Hari ke-17 (Isnin) merupakan hari cuti umum iaitu besdei agong atau maharaja dia. Tapi sekarang dah tukar maharaja, mungkin dah tukar lain kot. Mula2 tu aku dah janji ngan mila nak datang rumah dia hari ni. Tapi bila muyi ajak keluar, aku postpone ke hari lain. Sebenarnya muyi nak ajak kami makan ramen kat kyoto, tapi takkan lah kita nak pergi ke situ semata2 untuk makan ramen kan? Jalan2 kat kyoto lagi lah jauh dari imaginasi aku sebab rasa dah takde tempat penting nak pergi kat situ. Winter pulak tu. Kalau autumn mungkin lah aku yang melompat2 ajak momijigari kat situ. Maka aku pun melontarkan idea untuk pergi ke biwa-ko (biwa lake). Dengar citer ada satu tempat tu ada pokok cantik berderet macam kat nami island tu. Hasil gugelan aku macam cantik je. Instagram-worthy spot katanya. Lalu kami pun pergi lah ke sana.
Nama tempat Metasequoia Namiki atau Metasequoia Tree-lined Road. Terletak di daerah Takashima, ianya terletak berhampiran tasik biwa dalam negeri Otsu, wilayah Shiga. Negeri ni terletak antara Nagoya ngan Kyoto. Cuma untuk ke situ kita kena melencong ke kanan menghala ke toyama.
Kami bertolak sebelum tengahari. Sebenarnya aku pun tak tau kat mana. So, bila nampak pokok berderet2, kami pun berhenti lah kat situ dan bergambar2.
|
Ni bukan terpejam ya. Silau. |
|
Cenggini lah pemandangan yang kami lihat ketika itu. Pokok togel dan jalan lapang. |
|
Kenderaan lalu sekali sekala. |
|
Bag baru beli semalam. Saje nak bagitau haha. |
|
A bus approaching. |
|
Takde orang lain kat sini. |
|
Stret starang. |
|
Wow! |
|
Saje je dia bawak slow2 nak kasi kita tangkap gambar dia. |
|
Ni baru betul terpejam. |
Nampak je macam rilek je kan. Tapi sebenarnya kami dah gigil2 kesejukan. Sejuk nya hoi! Dah habis bergambar, kami pun cecepat masuk kereta dan bergerak ke kyoto. Kononnya, Sekali, tak jauh dari situ, kelihatan ramai orang di kiri kanan jalan. Laaa ini ke tempat sebenar? Penat je kami kesejukan berposing2 kat situ tadi. Rupanya tersalah tempat. Kat sini baru lah ramai orang, ada banyak bas2 persiaran. Patut lah tadi nampak bas2 ni lalu je, tak berenti. Terdetik jugak dalam hati, kenapa bas ni tak berenti kat sini, dah alang2. Kalau pun nak pergi ke toyama, singgah je lah sekejap kat sini, kan? Rupanya diorang yang pelik agak tengok kami bergambar kat situ tadi. Dan patut lah juga kat tepi jalan tadi aku ternampak ada papan tanda bertulisan piku-rando dengan gambar kamera dan aak panah ke hadapan. Rupanya dia nak cakap tempat bergambar (pic-land) kat depan sana. Adoi... terpaksa lah kami turun semula dan bergambar kat situ pulak. Sejuk lahhhhhhhh.
|
Kat sini pokoknya macam rapat2 sikit. Tapi ramai orang. Tak best la nak bergambar. |
|
Gugel translate. Berubah2 dan mengeradau, tak tau mana satu yang betul. Tapi yang ni, logik. |
|
Jalan kat sini takde bukit macam kat tempat tadi. Kalau tempat tadi boleh nampak lengkungan kat hujung jalan. Dari jauh dah boleh tau ada kereta nak datang. |
|
Hmmm meletup2 photobomb. |
|
Kena berdiri jauh2 baru nampak belakang tu. |
|
Profile picture fb sekarang. |
|
Tido pun boleh. |
|
Ok last, lompat! |
|
Pemandangan dari tempat parking. |
Lepas tu kami lepak sekejap kat daam kedai dan solat kat situ sebelum meneruskan perjalanan ke kyoto.
|
Kena mengelilingi tasik biwa ni untuk pergi ke kyoto. |
|
Jumpa tori gate dalam air. |
Entah kami lalu jalan mana tah. Ada mendaki bukit macam cameron highland. Tiba2 jumpa tempat perlancongan atas bukit, ada cable car segala bagai. Tapi kami tak masuk la sebab dah tutup dah nak malam. Pastu jumpa hutan berbukit lagi pusing2, belit2, selit2 (jalan kecik), tau2 dah tiba di bandar kyoto haha. Jalan potong mana tah gugel maps ni bawak. Dia memang camtu. Suka tunjuk jalan short cut dan kita pun ngikuttt je. Tapi takpe lah. Dah selamat sampai pun.
Dah sampai kyoto, kami pun terus je lah nak gi makan ramen. Memula cari ayam-ya dekat kyoto stesyen, sekali tengok dia dah tutup branch tu. Terpaksa cari branch yang lain. Yang muyi pulak dah pernah makan kat kyoto stesyen, tak pernah pergi yang lain. Maka berpusing2 lah kami 2 3 kali kat jalan karasuma tapi tak jumpa. Your destination is on your right tak sudah2, tapi tak nampak bayang. Last2 muyi berenti kat tepi berjalan kaki mencari kedai tu. Rupanya2 dia tersorok kat lorong pejalan kaki dan dalam bangunan.
|
Itu je papan tanda dia. Kalau tak datang dekat memang tak nampak. |
|
Dah lah bangunan tu pun kat lorong kecik, kena masuk dalam lorong bangunan tu pulak. |
|
Kami order yang sama. Tak ingat level berapa punya pedas tah. |
|
Dengan chicken karage. |
|
Nak makan pun ada SOP. |
|
Portion dia besar. Tapi macam tak cukup huhu. |
|
Kaedah pembuatannya. |
|
Sedap ke tak? |
|
Tak sedap. |
|
Tapi licin mangkuk haha. |
|
Sedap sangat la hoi! Tapi dah lupa rasanya macamana. |
0 komen:
Post a Comment