Tuesday, 15 October 2019

Review Sendu Gegar Vaganza 6 : Minggu Pertama

Gegar Vaganza muncul lagi tahun ini. Selepas menonton konsert pertama, aku rasa GV6 ni worth dibuat review. Tapi tak tau la kot konsert pertama ni je ke, sampai habis 8 minggu. Kita tunggu sama2 hehe.

Masa majlis pengenalan peserta gv6 ni lagi aku dah teruja sebab kebanyakan penyanyi tu, lagunya ada dalam playlist aku. Contohnya macam nur fatima, feeza, visa. Tapi dalam pada tu, ada juga yang aku tak begitu gemor. Bermaksud aku akan malas nak komen atau akan kerapkali dikecam olehku nanti. Siapakah? Antaranya peserta yang berkumpulan tu huhuhu. Okeh, mari kita teruskan ke review sendu. Ayuhak!

Janjiku - Ameer Sofazr

I looovvveee this kind of voice hehe. Aku start suka suara ameer sofazr ni sejak dia nyanyikan lagu2 OST untuk drama Nora Elena. Dah lah aku memang sangat suka drama tu kan. Ditambah pulak dengan lagu2 soundtrack nya yang sedap2 belaka. Haih… memang komfem lah aku akan bias dalam review ku ini. Eh tapi kalau beliau nyanyi tak sedap tetap akan kena kutuk ok. Untuk lagu ni aku suka je.

Tapi lagu ni bukan ost nora elena. Lagu next week tu iya. So I reserve my comment la gitu. Tiberrr.

Rambu Ramba – Norshila Amin

Aku takde masalah dengan penyanyi ini. Cumanya aku tak berapa suka genre lagu beliau. Yang set2 rambu ramba ni la, macam lagu da di du tu. Lagu kad ucapan tu ok. Eh tapi aku agak terganggu juga dengan suara beliau. Suara dia macam khatijahibrahim. Jenis suara kat dalam takleh keluar. Kalau lelaki mungkin sedap la. Tapi untuk pempuan aku rasa macam eee keluarkan la suara tu plisss.

Tapi persembahan dia malam tu agak ok. Sesuai lah dengan kerancakan lagu itu.

Bebas – Kool

Biasa2 saja. Kumpulan kool ni femes zaman aku kat uitm. Aritu kan aku pernah cakap pasal hairiekool ni kawen ngan safura kan. Haaa zaman2 tu lah. Yang unik dan aku ingat, nama bapak diorang sama, yaakob hehe.

Aku tak ingat ahli kumpulan kool ni ada berapa orang. Yang pasti bukan berdua ni je. Siapa ke nama yang lagi sorang tu eh? Dia memang pandai menari macam michael jackson ek. Muka dia biasa tengok, tapi tak ingat pulak dulu2 dia camne. Kesian pulak bila dengar kisah dia pernah kerja jual daging kat pasar.

Selembut Sutera – Nur Fatima

Kalau tak silap aku, nur fatima ni pernah buat comeback dengan lagu ni jugak. Tak lama sangat. Macam baru2 jugak la. Sebelum aku gi jepun kot haha. Tu dah lama la namanya. Tak kisah lah. Yang penting nur fatima ni aku rasa set2 seangkatan sekali ngan penyanyi hasleenda, feeza. Dan memang one hit wonder pun. Lagu ni je yang aku pernah dengar dia nyanyi. Dan sama seperti komen bunda hetty, mula2 tu memang banyak flat pun. Dan macam takde power. Bila masuk nada tinggi baru ada power pada suara dia. Power ni bukan wowww hebatnya! tu tau. Ni betul2 power = bateri.

Tabah – Mazleela

Aku pernah tengok dia secara live. Kan dia satu syarikat SRC ngan tokti kan. So aku pernah lah tengok dia time tour promosi album derang kat kota. Masa tu kedai dua suara ar yang selalu bawak artis ke kota tu. Time tu tokti promo album aku cinta padamu. Zaman awal2 dulu. Maksudnya kalau lagu raya artis2 src tu, ada lah dia ni.

Tapi seingat aku mazleela ada lagu lain yang sedap selain lagu tabah ni kot. Lagu dalam album yang dia datang kota tu pun best la. Tak ingat pulak lagu apa. Prasangka yang berakhir kot? Tapi lagu tu tahun bila? Eh lantak dia lah. Yang penting persembahan dia malam tu lagu tabah.

Tabah betul orang yang diceritakan dalam lagu ni kan? Macam2 dah lelaki tu buat, dia masih doakan lelaki tu bahagia.

Episod Cinta – Naqiu Boboy

Sejujurnya, ini review aku yang terakhir. Aku mula dari atas ikut turutan persembahan, pastu aku skip dia ni, turun bawah (sham, wann), lasttt baru patah balik ke dia. Sebab apa? Sebab macam tak tau apa nak komen. Sebab aku tak pernah dengar lagu ni. Tau, ada kumpulan boboy time zaman2 newboys dulu. Pastu ada 1 lagi kumpulan qface. Walau pun diorang band remaja ala2 exist, tapi bukan baya2 aku. So aku tak ambik port sangat. Kalau tak salah zaman tu aku tengah buat degree dan duduk kat rumah kedai seksyen 7. Macam perasan muka derang kat muka depan majalah mangga kat kedai maria bawah rumah tu. Tapi memang tak tau langsung ar.

Tapi sedap jugak suara dia ni. Ala2 cakra khan gitu. Macam air menggelegak, bak kata tokti.

Angkasa – Hady Mirza

Sumpah tak kenal dan tak pernah dengar lagu ni. Dan aku agak skeptikal terhadap retis2 dari singapore ni.  Kerek dia lain macam sey. So untuk gv ni aku takkan sokong beliau ini. Unless dia berjaya mengubah persepsi aku terhadap sikap kerek tersebut.

Aseanidol? Memang pernah aku dengar pasal pertandingan ni. Masa tu jac kot wakil mesia. Tapi tak pernah tau pun siapa yang menang. Memang patut lah dia tak femes kat mesia.

Anak Kampung – One Nation Emcees

Serius ah derang masuk gv? Sejak derang 1st time masuk reality tv dulu lagi aku memang tak gemor. Tapi aku tau lah mimi tu dulu kawen ngan lecturer haha. Level retis jugak ar kita ni ek?

Untul persembahan ni, aku rasa biasa2 je. Tapi tak sangka la sabhi sadi tu pandai nyanyi. Kenal dia zaman sehari berdansa dulu je. Tak tau langsung siapa dia asalnya. Oo penyanyi ke..

Ratnaku – Roy

Tak best.

Ungkapan Kata Bernafas Cinta – Feeza

Lagu ni paling selalu dengar dalam kereta aku. Kalau dengar dengan encik suami, mesti dia akan buat gaya matamu mataku bertentangan tu. Bagi aku lagu ni sedap. Cuma untuk persembahan malam tu, feeza tak biasa lagi dengan ear monitor kot. Biasa lah. Tokti pun baru 1st time guna earmonitor time konsert tour dia tahun ni. 

Dalam Gerimis – Sham Visa

Sejak GV2 lagi, lagu2 Visa dah dinyanyikan oleh peserta2 gv. GV2 Acong nyanyi lagu ni. GV4 Zarul nyanyi lagu Untukmu Selamanya. Eh, kenapa aku rasa Nizam Laksamana macam ada nyanyi lagu dia jugak eh? Entah, ada kot masa final dalam persembahan selingan. Kot la. Malas nak tengok balik. Lagu ni lagu wajib karoks kot. Dalam playlist aku pun memang ada lagu2 Visa ni. Bukan biase2 la sebenarnya kumpulan Visa ni pada ketika itu. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, lagu visa ni mengingatkan aku pada kak jana (jiran sebelah rumah).

Mula2 tengok live aku tak dapat tangkap, apa yang cuba nabil sampaikan pasal tony stark tu. Tengok penonton angkat poster I love you 3000 pun I is blur. Tau, I love you 3000 tu femes masa filem avenger end game tuari, tapi aku tetap tak faham huhu. Pendek kata aku memang tak tengok langsung movie2 marvel. Encik suami pulak sejenis tak minat movie yang ala2 sci-fi dan fantasy2 sangat ni. Weols more into crime investigation, action movie. Sebab tu weols tak berapa enjoy tengok fast and furious tuari. Padahal sebelum tu minat giler. Tapi bila tengok F&F baru ni aku adalah, wat is dizzz man???? Ok dah melalut.

Tapi nak menyampaikan bahawa aku tak kenal tony stark dan tak peduli pun Sham ni nak menyerupai dia ke haper. Yang penting I enjoy persembahan beliau malam itu. Suara dia masih muda lah!

Yang comelnya Sham ni nyanyi ada selit kan sikit2 hand gesture. Macam bila sebut 1, dia tunjuk  jari 1. Macam berpegang, dia buat gaya tangan memegang. Very the perangai encik suami hahaha.

Bossanova – Wann

Kalau sebut Wann, selain nyanyi meneran, masa kecik2 kami selalu cakap, lagu wann ni ada esok (esok tetap di tangan tuhan), ada semalam (semalam penuh kedukaan).  Lagu harini je tak sempat nyanyi hehe.

Tengok Wann nyanyi lagu ni teringat marsha nyanyi lagu ni gak masa konsert af3 kat dataran putrajaya. Time tu kan fenomena tsumawi sampaikan konsert af pun dibuat kat luar.

Kalau tengok sejarah gv, ada sorang je yang pernah nyanyi lagu wann iaitu farahdhiya. Lagu Joget Siapa Dia. Aku pernah ada kaset wann untuk album ewa2 tu. Macam biasa lah, beli kat kedai sarikat.

Nak cakap, laki wann ni henskem. Time dia kawen dulu la. Sekarang tak tau.

Khayalan – Jatt

Kreatif betul lah dia ni. Boleh pulak dia intro dengan lagu raya. Aku ingat betul2 dia akan nyanyi lagu raya sampai habis. Rupanya sikit je. Ni level farahdhiya buat sillhoute masa intro lagu fotograf dulu ar. Unsangkarable gitu.

Dah. Jumpa lagi minggu depan. Kot.

4 komen:

eita said...

Kat seksyen 7 pun ada kedai maria ek? Ingatkan kat seksyen 2 je. Makin berkembang maju kedai maria seksyen 2 tu. Aritu singgah beli stationeries masa daftarkan amir. Sebenarnya nak beli kat kedai muslim tapi tak ingat ada ke kedai muslim jual stationeries kat seksyen 2 tu. Nampak kedai maria tu dah cantik, tu yang masuk je lah. Malas nak meronda cari time panas merelit

AyunasiA said...

ada masa tu lah. sekarang tak tau. anak lelaki dia yang jaga, bawak kete honda hihi.

sembrol said...

Tapi kali ni penaja dia memang OK sangat kan?

AyunasiA said...

definitely!👍