Selama hidup aku tak pernah menghargai bunga sangat. Ada tiada tak memberi kesan, hanya aku menanggung sendirian... gitu. Mungkin sebab bunga2 kat mesia keluar tak ikut musim. ikut dan dia je nak kuar, kan. Tetiap hari pun boleh tengok. Lagi pun kat mesia mana ada taman2 bunga yang khusus untuk sesuatu jenis bunga. Ada takde, kat cameron la kot.
Selepas habis musim bunga, masuk musim panas. Pun masih boleh tengok bunga. Tahun lepas aku dah tengok bunga ultraman cosmos. Tak sempat nak tengok bunga matahari. Tengok yang sikit2 jumpa tepi jalan je lah. Tak pergi ke taman bunga matahari yang sebenar. Tahun ni kami semua beriya2 nak tengok bunga matahari. Kami tu seluruh rakyat malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami la. Punya lah beriya sampai sanggup meredah panas terik tahap basah baju menitik peluh petani demi nak tengok bunga matahari yang sanagt cantik itu. Mula2 ingat nak pergi ke taman yang besar kat chita. Dah dekat2 hamamatsu sana. Kira jauh la jugak. Dan berbayar. Tapi taufan melanda menyebabkan proses pengembangan bunga matahari terbantut ke hape tah, jadi lambat sikit bunga tu nak kembang. Maka kami pergi yang dekat je lah. Hari sabtu tu kami pergi dulu berdua sebab orang lain sibuk. Derang nak pergi ari ahad, tapi kami dah ada plan sendiri hari ahad tu. Maka, kami pergi berdua bersatu je lah. Tarikhnya, 1 Ogos 2015.
Ok, sila enjoy gambar bunga!
|
Tempat ni sebenarnya sebuah ladang. Ada haiwan ternakan dan tumbuh2an. |
|
Ada kuda... |
|
Tempat bbq. Apa ke hey ko nak bbq tengah2 panas gini? Tapi itu lah yang derang buat. |
|
Ada lembu... eh ni replika je. Tapi memang ada lembu jenis frisian ni. Boleh perah susu lagi. |
|
Kuda2 ni kepanasan kot. Ambik angin kat jendela sat. |
|
Ni bunga matahari spesis kecik. Semua ngadap sana. |
|
Haiwan2 lain. |
|
Ada 2 area bunga matahari. Yang area ni dah mati. |
|
Belah sana nu masih hidup lagi. |
|
Kuning terang. |
|
Nak masuk ke dalam kena bayar 100 yen. Kekdah ni nak menipu pun segan. |
|
Ini baru bunga matahari yang sejengkal dari kepala. Panas nya bukan main. Bayangkan kalau matahari yang sejengkal dari kepala di padang mahsyar nanti... #modeinsaf |
|
Ada lebah sedang menuju bunga hihi. |
|
Terpaksa crop huhu. |
|
Ni corak yang salu orang tunjuk berpusar2 tu. |
|
Kan? |
|
Ke belakang pusing! |
|
Haaa kan tadi dah cakap, banyak lembu frisian... |
Selesai tengok bunga2, cecepat kami masuk kete. Panasnyaaa!!!
0 komen:
Post a Comment