Wednesday, 30 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Alhamdulillah... setelah sebulan berpuasa, akhirnya tibalah hari kemenangan untuk kita semua iaitu hari raya. Pertama kali beraya jauh dari keluarga, ada juga rasa macam nak balik. Lebih2 lagi bila seminggu sebelum raya, tetiba an jadi balik beraya. Tergugat lah jugak. Encik suami kata, dia ikut aku. Kalau aku nak balik, kami balik lah. Tapi kalau nak ikut aku, alamatnya memang 3 kali raya lah kita kat sini hihuhihu. Dah 34 tahun ok aku beraya kat mesia. Dan tak pernah sekali pun aku tak balik rumah sendiri. Lagipun bukan lama sangat pun kan. 3 kali raya jek. Lebih kurang macam oramputih panggil 'escapisme' gituh. Takyah lah nak menjawab soklan2 dan sindiran2 sensitif. Kekadang orang tak tanya pun, tapi 'situasi'. So, nikmatilah sepuasnya nikmat kebebasan itu dalam tempoh 3 tahun ini hehe.

Beberapa hari sebelum raya, aku telah membuat kuih raya. 2 jenis je. Lambat sangat mulanya, tak sempat dah. Buat pun kuih bergoreng jek. Aku bukan makan sangat biskot2 ni. Takat 2-3 ketul boleh lah. Maka, terjadi lah 2 jenis kuih iaitu tepung bersira pedas dan kuih kapal terbang aka tiram aka selayang aka layang2.

Tepung bersira pedas ni memang dah lama aku nak buat. Sejak dari mesia lagi, boleh? Siap aku dah beli dah mesin penggelek mee tu, tapi sampai ke sudah tak buat pun. Mesin tu pun dari aku beli sampai sekarang, tak pernah pun aku keluarkan dari kotak. Tah2 dah berkarat kot. Masa kecik2 dulu, mesin tu macam benda yang wajib ada kat semua rumah kat kampung aku kot. Masa zaman sekolah menengah, bila mak takde kat rumah jek, kami dok buat kuih tepung ni. Sekilo tepung kami buat. Masa tu mak ajar buat sira pedas ni tokleh taruk bawang merah sebab nanti dia lemau. Tapi sekarang ni, bila aku tengok resepi sira ni kat tenet, semua taruk bawang merah dalam. Lalu aku pun derhaka lah kat petua mak. Natijahnya, jawab lah sendiri. Kalau dah durhaka tu, pepaham la kan.

Tempting sangat, kan??? Lagi best kalau masih rangup lagi. Tepungnya aku potong guna pisau jek. Macam tak berbaloi jek nak beli mesin baru.


Pastu hari jumaat pulak, aku buat kuih kapal terbang ni. Aku suka makan kuih ni. Bila makan ni, aku selalu terkagum dengan lapisannya yang nipis2 tu. Mesti memerlukan skill untuk membuatnya, kan? Sekali bila aku gugel resepinya, hek eleh... senang nya! Maka, terjadilah kuih ini. Best best. Boleh buat lagi bila kelapangan. Ni pun dah nak abis dah.

Menarik sungguh binaannya sebelum dilenyek. Patut lah boleh nipis...

Semasa digoreng.

Siap disira gula.

Hari jumaat malam, lepas terawih, kami keluar pergi cari daging dan bahan masakan kat zafar. Beli daging lembu 2kg, daging+tulang kambeng 2kg dan ayam 4 ekor. Macam2 yang aku nak masak. Kira macam open house tahun lepas ditunda ke tahun ni lah. Kan tahun lepas aku tak buat open house kan. Tapi, ada satu masaelah besar. Bawang merah takde stok! Dua2 kedai halal takde stok bawang merah.  Acaner? Dah lah aku geti masak pakai bawang merah jek. Maka terpaksa lah aku guna bawang besar. Pepandai lah adjust. Kalau tak sedap nanti, pepaham je lah yea.

Pastu hari sabtu pagi tu, kami pergi supa cari sayur pulak. Balik tu, terus operasi. Malam sebelum tu aku dah siap tulis jadual tentatif dah hihihi. Dah terbiasa, bila buat open house je, mesti aku buat tentatif memasak. Siap dengan piuk mana kuali mana nak pakai sekali hihi. Kalau ikut tentatif, pukul 12 malam sepatutnya dah siap. Let's do it!

Balik2 je dari supa, aku terus buat filling cheesetart. Oh, semalam tu aku buat tart shell jugak. Ada hati jugak nak makan cheese tart. Pastu aku siang ikan ayam daging bagai. Sambil2 tu, aku rebus ikan nak buat laksa jdt. Kononnya kan laksa makin lama makin sedap kan... Tu yang masak awal tu. Serentak dengan laksa, aku masak rendang daging. Dan sedikit nasi impit. Nasi impit tu aku buat sendiri. Masak nasi lembik kat piuk nasi, kendian impit kan dalam plastik. Reverse engineering lah kiranya. Nak beli ketupat mini tu kat kedai macam mahal sangat lah pulak. Sepeket kecik je dah lebih 300yen. Lagipun kalau masak nasi dalam rice cooker, dia tak kacau dapo gas. Dah lah banyak benda aku nak masak ni. So, malam tu sambil2 masak lauk, sambil2 jugak lah aku masak nasi. Kira saing2 jugak lah siapnya.

Rendang daging tu pulak sempat masak sebelum berbuka. So, kami berbuka dengan nasi impit dan rendang jek lah. Tapi masaelahnya lagi, tetiba rendang aku tu jadi rasa macam rendang pengantin lah pulak. Tau tak rendang kenduri kawen? Haaa camtu lah rasa dia. Cemana tah boleh jadi camtu. Aku menyalahkan bawang besar tu je.

Lepas berbuka, aku teruskan operasi dengan memasak sambal kacang. Sekajap je masak ni sebab kacang pun dalam 2 genggam je gitu. Dan kacang tu dah siap disangai dan dikisar semalam jugak. Sambil2 tu jugak, aku goreng ayam untuk masak kicap. Haaa aku rasa menu aku memang johor abis lah. Selain laksa johor yang terang2an menu johor, ayam masak kicap ni juga menu wajib orang jawa johor.

Settle sambal kacang, aku masak pulak beriani kambing. Bukan nasi beriani ok. Lauk dia jek. Nasi beriani aku belum terampil lagi. Settle ayam masak kicap pulak, aku masak ayam keramput. Yeay! Ini resepi turun temurun dari arwah nenek aku. Cuma aku durhaka sikit lah resepinya sebab tak jumpa cekur kat sini. Tapi tetap lah jadi seperti yang aku harapkan. Entah kalau guna cekur lagi lah sedap agaknya.

Last sekali, aku masak lodeh. Selalu nya lodeh ni mak akan masak pada pagi raya. Tapi, knowing me yang susah tido cepat dan susah bangun cepat ni, aku masak je lah siap2 malam tu. Bukan malam pun dah. Dah pagi pun... Pukul 2 pagi. Siap semua dalam pukul 3 pagi lebih kurang. Kemas dapur, mop sekali, panaskan balik lauk yang awal2, mandi dan baru lah aku tido. Lebih kurang pukul 4 pagi. Pinggang dan tumit adalah macam nak tercabut. Bila dapat baring tu, punya lah lega.

Tido tu pun tidak lah nyenyak sangat. Dalam kepala dok pikir, jangan lah tak terbangun besok pagi, takut basi lauk2 tu sumer. Setiap jam aku tersedar. Errr takdelah lama sangat. 2 jam jek aku tido pun. Pukul 6 pagi dah bangun. Terus panaskan lodeh dulu hahaha. Sampai ke pukul 8 aku dok memanaskan lauk, sambil2 kemas rumah. Kul 8.30 pagi, mandi dan bersiap2 nak gi solat raya. Kononnya. Sekali tak jadi pergi sebab takde member pulak. Sumer pompuan pun tak pergi. Keciwa. Balik rumah bukak baju raya semula dan sambung mengemas. Presentation memang fail habis lah. Sumer hidang pakai piuk jek. Lantak ler. Sibbaik aku rajin jugak beli piuk vision yang comel2 tu kat kedai chuko. Sambil2 tu aku potong nasi impit. Kira menjadi jugak lah nasi impit nih. Untuk rujukan, aku guna nisbah 1:3.5.

Lebih kurang pukul 11 pagi, baru aku nak melelapkan mata, kakak aku call kat skype. Layan sembang2 sat, encik suami pun balik. Lepas zuhur lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami pun keluar untuk beraya ke rumah fazli dan ana.

Ini lah baju raya saya! Dinding rumah tu pun baru cat sempena hari raya ni hihi.

Balik dari rumah fazli, kami terus balik yamatebiru sebab derang semua nak datang beraya. Sampai rumah lebih kurang pukul 3 petang, terus panaskan lauk sekali lagi. Aku rasa, ada 4 kali kot aku panaskan lauk dalam sehari tu huhuhu.

Antara tetamu onnanohito di rumah kami. Mula2 dah plan, budak2 pempuan gi rumah my, budak lelaki gi rumah zira, femili gi rumah aku. Supaya tak bersesak. Tiba2, semua ada kat rumah aku. Dah lah rumah cumil. (Ingat tak dulu2 ada pads jenama onnanoko? Rupanya onnanoko tu maksudnya girls)
Tetamu ottokonohito.


Hasil masakan ku yang 8 jenis katanya tu. 8 termasuk nasi impit sebenarnya.
Sayur lodeh dan ayam keramput.





Ayam masak kicap dan sambal kacang.



Kambing beriani. Seronok sebab jumpa tulang2 cenggini kat kedai zafar.

Rendang daging (pengantin).

Laksa JDT. Dukacita dimaklumkan bahawa aku terlupa keluarkan limau sambal. Maka derang makan kuah original je lah, takde masam limau di situ. Alamatnya kena buat air limau lah dengan limau2 yang banyak itu.


Nasi2 impit.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami semua bergerak ke rumah rahmat dan siti pula. Seronok pulak konvoi macam kat mesia.

Baju raya adam-chan adalah jahitan saya!

Antara yang join konvoi. Family jek.

5 kereta kot yang join konvoi ni. 

Balik dari rumah rahmat, kami penghuni yamate biru pulak beraya sesama kami. Sampai ke pukul 1 pagi ok... Balik tu, panaskan lauk lagi. Oh, sebelum beraya yamate biru pun dah panaskan. Ni panaskan lagi hahaha. Kesannya, sampai raya ketiga lauk2 tu masih ok. Lagi sedap pun ye jugak hihi. Kendian baru mandi dan tido. Tapi bukan tido biasa. Aku rasa aku pengsan kot. Langsung tak sedar bunyi jam. Mimpi pun tidak. Cenggini agaknya kalau orang pengsan. Ni kira qada' tido yang semalam lah ni. Tido untuk 2 hari terus.

Kesimpulannya, hari raya  di perantauan ini tidak lah sedih seperti yang aku sangka. Tak tau lah kalo orang buat2 happy? Tapi bagi aku, macam ok jek. Kalau cenggini lah gayanya, tak balik raya 3 tahun pun takpe kot. Cuma raya kedua dah takde apa2 lah kan. Tak dapat lah aku berganti2 baju macam selalu tu. Ni pun aku buat 2 pasang jek. Kalau takde gathering raya sabtu ni, jadi baju raya haji lah kot.


