Tak sangka dan tak pernah terfikir bahawa pada suatu hari aku akan melalui pengalaman dibelah perut seperti ini bukan kerana beranak. Yelah. kalau mengandung tu mungkin la akan terfikir mungkin bersalin secara ceasarean. Tapi selain dari itu, sebab apa pulak nak kena belah2 ni kan. Kalau ikut pengalaman ahli keluarga, kak uni je kot yang pernah bersalin ceaser ni. Yang lain semua normal. Nak tanya pengalaman pun dah 27 tahun dulu kot. Berjaman! Maka aku pun google je lah. Mujur ada juga blog yang cerita secara detail. Tapi tak banyak lah. Yang banyaknya orang share pembedahan tebuk 3 lubang untuk buang cyst. Bunyi macam sama tapi aku rasa tak sama kot. Takpelah. Dah lepas pun. Oleh kerana sukarnya nak mendapatkan maklumat tersebut, ada baiknya aku sendiri menulis pengalaman aku sendiri untuk rujukan aku pada masa hadapan. Bak kata seseorang tu, ni kira rehearsal la. Untuk final gegarvaganza nanti hehe.
Kenapa dan bagaimana aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan ini, tak perlulah aku detailkan di sini. Kita straight ke kisah surgery tersebut je lah ya. Cuma yang boleh aku katakan, aku dapat tahu akan adanya fibroid di dalam rahimku ini pada hari sabtu, 7 disember 2019 dan dan2 tu juga aku setuju untuk dibedah pada hari jumaat, 13 disember 2019. Dah doktor tu bagi tarikh tu, aku pun terus ok kan je. Tak pikir panjang pun. Tapi sempat lah terpikir, mungkin ini cara Allah nak divertkan aku dari memikirkan kes kat opis yang menghantuiku itu kot. Sebulan cuti ni boleh lah tenangkan fikiran kot. Walau pun kerja tetap jalan (wasap opis tetap menderu), tapi tak perlu lah aku berhadapan dengan perkara tersebut. Kita PM tepi je hehe. Dan satu lagi yang menyebabkan aku tak fikir panjang tu sebab hari khamis tu ialah hari terakhir exam. Paper aku hari rabu, sempatlah tanda dan key in markah. Bukan banyak pun jawapan derang hehe.
So, hari khamis tu aku balik keje pukul 3pm, sampai rumah bih kurang pukul 5pm. Terus aku basuh baju siap2. Sambil2 tu, kemas baju untuk check in malam karang. Selamba badak je aku tak ambik cuti ke hape. Menurut kata doktor, kalau takde pape, hari sabtu dah boleh balik rumah dah. Gitu jek. Tapi aku standby baju untuk tambahan 2 hari lagi. Plannya nak gerak ke hospital lepas maghrib. Nak makan dulu. Sekali pukul 7.30pm klinik dah call, tanya dah sampai ke belum. Usahkan sampai, bertolak pun belum uols! Apa lagi, terus lah kelam kabut kami bersiap sebab derang kata kena sampai cepat sebab doktor nak check dulu. Klinik tutup pukul 10pm.
Tak sempat makan2, kami tapau kehepsi je, makan dalam kete. Aku makan zinger burger ngan wedges je. Tidakku sangka rupanya itu lah sumber tenaga aku selama 2 hari berikutnya.
So kami sampai di regency lebih kurang pukul 9.30pm. Nurse tu kata tadi datang sebelum pukul 10. Kira ok lah tu. Lagi pun tu salah derang jugak. Masa derang call untuk confirmkan aritu, dia kata datang je malam dalam pukul 9 ke 10 gitu. Mana aku tau nak kena check dulu ke apa. Ingat macam check in hotel je haha.
Sampai2 tu terus register kat emergency. Pastu menunggu lah giliran. Sambil menunggu tu ada la nampak 2 3 orang yang tangannya bercucuk iv tu. Sama kes nak operate besok la tu kot. Tapi memang ramai orang sebab hari khamis memang ada night clinic. Lepas doctor check, ambik darah dan cucuk kat tangan, aku pun dibawa ke wad. Memula dia ambik darah ikut tempat iv tu je. Sekali darah takmo keluar la pulak. Takut ke? Doktor tanya. Mau tak takut! Tapi tak tau lah apa kaitan takut dengan darah takmo keluar tu. Pastu doktor ambik darah ikut tempat biasa lah. Pelipat tangan. Kat situ aku dah biasa. Cuma aku punya jenis penakut ni, takleh tengok jer. So time doktor cucuk tu aku tengok lain hihi. Eh sebelum tu, lepas register tadi kami kena bayar deposit rm15k. Menjajo aku register maybank apps apa ke benda tah yang boleh transfer lebih 10k tu. Kalau guna website biasa dah tak boleh. Last2 dah masuk ward baru berjaya transfer duit tu. Sibbaik derang tak kisah kami tak bayar dan2 tu jugak. Yang cuaknya tu sebab dah dekat nak pukul 12 time tu. Kan kul 12 malam dah takleh buat online banking.
So untuk stay kali ni aku telah memilih wad seorang, rm250 sehari. Dah nama pun n0rasiah kan. Mana mahunya duduk beramai2 dalam wad tu kan. Karang nak kena bersosial pulak dalam tu. Tak kosser aku. Padahal bayar sendiri tu. Alah, anggap macam check in hotel tenera je la kan. Lebih kurang gitu gak rate nya. Tah aku rasa macam berbaloi je rate tu haha.
Dah masuk wad, nurse kasi makan ubat tido dan botol urine. Dan aku kena puasa mulai pukul 2 pagi tu. Tapi aku tak makan pun dah lepas tu. Baik tido. Pagi tu dalam pukul 5 gitu nurse datang cucuk antibiotik dan cucuk bontot. Tak sempat 5 minit, terus mencret haha. Lepas tu 2 3 kali gak la aku beri. Rasanya memang kosong abis la perut dan usus aku sebelum pembedahan tu.
Pagi jumaat, aku cuma menunggu je. Tapi aku dapat agak yang giliran aku belah petang kot, sebab ada 2 3 orang yang masuk dulu malam tadi. Dia ikut giliran tu kot. Tengahari lepas encik suami gi solat jumaat dan makan pun aku belum dipanggil. Sehingga lah pukul 4+ petang. Berjanggut menunggu.
So, lebih kurang pukul 4 gitu, nurse bawak aku ke ot. Naik wheelchair. Lain macam pulak naik wheelchair dalam keadaan sihat walafiat gini hihi. Sampai di ot, aku dipasskan kepada team ot lah pulak. Derang suruh baring kat katil. Oh sebelum turun dari wad tadi aku sempat mandi dan salin baju operate yang ikat2 tali kat belakang tu. Dah tu baring je lah aku menghitung detik. Perasaan? Macam takde perasaan je haha. Tah, takde pulak rasa nebes ke apa. Berdebar pun tidak. Aku suspek aku telah diberi ubat penenang kot hihi. Sebab macam pelik sebab aku rileks sangat.
Lama jugak la menunggu kat luar sebelum masuk bilik bedah tu. Sambil2 tu ada sorang nurse cina dah tua sikit tanya nama, isi borang, sign2 apa semua. Pastu aku pun ditolak masuk. Oo ok, inilah dia. Aku bayangkan ada lampu bulat besar ke apa. Tapi yang aku nampak hanyalah lampu petak je. Kan kalau dalan tv tengok ada banyak mesin2 segala bagai kan. Ni ala2 minimalist je dewan bedah dia aku tengok?
Ok dah masuk tu aku dipindahkan ke atas katil pembedahan. Tak lama tu datang la dr bius. Aku tertunggu2 gak, mana satu la orang yang akan membius hatiku ini haha. Dr bius aku tu lelaki, usia dalam baya2 aku kot. Dan dia buat keje tu kat tepi. So aku tak nampak la. Tadah tangan je la. Sebelum tu nurse bukak baju dan tampal benda alah apa tah untuk ambik bacaan jantung tu kat sekitar badan. Tak ingat pulak aku kat mana dia tampal. Rasa macam ada kat tepi dekat pinggang, kat dada kiri, kanan. Tah masa ni aku tak fokus sangat sebab fikir pasal nak pengsan tu je. Tu pun nurse ada tanya kenapa badan aku ada merah2. Tah, mana lah aku tau. Aku rasa kesan aku garu la kot. Takde apa pun.
Pastu sebelum dibius, dr tu terangkan la apa yang akan dilakukannya. Oh, sebelum tu aku kena sign surat setuju terima untuk dibius dan dibedah. Pastu dia suruh selawat. Sempat lah aku selawat, mengucap dan wassalamu terus padam huhu. Tapi aku dapat rasa la masa dia cucuk ubat bius tu sebab ubat tu macam pekat kot. So ada rasa la sesuatu yang sejuk mengalir melalui saluran darah tu. So kesimpulan setakat dibius ni, ok je. Tak menakutkan langsung.
Dan tiba2, aku tersedar. Homai! Apakah? Adakah aku telah di intubation? Sebelum ni memang aku ada baca blog yang cerita pasal intubation ni, tapi aku ingat bila sedar tu dah takde apa2 berlaku lah. Rupanya aku boleh tersedar ketika tiub itu masih berada di tekak ku. Huaaa apa nak buat ni? Bukan patutnya nurse kejut baru bangun ke? Tapi sibbaik lah bukan tersedar ketika pembedahan kan. Aku ada baca gak pasal kes tersedar ketika pembedahan ni. Menakutkan je. Pastu selepas beberapa kali aku menelan air liur dalam kepanikan itu, aku pun tertidur semula. Feh! Sibbaik tak lama.
Tidak berapa lama kemudian, baru lah aku terdengar ada suara mengejut aku bangun. Puan, bangun ya, dah selesai. Tipu... aku tau dari tadi lagi dah selesai sebenarnya hahaha. Masa tu baru lah aku rasa ada sesuatu berlaku di perut ku. Tapi takde lah sakit. Pastu aku sedar barulah derang keluarkan tiub oksigen tu dari tekakku. Beberapa kali gak lah aku ter gag reflex. Sampai terasa la tekanan kat tempat pembedahan tu huhuhu. Pastu dah ok. Tunggu lagi. Eh jap, masa tu aku dah keluar ke belum ek? Rasanya dah kat luar bilik bedah. Tempat menunggu sebelum masuk tadi.
Sambil menunggu tadi aku cuba fikir balik apa yang berlaku. Orang kata kita akan mamai dan lupa. Tapi aku rasa macam biasa je. Macam bangun tido je. Bangun tido pun aku lagi mamai kot haha. Pastu orang kata nanti badan lemah, nak tertido balik dan sebagainya. Tapi aku takde pulak rasa lemah dan mengantuk. Macam takde pape berlaku je. Dalam kepala fikir takut nak bergerak je.
Selepas dalam setengah jam gitu, aku pun ditolak ke wad. Haa ni baru betul feeling macam orang sakit ditolak dengan katil. Dah dekat sampai wad baru aku perasan ada encik suami. Masuk wad tu dalam pukul 7.30pm gitu. So aku agak operation aku tu berlaku antara pukul 5-6pm kot. Selepas tu aku tak ingat aku buat apa. Tapi sebelum tido tu aku solat jamak maghrib dan isyak. Mujur juga hospital ni jauh dari rumah, boleh la solat jamak. Ye lah, kalau orang operate beranak dah tentu tak payah solat. Ni belah perut tak keluar pape, maka wajib lah solat macam biasa.
Tengah malam/pagi, sesekali misi datang kejut nak injek kat bontot, injek ubat apa tah kat iv dan tukar air. Oh, aku perasan mula2 ni dia masukkan air dalam bekas besar. Air garam kot. Dah besok tu baru dia masuk air biasa. Patut lah aku tak rasa lapar. Eh ada satu lagi, ada juga misi datang tukar bekas kencing. Aku pun tak perasan yang aku memakai tiub saluran kencing. Sebab tak rasa pape pun di sinun. Tapi best pulak aku rasa sebab seharian takde rasa nak kencing. Tau2 penuh je kantung tu hihi.
Besok paginya, aku tak buat pape. Hanya bangun tido bangun tido sahaja. Sekejap2 masuk ubat, masuk air. Sampai lah ke tengahari, misi datang bagitau, doktor lambat sikit sebab ada orang nak beranak. Ok... tak pe lah. Akupun takde rasa lapar ke hape. Untung la encik suami dapat makan makanan aku. Setiap petang ada orang datang ambik order untuk esok. Syok jugak hospital swasta ni ek? Order makan macam kat restoran.
Petang lebih kurang pukul 5, baru lah doktor sampai. Selagi dia tak sampai takleh makan. Bila dia check perut, dia cakap ada berdarah sikit. Pastu misi cabut air dan tiub kencing. Saspen gak sebab ada orang kata sakit. Sekali eh eh, dah cabut ke? Takde rasa pape pun. Tak lama pastu makanan pun sampai. Memula dia suruh try minum dulu. Kalau ok tak muntah baru makan. Hmmm ok jek. Saya kuat! Tengah makan, family mertua datang. Mak, abah, kak long, bang long, kak zela anak beranak dan ila, ulin. Kalau ikutkan aku malas nak bagitau sesiapa sebab tak nak diorang datang melawat. Malas la nak jawab banyak soalan. Tapi yelah. Kan ke melawat orang sakit itu hukumnya... apa eh? Apa2 lah. Dah orang datang, takkan nak halau pulak. I isi redho.
Waktu melawat kat situ pukul 5-9pm. So lebih kurang pukul 9 gitu diorang pun balik. Sempat lah aku melalui pengalaman buang air kecik pertama selepas pembedahan ketika mereka ada. Siap kak long tolong cebokkan lagi hihi. Segan pulak ai. Kecoh betul time aku nak bangun kencing tu hahaha. Sampai 2 3 orang nak papah masuk toilet. Sekali lepas kencing boleh pulak aku jalan sendiri. Takut sangat.
Malam tu dah kurang misi datang. Sekali je kot dia kejut, tu pun dah pukul 5 pagi. Pastu besok tu menunggu doktor datang lagi untuk check dan pastu dah boleh discharge. Tunggu punya tunggu punya tunggu, dari pagi membawa ke petang, akhirnya doktor datang petang dah dekat pukul 5 kot. Lupa lak. Dia pun bukak penutup tempat operate tu, bersihkan dan tutup semula. Dia kata plaster tu kalis air, so boleh la mandi macam biasa. Nak berendam pun boleh. Pastu dia pesan jangan makan jamu ke hape2 supplement yang orang kasi. Makan ubat yang dia kasi je. Dan akhir sekali dia kata, boleh makan semua. Takde pantang2.
Selesai tu aku pun bersiap2 untuk keluar. Sementara encik suami pulak pergi buat bayaran. Remember aritu kami dah bayar deposit 15k? Tak sampai pun. Total semua dalam 13k+ sahaja. Duit lebih tu kami tak ambik. Boleh guna untuk bayaran next time. Pas settle semua, kami pun balik. Yang best nya, masa aku sihat wal afiat dia sorong naik kerusi roda. Ni aku tengah sakit dia biar je aku berjalan turun sendiri. Siap time aku lalu depan kaunter misi tu cakap, jalan slow2 ya. Bukan nak offer wheechair ke hape! Pastu masa aku duduk tunggu encik suami ambik kete, terjumpa sorang misi dari klinik doktor. Comel lote nya adik misi ni!
Keluar dari hospital, SIL tak sampai lagi. So kami tunggu dia kat family mart depan hospital tu. Family mart tu macam kat jepun punya! Satu bangunan atas tanah. Selalu kebanyakan family mart kat malaysia ni dok kat rumah kedai. Yang ni siap ada signboard atas pole lagi. Lebih kurang pukul 6 gitu, SIL sampai dan kami pun terus balik parit raja. Plannya minggu tu SIL yang akan jaga aku kat rumah sebab encik suami keje. Sebenarnya kami dah mintak cuti seminggu minggu depannya, nak pergi hatyai dengan member2 Nagoya. Sudahnya derang pergi juga tanpa kehadiran kami. Dah la aku yang plan itinerary segala. Tetiba aku lak yang tak join. Takde rezeki nak makan dimsum cibaura haha. Sampai rumah encik suami tapau bubur ayam.
Maka bermula lah percutian ku selama sebulan. Dari segi timing memang terbaik ar. Hari aku admitted tu betul2 hari terakhir student final exam. Pastu derang cuti semester 3 minggu. Maksudnya aku masuk keje besok semester baru masuk minggu kedua. Kira ok lah. Tak menyusahkan sesiapa.
Hmmm dah abis lah kot cerita ni. Malas lak aku nak cerita kisah berpantang aku yang ala2 je tu. Nak upload gambo pun malas. Nanti2 lah kalau rajin aku edit. Kalau la. Sekian je lah ya. Yosh!
Thursday, 13 February 2020
Pengalaman Pembedahan Buang Fibroid
Hasil karya AyunasiA pada 12:02 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 komen:
ใๅคงไบใซ。❤️
Terima kasih atas sharing anda.
Assalamualaikum,nak tanya awk punya saiz fibroid awk berapa
Sis. Fibroid sis berapa cm? Kena buang rahim tak? :')
Sis. Fibroid sis berapa cm? Kena buang rahim tak? :')
Maaf boleh tanya hospital mna yea
regency specialist hospital, masai, johor.
๐น
๐น
tak ingat la.. ada 3 ketul, paling besar 5cm kot.
paling besar 5cm kot, dah lupa la. buang fibroid je sis, tak buang rahim.
Terima kasih atas perkongsian. Saya skrg tgh baca2 pengalaman org supaya boleh tahu apa nak expect. Terima kasih, sekali lagi!
Alhamdulillah dapat info sebelum masuk bilik bedah …. Fuhhh suspen. Apapun Terima kasih info๐๐ผ๐๐ผ
Post a Comment