BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 3 April 2014

Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara : Part Two - Hanami Di Heiwa Koen Tepi Kubur

Maka, semalam telah berlangsungnya cherry blossom picnic ku yang pertama. Diadakan di sebuah taman tepi kubur yang bernama heiwa koen. Teringat masa sekolah rendah dulu, semorang kalau gi toilet mesti nak berteman. Takut ngan hantu askar jepun. Macam2 kisah hantu askar jepun didengar kat sekolah tu. Tetiba sekarang ko berpiknik tepi kubur jepun lagik. Tak pulak takut, kan...

Ok, tentang piknik tersebut, kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 2 petang. Dekat je pun taman tu. Dalam seploh minit jer dari rumah. Aku bawak nasi goreng kampung ngan sambal udang. Menu lain ada nasi lemak my, kebab an, spageti gg, nasi goreng hana, buah2an dan minuman serta nasi beriani kambing ariana, eh, hafizbakar yang bawak.

Kengkonon pergi hari biasa takde orang lah kan. Sekali, amek... penuh sepenuhnya orang. Derang ni ambik cuti semata2 nak piknik ke eh? Kete parking tepi jalan pun penuh. Semorang pun tau weekend nanti bunga dah gugur. Okeh, mari bercerita melalui gambar. Aku share gambar aku  ngan budak2 je kat sini eh. Takmo la ganggu privacy mereka.

Sampai2 jer, terus pasang khemah dulu. Cuaca hari tu yokatta deshita. Redup, tak berangin sangat.

Redup dan rimbun, kombinasi yang baik untuk berpiknik.



Dah siap bentang sumer... tunggu semua sampai.

Sebahagian menu hari itu.

Okeh, boleh mula... makan!

@lmira dan @rissa. Nasi lemak bungkus terbaekkk. Ada rasa nasi lemak seposen!

Ni kira tak ramai. Dak kohai ada yang belum balik.


Lari2 kat sini tak risau jatuh. Hijau gebu je rumput dia.


Suka gambar ni! Shomel!


Kali ni aku tak ambik gambar bunga banyak2 dah. Cukup lah tu. Sama je kot.

Fevret aku! Tapi lupa nak makan.

Tokey kebab.

Ini baru sebahagian dari taman. Luas lagi dan ramai.

Eh, mana derang (nihonjin)? Bergambo la... apa lagi.





Fahim yang shy2 cat.


Semua gambar aku dan dia adalah selfie! Orang sekarang pakai monopod, aku masih lagi guna tripod.

Sesuami.

























Lelaki.

Perempuan.

Standby nak lompat sebenarnya tu.


Pose salam perantauan hahaha.

Yang bujang dan bujang sementara.

Sepatutnya semua, tapi ada yang gi toilet plak.



Suka sangat gambar bangku kosong.

Dan kami semua balik tika senja melabuhkan sayapnya... sekian.


1 komen:

Nazayiena Ayiena said...

Cantiknya musim sakura....