Wednesday, 14 October 2015

Mandi Gifu 2.0


Dua minggu selepas kali pertama mandi sungai itu hari, kami pergi ke sana sekali lagi. Kan hari tu tak dapat pergi tempat yang tahun lepas sebab air masih tinggi. Kononnya pergi kali ni air dah surut la kan. 

Dan untuk kali ni kami pergi sekali dengan budak2 undergrad sebab derang dah habis final exam. Ini bermakna, ada bbq! Aku cuma masak sambal tumis je untuk makan ngan nasi lemak. 

Mula2 kami pergi ke tempat minggu lepas2 tu sebab tempat tahun lepas tu takde parking. Sekali tengok kat sana, pun parking penuh. Ramai giler orang! Aritu macam kete kami je yang ada? Pastu patah balik ke tempat tahun lepas dan parking jauh sikit. Polis asik la ke hulu ke hilir takmo kasik orang parking tepi jalan penuh2. Tu pun mulanya kami dah parking dekat, sekali polis panggil suh alih.  

Air masih tinggi tapi dah cetek sikit. Minggu lepas tanah yang kat seberang sana yang ada khemah biru tu tak nampak lagi. Tapi last year batu yang kat tengah2 tu timbul. Ni masih tenggelam.

Tak tunggu lama, sampai2 terus terjun.



Macam best je tengok derang naik pelampung ni.

Izumi.

Haifa

Nuha.



Depan2 ni paras leher aku.



Dua beradik ni tak sudah2 ngan projek hidroelektriknya.






Baru sampai dari tempat parking yang jauh.

Barbeque ayam. Memang sedap!





Aiyakkk rentung!




Sebelum pukul 5 petang, kami semua berkemas. Puas la berendam dan berenang untuk tahun ini. Tahun depan pulak.

Kena merempuh air yang agak deras. Masa datang boleh la basah2. Ni nak balik, rentas guna pakai kain batik je.

Pemandangan dari atas sebelum balik. Sekejap je air dah jadi tenang.


Tinggal satu group je kat situ.




Watammat...

0 komen: