BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 25 April 2016

Sakura Datang Lagi : Hanami Di Heiwa Koen 1&2



Tahun ni sakura lambat mengembang. Baru nak kembang, eh, sejuk balik. Betul lah kot teori aku tu, bila panas sikit baru lah putik kan menjadi bunga. Nak dijadikan cerita, tahun ni menyaksikan ramai adik2 undergraduate yang graduate. Jadi, sebelum derang balik mesia, nak lah jugak kami berhanami bersama2 buat kali terakhir. Tapi, derang dah booking tiket awal lah pulak. Maka, terpaksalah kami tengok putik sakura je pada hanami yang pertama tersebut. Maksudnya? Maksudnya kami ada sesi hanami kedua di tempat yang sama semasa waktu puncak sakura kembang mekar di gurun sahara.

Hanami pertama ni pulak, aku join di tengah2 event. Sebabnya encik suami juga sedang di puncak musim sibuk beliau. Untung dapat join jugak. Aku pun sempat masak mee goreng jek. Tak dapat merasa kesemua makanan lain sebab dah habis sobsobsob. Gambar lagi lah tak kuasa aku nak tangkap sebab tak nampak pun sakura nya. Ada lah sepokok dua yang dah berkembang, tapi tak penuh lagi. So, ini jelah gambar yang ada...

Yang duduk atas kusi tu semua dah balik mesia. Sayonara...

Tengok belakang tu, nampak merah2 je putik sakura.

Kenapa ada bola? Sebab sepanjang kami berpiknik tu derang dok main bola. 

Kasik can lah semua jadi budak2.

Wifey Nagoya... nama group line.

2 dah balik, 1 lagi soon.

Tengok putik bunga.

Seminggu lagi baru kembang.

Families.



Berbeza dengan hanami yang pertama, hanami kedua ni aku join dari mula hingga akhir. Cuma encik suami je balik awal pergi lab. Apakah? Tiba2 masuk final year ni beliau disampuk lab. Sabtu ahad pun pergi lab. Takpe lah. Janji kita dapat balik bulan 3 tahun depan. Amin...

Kalau dalam hanami pertama tu ari adik2 pompuan takde yang join, hanami kedua ni baru lah derang join. Lagi ramai, lagi meriah. Makanan pun sedap2. Menu utama nasi campur dengan pelbagai lauk ayam.

Hamparan makanan.

Kari ayam, sambal ayam dan sardin.

Rojak.


Lauk extension.

Laksa jdt.

Buah2an.

Kuih bakar dan kek lobak.

Ayam lemak cili api pun ada.

Sayur.

Full bloom!



Pose yang sama setiap tahun hehe.

Ni baru betul tengok bunga.
































Dyan Ummi Khalsom's 1st hanami.





Encik suami takde :(





Dah... habis cerita. Senang idop tepek gambo semata.

0 komen: