Susah nak jumpa blog malaysia yang tunjuk rumah jepun derang. Ke memang tak ada kot. Jadi biarlah aku menjadi yang pertama. Sebelum tu, baik aku citer sikit pasal rumah jepun. Rumah jepun ni secara umumnya ada 2 jenis iaitu rumah sebuah, atau apartmen. Kalau kiter kat mesia selalu sebut rumah 4 bilik tido, 4 bilik air, kan... derang pulak kat sini guna istilah LDK. Errr jap aku nak search apa ke maksud ldk tersebut. Ok, LDK tu bermaksud Livingroom, Diningroom, Kitchen. Kiranya rumah aku ni 4LDK lah kot? Selama ni aku ingat 3LDK sebab fikir dia kira bilik2 jek. Kalau termasuk kitchen maksudnya 4 lah.
Saiz bilik2 pula diukur mengikut bilangan tatami. Satu tatami bersamaan dengan 180cm x 90cm. Rumah aku ada 2 bilik 6 tatami dan 1 bilik 4.5 tatami. Satu ciri rumah jepun ialah bila masuk jer, mesti ada satu ruang dipanggil genkan iaitu tempat bukak kasut. Dan selepas itu, mesti ada satu step naik ke rumah. Sampaikan bila orang datang pun, ada satu ucapan untuk mempersilakan beliau melangkah satu step tersebut (tapi aku dah lupa la apa ke benda ucapan tu. aku ingat irassyaimasekk jek). Toilet pulak biasanya berasingan dengan bilik mandi (kecuali hostel la kot).
Oh, lupa nak cakap. Yang rumah sewa aku ni ialah sebuah apaato. Bukan rumah yang ada laman bagai. Dan bangunan ni agak tua usianya. Aritu lab-mate encik suami ada tanya, berapa sewa rumah ni? Bila sebut jer sekian2, terus dia cakap, mesti rumah lama, kan? Ya, rumah ni agak murah bagi rumah yang sepelaung je dari uni sebab ia rumah lama. Siap member tu tanya, samada aku dah tau ke keadaan rumah tersebut? Mungkin dia ingat aku takkan nak duduk rumah buruk kot haha. Alah... rumah buruk pun, kalau kena caranya, boleh jadi cantik apa... Mungkin tidak lah cantik, tapi boleh lah diterima mata. Dan demi melihatkan foto2 dalam entry rumah sebelum masuk aritu, agak2 boleh tak rumah jepun yang buruk ini menjadi sebuah kondo mewah? Erkkk tak agak2 kan. Kondo mewah terus.
Sebenarnya aku dah lama bercita2 nak buat langsir jalur2. Sejak kat mesia lagi. Aku membayangkan night curtain yang berjalur, kendian kepala langsirnya berbunga2 english roses. Ala2 wallpaper yang pernah aku lihat di dalam majalah. Jadi, bila confirm jer kami hendak berpindah, benda pertama yang terlintas di fikiran aku ialah nak buat langsir jalur! Dan pencarianku di otsukaya telah dipermudahkan. Sekejap jer dah jumpa kain jalur yang menangkap mata. Dah jumpa yang jalur, nak cari pasangannya yang bunga2 pulak. Agak susah sebenarnya nak cari kain langsir bercorak bunga ros ni. Kalau kain buat baju tu banyak la. Memula tu nyaris2 aku dah nak terbeli yang mahal punya. 1000 yen lebih semeter! Gilo. Sibbaik lah ternampak yang lebih murah. Feh! Selamat...
Bila balik rumah, cecepat aku memotong kain langsir itu. Alamak, macam tak cukup sekeping jek? Sebabnya mula2 plan nak buat langsir kat pintu lain, tetiba bertukar fikiran pulak. Besok tu, terus aku pergi otsukaya lagi untuk mendapatkan lagi 2 meter. Sanggup tu pergi semata2 nak beli 2 meter jer. Tapi terbeli lah beberapa meter yang lain hehe. Dah saspen dah sebab mula2 tak jumpa yang sama. Sekali kembur punya kembur, jumpa juga akhirnya. Memang segitu lah yang aku tinggalkan semalam. Tapi aku tak buat kepala langsir asing2. Cuma sambung yang bunga tu kat atas yang jalur jek. Dah sedia ada 2 rail. Satu night, satu day curtain. Tak kosser nak menambah rail lagi. Dan 3 hari kemudian, siap lah langsir ku itu. "Ermmm... cantik!" kata hatiku. Pui! Masalahnya, lambat lagi nak pindahnya. Adeh. Lalu ku lipat ia dan sorokkan supaya terlupa.
|
Close up. Dah siap jahit, encik suami cakap, macam blog! A'ah la... sebijik sebijon ngan template blog aku. Yang jalur tu template asal. Yang bunga tu template yang aku baru tambah. Sebab tu time loading akan kuar yang jalur dulu, kendian baru yang bunga. Haih... camana lah boleh tersama ni, kan? Kebetulan. Nampak sangat yang citarasa ku konsisten. |
Sebelum pindah, beberapa kali kami pergi ke kedai perkakasan rumah, tapi tak beli pape pun. Malas nak angkut2 banyak kali katanya. Baik beli lepas pindah, sekali angkut jek. Antara yang kami pergi ialah Dome Furniture di Arimatsu, Nitori, Cainz Home dan yang terbaru Kahma. Paling seronok pergi ke Cainz dan Kahma sebab segala mak nenek berkaitan rumah ada. Ala2 Houz Depot gitu.
So, inilah dia teratak kami untuk 3 tahun lagi, insya Allah.
|
Welcome! |
|
Ini lah dapo ku buat masa ini. Stove tu aku beli brand yang sama ngan dapoku di mesia hehe. Itu lah rak oven yang aku kata wajib ada di semua rumah tu hihi. |
|
Fridge ni pun bawak balik naik kereta je tau. |
|
Ini lah bilik kecik (4.5 tatami) yang dicat itu. Ku jadikan ruang makan. Meja makan tu aku beli 5,900 yen sahaja. Murah, kan? Ni lah belian paling bernilai yang aku ceritakan aritu. Meja ni ada 4 kusi je. Kusi putih tu orang kasik. |
|
Table runner tak jahit lagi. Hidup dalam jalur la aku 3 tahun ni. Nak jalur sangat, kan. Amek! |
|
Pintu yang kopak aritu telah diganti baru. Yang hitam tu katil lipat. Alhamdulillah... banyak barang yang orang beri. Ikut turn katanya. |
|
Ini ruang santai merangkap ruang tamu. |
|
Sofa, TV dan kabinet tu disedekahkan oleh adik2 yang dah nak balik mesia. Di sebalik langsir tu ialah balkoni yang ada mesin basuh dan ampai. |
|
Sofa tu jenis recliner. Memang layan ar tengok bola kat situ. Tapi gemuk sangat. Sempit jadinya rumah aku. |
|
Inilah port aku sekarang! |
|
Meja, kusi, lampu, jam dan speaker ni juga disedekahkan oleh adik2 itu. |
|
Tengok sabun basuh itu! Attack! Ya, ramai orang ingat aku kerja kat kilang sabun ini. Bunyi jer sama, ok... Sabun attack juga membawa aku ke nostalgia zaman kanak2 ketika karen baru masuk di rumah kami. Masa tu sabun basuh yang dijual di kedai pnf hanyalah sabun attack. Ada yayu bergambar dengan mesin basuh pertama kami sambil konon2 tengah membasuh kain. Rupanya mahal sabun attack ni ek? Meoro attack betul! |
|
Lagi barang2 yang disedekahkan oleh adik2 tersebut. Danbo (heater) dan ionizer. Semoga murah rezeki diorang, mudah dapat kerja kat mesia nanti, Amin... Semua pintu bilik tido aku pasang langsir hehe. Yang ni dipasang langsir dari dalam supaya pintu ini sentiasa tertutup sebab belakang tu dapo. Dengan cara ini, kengkonon aku lupa lah bahawa kat sini ada pintu. Tapi kalau emergency bagus jugak ada pintu ni sebab ia straight ke bilik air. |
|
Haaa kan elok tu sentiasa tertutup. Takde lah lagi baju kami berbau makanan seperti semasa duduk kaikan tu ari. |
Dan hari tu, kami telah melakukan ubahsuai ditoilet untuk memasang shower hose di dalam jamban. Puas memikirkan nak tarik dari mana. Yang sedapnya tarik dari bilik mandi lah kan, sebab ada heater. Tapi jauh lah pulak. Memerlukan kerja plumbing yang agak keras kalau nak nampak kemas. Lagi pun, bila melibatkan air panas ni, takut salah pasang dan mendatangkan mudarat pula dikemudian hari. Dah lah heater kat rumah ni tokleh adjust temperature suka2. Kalau kat kaikan dulu dia ada digital controller. Taruk kat suhu minimum 37 degree, dah boleh terus pakai, tak perlu campur air sejuk dah. Ini aku rasa defaultnya suhu takat didih kot. Jadi, jalan paling mudah, tarik jer dari paip yang nak masuk ke tangki flush. Memang lah sejuk, tapi boleh lah tahan lagi, sementara nak menyampaikan ker musim sejuk yang akan datang. Time winter kiter tadah lah air pakai baldi semula.
|
Sebelum diubahsuai. |
|
Interface. |
|
Tada!!! Camni baru lah best nak beri hihi. Airnya pun laju. |
|
Akhirnya, aku telah terjumpa satu lagi tempat yang menjual misterpotato ni. Sampai termimpi2 nak makan misterpotato ni tau. Dah plan dah, kalau jumpa je, nak beli 10 tabung. Suruh yayu pos dari mesia pun tak jumpa yg perisa cheese ni. Memang kat mesia takde ke eh? Sebab sil cari kat KL pun takde. Bila ternampak ni jer, rasa nak melompat2 kat situ. Tapi aku tak beli 10 la. Malu pulak. Aku beli 7 je hahaha. Harap2 berterusan lah kedai ni jual benda alah ni. |
Sekian berita.
0 komen:
Post a Comment