Di sekeliling mu ada dinding2 yang menghadangi dan menghalangi lalala...
Itu lagu temanya.
Sambung balik kisah jalan2 pada minggu keemasan jepun. Dari shirakawa-go, kami terus menghala ke tateyama. Kunun nak habiskan terus hari ni, kendian terus balik. Kena sampai rumah sebelum pukul 9.45 malam. Sebab ada bola separuh akhir piala FA. Boleh? Banyak ar nak balik. Sempat lah sangat.
Sampai di stesen tateyama, terus tengok jadual tiket dia. Kalau nak sampai ke dinding salji je, tiketnya 4310 yen seorang. Round trip. Tapi, masa sampai tu dah pukul 4 petang. Tempat tu tutup pukul 5 petang. Maka? Maka toksah berangan lah nak berdinding salji hari tu, apatah lagi nak balik tengok bola kat tivi. Pastu, time tu jugak lah baru nak baca info pasal tempat tu. Katanya suhu kat atas tu boleh mencecah 0 degree. Aku pulak, tengok lah kat gambo entry yang lepas tu. Siap dengan skirt kembang payung ngan jaket nipis. Patut kena bawak winter jaket sumer. Kasut pulak langsung tak sesuai. Memang akan basah ar kalau kena salji.
Dengan berat hati, aku pun memadam niat untuk melihat dinding salji itu. Sedih lah. Nasib baik nampak bunga tulip ni.
Setelah berfikir dengan lebih mendalam, dah terlanjur datang dari jauh, kami mengambil keputusan untuk pergi besok pulak. Tengok weather forecast, esok cuaca mendung. Kendian kami mencari kot2 ada bookoff ke, 2nd street ke kat area situ. Nak cari baju tebal2 sikit, ngan kasut. Ada lagi ke? Macam dah takde je kan. Sekarang pun derang dah tukar stok winter kepada stok spring dan summer. Mana nak dapat winter jacket lagi dah. Tapi cuba je lah. Ada satu 2nd street kat toyama. Cari punya cari, jumpa sweater jek. Boleh lah, daripada takde. Sekejap je kot kat atas tu. 2-3 jam. Tapi kasut takde. Pakai stokin tebal2 je lah. Basah pun basah lah.
|
Mesin padi kot. |
Dah settle bab pakaian, nak kena cari hotel pulak. Kan plannya nak balik hari kan. Tapi memang bawak baju untuk tido semalaman. Dari pukul 8 sampai 10 malam kami pusing bandar toyama tu, banyak yang penuh. Kecik je bandar toyama tu, macam pekan jek. Ada 2 buah toyoko inn. Satu tu ada bilik kosong, tapi bilik single. Dan smoking level. Actually ada je hotel lain, tapi tahap berbintang ar. Last2, dapat jugak satu bilik di hotel prime. Tengok dari luar macam buruk. Tapi bilik kat dalam, excellent! Memang cenggini kot hotel2 kat jepun ni. Walaupun tahap biasa2, tapi bersih sangat. Siap aku belek seluruh toilet dia, nak jumpa daki sikit pun tak jumpa. Yang penting internet wifi laju! Tengok bola pun laju giler, walaupun tak nampak bola kat mana.
|
Ada disediakan pyjama. |
Sampai2 jer, terus aku panaskan nasi lemak. Aku hangkut dengan piuk nasi sekali. Tapi tak makan pun nasi lemak tu sebab nak buat makan besok pagi. Malam ni kiter makan megi je. Sebab dah tengah malam, kan... tokleh lah makan nasi. Best lah piuk travel cooker yang aku baru beli tu! Nak kena beli lagi satu nampaknya. Konon aritu nak test dulu, kot lah tak berapa nak panas ke. Tu yang beli satu jek. Sibbaik free shipping.
Pagi selasa, patutnya boleh check out pukul 11, tapi kami keluar awal. Nak ke tateyama station tu dekat sejam jugak.
|
Lengang je bandar dia. |
|
Hotel tertinggi di toyama. |
|
Public transport kat sini. Takde subway kot. |
|
Pagi ni baru lah nampak bajak kat sawah. Semalam hujan. |
|
Budak sekolah kalau lukis pemandangan mesti ada putih2 atas gunung ek. |
|
Dah sampai... stesen ni macam stesen cable car kat gohtong ar kot. Cuaca adalah sangat baik. Ada hikmahnya kami tak dapat pergi semalam. Semalam kan hujan. Mesti tak best nak jenjalan dalam keadaan hujan. |
Selepas semalaman, tiba2 pagi ni aku rasa macam nak pergi sampai ke kurobe dam la pulak. Macam ok jek. 1mang sorang tiket untuk pergi balik. Bukan nak pergi selalu, kan. Sekali ni je lah kot. Sekali masa nak beli tiket, dia kata tiket untuk round trip sampai ke dam dah ditutup. Kalau nak tido kat sana atau terus turun belah sana, boleh lah. Sebabnya, dia bagi anggaran tempoh untuk patah balik ialah 6-8 jam. Maknanya kalau nak pergi sampai dam kena beli tiket kul 8.30 pagi lah kot. Ini dah pukul 11.30. Boleh pergi sampai snow wall jek. Hmmm... boleh la...
|
Terpaksa pakai 5 helai baju. Dah macam doraemon dah aku tengok badan aku. |
|
Dari tateyama, kami naik cable car (bukan yang tergantung tu, tapi ada track punya). Macam kat bukit bendera tu. (agaknya lah, sebab aku pun tak pernah pergi bukit bendera, tapi aku tengok ali setan hihi). |
|
Tengah beratur nak naik cable car. |
|
Kami berdiri je dalam kereta ni. Curam giler gunung yang didaki. Ada masuk tunnel lak tu. Jangan tengok luar kalo gayat. |
|
Gitu lah rupa cable car nya. |
|
Pastu kami naik bas untuk ke murodo. Tetiba aku rasa macam berada dalam filem LOTR. Murodo, mordor, ke hape nama tempat nak buang cincin tu tah. |
Seterusnya, ini lah pemandangan sepanjang perjalanan ke murodo. Penuh dengan salji. Jalan ni ditutup kepada public. So yang ada cuma bas jek. Dan bas dipandu sangat romantik. Tak bahaya langsung walau pun jalan nya macam nak naik ke cameron ikut tapah. Selisih pun sesama dia jugak. Dan ada cermin besar kat setiap selekoh. Tempoh nak sampai ke sana lebih kurang 50 minit.
|
Makin ke atas, makin nampak pucuk je pokok2. Salji makin tebal. |
|
Dah mula nampak snow wall. Yang ni baru 3-4 meter tinggi. |
|
Kayu tu sebagai penanda ketebalan salji. Senggat yang bawah tu 4 meter, yang atas 6 meter. |
|
Ok, dah sampai di murodo. |
Meh aku story sikit pasal snow wall ni. Sebelum tu nak cerita pasal tempat ni secara keseluruhan. Nama tempat ni ialah tateyama kurobe alpine route di mana ia merupakan sebuah banjaran. Tateyama tu kat belah toyama (prefecture), sementara kurobe tu kat belah ogizawa dalam nagano prefecture. Maknanya kiter boleh berjalan dari tateyama ni dan tembus ke ogizawa sana. Tapi kalau kete park kat tateyama, patah balik je lah. Macam pakej perlancongan dari mesia yang aku tengok aritu, derang terus sampai kurobe (ada dam kat situ... tu yang aku nak pergi sangat tu), tido kat sana. Ada beberapa hotel kat atas gunung ni. Kat murodo ni pun ada satu. Hotel di puncak tertinggi jepun katanya. Kekdah nak sampai ke hujung pun ada macam2. Selain cable car dan bas (sampai murodo ni), ada juga cable car yang gantung tu. Yang ikut tunnel ada, cruise tasik menyeberangi kurobe dam pun ado. Tapi sayang aku tak dapat sampai ke sana. Takde rezeki...
Dekat murodo station ni, kiter boleh jenjalan kat sekitar dia dan boleh berjalan kat tepi jalan yang ada wall tertinggi kat situ. Tahun lepas punya sampai 20 meter tingginya. Tapi tahun ni first day pun baru 15 meter. Dia mula bukak pada 16 april tu ari sampai bulan 6. Masa aku pergi ni tinggi wall tu 13.9 meter jek. Maknanya tahun ni salji kurang turun lah kat sini.
Sebenarnya dinding ni bukan dibina. Tapi dia asalnya satu permukaan salji yang tebal. Kalau tengok dekat, kiter boleh nampak ada jalur2 pada dinding salji tu. Ia menunjukkan perbezaan waktu salji tu turun. Kalau time hujan lain, time sejuk betul lain, time hangat2 sikit lain dan sebagainya. Ada aku ambik gambar maklumat ni. Kiranya selepas habis winter dan salji dah tak turun lagi dah, salji2 yang menebal ini akan mengeras la kan. Dia tak cair sebab kat atas gunung ni sejuk. Masa aku pergi ni -1 degree celcius.
Jadi, untuk menjadikan dinding ni, mereka telah mengorek salji yang tebal itu, mengikut bentuk jalan raya (yang aku lalui time naik bas tadi). Dia guna gps untuk kesan kedudukan jalanraya tersebut. Selepas dikorek, maka terbentuklah dinding yang dipanggil snow wall itu. Dan boleh lah kiter menyanyi...
Di sekeliling mu ada dinding2 yang menghadangi dan menghalangi...
Okeh, mari ikut aku berjalan di snow wall tersebut..
|
Aku rasa ni dalam 2 meter lebih kot. |
|
Matahari terik + warna putih = tak boleh bukak mata. |
|
Do you wanna build a snow man... |
|
Cantik sangat warna ni... |
|
Pakguard tu merangkap photographer juga hihi. |
|
Photo taken by pakguard. |
|
Mo ichi do. |
|
Kena ada gambar dengan bas. |
|
Tertinggi. |
|
Proses yang dimaksudkan. |
|
Ada tempat budak2 main. |
|
Ni kat belakag station. Macam antartika gitu. |
|
Kat belakang pun dia ada korek jadi dinding jugak. |
|
Dari atas station. Itu lah jalanraya tadi. |
|
Ok dah. Ni dalam perjalanan balik. |
|
Pokok terbesar di mana tah. |
Time turun tu, aku ingat sama macam naik tadi. Rupanya bas tu turun sampai tateyama station. Alooo tak dapat turun ngan cable car lagi...
|
Bas yang kami naik ketika turun. |
Dari situ, kami terus balik ke nagoya.
|
Melalui berpuluh2 tunnel. Paling panjang 11km. |
Sekian sahaja kisah percutian singkat kami ke utara nagoya. Sayounara!
8 komen:
x berkesempatan tgk matahari terbit aarr..
itu kat gunung fuji nanti...
Salam.bpe kos untuk ke snow wall ni?dari nagoya ke tateyama naik ape?
sagahayat: tiket pergi balik tateyama station-murodo 4310yen seorang (ada dalam gambar jadual tu). saya naik kereta, parking free kat station tu.
harga tiket tu apa beza warna biru dengan merah?
hamba Allah : biru dewasa, merah kanak2.
assalamualaikum
sy plan ke jepun bln 12 ni..mcm teringin nk ke snow wall ni..
hotel ada dr osaka & tokyo..
mn lebih mudah & murah??
lps tu dr tateyama st. ke murodo tu hrga tiket termasuk cable car & bas ke?
tq ye
ray hao: snow wall ni dibuka bulan april-jun je. bulan 12 dia baru nak kumpul snow2 ni. harga tiket termasuk cable car & bas bermula dari stesen tateyama. bab hotel u saya tak pasti sebab jauh gak tokyo ngan osaka dari tempat ni. tapi rasanya ada bullet train baru beroperasi dari tokyo ke sana.
Post a Comment