Alamakkk dah hari khamis belum buat review gv lagi! Sebenarnya nak buat semalam, tapi tiba2 baru nak start, tergerak hati nak upgrade el capitan, os terbaru cikmek ni. Satu gerak hati yang silap bilamana ia berakhir dengan kecewa. Finder takleh bukak langsung! Maknanya takleh bukak apa2 file dalam disk. Pastu bukak Apple store, kosong, macam supermarket tachiya yang sedang diubahsuai. Tak tau lah apesal. Pukul 3 pagi baru aku tido malam tadi kerananya. Memula dah baring kul 1 pagi. Tapi biasalah aku, bila otak banyak berfikir, mata takmo tutup. Maka aku bangun balik, bukak laptop lama, kosongkan external hard disk lama, transfer ke external hard disk baru untuk buat backup cikmek ni. Tapi, external hard disk baru pun dah tak jadi baru dah sebab tengok2, dah nak penuh rupanya 2Terabyte tu. Aku ingat dah besar alam sangat dah 2T tu huhuhu. Nampak sangat banyak nau2 movie yang aku download. Now, tengah tunggu transfer yang masih belum selesai. 300Gig je kot, tapi makan sehari. Tu belum membackup nye lagi tu. So, sementara tu, baik aku membebel kat sini. Internet ok je cikmek ni. Cuma tu lah, takleh buat apa2 yang melibatkan disk seperti mendownload. Maka hari ni kita tonton saja, no download2. Layan ubah.tv pun best gak, dengar masalah rakyat di dewan rakyat hehe. Macam budak2 kan, derang kat dewan ni? Okeh, mari teruskan dengan hiburan minggu ini.
Nampaknya konsert kedua ni aku dapat tengok siaran langsung. Kemain dari petang lagi dah cop tempat duduk, tapi tiba time live, tetap lah dihantui oleh buffering yang tak sudah. Mencik tau! Dah hujung2 baru elok. Agaknya sebab ramai terpaksa tengok kat tenet sebab time tu hujan ribu petir, esterok tak dapat siaran. Ada juga yang kata, terpaksa tutup tivi sebab takut tivi meletop hihi. Tapi tak kisah lah. Boleh je tengok siaran ulangan kan. Takde beza pun. Bukan boleh apundi ke hape kan.
Siti Nordiana - Madah Berhelah
Tak sangka! Tak sangka dia boleh hit aku adalah sandaran tu dengan jayanya. Malah dia buat sekali nafas jek. Wow! Dua kali pulak tu. Cuma mungkin lah bak kata ramlims, dia turunkan separuh key, tapi tetaplah kedengaran sama tinggi macam kakjena. Sebenarnya tak sangka sebab nana ni kan jenis suara halus gitu kan. Ingat dia akan buat falseto kat tempat2 tinggi cenggini. Ini dia guna suara betul. Memang impressive lah. Orang kata, selamba je lah dia nyanyi. Tak seksa la kita menengoknya. Takde nak kepit, meneran dan control2 sangat. Ternyata aku dah under estimate dia selama ni. Kini terbukti bahawa dia menjadi sendu bukan kerana tidak berbakat, sebaliknya kerana ditenggelami dek populariti mak iti.
Aku kalau dengar lagu madah berhelah je, mesti terbayangkan rumah busutemah. Sebab masa final juara lagu tahun 1992 tu aku tengok kat rumah busutemah. Hihi kelakar pulak tengok persembahan masa ajl tu. Siap kakjena kena junjung dengan penari2. Derang angkat kat montot. Eh, salah seorang penari tu ialah seorang pelakon mualaf yang popular sekarang. Pastu masa tu kan trend rambut fringe cenggitu, pastu ada curly2 kat tepi telinga hihi. Eh eh terjumpa pulak video ayai ilusi zaman dolu2. Kurus keding je hihi. Eh eh eh jumpa video foziahlatip teratai layu di tasik madu. Pun lagu ni aku terbayangkan rumah busutemah. Tapi bukan juara lagu lah kot. Cuma ingat lah masa lagu ni dia baru membuat comeback selepas kes anakdurhaka katanya tu. Kesian... Ok dah dah.
