Sunday, 9 August 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Hitsumabushi!


Ok sambung balik kisah blackout. Hari ke-13 (Khamis) selepas urusan tutup akaun si maaruf selesai dan encik suami register akaun baru, maka petang tu sebelum maghrib, tiba2 ada karen semula. Tak sempat aku nak kejar orang tnb nak ucap arigatou. Orang tnb tu datang pasang circuit breaker yang baru. Rupanya benda alah ni pun boleh pilih2 ok. Yang baru dipasang tu 12A punya. Kira rendah lah ampere dia. PA sensei kata, kalau rumah tu takde barang elektrik sangat, pakai yang rendah Amp je. Rate pun murah sikit katanya. Boleh pulak gitu ya? Kami pun follow je. Janji dah ada api. Dan malam tu juga encik suami ajak makan hitsumabushi sebagai ganti rugi kesusahan aku sejuk beku kat rumah tu selama 2 hari 1 malam hihi.

Pergi jalan kaki je. Penat lah jugak sebab ada naik turun bukit tonggek.

Aksesori hitsmabushi.



Wasabi parut sendiri.

Tulang belut.

Encik suami order set hitsumabushi.

Aku order nasi dengan unagi. Sama je bendanya cuma yang ni takde aksesori. Murah la sikit. Kalau nak, makan la encik suami punya aksesori. Tapi aku tak suka pun rerumputan itu.

Dapnya hoi! Dah berangan nak makan benda alah ni masa konvo encik suami tuari. Kalau boleh nak makan 2 kali! haha Tuari makan kat nipp0nsushi takde rasa dan aroma unagi jepun la. Unagi jepun ni ada rasa ikan air tawar macam ikan keli. Tak sama langsung. Kiciwa.





Suka ambience kedai ni.

Selfie depan kedai.






Balik tu kami pergi kahma kawana. Beli piuk emas hihi.

0 komen: