BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 15 April 2014

Preloved Ke Secondhand? Extended


Chop!!!

Adoiyaiii macamana boleh tertinggal satu2nya kedai chuko terbesar ek? Hilang ingatan sekejap. Ni lah masalahnya kalau taip ikut sedap jer, tak buat research. Ok, anggap ni sambungan entry yang lepas, sebelum Lain2. Lain2 tu pun nak kena tambah sebenarnya.

Komehyo

Setahu aku ada 2 buah kedai komehyo ni kat osu, tapi aku rasa ada lagi yang aku terpandang tapi tak masuk kot. Takpe lah. Aku citer yang 2 ni je sebab ni je yang aku pernah masuk. Yang pertama tu kedai 2 tingkat. Tingkat bawah menjual kemre dan aksesorinya. Kalau nak kemre yang zaman kanak2 dulu pun banyak. Aku tak fokus sangat kat kedai ni sebab macam tak tau nak cari apa. Tingkat atas pulak menjual alat muzik.

Komehyo yang kedua ni pulak ada 6 tingkat. Kedai ni boleh lah dikatakan kedai chuko kelas atasan ar sebab barang yang dijual tu kebanyakannya branded dan semestinya lah mahal. Tapi murah lah kalau nak banding dengan yang baru, kan.

Tingkat satu dia menjual aksesori atau barang kemas dan henbeg. Oh, kedai ni jual jugak barang yang baru. Dia ada tulis kat tag tu samada baru atau used. Untuk barang kemas ni dah semestinya lah mahal2, kan. Walau pun dia terpakai. Kalau nak cari ring, gelang, rantai, anting2 ke haper mak nenek aksesori, kat sini lah tempatnya. Besar tempat ni, tapi aku tak pernah lah round area ni sebab tak terpikir lak nak beli. Selalu terus naik atas jer.

Errr sebenarnya aku tak ingat tingkat berapa jual apa. Tapi secara pukul rata, ada 2 tingkat pakaian lelaki, 2 tingkat pakaian pompuan. Tapi rasanya tingkat dua tempat jam dan henbeg kot. Banyak sangat pilihan henbeg kat sini. Tinggal ada ke tidak duhet je lah. Abis, kalo dah rege sampai 500,000 yen, rentikan je lah kan. Ada la yang murah, tapi still mahal bagi aku yang pakai henbeg polobenedetti ngan foresttimber ni hehe. Pastu tingkat atas sekali ada jual baju timbang. Lupa lak berapa rate dia.

Lain2 Dua

Kena tambah lain2 sebab ada banyak lagi kedai chuko yang masuk kategori ni. Tapi yang ni aku khususkan untuk kedai chuko kat area osu. Kat sini ada banyak kedai chuko yang kecil2an. Ada yang jual pakaian, henbeg, kasut dan pinggan bowl. Ada satu kedai ni, jual henbeg. Depan je ngan komehyo tadi. Henbeg kat situ pun setaraf komehyo ar. Banyak pilihan. Masa aku pergi hujung tahun lepas, siap ada sale lagik. Pastu ada satu kedai ni jual pinggan cawan segala. Kat situ lah aku jumpa kuali. Ada satu kedai tu pulak, dia jual kimono semata. Feh! Mahal seh kimono.

Dah, itu je kot. Tak tau nak sembang apa lagi. Kalau pergi osu ni kena naik subway sebab parking dia mahal. Aku selalu datang turun kat stesen osu kannon, sebelum balik makan megakebab, kendian balik naik kat stesen kamimezu. Kat dalam tu pun banyak je kedai kebab. Sehari jalan pun tak habis kot. Ermmm macam dah lama lak aku tak pergi osu.

Sekian.

2 komen:

chuko heaven said...

Haah kt pun xteringat hahaha maklumla walaupun seken tapi mcm baru je regenye huhu.. Tp kite dpt beg idaman kat sini unused (new la tu kot huhu) dgn harga yg lg mrh dr kat europe sana huhuhu..

AyunasiA said...

oop beg yang tak pernah penuh tu ek? kiter carik omg yg diidamkan, tak jumpa2 lagik huhu