BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 14 April 2016

Edisi Makan : Makanan 'Signature' Nagoya Bernama Hitsumabushi


Krik krik krik...

Takyah bagi alasan ke hape lah kan. Karang terbengkalai lagi. Kite buat2 macam takde apa2 berlaku je ek.

Kejadian ni berlaku sekitar bulan januari ke februari lepas. Takde la lama sangat kan... masih tahun 2016. Masalahnya cerita 2015 pun tak habis lagi huhuhu. Sebenarnya aku dah lama teringin nak makan mende alah hitsumabushi ni. Cumanya takde orang bawak. Takut pulak nak terjah sendiri2 jek. Sampai lah sampai musim semua orang pun makan, maka kami pun pergi lah jugak makan, walau pun sendiri2, takde orang bawak dan terjah jek. Lebih advance lagi, tempat ni belum ada yang pergi sebelum ni. Ada la... apis pernah pergi, budak  kouhai pun pernah pergi, tapi ni dalam kategori family tak geti bahasa jepon, main hait2 jek.

Memula tu nak makan tengahari, tapi dah terlewat bangun dan lauk semalam masih ada lagi. So, kena lah habiskan makanan kat rumah dulu kan. Lagipun kedai tu tutup lepas waktu lunch. Bukak balik dalam pukul 5pm gitu. Dah lepas makan tu, kami terpaksalah eksesais jalan2 dalam mall untuk kasi nasi tadi tu turun supaya boleh makan apabila lapar di kemudian nanti. Maka kami pun pergi ke aeon atsuta. Aku rasa macam tetiap minggu kot aku pergi aeon ni hihi. Kalau tak atsuta, aeon chikusa. Macam tempat wajib gitu. Kat aeon atsuta ni aku suka cuci mata kat francfranc ngan laura ashley. Cuci mata sambil berangan, nanti sebelum balik nak beli itu, nak beli ini. Entah beli ke tidak tah nanti. Kalau aeon chikusa tu pulak aku nak beli jus berry. Kat situ je ada jual. Dah merata aku cari supa lain, memang takde. Ada takde, pernah sekali aku jumpa, nun kat hiroshima sana haha. Pelik je kan?


Betul lah sekitar bulan jan-feb kot.


Setelah pasti bahawa perut telah kosong dan kedai pun dah bukak, kami pun terjah lah kedai hitsumabushi yang bernama atsuta horaiken ini. Sebelum tu aku dah gugel dah, kedai ni rupanya pemegang trademark menu hitsumabushi ni. Bayangkan kedai ni dah ada sejak tahun 1873... zaman kesultanan melayu melaka lagi. Eh ye ke? Aku main petik je ni. Tapi memang dah lama gilos la.

Oh, apa ke bendanya hitsumabushi ni? BELUT PANGGANG! Ya... kalau kat mesia dengar belut terus rasa macam ewww, kan? Tapi rupanya bila sampai jepun, sedapnya la hai belut ni rupanya. Macam rasa ikan air tawar yang lain jugak. Aku pun first time makan yang sushi punya. Yang dah takde rupa bentuk belut yang sebenar. Dan orang jepun panggil belut ni unagi. Nyum nyum.

Sampai2 je terus bau aroma unagi panggang.


Sampai2 je kat kedai ni, ada sorang penjaga giliran. Ooo baru tau boleh buat reservation dulu. Oleh kerana kami tak reserve awal, maka kena lah tunggu 30 minit kat luar. Masuk kereta balik la jawabnya. Sejuk oi!

Dan selepas 30 minit, kami pun dibenarkan masuk. Masuk2 je, terus dia kasi nombor 2 keping. Satu untuk cepit kat kasut, satu lagi simpan dalam poket takut tak jumpa kasut nanti. Pastu? Entah, apa dia cakap, kami pun menonong je masuk. Sekali dia panggil suruh duduk kat ruang menunggu lagi. Tak lama tu dia pun bawak naik ke tingkat atas. Kedai ni rekabentuk dia macam rumah ar. Ada bilik2 untuk makan secara berkumpulan. Kami dibawa ke ruangan makan untuk couple. Macam restoran biasa je lah. Yang menariknya, waiter dia kebanyakannya makcik2 pakai kimono. Memang suasana jepun betul.

Letak kasut pun nak bersistem.

Hah, dah tu, apa lagi, order lah! Sibbaik lah buku menu dia ada eigo jugak. Dan yang pasti kami nak order hitsumabushi. Itu jek.

Ada cerita sejarah jugak.

Dah, takyah tengok lain. Cakap je hitsumabushi futatsu. Harga dah termasuk tax.

Kalau nak mochikaeri (bawa balik). Oh, derang kat jepon ni very the amerika. Derang panggil take out instead of take away.

Makcik waitress tu siap terangkan lagi kekdah nak makan ni. 

Ok, pose makanan dah sampai.


Macam sikit je unagi dia? Nasi je banyak.

Set hitsumabushi. Siap ada takar di situ.

Yummy!

Mula2 makan nasi dengan unagi semata.


Encik suami yang skema belah 4.


Pastu langkah kedua taruk aksesori dia. 


Last portion makan macamana? Aku pilih makan nasi dengan unagi semata. Encik suami makan dengan aksesori dia. Langkah ketiga tak berapa sedap kot sup dia tu.


Terpaksa jimat2 makan unagi sebab nasinya banyak.

Saya suka!

Save the best for last katanya.

Siap pejam2 mata, nak menghayati rasanya.

Habis? Kata tak berapa suka makan unagi? Sekali dia yang habis dulu.

Licin pulak tu!

Sebelum balik, kasi pose satu kali depan kedai.


Ok, tahun depan baru boleh makan lagi. Mahal kot!

p/s kedai ni ada beberapa cawangan, tapi yang ni hq dia.


0 komen: