Hari ke-12 (Rabu) pagi, tiba2 rumah kami blackout. Encik suami dah pergi lab time tu. Rasa2 macam semua rumah ada karen. Kenapa pulak rumah kami je yang takde karen? Tapi sebab dah siang, tak boleh la nak tengok rumah orang lain terang ke tidak.
Nak dijadikan cerita, kan aritu aku cerita yang rumah tu asalnya disewa oleh kawan bangladesh, si maaruf. Kiranya encik suami macam sambung je la duduk rumah tu. Dipendekkan cerita, encik suami kata, waktu encik suami duduk rumah tu, api air memang dah ada. Cuma gas je yang encik suami masukkan (register) sendiri. Dan itu lah punca segalanya. Agitewww.
Puncanya ialah, api tu masih lagi atas nama si maaruf, manakala air pulak memang automatik bil under building. Bulan pertama encik suami duduk tu, takde bil api sampai. Eh, hari itu kira baru sebulan lah encik suami duduk situ. Agaknya, bila orang tnb datang baca meter pagi tu, dia pun macam, e'eh kenapa ada penggunaan, padahal dah takde orang? Lalu dia pun potong lah api dan2 tu jugak hahaha. Dah tu, sape suruh kau tak potong api tu siap2 bila si maaruf tutup akaun dia? Haaa gitu lah kisahnya.
So, terpaksa lah encik suami mintak tolong PA sensei call kan tnb segala. Memang biasanya hal2 domestik gini kami akan mintak tolong PA tu. Macam kontrak rumah sewa dulu, sewa parking dll, pun dia yang tolong. Pernah sekali lampu kereta encik suami menyala kat parking yang jauh dari rumah kami, ada orang call PA tu lagik. Haaa pelik tak? Gini. Masa tu kami beli 2 biji kereta. Kereta aku memang parking kat bawah apartment kami tu. Tapi kereta encik suami terpaksa parking jauh sikit sebab nak murah. Jauh tak jauh lah. Dekat dengan rumah sewa sekarang ni je. So, masa buat urusan kontrak sewa parking tu, kena letak nama orang Jepun sebagai errr guarantor kot. Maka encik suami taruk nama sukamot0 san ni lah. Ngan nombor telefon dia sekali. So, apa2 hal derang akan call. Apa2 hal apa? Contohnya macam ada orang terlanggar kereta kita kat parking ke (macam kes si apis), ada orang cilok park kat parking kita ke, atau apa2 kejadian ah. Macam kami ni, pernah lampu kereta encik suami menyala seharian/semalaman. Kisah lah pulak derang ni kan? Aku rasa orang yang sama2 parking kat situ jugak kot. Dalam kes ni, dia call ejen dan ejen call owner. Haih... orang jepun ni teliti betul kan?
So tengahari tu aku pergi makan gyudon kat shokudo, kendian terus jenjalan ke aeon dome-mae yada. Saje keluar jenjalan sebab kalau duduk rumah pun, sejuk. Maka malam tu kami tidur dalam kesejukan lah. Nak mandi pun takut. Besoknya barulah encik suami menguruskan masalah blackout tersebut.
Ini lah shokudo yang encik suami makan tiap hari kalau tak bawak lauk brahim. |
Yang kanan tingkat atas sebelah awning tu. Nampak tak encik suami guna balik wallet panjang tu. Kat mesia pakai wallet biasa. Cuba lah kat mesia letak wallet kat poket belakang macam tu huhu. |
Aku rasa macam pernah makan kat sini sekali. Tapi makan bento sendiri. |
Kalau dulu sekali-sekala je ada menu gyudon halal ni. Sekarang macam hari2 pun ada. |
Nasi daging. |
Lepas lunch, aku terus naik train ke aeon nagoya dome mae yada. Dari dulu kami jarang pergi aeon ni naik kereta sebab tak faham sistem parking dia. Pernah kena charge mahal giler. Kena beli barang certain amount baru boleh parking free. Tapi memang nostalgia la kalau pergi sini.
Balik tu kami pergi makan di aeon chikusa pula. Ni pun ada kisahnya. Nak dijadikan cerita, objektifnya nak pergi makan udon ni kat aeon town chikusa. Kalau naik chikatetsu, kena berjalan agak jauh dari eki terdekat, samada turun kat tsuruma park, fukiage atau chikusa. So, lagi mudah kalau naik bas sebab bas berenti betul2 kat depan aeon ni.
Yang aku tau, bas yang lalu situ ialah bas no. 17 dari dai. Bas tu akan lalu kawana.
Encik suami pulak tau, bas yang lalu situ ialah bas no 17 dari dai. Eh, sama lah?
Bas no. 17 yang aku maksudkan ialah bas yang ke sakae, manakala bas yang encik suami maksudkan ialah bas yang ke meieki. Ala, bas yang lalu bus stop yang aku tunggu bas nak ke sakae itu hari tu. Kan nombor 17 gi meieki, bas nombor 18 gi sakae.
Adeh. Nak ikut saper ni?
Dah... sorang tunggu kat belah padang toyoda, sorang tunggu kat belah IB.
Pastu berlakulah arguement di antara pasangan itu dari jalan bertentangan. Encik suami panggil suh aku tunggu belah IB, aku pulak panggil untuk tunggu belah padang. Siap whatsapp call lagi!
Akhirnya persepakatan telah ditemui apabila masing2 bersetuju bahawa bas yang bernombor sama tersebut akan lalu di depan aeon town chikusa juga akhirnya, walau pun kedua2nya menuju ke destinasi yang berbeza.
It's not about the destination. It's the journey. Agitewww.
Eh, macam takde kaitan jek?
So, time pergi tu kami naik bas no. 17 yang ke meieki (sebab bas tu sampai dan jalan dulu), dan time balik kami naik bas no. 17 yang dari sakae (pun sebab dia sampai dulu).
Untuk 2 set ni biasanya 1000 yen jek. |
Hanamaru kat mesia tu sama tak rasa dia? Nampak sedap la pulak. |
Balik tu kami terus balik rumah. Yang gelap dan sejuk itu. Turun kat bus stop yang dekat dengan rumah.
Bersambung lagi.
0 komen:
Post a Comment