Tak jadi nak buat satu entry makan sebab gambar makanan tersangat lah banyak. So aku dah update entry2 sebelum ni.
Hari ketiga (Isnin), masih bersemangat dan bertenaga lagi. Petang tu, aku keluar ke Otsukaya. Tak banyak sangat hasil. Musim sejuk memang selalunya kurang hasil sebab dia dah mula keluar kain bulu2. Kalau musim bunga ngan panas banyak lah keluar cotton nipis2 tu. Tapi yang kat tingkat 4 tu tetap ada. Cuma kain yang sedap2 tu takde sangat time sejuk2 ni.
|
Tempat jatuh lagikan dikenang. |
|
Cuci mata. |
|
Baju raya aku tahun 2017 pun ada lagi. |
|
Antara hasil tangkapan. |
|
Terus buat baju raya 2019. |
|
Ni cantik tapi tak beli. |
Habis menyopping, kami pergi makan di Ariana. Eh, bukan aku pergi otsukaya berdua. Aku gi sensorang je. Cuma bila nak makan tu aku panggil la encik suami datang. Janji jumpa kat lawson 100 seberang jalan otsukaya tu.
|
Tak boleh tahan tengok shinano gold ni kat lawson. |
|
Kami order menu biasa. Mutton bariani share berdua. |
|
Cheese nan. |
|
Cicah dengan mutton masala. |
|
Dan chicken tandoori. |
|
Mango lassi ni tak biasa. Sekali sekala je. Biasa tak order air pun. Last sebelum balik dia bagi chai. Service katanya. Lama tak jumpa kan. Sebelum balik dulu kami ada bagitau yang kami nak bfg. |
0 komen:
Post a Comment