Nizam Laksamana - Tika dan Saat Ini
Aku baru perasan rupanya dulu, masa zaman laksamana, nama dia ialah nizam arjuna. Ooo baru lah macam pernah dengar. Aku tak tau kenapa aku tak suka lagu ni selama ni. Kalau nampak dalam list lagu yang perlu didownload pun memang takde rasa nak download. Tapi bila nizam ni nyanyi, eh sedap jugak lagu ni ek? Tapi kedengaran lain je mula2 dia nyanyi tu. Memang hancur rupanya kata dato'kt. Tapi ending dia power ar. Ku masih sendiriii...
Sheeda - Semakin Hari Semakin Sayang
Ya ampun... perlu ke semua lagu nak didangdut-tamilkan? Tak suka betul! Suara dia ok, tapi bila dia buat cenggitu terus jatuh setaraf mas af2 tau. Siap terbayang2 aku si mas tu nyanyi lagu ni dengan sumbangnya. Please lah... Next!
Ezad - Butakah Cinta
Best best best! Cuma macam sebijik sebijon je dengan cara nyanyian ameng. Suara pun dekat2 nak sama sesekali dengar. Betul tak aku cakap aritu? Suara dia memang sedap walau dia nyanyi effortlessly. Tapi tak tengok lagi minggu ni macamana dengan lagu kru tu kan. Entah2 jadi macam mamat tahun lepas huhuhu.
Lagu ni mengingatkan aku pada album gambar aku hehe. Ada satu album tu, aku tulis lirik lagu ni kat belah dalam kulit depan nya kuikuikui. Apa kaitannya tah. Selain tu aku ada tulis biodata jugak haha. Siap guna pen magik kaler pink lagi.
Selain tu, aku layan forum cari jugak. Ada sorang ni komen, tengok lirik lagu zaman dulu, puitis.
...kau hilang bila ku tiba, kau datang bila ku kecewa.
Kalau lirik zaman sekarang,
...terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu mahu jadi buaya hahaha.
Tiba2 lagu hantu buaya tu dapat kat sheeda minggu ni. Hampeh betul.
Zul Handyblack - Sendiri
Ni satu lagi lagu yang aku tak boleh dengar. Ke sebenarnya aku tak boleh tengok mus may tu tah. Imej dia macam serabut aku tengok. Menggerbang gitu.
Si zul ni pulak, mula2 nyanyi dah ke laut. Masuk corus baru ok. Tapi kenapa ek, dia ni, suara tu mungkin la tak boleh nak ubah kesamaan ngan awie tu kan. Ni gaya pun nak kena sama ke? Macam cara dia angkat bahu untuk betulkan jaket tu, cara nak tarik suara, pendek kata gaya pun nak sama lah. Eh, lantak dia lah kan.
Azian Mazwan Sapuwan - Aku Hanya Pendatang
Mengganggu betul kain kotak2 penari2 tu lah. Mula2 dengar aku cakap, panjang nya nafas dia? Tapi bila dah tengok ulangan baru perasan dia ada curik nafas rupanya. Keseluruhan sedap ar dia nyanyi. Aku semakin yakin dia akan kekal lama dalam gv ni.
Lagu aku hanya pendatang ni aku rasa terlalu lama. Sebab macam aku kecik lagi masa dengar lagu ni. Tahap belum geti minat2 lagu minat2 penyanyi gitu. Eh, bila masa pulak aku geti minat2 semua ni kan? Mungkin masa dah darjah 5 ke 6 gitu lah kot. Ye lah, masa darjah 1, 2 tu kan yayu ngan eita pun masih sekolah rendah jugak, so belum ada pengaruh persekitaran la. Pergaulan antara 3 beradik tu je. Abang kakak lain dok asrama. Masuk darjah 5, 6 tu derang dah sekolah menengah, terbuka minda sikit kan. Selain faktor biologi hehe.
Acong - Dalam Gerimis
Ok lah, boleh lah disimpulkan bahawa acong ni sebenarnya boleh menyanyi. Dia nyanyi lagu ni pun sedap je. Cuma mungkin la suara dia masuk dalam kategori biasa2. Takde beza dengan penyanyi2 lain. Maksud aku suara yang luar biasa tu macam suara saleem, ezad, gitu2 lah.
Bila dengar lagu ni, aku teringatkan kakjana. Jiran sebelah rumah aku. Nama anak dara janet hehe. Sebab aku rasa macam pernah dengar, dia suka lagu ni. Haaaa caner tu? Dan scene nya masa tu aku dalam bilik tido. Tah pape je memori aku ni.
*iklan - aku tertengok video ajl damasutra lagu umpama mimpi dalam mimpi. Masa mula2 nyanyi tu mic rosak. Persembahan mula2 tu dah dapat markah dah, si bagio tu memula duduk pastu bangun menggeliat2 macam nak bersilat sket, tetiba masuk kenangan... suara tak dengar. Dah masuk 2nd verse baru datang sorang mamat ni bawak mic baru hihi. Potong betul lah.
Haiza - Kelmarin
Cantik! Memang cantik haiza malam tu, kan? Lagu pun jadi sedap dengan arrangement baru tokram. Aku suka suara haiza yang serak2 tu, tapi nampak agak berusaha juga lah dia nak sampai high note. Tapi takde lah sumbang ke hape. Lagu ni pun zaman aku kecik2 dulu. Tak berapa nak ingat sangat apa2 yang berkaitan.
Ezlynn - Camar Yang Pulang
Macam sengal jek? Kenapa dia kena tersengih2 masa nyanyi lagu ni tah? Heran pulak haku. Tetiba dia macam nak tukar mood lagu ni kepada mood riang ria berjalan2 di batas padi pulak. Lagu ni lagu kemenangan mak iti dalam bintang hmi kot. Sepatutnya masa ni lah kalau nak tunjukkan kemampuan vokal tu. Masa interview tu macam kompiden je cakap dia ada 'suara itu'. Tapi, hasilnya, hado. Pastu oleh sebab mulut dia besar sangat bila sebut perkataan yang kena bukak mulut, bila part perkataan yang ada huruf m, b, p dia macam tak boleh nak tutup mulut pulak haha. Isy, apa yang aku mengarutkan ni?
Amir Ukays - Antara Hujan Dan Air Mata
Alahai lahai amir oi. Kuciwa acik tau. Bukan kecewa dengan kes pistol cicak tu. Tapi kecewa dengan persembahan heols. Ke mana perginya suara amir ukays yang lemak merdu dulu??? Aku macam tak perasan bila masanya dia ni pernah eksiden. Ada ek? Kalau saari amri aku ingat la. Dagu dia jadi camtu sebab eksiden la ek? Tahun 2000 kot? Hmmm zaman aku kat uitm. Memang tak ambik tau sangat isu semasa. Last aku ingat dia nyanyi agu acapkali acapkali tu. Mungkin jugak kemalangan tu menjejaskan peti suara dia kot. Macam kaketon tu kan. Tapi takkan lah sampai terjegil2 mata nak melontarkan suara, kan. Tapi lagu ni pun memang tiba2 terus nada tinggi kan. Tak berapa nak sedap sangat pun iyer. Semput aku mendengarnya. Isy, jangan lah terkeluar awal sangat amir...
Farahdhiya - Di Alam Fana Cinta
Best nyerrr... Ada orang tak suka dia ubah banyak dalam lagu tu. Tapi aku suka3! Mula2 tu aku mati2 percaya yang duduk kat belakang tu ialah dia. Siap aku dah terfikir, sempat ke dia nak naik atas pentas nanti? Dah lah semua pun nyanyi lagu pendek. Cuma tempo lagu ni terlalu perlahan, tak sabar pulak aku. Apa2 pun keseluruhannya sangat best. Mekap dia pun cantik sangat, kan? Aku pun baru je follow ig dia hehe. Baru tau bapak dia orang rengit. Dia suka memasak dan makan makanan kampung rupanya. Untung la...
Nassier Wahab - Kau Pergi Jua
Biasa jer. Takde salah apa pun. Lagu makanan dia. Tapi takde apa yang nak dibanggakan sangat. Dah, itu je komen aku. Boleh?
Feh! Susah jugak nak buat review setiap minggu ek? Ramai pulak tu. Kena banyak buat research nampaknya. Kalau tak, minggu depan dah habis cerita nostalgia huhu. Minggu ni aku tak berharap sangat dengan persembahan derang semua sebab masing2 dapat lagu yang lain langsung dari genre masing2. Kita tunggu...
Thursday, 29 October 2015
Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua
Hasil karya AyunasiA pada 9:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment