Thursday, 30 July 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Cafe Crossroad, Aeon Atsuta & Megakebab


Hari keenam (Khamis), kami pergi makan tengahari di crossroad cafe di jica. Macam biasa lah, makan chicken karage dan mutton. Takde apa2 yang berubah setakat ini. Portion masih banyak. Harga pun masih sama.


Daging kamben.




Boleh buat peraduan teka 4 perbezaan gambar ni dengan gambar di atas.














Ramai orang beratur nak tengok konsert kot.

Esoknya pula (hari ke-7 - Jumaat), aku pergi ke aeon atsuta. Gigih tu menapak ke sana dari stesen kanayama. Pernah lah mula2 sampai dulu pergi jalan kaki. Tapi selepas ada kereta tak pernah lagi menapak ke sana. Antara aeon kesukaan aku ni.

Dulu pergi sini sampai melecet kaki. 

Santekkk... Nyesal tak beli.

Satu yang seronoknya shopping kali ni ialah boleh tengok harga yang tulisan besar tu je, takyah tengok +tax haha. Nama pun tourist kan.

Balik tu singgah kedai zafar. Tak beli pape pun sebab tak larat nak angkut barang. Jauh perjalanan nak balik ni.

Sumber makanan halal kami selama di sana.

Balik tu janji ngan encik suami kat dai, nak pergi makan kebab kat belakang dai.

Aku makan kebab sando (sandwich)

Encik suami makan kebab raisu (rice). Sedap pulak nampak gambar ni. Terliur tengok jagung salad tu.

Sampai kat megakebab ni, terjumpa ngan alin sekeluarga. Balik tu tumpang kereta baru dia hantar balik rumah. Dapat gak merasa naik kereta baru hehe.

Sampai di rumah, kami membuat operasi mengangkat mesin basuh dari rumah bawah. Actually ada beberapa buah rumah kosong yang meninggalkan mesin basuh. Maka encik suami tanya kat oyasan kot2 kami boleh pinjam mesin basuh tu. 

Suatu misi yang agak impossible sebab buat keje malam2, pastu tak nak ada bunyi bising, tapi laluan sempit. Dah sampai atas, skru pengikat getah paip takleh bukak pulak. Belasah je pakai pisau. Ini adalah pemandangan biasa (mesin basuh kat luar rumah) kat rumah jepun yang 1LDK.


Wednesday, 29 July 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya 2018 : Jalan-Jalan Sakae

Hari keempat (Selasa) tak keluar ke mana2. Berehat lah sekejap. Banyak masa lagi kan. Pagi tu aku pergi ke rumah m@rina untuk tumpang basuh baju haha. Masa pergi rumah tu aku takde lah fikir apa2. Cuma, mmm bersihnya rumah dia. Tapi lepas jumpa adik2 yang lain baru lah tahu kisah yang beliau sejenis ocd. For real gaisss. Bukan perfectionst ok. Ok, tak baik mengumpat. So selama sebulan ni encik suami basuh baju pakai tangan je. Gigih nor. Tengahari encik suami balik belikan nasi kat 7E, panaskan lauk sharifah je.

Datang rumah orang pinjam pisau nak potong buah.




Sempoi je macam main pondok2.

Oh, lupa nak cerita. Sepanjang 3 minggu di sana, aku menyewa pocket wifi dari travelrecommend. Puas pakai. Sangat berbaloi. Nyaris2 terlupa nak pick up benda alah tu sebelum pergi. Tengah makan2 kat kehepsi klia tu baru teringat. Berlari aku ke arrival hall. Tapi sekarang dia dah takde booth kat klia kot. Kat klia2 je katanya. Tu tahun lepas. Sekarang lagi la. Tah2 dah bungkus huhu.

Masa tu ada promotion rm15-18 kot sehari. Tak ingat.

Hari berikutnya (Rabu), dah fully charge kan, aku keluar ke Sakae pula. Kali ni pergi naik bas. Rumah tu dekat je dengan jalan besar.

Jarang2 naik bas.

Jadual perjalanan bas. No. 17 ke Mei-eki (stesen Nagoya), No. 18 ke Sakae. On the dot dia sampai.

Lalu showroom Noritake. Mahal sikit kalau beli kat sini.

Bas turunkan penumpang sebelum sampai stesen bas. Bangunan depan tu! Ada apa?

Ni stesen bas sakae.

Kat bangunan panjang belakang tulah adanya ofis halo-work, agensi mencari pekerja untuk foreigner yang pernah aku ceritakan dulu.

Kalau pergi sakae, aku mesti pergi bangunan skyle/melsa. Wajib ke bookoff.

Uniqlo kat sini best. Besar.

Daiso kat sini pun best. Alat penebuk lubang kat telur pun ada.

Niat di hati nak top up stok naturactor. Sekali tengok bangunan ni dah tutup. Sedihnya. 75 tahun dah dia beroperasi. 

Cari kedai 3coins konon nak beli tote bag Nagoya. Tapi takde. Yang ada lunch bag ni je. Nyesal pulak tak beli. Haih..

Dekat setahun jugak aku letak daun kat belakang henfon tu.

Tu plastik daiso. Ni mesti time solat dalam changing room uniqlo.

Dari sakae, pelan2 aku berjalan ke osu kannon. Ini lah traffic light b@bi. Aku bagi nama sebab gambo beso kat depan tu. Ala gambar ni tak nampak sangat.

Wajib singgah kedai ikan ni. Tengok kedai ikan pun teruja. Ikan saba!

Oyster nyumnyum!

Oyster belum kopek. Tadi tu dah siap kopek.

Kaki di mana2.

Shinano gold lagi.

Sun Fuji.

Osu shopping street.


Habis jalan2, panggil encik suami makan. Macam panggil makan kat rumah je kan. Janji jumpa kat Nagoya Station. Tapi kau tau tak nagoya station tu macamana? haha Kompiden giler cakap jumpa kat south exit. Sekali salah pintu. Jauh giler kena jalan. Dah lah penat jalan2 tadi, lapar pulak tu. Maka transform jadi singa lah aku huhu. Pastu sesat pulak mencari kedai maguro tu. Sebenarnya kami tak pernah pergi sendiri pun kedai tu. Rupa kedai tu pun dah lupa. Pertama kali dan terakhir pergi masa tahun 2013 derang bawak naik kereta. Puas pusing turun naik keluar masuk bawah tanah, atas tanah, akhirnya jumpa jugak.

Adoi menu dia tulis jepun la pulak. Bantai je lah tengok gambo.

Nak ni.

Dah masuk kedai haaa baru lah terimbau kembali memori 5 tahun dahulu.

Apa rasa benda alah ni pun dah lupa dah.

Bila nak makan ni?

1 set datang bersama nasi, miso sup, lobak putih yang warna kuning tu, maguro mentah dan maguro goreng serta salad.

Rasa? Macam ayam goreng. Sedappppppppppppppppppppppppppppp. Rugi tak makan selama ni. 

Yang mentah pun boleh masuk. Sedap nya hoi! 

Maksudnya aku boleh la makan sashimi ek? Tak pernah try.

Lobak.

Aku tak pernah suka miso sup. Tapi yang kat sini boleh diterima.




Licin tinggal pokok. Tu encik suami tengah habiskan miso sup aku.

Alhamdulillah. Semoga ada rezeki lagi.

2000 yen. Murah. Macam RM20 je. Jangan convert.

Dulu kami duduk kat bilik yang belah kiri belakang jam dinding tu.

Magurogoya namanya.


Display je pun dah nampak sedap.

Ni yang kami makan tadi.

Nak order ni tapi takut sebab nampak macam daging steak. Tapi rasanya kedai ni jual maguro je kot kan?

Ok, biar aku tunjuk cara2 nak pergi kedai ni. Aku sesat sebab datang dari bawah tanah. Kalau dari atas tanah ni senang sikit nak cari. Pastikan anda nampak bangunan meitetsu tu (meitetsu tu nama train).

Pastu ada kedai komehyo kat depan tu.

Kiri tu tangga turun ke sun plaza. Kanan tu butik LV. Tak nampak pulak nama bangunan ni. Nampak Square je belakang.

Dan landmark paling senang, butik LV ni ha. Nak senang googlemaps je butik LV ni. Kedai tu duduk kat bawah butik ni.

Kalau ngadap tangga ni, butik LV tu belah kiri. Ha turun lah tangga ni. Nanti terus nampak kedai maguro tu. Tak ingat belah kanan ke kiri tapi rupa kedai dia macam gambar kat atas tu lah.

Kalau dari stesen, nak keluar, cari kedai Labi. Dia belah2 situ lah.



Ok, jumpa lagi!