BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 12 April 2015

Jejak Sakura 2015 Part III : Tsuruma Koen - Pesta Muda-mudi


Fuh! Akhirnya aku ada masa untuk menyambung entry sakura ni. Ni kira last untuk misi seharian tu. Pastu weekendnya aku sambung lagi menjejak sakura kat taman buah yang aku tengok ume itu hari. Masa pergi aritu semua pokok masih togel. Bunga ume je yang berjuntai-juntai. Tak sangka bila tiba musim sakura 2 minggu kemudian, tempat tu penuh dengan sakura pink. Cantik toksah citer laaa. Maha Suci Allah!

Ok, sebelum ke yamazaki tu aku singgah sekejap kat tsuruma park. Tapi sempat snap beberapa gambar je sebab nak cepat. Lagi pun manusia terlalu ramai. Tak feel langsung nak tengok bunga. Tah, aku rasa tsuruma park tu dah terlalu commercial kot. Dengan suasana pasar malam nya, dengan orang berpartinya, hedonisme sungguh! Eceh! Aku cakap kat encik suami, kalau buat camni kat heiwa park, ada jugak hantu jepun kat kubur tepi tu bangun sekali berparti huhuhu. Pendek kata, hanami kat tsuruma ni aku anggap macam pesta muda mudi la. Tak sesuai la nak bawak budak2, terutama sebelah malamnya. Sebab tu aku rasa heiwa koen memang tempat paling sesuai sekali untuk hanami sesama keluarga.

Okeh, jom layan gambar di tsuruma pulak. Tak banyak pun gambar yang aku tangkap. Nak selpie guna henpon, kemre nya pulak tak sesuai untuk waktu malam. Nak pacak tripod, ramai sangat orang lalu lalang. Isy, rasanya memang sekali tu lah aku pergi tsuruma time hanami kot. Tak kosser.!

Ada beberapa area pokok sakura. Ada yang dipasang lampu putih, manakala ada satu area dipasang lampu merah. 

Kat bawah pokok tu kelihatan penuh dibentang kanvas biru. Kira belah siang derang cop tempat la. Malam kang baru derang datang bersama rakan seopis. 

Keliling taman ada banyak gerai2 menjual makanan camni. Yang jenis lori pun banyak.


Ada beberapa pohon pokok sakura pink ni, tapi takleh masuk kawasan dia.

Kalau tengok makanan yang dijual tu, memang lah nampak sedap.


Bukan bawah pokok sakura pun derang bentang kanvas jugak.


Tulip pun ada.



Yang bagusnya.


Ini pulak suasana pada sebelah malam. Meriah uolsss.

Dapat juga merasai suasana pasar malam.



Lori kebab halal.



Satu lagi lori kebab.

Kat tengah2 tu ada pentas dengan persembahan dj. Takde retis nyanyi2 pun. 

Yang ini area berlampu putih.

Yang ni lampu merah. Nampak la macam sakura pink.









Dah penuh dengan orang.



Kumpulan buskers pun ado. Macam yazid search aku tengok yang rambut merah tu.

Antara makanan yang dijual. Pisang coklat.

Ikan salai. Derang salai dengan arang tu.

Di satu sudut taman, kelihatan orang2 ini menguruskan sampah sarap.


video

video

Dah, habis lah sudah misi jejak sakura ku pada 2 April yang lalu. Seronok memang lah seronok, tapi penat nya ya ampunnn. 3 hari baru baik sakit kaki bahu dan tangan ku. Balik2, encik suami tanya, macamana rasanya jadi lori tanah? Lori tanah? Ye lah, ulang alik ulang alik, macam lori tanah. Apakah?

Insya Allah kita berjumpa lagi tahun depan. Tahun depan je lah yang tinggal kot. Tahun depan2 mungkin dah balik mesia kot time hanami ni. Harap2 tahun depan dapat tengok sakura kat luar nagoya pulak. Amin.



 

0 komen: