Monday, 21 April 2014

Warna-Warni Tulip Di Kiso Sansen : Part One


Dah nama pun musim bunga, kan... maka keje tengok bunga je lah. Memula aku ingat hujung bulan nanti baru nak tengok bunga tulip, sekali tengok website, dia kata time nak tengok tulip ni ialah dari awal hingga akhir april. Maknanya akhir april tu dah nak layu lah kot, kan? Hari sabtu lepas encik suami ada meeting dari tengahari sampai menjelang malam. Maknanya memang tak sempat nak pergi lah hari sabtu tu. Konon nak pergi hari ahad. Tapi, tengok alamat tempat tu, kat gifu. Dengar gifu je, terus rasa jauh nun di sana. Sekali pagi ahad tu, celik2 mata je, terus aku ternampak gambo member pergi tengok bunga tulip kat nabano sato semalam dan bunga tulip tu dah kembang abis dah. Holohhh dah kembang tak cantik sangat dah... Aku suka time dia kuncup lagik. Lalu aku pun terus melompat dan bingkas bangun. Terus masak nasik, nak buat nasi goreng. Konon nak buat bekal sebab jauh katanya... kan. Siap2 sumer, encik suami carik route nak ke sana. Tengok2, laaa dekat je sebenarnya. Dekat dengan nagashima outlet. Cuma nagashima tu mie prefecture, tempat tu gifu prefecture. Tapi sebenarnya dia sebelah2 jek. Kira sempadan gitu. Macam rumah aku ni dengan kaikan aritu lah. Lain2 ward, tapi sebelah2 jek. Gitu. So, lepas sarap dan zohor, kami pun pergi ke situ. Kiso Sansen Park.

Memula tu sesat sikit kat highway. Sebelum ni kami pergi nagashima lalu jalan biasa. Sibbaik akhirnya betul. Keluar kat exit nagashima, belok kiri dan terus nampak signboard kiso sansen. Follow jek. Lalu jalan kampung sket dan sampai! Dekat jek. Outlet tu pun lagi jauh dari exit nagashima tadi. Memang betul2 kat sempadan.

Sampai tu hujan baru nak rintik. Boleh redah lagi. Seterusnya, seperti biasa lah, biarlah gambar bicara sendiri. Aku humban semua kat sini lah ya. Takde simpan2 punya. Tapi terpaksa pecahkan kepada 2 entry sebab 200 keping gambar kot. Terpaksa redha lah dengan aksi2ku yang agak over di situ. Kalo nak tengok bunga tulip semata2, sila tengok kat google image. Takde lah sakit mata sangat haha. Selamat menjamu mata!

Masuk2 jer, terus disambut oleh tulip putih dan merah ni. Sukanya!!!

Dah kembang semangkuk. Sekali imbas macam bunga ros.





Terus rasa romantik tengok kaler merah putih ni.




Ini bukan kaunter pertanyaan hehe.







Haaa camni lah aku suka...






Bunga yang bergantungan.

Sekuntum tulip mekar di celah rimbun.

Ada taman yang cantik!!! Suka sangat duduk kat sini. Warna-warni. Macam terapi mata gitu. Best nyer...















Macam tak kawan.

Mula mengorat.

Errr dah kawan heh.

Bunga apa tah ni. Macam klcc.





Rintik semakin lebat.





Peace! Ok, jom masuk dalam. Ni masih kat luar lagi sebenarnya hehe. Belum jumpa tulip yang sebenar lagi.

Bersambung lagi...



8 komen:

Unknown said...

First time tengok bunga yg macam KLCC tu.

Asia dah lah macam Jopun, dok kat Nagoya lak skrg, mmg terbaik lah...:)

Yayu said...

mak oooiiiiiii...cantiknyaaaaaaaaaa...terutama bunga cam klcc tu...

b_aisyah said...

Alah dik oiii..........takan nak suruh akak nengok gambo je..huhu, kirim le sekuntum tulip tu. Subhanallah memanglah lawa bebeno yek.

AyunasiA said...

kak yus: saya pun 1st time tgk. susunan bunga tu mcm susunan tisu lap tangan kat rumah pengantin dulu2.

AyunasiA said...

yayu: unik kan, bunga tu? jom la datang sini tahun depan. leh tengok sama...

AyunasiA said...

b_aisyah: saya pun dapat tengok je kak... takde jual pun. sungguh, sedap mata memandang bunga2 ni. rasa macam wiper lap windscreen kereta. eh

Lub said...

Aku pun suka amik gambar style tgk tmpt lain tu.hahaha

AyunasiA said...

lub: perasan, konon ada stalker :P