BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 18 February 2016

Mini Cuti - Cuti Jepun Edisi Tokyo - Pembaharuan Pasport


Laaa... dah lepas aku pegi ambik pasport ni baru aku perasan yang aku belum publish lagi entry ni. Benda ni aku dah taip lama, so maybe ada perkataan2 yang dah tak valid dah. Takpe lah, janji ada. Pasni nak citer kisah ambik pasport pulak. Here we go...

Setelah 5 tahun, akhirnya tibalah masanya pasport ku mengexpiredkan dirinya. Bulan Mac 2016. Kalau kira 6 bulan sebelum, maknanya bulan 10 lah sepatutnya aku renew pasport tu. Tapi aku pergi awal sikit sebab tu je masa nya encik suami free. Baru lepas zemi sebelum raya haji tu kan, maknanya sebulan lagi lah zemi akan datang. 

Untuk tujuan ini, kami terpaksa pergi ke kedutaan di tokyo. Memang takde tempat lain dah. Ramai atau boleh dikatakan semua orang suruh aku balik mesia je untuk renew pasport nih. Satu hari boleh siap. Kos pon lebih kurang sama jek dengan pergi tokyo. Minyaknya, tolnya, hotelnya kalau bermalam, semua tu dah dekat sama dengan harga tiket flight balik mesia. Malah lagi jimat kalau aku balik sensorang. Eh, memang TAK ar aku nak balik sensorang. 

Tapi kenapa aku berkeras jugak nak renew kat sini? Ok, satunya, aku memang tak nak balik mesia. Macam lah kalau aku balik tu betul2 satu hari jer. Takkan lah sampai2 klia tu aku terus naik erl pergi putrajaya dan terus pergi ke imigresen dan pastu patah balik klia dan terbang balik semula. Nanti dikatakan dah alang2 balik tu, stay lah seminggu dua. Kita tengok dari sudut kos tadi yang dikatakan menjimatkan tu. Seminggu dua tu kat mana? Dah kompem2 lah balik joho, kan? Minyak, tol, makan, minum dan entah mak nenek apa lagi kos tak tau lah, entah2 lebih dari harga tiket katebang. 

Keduanya, dari sudut masa pulak, aku kalau boleh takmo lah kacau waktu encik suami. Oleh kerana aku TAK AKAN balik sensorang, maka beliau terpaksa lah mintak cuti. Bukan tak boleh, tapi macam dah mengganggu flow gitu. Dah lah balik pun sebab nak renew pasport aku, kan. Macam benda remeh sangat. Sedangkan adik beliau kawin tu ari pun kami tak balik, inikan pulak sebab pasport yang boleh je dibuat di sini. 

Dan yang ketiganya, sebab kami tak habis explore tokyo lagi. Nippori tak pergi lagi hihi. Pastu aku teringin nak lalu underwater tunnel yang menghubungkan kawasaki dan chiba. Nak lalu situ kena hari ahad, baru berbaloi sebab ada diskaun tol dia pada hari ahad kalau guna etc. Dan seperkara lagi ialah, ini je lah masanya aku dapat pergi ke embassy tu. Hari raya memang tak ar kami nak berhari raya kat situ. Demi pengalaman gitu.

Ok, dah itu je justifikasi yang boleh aku berikan. Kalau ada sesape yang nak mempersoalkan, kita jumpa di court! Hamboi... tak kosser. Tak kisah lah korang nak balik renew kat mesia pun, korang punya pasal. Aku memang malas nak balik. (Plus aku takut naik katebang sebenarnya). Full stop.

So, kami pergi ke tokyo pada hari ahad yang lepas raya haji hari khamisnya tu. Isy, aku rasa aku tak pernah belajar struktur ayat cenggini kat sekolah dulu. Kat mana aku belajar ni tah. Bertolak dari rumah seawal jam 8 pagi, kami tiba di tunnel tu lebih kurang kul 12 lebih. Neves giler aku nak lalu tunnel tu. Tapi nak! Aku takut berlaku gempa bumi time2 aku melewati tunnel tu. Apakah? Pastu nanti tunnel tu pecah pastu aku tak geti berenang nak selamatkan diri. Eh, kalau dalam kereta cemana nak berenang nye? Isy entah pape yang aku fikir tah. 

Nak dijadikan ceritanya, tunnel tu bermula dari belah kawasaki, pastu separuh jalan dia timbul kat atas jambatan sampai lah ke chiba nun. Dan di lokasi dia timbul kat tengah2 laut ke sungai tah tu, ada tempat ala2 r&r gitu. Boleh makan2, soping2 ambik2 gambo dan sebagainya. Situ je aku nak pergi sebenarnya hihi. Nama tempat tu umi hotaru. Umi tu laut, hotaru tu kelip2/firefly, jadi maknanya kelip2 di lautan la kot haha. Ala, maybe dia nak menyampaikan bahawa benda tu bercahaya di waktu malam di tengah laut umpama kelip2. Atau dia umpama rumah api la, tapi versi dalam air. Gitu. Sukati dia lah. Eh jap. Apa nama tunnel tu eh? Jap2. Aku dah lupa. Ok, dah jumpa. Tokyo Bay Aqua Line.

Ohaiyo! Gigih bangun pepagi nak gi jalan.


Dah keluar tol tomei menuju ke tunnel tersebut, jumpa banyak kenderaan tentera. Muka oramputih tapi.

Ada base dekat2 situ kot.

Ye ye standby konon nak ambik video dalam tunnel tu. Sekali, non hado.


Ok, itu dia... belok kanan.



Sebenarnya aku tak perasan bila masa kami masuk tunnel tu. Bila nampak signboard umi hotaru ni, baru2 tau. Eh kita dah kat dalam tunnel ke?  Sebabnya, kan kat jepun ni mana ada tunnel. Mana nak tau itu tunnel yang mana.

Cahaya di hujung terowong.

Banyak je parking space kat sini.

Kami di umihotaru.


Dia punya fefeeling macam tepi pantai gitu.

Haaa ini lah tujuan asalnya. Nak tengok mata gerudi yang mengorek tunnel tu tadi.


Besar kan?









Erk.



Orang kerdil. Issunboshi.

Dusy dusy!




Nampak tak beza gambar aku ngan gambar dia? Hergh.

Ehhh mamat ni...


Cerita dia.














Ok, dah cukup la kot.


Seterusnya, kami meneruskan misi ke kisarazu. Dalam area chiba. 

Kat sini baru bayar tol ¥800. Hari ahad je dapat harga ni. Dengan kad etc.

Apa ada kat chiba? Tokyo disneyland! Tapi aku adalah takde perasaan nak pergi situ.

Kalau ini takyah ajak, aku sendiri akan pergi hehe. Outlet ni antara yang terbesar di jepun. Kisarazu MOP.

Best outlet ni. Macam combine nagashima ngan toki.

Selesai mensoping moping sampai rabak, kami patah balik semula ikut tunnel tadi. Apakah? Sebab kalau ikut jalan biasa nak ke tokyo tu teramatlah membuang masa.

Katebang nak landing. Dah dekat dengan haneda airport.

Sampai di tokyo, kami terus check in di toyoko inn, dekat area shinjuku. Tak dekat sangat la tapi. Settle pengurusan diri, kami keluar cari makan.

Jumpa kedai halal on the way nak ke stesen berhampiran. Beras dia murah! Asal jumpa kedai halal je, mesti tengok harga beras haha. Tapi kami tak beli pun sebab macam baru je beli beras.

Tetiba ada orang berarak dengan tandu. Upacara apa ntah.



Ok, ni nama stesen nya. 





Tujuan asalnya nak pergi ke harajuku. Ingat tak aritu kami pergi naik kete tapi parking dia mahal giler... 400 yen 15 minit kot. Kali ni boleh pergi lama2, tapi takde apa benda pun yang dicari. Saje nak tengok.


Kat display tu nampak muka kami, tapi tak nampak pulak dalam gambo.





Jalan punya jalan, semerbak bau crepe ni. Huaaa nampak sedapnyerrr...




Tak dapat makan, dapat cuci mata pun jadik la.


Comel tutu skirt!


Candy shop.

Suka tengok warna warni kat harajuku ni.




Saya nak ni satu!

Acah jek.


Ada satu money changer.

Masuk kedai disney jek.


Tempat sewa locker.


Tiset2 ailev.



Couple t-shirt.

Ok dah. Sayounara!

Beli tiket lagi. Nak pergi shibuya pulak.



Last kat harajuku.


Shibuya crossing lagi.


Apa2 hal, kita makan dulu. Sekali lagi.


Makan menu yang sama haha. 

Nasi goreng kampung.


Char kuey teow.


Nak ambik gambar bunga pahar tu sebenarnya.

Tambah setengah ekor roasted chicken. Kenyang giler! Alhamdulillah...

Teh tarik dan teh ais. Macam lah kat rumah takde kan.


Deko bunga pahar.

Tempat payung berkunci. Kat jepun ni seorang manusia at least ada sekaki payung. Kalau macam aku, sorang ada 3 kaki kot.

Kenyang perut suka hati.


Buskers.

Nak buat perangai lagi ke? Perangai lintas jalan shibuya crossing.


Ok, sekali je. Tunggu.

Haha wajib.

Tak nak lintas pun.

Shibuya station.


Tempat parking kereta hotel. Layan diri ok. Pandai2 ko lah baca instruction tu.


Besok paginya, kami pergi ke kedutaan besar mesia di shibuya. Boleh parking kat depan embassy tu 60 minit. Kalau lebih, boleh juga parking kat tempat parking berbayar, juga betul2 di depan tu.

Masuk ke kedutaan, tulis nama dalam buku daftar. Pastu dia kasi pass. Pastu pergi ke kaunter, ambik nombor. Aku dapat nombor 2. Dia bukak pukul 9 pagi. Sebelum dia terima application aku tu, dia tanya dulu, are you sure? Kompem takmo balik buat kat mesia, 1 hari siap? Kompem la. Penat2 aku datang jauh2 ni. Bayaran nya 6040 yen, tapi aku takde duit kecik. Terpaksa lah encik suami pergi keluar beli air nak pecah kan duit. Oh, kat kaunter tu semua orang jepun staf nya. Tapi boleh cakap english.

Settle. Eh, rindu pulak musim panas, boleh pakai baju selapis.



Seterusnya kami pergi ke tempat yang aritu pergi tapi tutup sebab hari ahad. Iaitu nippori textile street dan kappa bashi. Memula pergi nippori dulu. Jauh jugak nippori ni. Sebab dia macam ke utara kot. Shibuya, shinjuku ni kat belah barat. Nak sampai ke situ, melalui kawasan istana.

Istananya kat belah belakang pokok2 ni. Agaknya lah sebab aku nampak ramai tourists.


Best nyer duduk bawah pokok ni. Tapi tak boleh kot.

Dari situ aku dah takde ambik gambo lagi dah. Bizi window shopping. Kenapa window jek? Sebab nya tak best sangat pun nippori tu. Ada lah satu dua kedai yang best. Tapi tak sebest otsukaya. Kalau otsukaya kan semua ada bawah satu bumbung. Ni bersepah2. Ada satu kedai yang popular ni, tomato namanya. Banyak juga kain yang ada kat otsukaya, ada kat tomato ni, tapi dia berpisah2. Satu kedai jual kain langsir jek. Satu lagi jual kain kraf jek. Begitu lah seterusnya. Dan sebagai orang yang pertama kali dan mungkin sekali je akan datang situ, mana aku nak tau kedai tu ada kain apa. Terpaksa lah menjelajah setiap satu kedai. Pulak tu kain nya bersepah2. Plus orang ramai sangat dalam kedai tu. Sampaikan orang yang beratur nak bayar pun dah block kain2 yang aku nak tengok. Sudahnya, aku tak beli pape pun kat tomato puri tu. Kang beli kang, kena beratur jugak kan. Takyah lah menyusahkan diri. Dah la parking mahal. Hehe pergi tokyo ni harus komplen parking mahal je lah.

Tapi aku ada beli kain corak jepun kat satu kedai ni. Dia jual semua kain corak jepun. Kalau otsukaya tu, kain kat tingkat 4 tu lah. Yang sama pun ada. Tapi dia tak jual per meter, sebaliknya dia dah siap potong 2 meter setiap kain. Kira dah jatuh nama kain pasang ar. Harga boleh lah dikatakan lebih murah sikit dari otsukaya. Boleh la, buat souvenir ke apa kan. Pandai2 korang lah beli kain plain buat matching2 nanti.

Pastu kami ke kappa bashi. Punya lah penat pusing satu kappa bashi tu, aku beli loyang jek? Loyang segiempat sama haha. Selain tu aku beli kan kawan2 kirim muffin mould jek. Pastu dah lapar, ingat nak makan kat ippin. Sampai2, tutup lah pulak. Biasa la, kedai tutup petang. Ippin tu kira selang satu lapis je dengan kappa bashi street tu. Kami parking kat kappa bashi. Parking tepi jalan, sejam 300 yen. Dah ippin tutup, kami makan kebab je. Aritu pernah beli kebab kat situ. Boleh pulak, kebab ayam je halal. Daging tak halal. Sabo je lah. Pastu kami pun balik. Kot. Dah lupa la pulak.

Ok, sekian lah cerita pergi tokyo nak renew pasport. Nanti aku sambung kisah pergi ambik pasport pulak. Baru je isnin lepas aku pergi. Jangan tanya bila aku nak buat review ajl ngan final gegarvaganza. Adios amigos sayounara konbanwa!

0 komen: