Tuesday, 21 September 2010

Raya Marathon 1431H : Episod 2 - Bermaafan Di Pagi Raya

Raya tak sah kalau tak bermaaf-maafan di pagi raya. Kalau dibuat petang raya ke, pagi raya kedua ke, dia dah jadi tak best. Dan sesi bermaafan di rumah mertua ni dah macam sesi kaunseling jugak. Selain saling bermaafan, ada juga nasihat2 berguna disampaikan. Lebih2 lagi bila turn encik hairul. Tadah je lah telinga.


Tersengih2 anak buah umur 5 tahun, kena ceramah hihi.

Ni adiknya pulak, umur 4 tahun. Tersipu2 dia.










Pasangan adik beradik yang pernah disangka tunangan



Raya Marathon 1431H : Episod 1 - Perihal Sebelum Raya

Perihal sebelum raya akan menjadi pembukaan kepada entry hari raya ku. Ada pun aku telah pulang ke kampung halaman pada petang Selasa, 7 September yang lalu. Sebenarnya kami takde plan pun nak balik bila. Tengok lah. Kalau dah siap semua kerja mengemas, kita pon balik lah.

Maka, pada hari selasa tu, sambil kemas rumah, aku kemas kain baju sekali. Lebih kurang jam 4, nampak gaya macam dah takde apa lagi nak dibuat. Maka, kami pun bersiap2 nak balik kampung. Walau pun cuma berdua, tetapi, kerusi belakang dilipat dan penuh sampai ke bumbung. Entah apa2 je yang dibawa balik.

Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 5 petang. Slow and steady je. Sempat singgah di keluang mall. Beli kasut raya. Untuk buka, beli 6 ketul big epal donut. Kami berbuka di dalam kereta. Dekat area taman lambak. Singgah solat di masjid kota dan terus balik semencu. Tengah malam baru buat terawih.

Besok pagi, tak buat e'apa. Abiskan menjahit sikit2. Dan menganyam ketupat. Petang, balik eto5. Malam terakhir terawih, kami ke masjid eto5. Isy isy isy, tengah orang solat tu, boleh pulak budak2 main mercun. Bunyinya betul2 kat depan imam. Oh, masjid eto5 dah diperbesarkan. Jemaah wanita solat di kawasan baru. Takde karpet. Jubin. Alhamdulillah... dapat sudahkan 20 rakaat pada hari terakhir. Masa balik, encik hairul terjumpa encik hairol aka kering. Sebelum balik, singgah mebeng.

Hari terakhir puasa. Bangun pagi, terus siap2 balik semencu. Tahun ni giliran malam dan pagi raya di semencu. Sampai2 je, terus buat kek. Aku buat kek coklat, budak2 tu buat kek asam manis. Ermmm aku guna resepi yang baru. Lebih lembap dan chocolatey.

Tengahari tu juga, kami mula memasak. Plannya, masak awal sebab malam ni nak buat khatam Quran. Aku ambik tugasan masak ayam masak merah. Menu lain, rendang cili api, sambal kacang dan lodeh. Encik hairul pulak, perap sate. Nak buat sate goreng. Semuanya siap sebelum berbuka. Dan yang bestnya, semua orang dewasa adalah puasa. Dan tak tau apa entah rasa semua makanan tu huhuhu. Tak suker! Sebab tu lah sepatutnya benda ni semua dibuat pada malam raya, kan?

Malam raya, tak cukup corum. Khatam postponed. Sia2 je masak awal sampai tak tau rasa. Hmmm...



Monday, 20 September 2010

Buat Kuih Raya - Entry Terakru


Merata tempat aku jaja cerita aku buat kuih gadis kulim. Tak senonoh je. Sebabnya, aku rasa, biskut tu macam tak mencapai je stended famos amos. Ada la sikit2 rasa macam biskut munchys oat apa ke namanya tah tu. Alaaa yang baru tu, yang bungkusan kaler putih ada macam2 perisa tu. Kalau tarap famos amos, mestilah dia ala2 rangup tetapi rapuh, kan? Ni tidak. Rangup tetapi keras. Kena berusaha sikit la kalau nak mematahkannya. Walau bagaimana pun, yang penting usaha membuat tu kan? Dah berapa orang budak dah mendapat manfaat khasiat daripada biskut tu. Laku lah jugak (merujuk kepada balang kuih di rumah MIL).

Anyway, aku tetap nak tayang jugak biskut itu di sini. Tahun depan aku akan cuba improve.

Adunan yang aku buat. Tak tau lah, macam lembik sikit adunan ni. Tak boleh dibentuk. So, aku bentuk2kan kat atas tray je.

Memang tak boleh nak dibulatkan. Kat mana lah silapnya tuh.

Yang penting biskut ini diperkaya dengan coklat cip dan kekacang hazel dan almond yang sangat banyak.


Mengembang dengan jayanya. Tak pasal2 biskut raya aku dah sebesar cipsmo.

Dua jenis biskut.

Dan ini pula ialah lengkong kering yang tak kering.

Aku buat lengkong ni masa cuti merdeka. Sepatutnya, kalau dijemur setiap hari, time raya tu dah kering dah. Tapi, sejak hari aku membuatnya, asik hujannnnnn je. Aku pulak letak kat tingkap dapor yang panas petang. Dah, asal petang je, hujan. Asal hujan je, petang. Mana nak kering? Time aku cuti pulak, aku bukak tingkap bebeso, sekali hujan, tempias. Habis, basah semua lengkong nih. Last2, tah, aku pun tak tau nak buat apa.



Kesimpulannya, lengkong kering ku tidak menjadi. Sedih lah!

Saturday, 18 September 2010

Projek Mega Raya 2010M/1431H

Konon aritu aku nak wat entry ni sebelum balik kampung. Sekali, petang tu, lepas siap kemas rumah, encik hairul dah ajak balik. Dan2 tu jugak. Mungkin Allah memang tak kasik aku menunjuk2 di bulan Ramadhan. Dah raya takpe?

Oven adalah trigger point kepada projek ini. Mengikut perancangannya, aku nak buat benda ni dengan duit kw5p. Tapi, nak menunggu lepas raya (motif takmo kuarkan b4 raya, takut terperabis?), macam tak sabar pulak. Kebetulan encik hairul ada lebih sikit, dia lah yang membayonya. Opsss bukan. Ini bukan pakej beli oven dapat kabinet eh. Besok2 aku akan bayo balik lah... Mentara nak bayo tu, akan ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi, mudah2an encik hairul dilembutkan hatinya untuk tidak menuntutnya. Tak pun, dibuat2kan lupa ker.

Errr sepatutnya, tang sebelah oven tu je yang perlu diubahsuai sikit. Labih kurang sekaki jek. Tak sampai 500 kot. Tapi, dah alang2 tu kan, kiter buat lah terus semua sekali.

Okeh, ini ialah gambar sebelum kejadian.



Ada seketul tu je tempat sabun basuh dan kain buruk.


Tang sini masih lapang. Asal duduk makan kat bawah ni jek, ngadap benda ni sambil berangan nak buat apa kat sini.

Lukisan 3d oleh designer. Seperti yang aku bayangkan.

Semasa pemasangan.




Memang sengaja aku mintak dia buat tinggi.





Ini pulak belah lagi satu, sebelah tv.


Lukisan 3d. Tiba2 ada pintu pulak kat situh.




Pandangan sudut ke-3. Atas dapo tak buat e'apa sebab sekarang punya pun dah susah nak letak barang.








Ok, itu jer. Semua material dan paten adalah sama seperti yang sedia ada, kecuali yang kaler coklat tepi2 tu dia guna material yang sama ngan pintu (bertekstur). Yang lama jenis licin. Harga pun dapat harga lama. Now, kabinet kat bilik jahit dah lapang dan bolehlah ku sumbat dengan perkakas menjahit. Errr jom pergi langkawi...

Thursday, 9 September 2010

Ucapan Hari Raya


Monday, 6 September 2010

Update

Waaa aku dah berhari raya kah? Sungguh lama menyepi diri. Bukan bukan. Aku masih di tepi parit lagi. Masih gigih mengemas rumah. Makin ku kemas, makin banyak pula yang aku kena kemas. Bak kata errr siapa ek? Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin banyak yang kita tak tahu, kan? Isy, apa kes menyamakan kemas rumah dengan tuntut ilmu? Ah, janji ada perumpamaan.

Apakah yang aku bizikan sangat selama 3-4 hari ni ek? Meh aku ringkaskan...

Jumaat - 3 September

Pagi : Ku membuat biskut 'gadis kulim'. Adapun biskut itu ialah biskut ala famos amos la kununnya. Dah, kan aritu ada kes hina johor oleh gadis (bukan mak orang ke?) yang berasal dari kulim, maka aku kasi kredit ar kat dia. Biar dia tahu, bukan setakat kat jb, ni kat paghit ghaje pon ko boleh dapat biskut famos amos tuh. Membesar2kan sungguh.

Petang : Ku pergi ke opis. Huh! Rugi jek aku cuti, tapi pegi opis, kan? Oh, tak rugi langsung sebab aku dah puas dah tido pagi tu. Aku pegi tu pon sekejapan cuma, nak menukar duhet raya. Kang tak berduhet raya anak2 buah ku sekalian. Ehhh memang lah aku kaya, takyah tukar duit kecik pon boleh kasi, tapi, aku memikirkan budak2 tu, umur baru setahun jagung, apa laaa yang dia pandai beli, kan? Lain lah dah sekolah menengah ke, boleh la derang beli jam tangan ke, henpon ke. Ni, kecik cinonet lagi. Jadi, aku kasi duit kecik cinonet la juga. Harap bersabar tunggu beso ek...

Dari opis aku terus ke bandar untuk menyoping baju jalan2 encik hairul. Susah ek, orang laki nih. Nak beraya kena ada dua versi baju, baju melayu ngan baju jenjalan. Macam budak2. Tapi, takkan lah nak buat baju melayu sampai 8 pasang macam aku gak, kan? hihihi. Memula kami pegi samit, kendian singgah bazar pesta dan terus ke bpmol. Tapi, oleh kerana time tu dah pukul 6.45pm, sekejap je lah kami kat situ. Bersambung lain kali. Takde nafsu aku nak berbuka di luar rumah. Kami terus balik.

Sabtu - 4 September

Pagi tu aku kemas2 sikit. Bukan kemas nak kasi kemas seperti yang biasa kita ketahui maksud kemas tu. Ni kemas barang2 dapo, kasi sorok dalam bilik sebab hari ni kitchen cabinet aku siap dan akan dipasang. Yey! Eh, aku takde cakap ek? Ohhh saje je nak seprais katanya. Jadi, lebih kurang jam 1pm, grung greng grung greng la mereka. Aku pasrah nok. Sepah la, debu lah, hah, drill lagi banyak2 sampai besok. Janji aku dapat kabinet baru.

Oh, sebenarnya aku extend sikit je kabinet dapur aku kat belah meja makan, pintu keluar dan aras peti ais. Sikit ek? Hehehe. Satgi kang aku tepek kat sini gambonya yek. Ni pon aku baru siap kemas semuanya. Baru lah asyik untuk ditayang. Isy, baru sekejap tadi ustaz zaharudin tulis status berkenaan jangan menunjuk2, mengompare2 ngan orang time raya2 nih. Adeh... Ampun dong. Bukan nak menunjuk, sila buang imbuhan 'me' itu ya.

Petang itu, selesai semuaannyak, datang pulak jiran belakang dan sebelahku menghantar lauk munjung. Wah! Suka banget. Memang dapo aku tak sesuai untuk main masak2 kok. Eh, kenapa aku slang indon nih? Apakah kerana aku baru lepas melakukan tugas bibik?

Ahad - 5 September

Hari menggantung langsir. Punya lah tak sabo2 nak pasang langsir, celik2 mata je aku terus lap cermin tingkap bilik belakang. Kesian bilik tu. Dah lah tahun lepas aku tak buat langsir dia. Penuh pula dengan kain baju. Kali ni aku buat langsir untuk dia sekali. Ermmm baru lah berseri2. Oh, hari ni juga, aku menjahit sarung kusyen. Dah siap dah. Tapi, agak pelik rupanya. Macam botak gitu. Ah, lantak lah.

Malam pulak, aku pulun menggilap sofa. Beria2 aku menggosok. Dua jam jugak. Tu pun belum puas hati lagi. Kang nak sambung. Tapi, memang best. Dah macam baru semula. Sofa panjang tu kan memang selalu aku baring2 tengok tv kan. Jadi, berdano (istilah berdaki la lebih kurang) lah jugak di beberapa kawasan. Tak rugi aku membeli sofa berwarna cerah.

Dan hari ini, celik2 mata je, aku terus mengelap tingkap bilik ku, pintu lemari, meja2, dan segala2 benda yang boleh dilap lah. Pastu aku vakum satu rumah dan akhirnya mop. Sekarang, tengah tunggu kering. Pasnih nak susun kusi. Kena lah ubah kedudukan sikit kan. Kang tak rasa macam raya pulak.
Okeh, gambar akan menyusul kemudian. Malas aku nak transfer. Babai!

Friday, 3 September 2010

Senarai Kesyukuran Ramadhan 1431H

Syukur Alhamdulillah...

Ramadhan tahun ini sangat berbeza bagi diriku (bahasa pun sopan hihihi). Banyak urusan hidupku seakan dipermudahkan. Sampaikan bila dah hujung2 puasa gini, aku leh rasa tak cukup pulak. Selalu tu, biarlah cepat abis puasa ni. Tak sabar nak makan siang. Kali ni, kalau boleh, biarlah lama lagi. Jadi, mari aku senaraikan senarai kesyukuran ku...

1. Setakat ni tak pernah miss sahur. Dan bangun sahur tanpa rasa malas dan pening. Waktu tak poser pun boleh bangun masak air, buat air untuk suami. Huhuhu ajaib.

2. Perlu ganti puasa kurang sikit berbanding selalu. Syukur, dapat sambut dan insya Allah tutup puasa. Tak sabar nak ganti...

3. Dapat buat terawih dengan senang hati. Selalu tu liat bebenor. Tak mengantuk pulak tu.

4. Dapat buat kuih raya sendiri.

5. Dapat beli kuih sedap yang sama seperti tahun lepas.

6. Dapat bantuan khas kerajaan. Sangat membantuuu...

7. Dapat langsir yang baru lagi. Tak sabar nak pasang hihi... Tapi, tengok langsir tahun lepas, masih cerah, belum kusam pon. Ok, tahun depan kita recycle ek...

8. Dapat berpuasa tanpa rasa lemah longlai lutut gigil dan sebagainya. Cergas jer.

9. Kurang membeli di bazar = rajin masak. Siap boleh cakap, "Penat lah pusing2 bazar ni. Masak kat rumah pun tak penat cenggini."

10. Berjaya buat terawih 20 rakaat, tapi baru 2 kali hihihi. Tu pun buat bila besoknya cuti.

11. Tak mengalami masalah 'angin' semasa terawih. Selalu tu, asal nak pegi terawih je, risau je kalau terbatal wuduk. Pelik jugak. Tak pernah2 perut memberi kerjasama sebegini. Syukur...

12. Dapat makan lebih dari 5 kali bubur lambuk free. Sampai tak larat nak makan.

13. Ekon di surau sangat menyelesakan.


Dah, itu je kot setakat ni.


Thursday, 2 September 2010

Projek Maz0la Baz00ka

Pecah rekod dunia dalam acara lari berpagar uolsss. Kali terakhir aku membuat kuih raya ialah pada tahun pertama bergelar isteri. Kengkonon nak memberi contoh teladan dan menunjuk2 depan ibu mertua la, ko menantu terhebat, pandai buat kuih bla bla bla. Masa tu, sanggup nih, balik bp dari dungun pada hujung minggu bulan puasa, semata2 untuk membuat kuih raya. Dan kuih yang aku buat ketika itu ialah almond londungun hihihi, kuih goyang dan kerepek pisang tanduk setandan. Amacam? Ad beran? Sehari suntuk aku mengadap kuali masa buat kuih goyang. Kerepek pula, sampai kena sambung besoknya, pon tak sudah2. Masa buat almond londungun pulak, huru hara coklat merata satu rumah. Time tu lah orang nak buat kuih, time tu lah lemari baju sampai. Kiranya macam trauma la. Sejak tu langsung putus asa.

Tapi ini tahun, sempena aben pon dah baru, aku pun memberanikan diri melawan trauma ku itu. Aben dah beso2 cenggini, sekali bakar je dah siap kot ek? Bukan macam jaman dulu, sekali bakar, satu penutup periuk besar sejengkal. Yang bawah dah masak, turunkan tudung periuk yang atas, masuk yang baru kat atas. Kini, ko gentel la kuih tu siap2. Dah siap semua baru onkan aben dan bakar. Tak sampai 20 minit dah siap 2 balang. Isy, kenapa lah dari dulu aku tak terpikir nak beli aben ni eh?

Maka, di hari ulangtahun kemerdeekaan malaysia yang ke 53 yang baru lalu, aku pon membuat projek maz0la bazooka. Heh, kenapa ada bazooka pulak? Sebab aku membuat kuih sambil gado2 dengan drill. Dari malam lagi aku dah cakap, aku nak buat kuih besok, abang nak grung greng gurng greng, sebelum ayang bangun. Dia dengan kompidennya, sebelum ayang bangun abang dah siap. Sekali, bila aku bangun, tengok2, dia baru nak start. Dah gitu, terpaksa lah aku menggentel kuih di dalam bilik. Kang jadi biskut berperisa batu bata pulak.

Apa lahhh rasanya agaknya eh?

Rupa dah lulus kot.

Dia adalah rapuh semasa panas. Yang pecah tu lah yang aku dok angkat2, nak tau dah masak belom huhu amatur sungguh.

Retak2 pulak. Lantak lah. Masuk perut nanti bukan setakat retak, hancur terus... sedapkan ati.

Tadaaaaaaa siap sebalang = 80 bijik + 5 bijik pecah.

Esok, ada satu lagi projek. Projek Gadis Kulim Famous Am0s (tah apa2 tah minah tu, pasal famos am0s pon kecoh 1malaysia). Sukses ya!

Wednesday, 1 September 2010

Berbuka Di Kota

Weekend lepas aku balik kota. Memula tu kononnya nak extend sampai hari merdeka. Sekali, takde geng pulak. Dah hari rabu baru yayu cakap, dia extend sampai merdeka. Aku pulak, dah plan nak buat test ari isnin tu. Dah terbalik kot pulak. Apa2 pon, yang penting balik kampung berbuka bersama keluarga.

Hari khamis malam jumaat (mesti nak tulis cenggini. kalau hari lain takde pulak tulis 'hari sekian malam hari berikutnya'), aku dah iron baju siap2. Sebab plannya nak balik sini semula malam ahad tu. Kang tak tenteram pulak hidup aku memikirkan baju yang tak beriron.

*IKLAN : eh, best ek, stats kat blogger nih? boleh la... detail jugak.

Jumaat tu, lebih kurang jam 9.45pm, kamu pun bertolak. Sampai semencu jam 12.05am. Ada PIL berdua je. macam perantin baru. Aku, terus tido. Tak basuh kaki. Bangun pagi tengok2 ada lebam kat tangan. Eh, betul ke orang cakap kalau lebam tu, kena gigit pelesit? Takde kesan gigitan pon?