Lebih kurang cenggini lah rupa semorang selepas sehari suntuk beraya. Berlengas. Sibbaik pakai baju japanese cotton yang tak panas hehehe. Tetiba penutup dengan promotion.



Thursday, 17 July 2014

Tentang Jersi Portugal


Aisywarya: Abang jangan lah pakai jersi ni tetiap hari. Basuh dia tak boleh letak softener. Nanti abis sumer baju tak wangi.

Abhishek: Takpe, boleh beli baru.

Aisywarya: Maksudnya, takyah letak softener ke takpe letak je softener?

Abhishek: Letak je softener. Rosak beli baru. Takyah nak jaga sangat lah.

Aisywarya: Kenapa?

Abhishek: Jaga solat lagi baik.

Wek!

Wednesday, 16 July 2014

Bila Aku Masuk (ke keluar?) Surat Khabar



Selalu tengok blogger featured dalam sotkabo atau majalah, dalam hati pernah lah berkata, untung laaa ada orang nak intebiu. Dah tentu2 lah yang masuk sotkabo tu blog2 yang hits nya beriban2 sehari kan. Kalau setakat 60-70 hits purata sehari (blog ni lah tu huhuhu), dalam mimpi pun belum tentu. Jangan kan kena intebiu, orang nak tulis url kite yang sepatah kata tu pun jangan harap laaa. Eh, tapi ini bukan lah bermakna aku teringin nak masuk sotkabo ke hape ok. Tak terlintas dalam fikiran pun. Apatah lagi masuk sotkabo atas kapasiti sebagai penulis blog ni. Buat malu kampeni jek. Tapi kalau masuk sotkabo sebab ermmm apa ek... haaa sebab terima anugerah isteri mithali sempena nuzul quran ke, ok juga ekekek. (sebab takde anugerah tu, tu yang berani cakap). 

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam nan hening permai (selasa, 8/7/2014), aku mendapat satu komen kat entry 'piknik'. Tau kah korang bahawa semua komen kat blog ni aku 'moderate' kan. Mesti tak tau, kan?  Mana nak tau, komen pun tak pernah, kan. Haih... blog ni nak dapat satu komen dalam satu entry pun bercinta ok hahaha. Mungkin sebab aku sendiri pun tak suka komen kat blog orang, maka aku pun tak kisah. Ada komen ke tidak, peduli tidak! Kalau ada komen pun susah juga nak balas sebab korang suka nau komen guna ayat penyata. Cer bagi soalan ke, senang sikit nak jawab. Tiba2 salahkan korang ekekek. Tapi memang banyak (dalam tak banyak tu) komen yang tak mampu aku balas atas sebab di atas. Kalau komen kat fb boleh jugak aku like atau balas, 'hehehe' ke kan. Memang patut lah takde repeat reader kalau camtu huhuhu.

Okeh, nak dijadikan cerita, pengomen tersebut adalah seorang wartawan beritahairan (mahap ya siti kite tulis nama kampeni awak camni). Beliau berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tadarus secara online yang aku tulis dalam entry Salam Ramadhan Dari Jepon. Tak terpikir langsung aku yang akan ada orang nampak sesuatu di situ. Kalau korang hairan, aku lagi lah hairan macamana beritahairan boleh jumpa blog ni melalui cara tu. 

So, selepas tu aku terus email cik siti tu. Tengah malam, aku ingat lagi masa tu sebab dan2 aku menjadi panik di situ dan susah nak tido hahaha. Macam lah orang tu nak intebiu ko depan kemre ke hape. Aku memang nebes bab intebiu2 ni. Nasib baik lah dah ada kerja tetap dan berpencen kan, takyah nak melalui intebiu lagi dah. 

Besok tu, beliau terus balas email tu dan bagi beberapa soalan yang perlu dijawab. Aku suka! Suka lah sebab intebiu bertulis kan. Kalau kena bercakap, harus suara ku tak keluar terus dan2 tu jugak. Mula2 aku ingat nak tulis point2 je, biar reporter tu yang elaborate kan. Tapi bila fikir balik, nampak macam 'tak sekolah' sangat je kan. Lagi pun aku baru je terbaca fynnjamal (tiba2 pulak?) cakap, dia prefer written interview ni sebab susah nak di'spin'kan (lebih kurang gitu lah maksud ayat dia). Kan kalau kita bercakap, spontan, boleh jadi terlajak perahu kan. Kalau menulis ni boleh fikir dulu dan delete mana yang patut sebelum send tu. 

Jadi, hari rabu dan khamis tu aku dan kawan2 dok berbincang lah apa ke benda yang nak dijawab. Maknanya bukan lah yang tertulis tu 100% idea aku. Derang pun banyak menyumbangkan idea. Tugas aku cuma mengumpulkan dan mengarangkan ayat. Dah siap tulis semua, aku suh encik suami semak kan hihihi. Sebelum sampai ke editor BH, dah ada editor yamatebiru tau. Eh, tapi tak sangkalah pulak cik siti tu banyak petik dari ayat2 yang aku tulis. Aku ingat dia ambik point2 dan buat ayat sendiri ke. Tapi betul lah tu. Karang diubah2 jadi lain pulak maksud yang nak disampaikan. Ni kira boleh dipercayai lah. Ada la 1-2 ayat yang aku pun confuse sket hehe.

Tapi sehari sebelum diterbitkan iaitu kelmarin, barulah kami mendapat tahu yang salah seorang daripada kami sebenarnya kawan dengan reporter tersebut. Laaa... Rupanya beliau dah approach kawan tu kat fb, tapi takde reply. Tak pepasal aku lak yang terover excited. Memalukan jek.

Gitu lah kisahnya macamana aku boleh ter'featured' dalam sotkabo. Takde pun kemremen panggil ke sesi fotografi ke hape. Gambo aku tu pun aku yang tangkap sendiri. Selfie ok! Bistu, encik suami tak balik tengahari sepanjang bulan puasa ni. Beria ok, ambik gambar betul2 ketika kejadian tadarus. Padahal boleh je berlakon, kan. Ini ori ok! Yang gambar reramai tu pulak kejadian beberapa minggu yang lalu time tadarus mingguan.



Ok, itu je nak cite. Semoga aku tidak muncul di sotkabo atas perkara2 yang tak baik pada masa akan datang. Kalau yang best2 camni takpe hihi.


Tuesday, 15 July 2014

10 Tahun


Macam dah terlewat 4 bulan, tapi tak kisah lah. Bukan ada markah pun kan. Diam tak diam blog ni dah berusia 10 tahun dah pun. 31 Mac ulangtahun nya. Sepanjang 10 tahun tu, pelbagai isu pernah diperkatakan, pelbagai suka duka pernah dilalui. Sape yang pernah khatam blog ni tau lah. Nak kata semakin hari penulisanku semakin matang tu... memang tak lah kan. Tapi kalau dah takde benda nak baca, memang entry lama2 lah yang akan aku baca satu persatu. Kadang2 tu rasa macam tak percaya yang aku yang tulis benda tu. Kelakar jugak aku ni ek? Hihihi.

Sempena ulangtahun ke 10 ni, apa kata aku senaraikan 10 entry yang aku rasa terbest pernah aku tulis. Bukan berdasarkan survey ke hape. Cuma syok sendiri je hehe. Pastu sila lah bagi pendapat korang pulak. Boleh? Senarai adalah tidak mengikut turutan.

1. Tragedi Raya 2012 Part I Part II kisah paling tragis dan dramatik dalam hidupku
2. H1N1 Part I Part II Part III teringat kisah allahyarhamsyarifahaini
3. Tergolek sangat kelakar bila ingat balik. baca ni pun gelak tak hengat
4. Pendiam & Pemalu
5. YUTHM Rebranding Part I Part II tah pape yang aku pikir masa tulis entry ni
6. Isu FELDA, KPF dan FGV Part I Part II Part III isu yang rajin aku buat research
7. Riba Part I Part II Part III
8. Juara Netball Part I Part II ini serius kelakar. baca banyak kali pun masih nak gelak
9. Loteng Part I - IX Part X - XI Part XII - XIV Last antara entry yang bermanfaat
10. Beto Kusyairy IAD Pelangi Kasih Rosli Dhoby I II III hehehe banyak lagi tapi carilah sendiri

Adeh... susah juga nak memilih 10 entry (10 topik sebenarnya sebab 1 topik ada beberapa entry) ni. Nak pilih 3 je pun dah jenuh. Almaklumlah, tak banyak pun yang best sebenarnya. Terpaksa lah masukkan yang tak berapa nak best jugak hihi. Dan mungkin ada yang terlepas pandang dan lagi best tapi tak tersenarai. Lain kali lah aku update kalau ada. Nampaknya entry di jepun belum masuk dalam senarai lagi. Itu je lah setakat ni. Ok bye.

Monday, 14 July 2014

Program Berbuka Puasa Warga Meidai (dan sekitarnya)


Arakian diriwayatkan, pada hari sabtu (12/7/2014) yang lalu, telah berlangsungnya program berbuka puasa beramai-ramai warga nagoyauniversity dan yang berhampiran dengannya bertempat di kaikan sakurayama. Kalau aku masih duduk kaikan boleh jugak buat kat kaikan kami tu. Dekat sikit. Tapi tak sempat nak jumpa puasa lah pulak. Kalau ikut sejarah, kami lah dua2nya rakyat mesia yang dapat duduk kat higashiyama kaikan tu. Camne boleh dapat tah.

Okeh, kita teruskan ke menu berbuka je lah kan. Menu utama hari tu ialah nasi campur. So, sorang masak satu lauk lah kan. Hari tu aku masak ayam sambal jek. Tak sudah2 dengan sambalnya. Orang lain ada yang masak rendang ayam, daging kicap, kari kepala ikan, udang masam manis, sayur lodeh, kambing dan sebagainya lah. Menu sampingan ada meehun goreng, spageti, nasi beriani dan pelbagai kuih muih.

Mari lihat apakah yang aku makan semalam. Sampai ke besok nya masih terasa kenyang.

Kuih talam berlauk An (siap nama penyumbang di situ).

Karipap Su (tak dapat makan, sekejap je dah langsai).

Lengkong santan (tak tau siapa buat).

Kek pisang iols hiks!

Donut krispykreme (tak tau saper yang beli, pun tak sempat makan)

Ulam-ulaman An lagi.

Ayam karage Fadh (ayam goreng tepung).

Sayur campur Fadh lagi.

Kek ceklat.

Tomyum ayam Siti.

Kambing (tak tau nama lauk) Baya.

Udang masam manis Azira (nampak meriah tapi takleh makan udang :( ).

Kuih muih oleh anak2 dara.

Sambal ayam iols lagi.

Kari kepala ikan An lagi dan lagi (banyak betul yang An masak). Kepala tenggelam.

Meehun goreng Saibah (mee je sampai, orang nya tak sampai sebab masih dalam hari).

Sayur lodeh SyafaGG (ada lawannya nasi impit).

Pencuci mulut.

Selepas solat maghrib, baru lah kami serbu makanan. Semua nak rasa.





Iols pakai baju raya, uolsss!


Ini yang paling puasa sekali.







Anak2 dan choo2 train.

Selesai makan, kami pun bergambar beramai-ramai. Stok salam perantauan katanya.

Adam pun nak duduk depan ngan kakak2.


Bergambar sampai bumbung runtuh.

Ini lah puncanya. Tengok yang belakang sekali tu.

Otokonohito.

Onnanohito.

Gambo weols takde sebab nak reserve untuk salam perantauan ek? hehehe.

Sekian.