Friday, 24 July 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Shirotori, Toki & Hamazushi


Updated! Tak jadi nak buat satu entry makan sebab gambar makanan tersangat lah banyak. So aku dah update entry ini dan sebelum ni.

Hari kedua (Ahad) aku di Nagoya, kami ke Shirotori Garden untuk last minute momijigari. Sempat lah jugak tengok daun merah kuning. Sebelum pergi tu aku rasa macam familiar je nama tempat ni, tapi tak ingat kenapa. Bila nak balik tu baru perasan, kami keluar tu terus jumpa shirotori bridge. ooo patut la biasa dengar. Shirotori bridge ni memang kami selalu lalu kalau nak ke minato.

Oh, sebelum tengok gambar dedaun merah kuning tu, aku nak cerita sikit pasal rumah sewa encik suami selama 3 bulan ni. Rasanya aku tak pernah cerita pasal kaedah sewa rumah kat jepun ni kan? Kekdah keluar rumah sewa pun tak sempat cerita lagi. Memang aku balik mesia senyap2 je aritu. Tengok lah kalau ada masa aku cerita. Tak taulah bila.

Okeh, secara ringkasnya, untuk sewa rumah ni biasanya kita kena melalui ejen. Sama macam kekdah menyewa tapak parking, rumah sewa ni pun banyak diiklankan oleh ejen. Antara ejen yang popular di Nagoya ni ialah minimini. Tak ingat lah yang lain. Tapi juga, biasanya kontrak sewaan rumah dibuat setiap 2 tahun. Jepun ni suka kontrak 2 tahun ek? Shaken 2 tahun, sewa rumah 2 tahun, broadband 2 tahun, handphone 2 tahun dll.

Jadi, oleh kerana dah tahu pasal kontrak 2 tahun ni, kami pun macam terfikir juga, macamana nak sewa rumah 3 bulan? Ada takde sewa airbnb lah kot. Tapi mahal lor. Pastu teringat kat belakang majalah Nagoya yang kami dapat tetiap bulan dulu ada iklan bilik sewa untuk foreigner. Tapi, pun sama, mahal giler. Pastu teringat pernah ada member yuthm yang study kat utm buat attachment 3  bulan, derang sewa rumah kat motoyama. Tapi tak tau nak contact macamana sebab derang tu dulu lab kat meidai yang uruskan. Pastu lagi, pernah juga si-asran sewa homestay sebulan bawak isteri dia datang sini eh sana. Eh sana ke sini? Eh macam2 lah yang difikirkan.

Sehinggalah entah macamana, ada member geng surau meidai kat sana bagitau pasal mamat bangladesh si maarof ni nak pindah rumah sebab baru kawen. Maarof ni antara foreigner terawal yang kami kenal di sana dulu. Dia undergrad kat uiam sebelum sambung master di meidai dan sekarang tengah sambung phd pulak. Kalau tak salah, aku pernah cerita dia ni dapat scholarship kpm masa buat master tu, tah macamana tah.

Nak dipendekkan cerita, mula2 tu maarof tu bagitau tentang hasrat encik suami nak menyewa 3 bulan kat oyasan. Tapi oyasan tu tak setuju. Anak dia yang tak setuju sebenarnya. Tapi tah tak tau lah macamana maarof ni mengayat nenek ni, akhirnya dia setuju dan membenarkan. Bila dah datang tu baru lah tahu yang 1 blok bangunan tu memang ramai bangladeshi. Dan derang rapat dengan oyasan tu. Sebelah rumah tu pun ada 1 couple bangla ni baru nak masuk masa aku dah nak balik tu. Sewa sebulan 30k je kot. Kira murahlah bagi sewaan tanpa kontrak camni. Dia nak percaya kat kita tupun dah besar rahmat, kan. Dan rumah oyasan ni pun kat depan rumah tu je. Pernah lah dapat buah kaki dari pokok kat depan rumah dia hihi.

Okeh jomlah tengok cerita dari gambar.

Sebelum pergi tu kami masuk ke meidai sebab nak ambik kereta muyi yang parking kat dalam. Dia duduk danchi jauh, maka dapat lah pass masuk kereta dalam dai.