Bangun pagi, layan mil menjahit. Sambil2 tu dia cerita lah, tak beli baju melayu fil lagi. Konon, kalau ayun balik, nak ajak gi kota pi cari. Itu bukan hint lagi, ok. Sudah terang lagi bersuluh. Maka, ke kota lah kami.

Memula pegi kedai mesin jahit. Tah, mana perginya benang getah yang aku beli aritu tah. Beli kat situ jugak, tapi, tak tau kat mana aku campak. Kononnya aku ni mengikut trend semasa. Sekarang kan musim baju kurung dengan tangan cerut tu kan. Tu yang beriya aku membeli benang tuh tu. Aritu kak ani dah ajar cemana nak jahit. MIL cerita, dia dah try jugak, tapi tak jadi. Aku tak try lagi, tapi aku menurunkan lah jugak ilmu yang diperturunkan dari kak ani tu. Kalau dah pegi kedai benang, tak sah kalau aku tak membeli butang. Rupa2nya, setelah ku selongkar2, aku ada baaaaaaaaaaaaaaaaanyak butang hihihi. Takpe, banyak lagi baju nak dijahit pasnih. Remember? Baju batik ku? Selai pun aku tak potong lagi. Satu dah aku jual kat member.

Dari situ, pergi kedai bahan kek pulak. Tah apa2 tah yang aku beli. Kendian, kami terus ke kedai baju. Oh, kedai kat depan kedai kemboja tu dah siap dan beroperasi. Ada beberapa kedai baju kat situ. Kami pusing2 area tu ngan kedai kemboja je. Tak pergi pun area kotmemot. Itu pun dah rambang mata. Punya lah banyak baju siap, macam2 pesen. Sekarang kan musim kain koten. Memang banyak sangat pilihan. Tu baru kat situ, belum masuk plaza kota lagi tuh.

Akhirnya ketemu jua dengan baju melayu. Kat kedai kemboja, belah belakang. Ada bangunan tengah buat kat tengah2 tu (dulu kedai makan. ct nurhalija, masa baru dulu pernah nyanyi kat situ, promosi album aku chenta padamu). Surau kot. Kat situ jua ada baaaaaaaaaaaaanyak tudung. Aku turut terbeli tudung lagi. Cemana aku tak beli, tudung sulam benang baru rm28 selai. Sama cam rege aku beli kat kota baru itu ari. Ar1ani kosong je pun leh dapat rm15. Pulak tu label natasha, kira antara yang terbaik lah dalam kelasnya. Kain tebal. Awning keras, jahitan kemas.

Hah, bercakap pasal jahitan ni, aritu, kan masa kat shah alam aku ada pegi kedai hajjra kan. Alaaa kedai ala ar1ani tu. Dari segi harga, memang la dia punya murah berbanding ar1ani. Tapi, dari segi kualiti, memang tak boleh lawan ar1ani la. Kain lycra dia nipis, gred apa tak tau lah. Pastu, masa aku nak beli aritu, cam biasa lah, aku akan belek2 jahitan dia. Selalunya, selain jahitan pada tepi tudung, aku akan belek jahitan kat awning (penyambungan awning dengan tudung). Kebanyakan yang aku belek, senget benget jahitannya.

Pastu, ada satu tu, kaler maroon, aku tengok, jahitan kat tepi tudung tu, kaler benangnya (yang 2 line tu) lain2. Satu maroon pekat, satu maroon cair sket. Aku try la tengok dengan bantuan lampu, memang komfem lain. Kot lah sebab pencahayaan ke kan. Pastu aku compare ngan tudung kaler lain, takde pulak perbezaan warna benang. Maka, aku yakin betul, memang benangnya lain warna. Tengok kat belah dalam pun memang jalinan benangnya tak sama warna. Eh, sama warna, cuma tonanya berbeza.

Pastu aku mintak lah kat SA tu yang lain. Time tu, boss dia ada dekat2 kami, lalu dia pun datang kat aku dan bertanya, apa masalahnya. Aku pun cakap lah, aku nak yang lain (kalau ada) sebab yang ni benangnya tak sama. Oh, sebelum tu, boss hajjra ni orang paki kot ek? Kendian dia pun defend la, mana ada, kita jahit pakai 3 benang, mana boleh lain (boleh apa???). Ni sebab lampu ni bla bla bla. Aku pun, malas nak layan, terus tak jadi beli.

Pastu dia cakap lah, ini perkara sensitif (ye lah, bisnes dia kan, aku pun faham). Tapi, kakak, mana ada orang datang tengok tudung u, cakap benang tak sama. Lain lah kalau ada batu ke, manik ke, baru orang tengok.

HELLOOOOOOOOOOO (dalam hati je)... aku tengok ok. Ko dah la lelaki, apa tau? Eceh, kalau dia tak tau, takkan lah dia boleh tau pompuan sekarang suka pakai tudung cenggitu, kan? hihihi. Tak kisah lah. Yang penting aku puas ati sebab dapat menyuarakan pendapat ku. Mudah2an pasni dia akan membangkitkan ke dalam mesyuarat bahagian production supaya dapat meningkatkan kualiti produk. Kalau tak, pon takper. Aku boleh beli kat kota, lagi bagus kualitinya.

Ok, apa ceritanya tadi? Haaa pasal tudung kat kota. Maka, aku pun terbeli 2 lai tudung bersulam benang. Cantik, kemas dan tebal. Oh, satu lagi. Kain lycra hajjra tu jua berkedut apabila dibasuh. Lantak la, aku condemn habis kedai nih.

Selesai membeli pakaian, kami singgah di pasaraya hwa tai. Ni kira pasaraya ketiga selepas arisun dan apa ek? Famili mart ke haper tah namanya sebelum nih. Kenapa eh, orang kota tak suka pegi situ? Aku rasa ok je regenya. Ke mula2 je ok? Kat situ, jumpa ngan cacal. Hampir aku tak kenal. Lain sungguh. Bila dia sengih baru aku kenal hehehe.

Pastu, kami terus balik. Eh, cop! Singgah bazar dulu. Baru je beroperasi, kul 3 lebih. Beli air tebu, putu piring, pecel dan kuih lopez yang comel 3 singgit. Punya lah halus kuih lopez tuh. Sekali ngap je dah abis.

Balik rumah, semua kepenatan. Lepas semua sedar dari pengsan, kami pun memasak. Aku masak ikan siakap sweet sour. Berbuka, kami berempat sahaja. Pelik betul. Ye lah, pelik lah bagi orang beranak sedozen, tapi berbuka dengan seorang anak dan menantu sahaja.

Besok pagi, kami balik eto5 pula. Mak tengah masak maruku. Tak lama tu, ina pergi rumah along. Jadi, tinggal mak ngan abah jugak. Dah petang baru yayu sampai. Pung pang pung pang (bunyi aku menjahit), petang tu kami mengutip buah manggis. Punya lah banyak, takde saper nak makan. Melacak2 atas tanah. Duku tak berapa masak lagi. Langsat dah abis. Rambutan kuning ada sikit2, tapi malas nak petik. Tinggi.

Kendian kami keluar ambik angin naik motor. Singgah bazar kat depan, konon nak cari karipap seposen. Rupa2nya, dia jual kat depan rumah. Kami sampai, tinggal popia je. Boleh la. Beli 2 hengget.

Malam, kami bertolak balik jam 9.45pm (sama macam datang). Dari kota sampai kluang cari shelll, semua dah tutup. Last2 isi kat sebelah nagaria inn kluang. Sibbaik isi minyak mahal sebelum tu. Lebih kilometer bagi setiap liter. Memang betul dan terbukti. Sampai rumah, terus tido. Penat amat. Tapi, fikiran lapang sebab esok pagi, kelas kul 8-9.30 je. Ujian pulak tu.

p/s tak tepikir lak nak tangkap apa2 gambar.

1 September Datang Lagi

Seperti tahun2 yang sudah, hari ini adalah ulang tahun ke-17. Nice MEETING you!