13 August 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Anniversary @ Tokube


Hari ke-18 (Selasa) merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami, iaitu 25 disember. Siang tu dah berjanji dengan mila nak makan tengahari di rumahnya. Dengan confident nya aku dingdong rumah lama my kat tingkat 6. Sibbaik takde orang keluar. Sebab sebenarnya rumah dia kat tingkat 4 haha. Tak terfikir langsung aku yang rumah dia kat situ. Kat situ, mila masak sup daging dan kek. Tak lama sangat kami kat rumah mila sebab biasa lah aku, tak geti nak sembang. Dah lah setiap kali jumpa mila asik berlaku salah faham. Selalu kita rasa bahasa indonesia ni sama je ngan bahasa malaysia, tapi sebenarnya tak! Masa nak balik mila tanya aku nak bawak balik sayur ke tak? Dah kenapa aku nak bawak balik sayur pulak kan? Aku pun cakap lah tak nak. Rupanya bila dah balik mesia baru aku tahu yang sayur tu maksudnya lauk la bagi derang. Tapi kami bawak balik kek dia hihi.

Malam tu, kami makan di tokube sekali lagi. Punya lah susah nak memilih salah satu samada nak makan tokube atau hitsumabushi sebab besok muyi ajak makan kat rumah dia. Ikut hati aku nak makan dedua. Akhirnya kami memilih tokube sebab kalau makan hitsumabushi dapat makan unagi je, tapi kat tokube dapat makan unagi dan sushi2 yang lain. Tapi bila fikirkan balik, alahhh hitsumabushi punya sedap tu boleh cover sushi2 yang lain kot huhuhu. Nyesal pulak. Takde rezeki lah tu.

Penutup la kiranya.



Nakkk!





Dah last ni makan je la udang.

11x260 + 1x680 + 3x300 + 2x380 = 5200 

Tak ramai orang.



Kalau nak tengok macamana gaya aku makan sushi, sila tengok kat sini.

Sekian. Sambung lagi kisah perjalanan pulang yang agak mencabar.


0 komen: