Bila sebut second hand, rasa macam dah buruk je kan. Tapi bila sebut preloved, terus rasa disayangi. Tiba2.
Pernah tak aku cerita pasal aku beli barang kat kedai barang2 terpakai? Tak secara direct kot. Tapi kali ni aku nak cerita dan kongsikan antara kedai2 barang terpakai yang terdapat di sekitar nagoya ni. At least yang aku tau dan pernah pergi la kan. Banyak je yang aku tak pernah pergi lagi. Kat sini aku akan gunakan nama 'kedai chuko''. Itu bukan close inverted coma untuk perbualan tau. Tapi satu tu untuk apostrophe. Maknanya bunyik dia ala2 chukok tanpa qolqolah. Macam orang banjar cakap, kadadak, kuritak, muyaknyak. Gitu.
Kedai chuko ni ada beberapa kategori dan aku akan bercerita berdasarkan nama rangkaian kedai tersebut. Soalannya, kenapa nak beli barang 'bundle'? Ini bukan bundle ok. Barang2 kat kedai chuko ni walau pun terpakai, tapi tak semestinya terpakai. Dan banyak juga yang tak macam terpakai. Ye lah, kadang ada orang yang beli tapi tak pakai sebab salah saiz ke, atau macam orang2 kiter jugak lah, beli banyak2 last2 tak pakai. Yang penting ini bukan kedai bundle.
Bookoff / Hardoff / Hobbyoff / dan segala off2 yang sewaktu dengannya
Kedai berasaskan off ni dia satu rangkaian, cuma nama jer tukar2 ikut jenis benda yang dia jual. Kadang2 nama pun tak menggambarkan sepenuhnya benda yang dijual. Sebagai contoh, bookoff tu sendiri. Selain menjual buku, ada juga bookoff yang hanya menjual cd/dvd/vcd sahaja. So, kena tengok kat luar tu, dia tulis apa. Kalau book off dvd/cd tu maknanya dia tak jual buku ar. As simple as that. Pastu ada jugak bookoff yang guna nama Bstyle/Bkids. Yang ni memang khusus jual baju dan barang budak2 dan baju dewasa. Saper ada anak suka lah pergi sini sebab banyak pilihan. Sampaikan aku pun terjebak sekali. Aritu aku terjumpa sweater GAP yang masih baru dan elok pada harga 300yen sahaja! Macam seploh hengget gitu. Terus beli walau pun tak tau saper yang muat pakai hahaha. Itu kalau bookoff kategori kecik dan fokus.
Selain itu, yang selalu aku pergi tu dipanggil bookoff superbazaar, di mana kat situ dia jual segala benda. Buku (buku, manga, majalah), cd/vcd/dvd (lagu, movie, games), alat muzik (gitar dll), alat sukan (raket, bola, baju dll), pakaian (dari bayi sampai dewasa, 4 seasons), kasut, pinggan bowl periuk (branded dan tidak), cadar, towel (biasanya gift set siap sabun mandi segala), appliance kecik2 (steamer, coffeemaker, breadmaker dll) & segala kitchenware, handbag (branded lv, gucci, coach dll), jam, barang kemas, permainan kanak2 dan dewasa (tamiya, gundam-banyak giler, transformers serta peralatan bayi (stroller, carrier, cot, semua lah). Tah ada lagi kot yang aku terlepas pandang. Tapi sekali pergi ke sini, satu hari pun tak habis. Ada satu sudut dalam bookoff ni yang kami berdua suka belek satu persatu. Siap punggah2 lagi. Dia tempat barang2 dapo. Kadang jumpa benda pelik2, tapi best hihi. Bookoff jenis ni aku tau 2 je, satu kat minato, satu lagi kat sakae. Kalau kat minato tu parking free, tapi jauh sikit lah... lebih kurang 30 minit naik kete. Kat bawah dia ada cainz home, kedai ala2 houz depot gitu. Suka gi situ sebab segala benda ada dan ada benda yang murah seperti pencuci pinggan hahaha. Pastu kat situ juga ada supermarket, tapi aku tak pernah masuk. Dan yang penting sekali ialah, ada takoyaki!!! Nom nom nom. Suka sangat! Yang bookoff kat sakae tu parking berbayar, so lebih sesuai naik subway ar. Yang bestnya kat bawah dia ada daiso, GU dan uniqlo. Daiso kat situ besarrr. Oh, aku perasan ada satu lagi bookoff kategori oversize. Tapi aku tak pernah pergi lah. Dekat minato jugak.
Untuk hardoff pulak, dia biasa jual barang elektrik, komputer, kamera dan alat muzik serta PA system. Tapi PA system tu banyak yang aku tengok jenis lama2 zaman meoro attack gitu. CD2 pun ada jual jugak. Hobbyoff tu pulak kalau tak salah aku dia jual mainan kot. Macam tak pernah masuk. Eh ke, dia sekali ngan hardoff kot. Ada satu lagi nama off kat depan, aku pun dah lupa apa sebab pernah pergi sekali jek awal2 dulu.
Kesimpulannya, kalau pergi bookoff dan tak beli apa2, itu adalah pelik, ok.
2nd Street / Jumble Store
Jumble store ni khusus menjual pakaian. Tapi 2nd street jual macam2. Kelebihan 2nd street berbanding bookoff ialah dia ada jual alat elektrik dan perabot. Ni memang port aku time nak pindah rumah aritu. Tah berapa kali tah aku pergi. Yang bestnya, tetiap hari ada je benda baru. Yang tak bestnya, kalau tak beli semalam, hari ni nak beli pulak, harapan tipis ar sebab cepat je kena sambar. So, konsepnya kat sini, kalau nampak, berkenan, terus beli. Kadang2 kiter boleh dapat sesuatu tu pada harga yang tak terjangka. Setakat ni belian paling bernilai yang pernah aku buat ialah meja makan. Dah lah kayu solid, tempat duduk kusyen, rupanya pun masih elok dan baru. Peti ais ngan mesin basuh pun aku beli kat sini. Ngan rak oven yang wajib ada kat semua rumah tu. Eh, aku belum post gambo rumah ek? Nanti2 lah. Dah siap dah entry nya, cuma belum terbuka hati nak publish hehe.
Lelain benda macam baju, handbag, cadar, towel, pinggan semua tu sama ar macam bookoff. Cuma kat sini takde jual cd ngan buku. Mainan ada la sesikit.
Treasure Bomb
Ini kedai fevret para suami. Kalau hari jumaat malam sabtu kul 12 malam derang tak balik lagi, osah percaya yang derang stay back kat lab buat eksperimen, ya. Itu maknanya derang merayap ke treasure bomb ni dan disusuli dengan mengeteh dan kadang2 main boling!
Treasure bomb ni ada yang tutup pukul 12, dan ada yang sampai 2 pagi! Apa je yang dijual kat sini? Kebanyakannya baju ar. Tapi ada jugak mainan gundam segala, jam, kasut, henfon, kemre, henbeg dan sebagainya. Tapi paling banyak baju kot. Tu yang boleh tetiap minggu derang pergi tu. Kang tetiba bangun pagi tengok ada je hasil dibawa balik. Selain tu ada juga branch dia yang jual perabot dan alat elektrik, macam kat minato. Sebelah jer ngan imigresen. Malam kelmarin kami pergi yang kat toyota, balik dari makan kat anjo. Oh, baru teringat ada satu entry pending pasal tempat makan. Haih... bila nak tulis tah. Malam sebelum tu suami2 pergi yang kat komaki. Lagi besar katanya. Bukan nak ajak kiter, kan?
Kimble / Kimburu
Bahasa jepun ni takde huruf L. So, biler ada perkataan dengan huruf L, dia ganti dengan Ru atau Ri, bergantung kepada perkataan. Macam nama encik suami, tang uLa tu dia ganti dengan uRa, imejin la cemana nak menyebutnya tu hihi.
Kimble yang aku tau ada 2, satu kat komaki (jauh) dan satu lagi kat sengen-cho. Tak tau lah kat mana tu kan, tapi aku selalu pergi yang kat sengen-cho tu sebab ada stesen subway dekat situ. Tapi first time pergi, aku pergi yang kat komaki sebab member yang bawak. Masa tu nak cari mesin jahit kononnya. Tapi takde. Eh, semalam aku jumpa mesin jahit kat 2nd street! Hampir sama function ngan aku punya, kecuali dia ada display. Ok, benda yang dah beli jangan tengok lagi. Kimble yang kat komaki ni banyak jual perabot. Perabot besar2 punya pun ada. Cantik2 dan baru2 jugak aku tengok. Dan harganya pun murah. Suka! Errr tapi aku nak taruk kat mana? Dah la rumah comel jek. Ok, boleh tengok je lah. Nak bawak balik mesia pun rumah aku dah padat.
Selain perabot, dia ada jual baju, pinggan bowl, barang elektrik dan barang keperluan rumah jugak. Beras pun ada. Katanya beras thai murah kat sini (komaki). Yang aku tau kalau pergi branch sengen-cho mesti aku beli tepung roti sebab murah sangat! Cuma baju2 kat sini takde la yang branded. Tak banyak sangat pun. Tapi, murah sesangat. Pernah aku beli seluar harga 80 yen jek! Hahaha macam 3 hengget je kot. Lantak lah kan. Yang penting cantik.
Lain2
Boleh, kasi tajuk camtu hihi. Lain2 ni maksudnya kedai yang ala2 'stand alone' gitu. Ada branch, tapi aku tak tau kat mana. Kedai ni aku jumpa time nak pindah rumah aritu lah. Yang pertama ni macam kedai konsep. Dia jual barang elektrik dan perabot. Perabot dia pulak jenis mahal2 gitu. Kelainan kedai ni ialah barang elektrik dia, dia on kan hahaha. Contohnya macam peti ais la. Kan aku pernah cakap yang peti ais kat sini banyak pintu. Memang lah best banyak compartment, kan, tapi kiter tak pasti tu tempat untuk apa. Tanya kat dia pun kadang tak faham huhuhu. So, bila dia on kan ni kira boleh lah faham.
Yang kedua ni kedai perabot dan barang elektrik jugak, tapi jenis turun temurun kot. Dan tak berapa hygiene hehe. Hancing je aku rasa. Dia ada jual pinggan jugak. Ada aritu jumpa noritake banyak keping, 1k lebih jek! Tapi bone china la. Hmmm... Selain tu dia ada jual perkakasan berniaga. Alaaa macam tempat masak stainless steel segala tu. Tapi rasanya sekali tu je lah kot aku masuk kedai ni.
Yang ketiga pulak, aku tak pernah pergi, tapi ada barang dalam rumah aku yang dibeli di sana, iaitu oven. Oven tu encik suami yang beli sorang. Sibbaik best.
Dah, itu je kot kedai chuko yang pernah aku pergi. Ada ternampak satu yang baru nak bukak. Nanti kalau dah pergi aku cerita kedai tu pulak, ek.
Yang ironiknya, akhir2 ni aku tengok ramai ex-schoolmate aku yang dok kumpul gundam. Mahal kot kalau kat mesia. Kat kedai chuko ni kebanyakannya dalam kotak tu belum dipasang lagi. Maknanya baru lah kan sebab kalau dah pasang mesti dah tanggal2 kan. Ni masih melekat lagi (u know what i mean). Harga pun sekitar 1k-3k yen gitu. Maknanya kurang dari RM100 la kan. So? So, takde pape. Saje jer citer.
Ok, sekian.
Monday, 14 April 2014
Preloved Ke Second Hand?
Hasil karya AyunasiA pada 3:09 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 komen:
So bole la bisnes hehe.. Kt ade membe soh beli kan tp sbb nye kalau gi trasure bomb tu bapak2 bkn nak bwk kt kan camno nak carik huhuhh... Last2 ckp korang dtg nagoya jelah nnti aku bwk gi carik gundam huhuhu...
Nnti lehla share post ni ehh.. Kt nak mengarang pasal kedai secondhand tp tak nyempat2 huhuhu
zira: sila lah share...
kiter tak geti sangat bab mainan2 ni. terjebak ni pun sebab carikan transformers untuk anak sedara. asal nak belikan budak tu untuk main2 jek, tetiba mak bapak e pulak yang teruja. satu haper tak tau. maklum ler, kecik2 dulu tak suka tengok kartun (lebih2 lagi kartun jenis robot2 macam transformers tu) huhuhu. otromen ngan doraemon tau lah hehe.
Haah skang org dok suka gundam la tamiya la.. Kalau kenai ramai yg suke menda ni n ada masa nak gi survey bole la bisnis hehehe...
susah nak bisnes benda yg kiter takde pengetahuan ni. takat belikan org kirim boleh la. tu pun kena spesifik ar.
Assalam...semua tempat yg puan cerita tu kira macam kedai bundle lah ek? saya teringin sangat nak cari kedai bundle kat sana... nak cari tshirt n kasut
khairul azlan.. baca ke tidak?
betul sis.... preloved bukan barang yang terpakai... ada juga pakaian bundle ni daripada stok lama x terjual atau new old stok..... ada yg beli tapi x pakai... kemudian jual balik... sesetengah pakaian siap ade tag baru lagi....
Post a Comment