Monday, 30 July 2012

Ramadhan Ini







Besok dah raya ker? Belum kan? Tengok lah! Betapa lamanya tak update. Sampai dah masuk 10 hari berpuasa pun tak nampak sepatah kata. Entah, kenapa aku rasa aku begitu sibuk kebelakangan ini ya? Nak kata dapat kelas sampai 24 jam seminggu, separuh daripada tu pun tak sampai? Oh ya, mungkin sebab adanya student april intake yang tiba2 time orang cuti sem dia tengah exam lalu membuatkan hidupku tunggang langgang. Tak sempat nak tanda kertas pekse dia pulak, student baru dan lama dah masuk semula. Ni pun baru je aku abis siapkan markah derang. Tak submit pun lagik. Kelas baru dah start juga. Subjek baru lagi. Disusuli pula oleh audit pertama kali 5s yang akan menjelma sedikit hari lagi. Memang tak dan lah nak mengadap benda alah ni. Bulan puasa pulak, mana ada masa rehat. Tengahari yang sepatutnya waktu rehat tu lah masa untuk mengqadakkan tidur yang terakru sebanyak 1 jam sehari itu, kan. Kalau tak diqadak, haruslah menguap2 lah mulut seorang pempuan itu di khalayak ramai di malam hari nanti. Kena jaga gak kesopanan dan kesusilaan di hadapan makcik2 bertaraf ibu mertua tu kan. Hiks. 

Ok, dah habis merepek.

Betul lah, orang kata, pergi buat umrah ni macam recharge bateri. Bila balik tu, semangat, kerajinan dalam ibadat tu memang berkobar2. Makin lama, bateri semakin lemah. Nak cas balik, time puasa cenggini lah.

Tahun ni aku tak buat skt ramadhan yang baru. Copy paste je skt tahun lepas. Takdelah berat sangay. Cuma tahun ni aku rasa fokus terlari sikit sebab aku belum siap menjahit baju raya. Saper suruh buat baju banyak? Aku tak sedar pun yang baju aku akan sebanyak itu. Aku tersedar pun bila dah siap cantum semua sekali. Tergezut i! Korang takyah tanya lah tahun ni berapa pasang baju raya aku. Karang buat sakit hati je hihi. Cuma hintnya, lebih dari tahun lepas hahahahahahahahaha (cukup untuk aku pakai baju lain2 untuk beraya selama sebulan, mengambil kira ada hari2 yang kita tak pergi beraya ke mana2, so pakai tiset ngan suar senam je).

Tapi, kan, aku dah kira dah. Kalau lah aku bayar upah jahit baju ni kat 'aku', 'aku' akan lebih kaya dalam 500 hengget jugak lah. Fuh! Macamana kekdahnya aku nak bayar pada 'aku' tu ek? Boleh tak kita guna kan peruntukan nafkah pakaian dari encik suami? Hmmm menarik tu. Hello, encik suami. Take note eh? Ehhh kira untung orang tak mintak kos bahan mentah tu tau. Kalau kira purata harga baju siap di pasaran bazaar raya yang kita pergi malam kemarin tu, ermmm mau cecah riban juga tu. $$$$$$. Kenapa ku tak terpikir kekdah ini sebelum ni eh? Rugi2.

Cakap pasal bazaar raya, hari sabtu lepas, aku sempat pergi ke bazaar raya paghit ghaja. Eh, macam first time pergi jek? Memang pun. Pernah lah, sekali, aku pergi siang. Tah, tahun biler tah. Haaa tahun yang baju raya aku kaler pink kelabu, sebab masa tu aku nak carik tudung kaler kelabu. Macam nak pitam. Panas sangat. Ni aku pergi malam. Tak sangka, ramai orang ek? Tak pernah pulak aku pergi bazaar raya memalam cenggitu. Ye lah, orang pergi situ biasanya nak beli baju raya. Aku, kalau pergi pun untuk cari tudung je kot. Itu pun aku prefer cari kat kota je sebab lagi banyak pilihan, up-to-date dan murah. Yang kat bazaar tu pun aku dengar dia cakap bahse kemboja. Tah2 dari kota jugak tu. Saya bangga menjadi anak kota tinggi! Tiba2.

Ermmm ingat tadi nak tulis diari ramadhan tahun ini, tapi ni pun dah panjang dah. Sambung nanti je lah. Nampak banyak sikit entry hehe. Sehingga itu, selamat malam!

Wednesday, 25 July 2012

Rombongan Cik Kiah Ke Singapura

Ni blog ke picasaweb? Masih blog ya. Cumanya aku dah terupload seratus lebih gambo2 ni dalam entry ni dan malas nak pindah2 lagi. Maka, redha lah dengan gambo2 yang banyak (tak sampai sertus pun sebab banyak dah di delete).

Hari sabtu, 14 julai yang lalu, aku telah menyertai rombongan cik kiah ke singapura bersama rakan2 sekerja. Tak tercapai hasrat hati ku nak join himpunan oren huhuhu. Rombongan ni dianjurkan oleh ajk surau. Biasanya tetiap tahun derang pergi melawat masjid. Maka, kengkununnya nak melawat masjid di singapura lah ni. Memula tu derang ajak staf2 jek. Sekali melarat2 ke anak beranak pulak. So, aku pun mengajak encik suami. 

Rombongan kami dibahagikan kepada 2 kumpulan = 2 bas. Bas 1 untuk yang ada passport, bas 2 pula untuk yang tiada passport. Maka, group ke-2 tu membuat pas lawatan sementara. Untuk rekod, 20 orang = RM200.

Kami bertolak dari tempat kerja pada jam 6.30 pagi. Sepatutnya pukul 6, tapi subuh lak masuk lambat (5.55 pagi). Tu yang jadi lambat. Orang duduk jauh solat di surau, orang dekat solat di rumah. Tapi, yang dekat tu lah yang lambat sebenonya. Huh!

Kalau pukul 6 dah ada kat opis, pukul berapa aku bangun? Pukul 4 uolsss. Giler gigih. Macam nak masak sahur kekdahnya. Akibatnya, kepala ku puyeng ar sepanjang perjalanan.

Kami pergi melalui benut, kuar tol simpang dan terus ke secondlink. Berenti setengah jam kat rnr gelang patah untuk sarapan. Makanan derang dah tapau sesiap. Mihun goreng. Aku siap goreng telur lagik sesubuh sepi'e tu. Ingat derang buat mihun bodoh jek. Rupanya siap ada daging, telur goreng. Terpaksa la aku makan jugak telur yang dah aku goreng di rumah sesubuh sepi'e itu. Takkan nak usung telur tu sampai ke singapura pula, kan?

Bas yang aku naiki. Bas pendek, muat 30 orang jek.

Urusan di imigresen untuk bas aku berjalan lancar. Tapi bas lagi satu lambat sikit. Dah agak dah. Lepas imigresen singapura, encik tourist guide pun datang. Dia cakap bahasa ind0n orang b0yan kot. Banyak juga info yang aku dapat. Selama ni tau pasal singapura melalui pelajaran sejarah je lah kot. 

Mula2 sekali kami ke studio jalan ampas. Ada lagi. Ada penjaga juga.

Takde pagar pun. Tutup dengan pintu zink jek

Bangunan utama dia


Sebijik macam tingkap kat rumah ku di kampung.

Oh, hari tu hujan gerimis. Mari masuk ke dalam

Pasni tengok citer pramli mesti peratikan scene dia bebetul hihi.

 Logo Shaw Brothers

Aku tak masuk dalam dia. Encik suami ada ambik gambar peralatan bikin filem dalam henpon beliau. Malas nak load.

Jalan sempit.
Dari jalan ampas, kami dibawa ke geylang serai. Persiapan menyambut ramadhan sedang dilakukan. Khemah2 telah didirikan. Besok tu pelancaran katanya. Aku sempat masuk ke joo chiat complex. Dulu selalu dengar nama tempat dan nama jalan ni kat radio.

Beli karipap jalan onan yang dikatakan glemer itu. Entah, biasa jek?
Selepas sejam kot, kami teruskan perjalanan ke masjid sultan. Ni lah tujuan asal rombongan ni sebenonya. Tapi, pegi gitu je. Solat zohor di sini. Sebelum sampai ke kampung arab itu, kami singgah di sebuah kedai konsep coklat. Sama macam kat ladang kurma di madinah, makan dan minum lah sebanyak2nya. Percuma. Tapi kalau nak bawak keluar, sila bayar, ya. Aku cuma beli serbuk/tepung untuk buat air coklat. Sekali dah jalan, tengok label, ermmm manufactured in malaysia. Ok...

Malaysia pun malaysia lah. Janji air coklat tu sedap. Banggalah juga orang malaysia pandai buat air coklat hehe.

Yang paling glemer ialah coklat bentuk merlion. Sibbaik aku tak suka makan coklat. Selamat duhet. Hahaha selfish je stetmen.
Seterusnya, kami ke masjid. Time tu hujan masih gerimis.

Suasana di dalam masjid. Biasa2 jer.

Tapi yang menariknya ialah kipas siling dia. Umak ai! Ganalnyak!

Baca ler sejarah dia. Tanah tapak masjid  ni telah dipajakkan selama 999 tahun. Tu je yang aku ingat haha.



Jalan2 beli souvenir. Jalan jugak kat kedai2 kain yang banyak kat situ, tapi tak masuk pun sebab masa ni duit yang ada cuma $50 hihi.

Kendian kami makan di sinun. Sajer nak terai beriani singapura. Sama je macam beriani mamak di malaysia ni. Beriani batu pahat jugak yang best! Patriotik, kan?


Pastu tapau murtabak embekkk... Makan kat rumah lepas balik. Sedappp (aku, asal kambing je, sedap la). Oh, dan harga makanan di sini sama je macam kat malaysia, cuma kali je lah dengan +-rm2.50.


Selepas itu, kami dibawa berjalan2 sekitar singapura. Mula2 pergi ke marina bay (kot nama tempat tu), tengok bangunan2 yang menjadi mercu tanda mereka seperti...

Anak merlion.



Errr apa nama bangunan ni? Derang panggil kapal titanic. Atas tu yang ada swimming pool yang macam laut lepas tu kan?

Aku yang suh pose cenggitu hihi

Dewan apa tah ni. Derang panggil bangunan durian. Kata TG tu, ct nurhaliza pernah buat konsert kat sini. KD pun pernah wat konsert kat sini dan menurut TG tu masa KD wat konsert tu lah dia berselingkuh huhuhu.

Mak merlion sedang direnovasi.

Ada juga feriswheel (malas nak cari nama dia).

Yang kaler2 tu macam grandstand ar gitu. Masa ni derang tengah rehearsal hari kebangsaan. Banyak jalan tutup. Masa kecik2 dulu, aku selalu tertunggu2 upacara hari kebangsaan derang. Best!

Sekali lagi.

Belah kiri tu ada bangunan apa tah.







Yang hotel kat bawah tu dulunya pejabat pos besar derang.  Sekarang dah pindah mana tah, dia ada tunjuk jugak, tapi tak tau kat mana,

Poyo di situ.


Boleh naik cruise juga.

Anderson bridge yang berusia 100 tahun (ke lebih?)


Siapa kata singapura ni bersih yang amat? 

Maybe area orchard kot yang suci bersih. Toilet2 yang aku masuk takde lah bersih sangat.
Akhirnya kami ke sentosa. Dalam perjalanan tu dia tunjukkan orchard road. Ohhh sini lah tempat soping sebenar. Rugi ar derang tak bawak kami ke sini. Tak dapat menjana pendapatan negara. Dah lah tengah musim sale. Dia kata kalau nak soping kat sini, 3 hari 3 malam baru abi. Shopping complex dia bersambung antara satu sama lain. Ada yang sampai lower lower ground floor.

Aku dah tertido sepanjang perjalanan nak ke sentosa. Entah apa yang TG tu bebel kan. Sampai di sana, dia bagi masa sampai pukul 6 petang (1 jam setengah).

Tak masuk pun, tangkap gambar je kat luar. Kalau bagi masuk pun aku tak masuk kot sebab aku tak minat tempat2 macam ni. Takat beli tshirt tu boleh la.

Suasana sentosa ni macam kat genting tapi versi panas. Owner yang sama.

Jenuh tunggu globe tu berpusing.

Cepat! Sekarang!


Ada bapak merlion pula.

Meh tengok apa ada kat sana.


Sama tak?

N for N0rasiah





Mari naik sky tower!

Jangan convert, jangan convert.

Pemandangan dari atas. Menara tamingsari macam ni kot ek?


Belakang tu ialah di dalam uss. Tengok je lah.

Hai! 


Uiks, macam nak makan aku jek?

Pasangan romantis hihi.

Tengok2 jer. Duit tak cukup hahaha.


Aritu perasan kedai ni ada kat suria. Wangi je bau gula2.


Cantik...



Dah, mari balik. Kaki dah sakit.

Ada stesen bas di bawah ni. Kenapa dia buat booth tu rendah? Terpaksa membongkok untuk membeli tiket.
Tepat jam 6 petang, kami pun turun ke bawah menunggu bas. Singgah makan dah maghrib di gelang patah lagi. Selepas tu, semua terbang lalala... Sampai opis jam 10 malam dan kami sampai rumah 30 minit kemudian. Tamat.