Syukur Alhamdulillah, setelah 3 tahun kami pulang dari negara Jepun, akhirnya pada 25 Mac 2020 yang lalu, encik suami telah pun bergraduasi dari pengajian PhD-nya dan kini menerima gelaran Dr. di hadapan nama. Atau lebih tepat lagi, Ts. Dr. Ts tu gelaran Technologist, dapat dari Malaysia Board of Technologist (MBOT). Sekarang baru lah boleh sambung cerita closing pasal kepulangan kami yang 3 tahun lepas tu hehe. Dulu malas nak cerita sebab nanti mesti orang tanya, dah habis belajar ek? Dah grad eh? Dah dapat Dr. eh? Ye lah, bila orang dah tanya tu, kadang2 terpaksa aku cakap dah, ya, a'ah. Walau hakikatnya tidak, hmmm, belum. Mintak mahap la ya.
Dengan itu juga, ini bermakna, aku dah takde sebab nak pergi jepun lagi dah, selain alasan nak balik kampung. Tambahan pula sejak zaman covid ni, macam semakin sayup2 je lambaian sakura tu. Sebenarnya aku sepatutnya pergi ke sana semasa majlis graduasi tu, tapi covid dah melambai terlebih dahulu. Maka kempunan lah aku nak makan2, jalan2 huhuhu. Sebelum cerita pasal trip tak jadi tu, baik aku cerita sikit kronologi kejadian grad nya encik suami akhirnya ini.
Kisahnya bermula pada tahun 2018 apabila encik suami dapat kembali ke Meidai selama 3 bulan untuk menyelesaikan research yang tergendala sebentar itu. Sebentar tak sebentar sangat lah. Dekat 2 tahun juga. Tapi kalau emas, emas lah jua. Dibuang tetap berharga gitu kan. Kebetulan research beliau yang terakhir sebelum balik dulu menggunakan material emas hehe. Okeh, dipendekkan cerita, selepas balik dari 3 bulan tu, encik suami terus berhubung dengan supervisor beliau. Aku pulak memainkan peranan sebagai pusher. Sekejap2 aku tanya, dah contact sensei? Sebenarnya yang belum settlenya ialah part publish paper. Syarat graduasi dari uni ialah minimum 2 paper. Yang pertama dah publish tahun 2016. Yang kedua ni yang lambat banyak.
Lebih kurang pada bulan September ke Oktober 2019, Arai sensei maklumkan ada jurnal yang encik suami publish paper pertama dulu ni calling for paper submission for special edition gitu. Tapi yang tak boleh blahnya, dia kata, possibility untuk paper tu accepted agak kurang. Dengan erti kata lain, jangan berharap sangat la. Betapa beliau under-estimate paper encik suami haha. So, encik suami pun cecepatlah submit paper ke sinun. Tapi sebelum nak sampai submission ke jurnal tu, nak lepas tapisan arai sensei je pun boleh putus asa dibuatnya huhu. Biasanya kena melalui co-supervisor dulu. Dah lepas co-supervisor baru dia hantar ke arai sensei ni. Memang kena keringkan hati lah. Tak lama pastu, dapat lah review dari reviewer. Banyak juga nak kena jawab. Berbakul2 jugak la kena maki 'stupid' ngan sensei sebelum nak reply review tu huhuhu. Kalau aku dah nangis dah tu. Sibbaik lah encik suami dah kebal. Cakap lah apa pun sensei, hari ni hari bodoh saya hahaha.
Akhirnya, pada 29 November 2019, paper kedua tersebut berjaya diterbitkan. Bayar pakai duit sendiri hokehhh. Takpe lah. Janji grad kan.
Dan bila paper dah publish, misi menyiapkan tesis/dissertasi lah pula. Part ni paling takyah bimbang sekali sebab sebelum balik tahun 2017 lagi encik suami dah sediakan tesis ni. Tinggal nak masukkan data je sebenarnya. So, dalam bulan Disember tu lebih kurang proses semakan tesis je lah. Sambil2 settingkan tarikh untuk viva/public hearing.
Tiba2 pada 16 Januari 2020, baru je aku masuk kerja selepas MC sebulan, encik suami kata dia nak pergi Nagoya. Bayangkan, hari tu hari Khamis, aku baru balik parit raja, encik suami pulak baru balik dari KL (ada kerja yang setiap minggu kena gi KL), lepas maghrib kami keluar gi makan, time tu beliau cakap nak gi jepun, besok pagi! Apakah? Dan2 tu lah kami cari tiket flight. Mujur ada flight Thai Air kul 8+ pagi. Kenapa takleh tunggu hari lain? Sebab tesis dan beberapa dokumen penting nak kena hantar hari Isnin depan tu. Makanya, malam tu jugak lah encik suami bergerak ke klia. Rasanya dalam pukul 2 pagi gitu. Seminggu jugak lah beliau pergi tu. Itu pun bertungkus lumus lah juga nak mencetak dan binding tesis tu. Tesis pulak bukan macam kita2. Hard cover binding. Dia macam buku.
|
Last minute booking. Sibbaik ada harga yang munasabah. |
|
Rasanya time ni derang pergi sampai ke anjo ni mencari kereta untuk muyi. |
|
Bersama rakan se lab, se viva, si galap. Orang egypt. |
|
Aku yang suruh selfie2 ni. Kalau harapkan beliau, memang takde la gambo ke apa buat kenangan. |
|
Benda alah ni je yang di bawa balik. Dah tu, tak tau nak kirim apa. |
|
Dah nak balik semula. |
Kemudian, dapat pula tarikh viva iaitu pada 21 Februari 2020. Time ni covid gelombang pertama baru tamat. Kira time beliau pergi jepun tu tempoh bertenang sebelum gelombang kedua kembali lah. Tapi masa tu belum ada kuarantin2 ni lagi. Cuma beliau pakai mask je lah kat opis. Tu pun orang ramai macam takut bila tengok beliau pakai mask. Macam pembawa covid dari jepun gitu. Kebetulan hari yang beliau balik tu ialah hari kapal persiaran diamond apatah tu melepaskan mereka2 yang negatif selepas 14 hari kuarantin. Mana lah tau kot2 derang naik katebang pulak ke kan. Tapi alhamdulillah, tiada apa2 berlaku selepas 14 hari dan hari2 seterusnya.
|
Sebulan kemudian. Flight yang sama. |
|
Naik train dari airport ke Nagoya. |
|
Sampai2 je tido rumah muyi. Futon kuuu! |
|
Pergi jepun makan indon. Apo? |
|
Bulan bali. Aku pun tak pernah makan kat sini. |
|
Pastu besoknya check in hotel kat sakae. |
|
Pernah menjadi lokasi makan kegemaran. Tahun terakhir dah tak pergi lagi dah. |
|
Lalu ambik bau je. |
|
Selepas viva si anas. |
|
Makan megakebab je senang sebab kat belakang dai. |
|
Besoknya hari viva si galap pula. |
|
Makan megakebab lagi. |
|
Saling memberi sokongan. Gitu. |
|
Bersama supervisor tersayang, arai sensei. |
|
Yang tu. |
Dan pada hari Jumaat, 21 Februari, encik suami pun selesai viva dengan jayanya. Major ke minor? Kat jepun takde major minor. Sebab sebelum viva tu, tesis dah dihantar kepada panel untuk review. Kira masa ni lah kena buat correction ke apa. Pulak tu kan bulan Januari tu encik suami dah pergi print tesis kan? Masa tu lagi dah settle bab ni sebenarnya. Jadi, viva ni lebih kepada presentation dan sesi soal jawab je lah. Dan ia tak dipanggil viva pun. Cumanya, lepas habis tu, sensei panggil balik la untuk jawab soalan2 yang tak betul dijawab hahaha. Baru nak bergumbira dah kena marah lagi sebab tak jumpa sensei terus. Sempat lah beliau belikan pinggan noritake aku sebelum bergegas mengadap yang dipertuan sensei hihi.
|
Salah seorang panel. |
|
Sempat belikan mangkuk hihi. |
|
Masa untuk pulang. Time ni gelombang pertama covid tamat. |
Dan di pihak aku pula, teruja dengan berita graduasinya encik suami, tanpa berfikir panjang, aku terus menempah tiket flight ke Nagoya dengan koreanair. Tapi bila dah beli tiket tersebut, baru aku tau yang baggage allowance dia cuma 23kg. Seco'et nau! Huaaa kemurungan seketika. Tapi, seminggu kemudian, tiba2 koreanair email bagitau yang derang terpaksa reschedule route KL-Incheon ke hari esoknya. Masalahnya route Incheon-Nagoya dia maintain pulak? Dia jadi clash lah. Sepantas kilat encik suami menghubungi koreanair untuk membatalkan tempahan. Luckily, mereka dengan senangnya membatalkan tempahan tersebut dengan full refund. Yahoo! Boleh lah tukar tiket JAL!
Pastu, aku pun meneruskan misi memburu tiket JAL pula. Dapat lah juga dengan harga RM200 lebih mahal. Tapi kira masih murah berbanding masa aku pergi sensorang aritu. Musim sakura pulak tu kan. Bila dah beli tiket, aku pun hantar permohonan ke luar negara. Sebenarnya time tu dah 50-50 nak pergi sebab kes covid dah makin meningkat. Kiranya, kalau aku pergi jugak, memang bertubi2 lah kecaman bakal menimpa ku. Tapi, pada 7hb Mac, secara rasminya Nagoya University mengumumkan bahawa majlis graduasi terpaksa dibatalkan atas sebab pandemik covid-19. Sedih lor. Menangis aku sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Namun apakan daya, Allah swt sebaik2 perancang. Yang penting, encik suami dah pun grad. Konvo tu formaliti je kan.
Kemudian, aku pun terus memohon pembatalan flight. Alhamdulillah, JAL memberi full refund walau pun kita sendiri yang cancel. Dan flight tu tak cancel pun sebenarnya. Sebab pada hari kejadian aku bukak flight radar dan nampak la flight tu tengah terbang. Flight 20hb Mac. Baru je start PKP.
Huhuhu (ditangisi).
|
Selepas tarikh konvo, muyi tolong ambikkan sijil encik suami dan anas sekali. |
|
Yang diidamkan. |
Akhir kata, Tahniah, Dr. H@irulazwan!
0 komen:
Post a Comment