Posing2 sikit kat pokok ginkobiloba nih.

Aku macam tak percaya yang aku boleh datang balik time musim autumn ni.

Siap ada prop kereta lagi. Bukan kete muyi.

Toyota aqua kot. Lupa.

Momiji di shirotori.

Banyak nor gambar kat sini. Aku tepek semua je lah.

Jepun ni suka nor buat benda bentuk kon kat belakang tu. Tak tau nama apa.






Shantekkk.

Teknik penyamaran di situ.










Macam2 elemen ada kat taman ni. Air terjun, tasik dll.

Jom kita jalan slow2.



Ada air terjun.













Dan air mengalir lesu di celah bebatuan.




Ok dah tau nama benda alah ni. Yukitsuri atau snow suspender atau winters tree umbrella

Fungsinya untuk melindungi pokok dari patah ditimpa snow yang lebat.

Derang pasang benda ni time winter. Tak terfikir pulak aku.

Bayangkan keadaan time ada snow. Hmm google je lah kalau nak tengok.

Tapi kekadang derang pasang sajer2 je sempena musim sejuk. Terutama kat tempat2 yang snow nya turun ala2 je macam kat Nagoya ni. Macam cantik pulak kan.

Cuba teka apa keyword yang aku gunakan masa google benda alah ni tadi hihi (sila komen dibawah).

Sementara di dalam tasik, terdapat banyak itik.

Teringat cerita the notebook. Cantik nya tempat burung tu kan?








Juga ikan koi berwarna warni.

Gemuk2 nya. 




Keharmonian ekosistem gitu.







Anak itik tokwi mandi dalam kolam.






Kengkonon.
































Elemen buluh juga wajib ada dalam taman jepun.







Cantik nya pokok kat belakang tu kalau tengok dengan mata sendiri.










Dah, habis tour satu taman.

Akhirnya dapat cafe frappe famima. Tapi dah kontot pulak cup dia.

Ni buah kaki kat tepi jalan dekat rumah sewa.

Dari shirotori garden, kami berkira2 samada nak ke Nagashima atau Toki. Awal2 dah nak ke outlet ya😅. Akhirnya kami memilih untuk ke toki sebab Nagashima boleh pergi dengan public transport. Sementara ada kereta ni, kita pergi yang jauh la.

Semasa di dalam butik MK, aku ternampak 3 orang yang nampak melayu. Suruh encik suami tegur. Betul pun... orang mesia. Pastu tengah jalan jumpa derang lagi. Kali ni dah berempat pulak, tambah sorang pompuan. Derang staf penangport, ada kursus kat sana. Baru sampai semalam. Dengar cerita flight derang semalam langgar air pocket.  Memang scary. Tetiba katebang tu drop macam terhempas. Sampai FA pun ada yang cedera. Dah lah flight kl-bangkok, jauh lagi nak sampai jepun. Sampai ada yang trauma rasa nak patah balik dah.

Menjinjing hasil tangkapan di toki.

Pungpangpungpang, encik suami offer nak antar diorang balik hotel. Tapi sebelum tu kami bawak derang makan kat hamazushi. Itu je makanan yang terdekat. Dah dekat nak balik tu baru perasan muyi banyak kali text pasal anak dia demam muntah2, takde kete nak pergi klinik sejak siang tadi. Rasa bersalah giler sebab tak tengok henfon. Pas makan sushi kami pun balik. 2 hari berturut2 makan sushi hehe.

Luckily semua jenis pemakan sushi. Boleh la sembang sushiking.

Nak tau apa beza sushi jepun dengan sushi malaysia, tanya orang2 macam ni. Jangan tanya kami sebab kami tak pernah makan sushi malaysia sebelum makan yang jepun punya.

Kami sejenis takkan makan sushi yang atas conveyor tu. Mesti nak yang panas2 dari dapur.

Hamazushi mana pun tak tau lah. Main terjah je. Yang pasti jajahan gifu sebab toki kan kat gifu.

Last week encik suami terjumpa bisnes card derang. Kalau datang penang kena cari depa ni. Jom penang!

Okeh, sambung lagi di lain kali. Yosh!

0 komen: