Tiba2 bulan puasa ni aku jadi sibuk pulak. Tak menyempat nak membelek blogger ni. Maybe sebab welkap tak abis lagi kot. Waktu tido jadi huru hara sikit. Besok oklah ni.
So, rutin harian pada bulan Ramadhan ni agak sama setiap hari. Sama lah macam yang aku ceritakan dalam 2 entry yang lepas tu. Eh, entry tersebut sangat signifikan tau. Nampak je macam takde pekdah sangat, kan? Tapi rupanya ada sesuatuh! Apakah sesuatuh itu? Ada laaa... nanti aku ceritakan hehe. Tapi bukan sekarang.
Nak dipendekkan cerita, hari ni aku cuma nak merekodkan antara menu yang telah dimasak sepanjang 15 hari puasa. Kat mesia, kuih adalah hampir mustahil untuk aku masak pada bulan puasa. Beli je 3 singgit, settle. Boleh campur2 lagi. Kat sini, sempat buat 1 jenis je sehari. Ada rezeki dapat dari jiran tetangga, jadi lah 2-3 jenis. Sebenarnya banyak je variasi kuih2 melayu yang boleh dibuat. Cuma aku je lah yang tak berapa makan kuih sangat. Terutamanya spesis2 talam tu. Kalau kat param selalunya aku beli kuih tepung gomak jek. Aritu pernah buat sendiri, tapi asik pecah lah pulak tepung nya. Tah inti aku berair sangat kot. Isy, tiba2 rasa macam nak buat lagi la. Tu ari cuba sekali terus berputus asa. Kot lah bebulan pose ni kesabaran tinggi sikit, jadi pulak tepung gomak haku? Tetiba terbayang kuih kole kacang pulak. Eh, putu kacang! Ah sudah, takyah nak bayang2 sangat lah hai... Dari nak pendekkan cerita dah jadi panjang dah ni ha.
Okeh, tengok gambo je lah ek, senang nak cerita.
|
Aritu baru terperasan yang aku ada bawak cd ni. Time2 puasa dengar cd ni, mula lah ternostalgia di situ. Asal dengar je, mesti teringat memori perjalanan aku setiap pagi isnin, sesubuh sepi'e dari paritraja ke ilpmersing. Asalnya aku bukak cd ni dalam kete sebab nak hilangkan rasa takut. Takut kot2 ada orang jahat kat tengah jalan. Siapa berani memandu sorang waktu subuh yang hening kat jalan kluang-mersing tu? Aku pun takut oi! Tapi buat2 berani la. Dalam hati aku percaya Dia ada menemani ku. Eceh. Tu yang dengar orang baca yaasin tu. 6 bulan kot aku melaluinya. Alhamdulillah, takde perkara tidak diingini berlaku. Kadang2 terdetik rasa bimbang kalau kereta breakdown ke tayar pancit ke. Tapi cepat disedapkan hati dengan ayat, kereta baru kot takkan lah rosak cepat sangat. Bila dengar cd ni selalu, jadi syok pulak. Dengan suara misterinya bercampur suara sayup2, apatah lagi suara syeikh masyari rashid nya, memang layan ah. Dalam cd ni dia baca surah yaasin dengan lagu 'standard'. Ada zikir2 jugak. Ok, cerita dah melalut. Tapi ada kaitan sebab dalam 6 bulan tu termasuk bulan puasa jugak hihi. |
|
Ok, inilah punca tido ku menjadi huru hara. Sambil sahur sambil tengok bola. Pastu bangun lambat, pastu semua jadi tak sempat. Alasan! Semoga besok bila semua ini berakhir, Ramadhan ku akan jadi lebih bererti, ecewah! Jangan terkejut kalau tetiba nanti aku post gambo nasi beriani nanti. Pui! |
|
Antara menu terawal. Daging sambal dan kuih gegetas. Kuih ni masuk kategori 'lagi setengah jam nak buka tapi belum buat kuih lagi' hehehe. Maka jadi lah ia. |
|
Ini niat asalnya nak buat donut sambal. Tetiba dohnya tak berapa nak jadi. Maka dia jadi jemput2 sambal hehe. Tapi dengan tak malunya selamba hantar kat rumah orang hahaha. |
|
Hasil post-mortem yang dilakukan, punca ke'jemput2'an donut semalam telah didiagnosis. Besok tu buat lagi. Semangat ini lah yang kita mahu! Mula2 buat satu adunan. Tengok, elok je jadi bulat dohnya. Lalu aku keluarkan dari bm dan buat satu lagi adunan. Kompiden jek doh tu akan naik. Dan bila kedua2 adunan siap, pergh! Dia punya lembut, tak pernah lah aku jumpa donut selembut ni selama ini. Tapi bentuknya agak fail lah. Tak tepikir pulak nak beli cetak donut selama ni. |
|
Setelah disambalkan. |
|
Dan di'anna-elsa'kan. Hari sabtu tu wat donut sambal lagi untuk majlis berbuka cum epibedeituyu cikami chan. |
|
Yang ni kena taruk gambo lebih2 sikit sebab warna nya cantik. Suka tang warnanya je lah tapi. Tang rasa agak fail di situ. Aritu aku buat taruk cili padi, pedas giler bila tergigit cili tu. Pastu semorang dok kutil cili tu dan buang sebelum makan. Baik takyah taruk, kan? Kali ni aku taruk lada merah. Langsung tak pedas pulak. Grrr... Lauknya pulak aku dah masak belah malam. Konon masak malam boleh rasa. Dah siap, termasin sangat lah pulak. Besok pagi sebelum buat ni, aku masukkan kentang dalam lauk tu. Wat serap garam katanya. Sekali nya memang serap betul! Terus takde rasa lauk tu. Mencik tau! Tapi takpe, ambil iktibar dari setiap tragedi, ok? Jangan lemah semangat... esok buat lagi, ok? Beriya think positive. |
|
Ini kejadian minggu lepas (6/7/2014). Kena buat 100 biji untuk masjid. Akhirnya dapat 170 biji. Lagi 64 biji bawak gi berbuka dengan kawan2 yang ditinggalkan oleh suami yang pergi masjid. |
|
Sementara suami2 berbuka di masjid, kami isteri2 berkumpul beramai2 dan berbuka bersama. Aku masak asam pedas ayam. Ini menu bersahur besoknya. Roti prata cicah asam pedas ayam. |
|
Hari isninnya pulak, encik suami kata nak makan mee rebus. Tah sape post gambo mee rebus kat fb, dia ternampak. Maka dengan penuh kegigihan, bangun2 jek terus aku buat 'rempeyek' nih. Nak jugak mee rebus stail stulanglaut. Sebenarnya aku tak tau kuih apa yang dia tabur kat mee rebus tu, tapi rasa dia macam rempeyek. So, aku pun buat ler adunan ala rempeyek hihi. |
|
Tinggal tabur kacang ngan ikan bilis je, jadik lah rempeyek. Rangup! Tapi aku suka tumpi kacang dal. Dah dapat idea nak wat kuih raya apa. |
|
Boleh la... ada lah jugak rasa mee rebusnya tu. Tahu je lupa nak beli. Lada hijau pun tadak. Kalau taruk pun, buat hiasan, membazir aje. Baik lah taruk benda yang 'boleh' dimakan. |
|
Hari berikutnya, teringin pulak nak makan jagung kukus. Sakit rahang haku! |
|
Lauk hari itu ialah sambal telur puyuh. Takde cerita di sebaliknya. |
|
Ni kalau buat kat ikan keli ni, boleh nangis dibuatnya. Nangis terharu sebab rindu plus nangis kepedasan. Tapi ada je jual ikan keli kat kedai halal tu. Malas je nak beli. Pakai ikan makarel pun masyuk jugak. |
|
Dan yang terakhir, hari jumaat lepas. Macam tiap2 hari jek aku masak sambal, ek? Padahal lada kering yang diimport masih tak sampai2 lagi nih. Tapi memang tak boleh la kalau takde sambal. Sambal belacan aku tak kisah sangat. |
Dah, sekian buat masa ini. Hari ni hari ke-15 Ramadhan. Malam ni terawih dah lain sikit. Dan lama sikit. Insya Allah...
Selamat berpuasa semua!
p/s hari selasa (lusa) jangan lupa beli sotkabo beritahairan ek? beli je, jangan tanya.
0 komen:
Post a Comment