Arakian diriwayatkan, pada hari sabtu (12/7/2014) yang lalu, telah berlangsungnya program berbuka puasa beramai-ramai warga nagoyauniversity dan yang berhampiran dengannya bertempat di kaikan sakurayama. Kalau aku masih duduk kaikan boleh jugak buat kat kaikan kami tu. Dekat sikit. Tapi tak sempat nak jumpa puasa lah pulak. Kalau ikut sejarah, kami lah dua2nya rakyat mesia yang dapat duduk kat higashiyama kaikan tu. Camne boleh dapat tah.
Okeh, kita teruskan ke menu berbuka je lah kan. Menu utama hari tu ialah nasi campur. So, sorang masak satu lauk lah kan. Hari tu aku masak ayam sambal jek. Tak sudah2 dengan sambalnya. Orang lain ada yang masak rendang ayam, daging kicap, kari kepala ikan, udang masam manis, sayur lodeh, kambing dan sebagainya lah. Menu sampingan ada meehun goreng, spageti, nasi beriani dan pelbagai kuih muih.
Mari lihat apakah yang aku makan semalam. Sampai ke besok nya masih terasa kenyang.
|
Kuih talam berlauk An (siap nama penyumbang di situ). |
|
Karipap Su (tak dapat makan, sekejap je dah langsai). |
|
Lengkong santan (tak tau siapa buat). |
|
Kek pisang iols hiks! |
|
Donut krispykreme (tak tau saper yang beli, pun tak sempat makan) |
|
Ulam-ulaman An lagi. |
|
Ayam karage Fadh (ayam goreng tepung). |
|
Sayur campur Fadh lagi. |
|
Kek ceklat. |
|
Tomyum ayam Siti. |
|
Kambing (tak tau nama lauk) Baya. |
|
Udang masam manis Azira (nampak meriah tapi takleh makan udang :( ). |
|
Kuih muih oleh anak2 dara. |
|
Sambal ayam iols lagi. |
|
Kari kepala ikan An lagi dan lagi (banyak betul yang An masak). Kepala tenggelam. |
|
Meehun goreng Saibah (mee je sampai, orang nya tak sampai sebab masih dalam hari). |
|
Sayur lodeh SyafaGG (ada lawannya nasi impit). |
|
Pencuci mulut. |
Selepas solat maghrib, baru lah kami serbu makanan. Semua nak rasa.
|
Iols pakai baju raya, uolsss! |
|
Ini yang paling puasa sekali. |
|
Anak2 dan choo2 train. |
Selesai makan, kami pun bergambar beramai-ramai. Stok salam perantauan katanya.
|
Adam pun nak duduk depan ngan kakak2. |
|
Bergambar sampai bumbung runtuh. |
|
Ini lah puncanya. Tengok yang belakang sekali tu. |
|
Otokonohito. |
|
Onnanohito. |
Gambo weols takde sebab nak reserve untuk salam perantauan ek? hehehe.
Sekian.
2 komen:
Amboi ramai nye nama an di situ wahahahah glam sekejap asia
Amboi ramai nye nama an di situ...glam sat si an yer asia
Post a Comment