BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 30 April 2015

Jejak Sakura 2015 Extended : Togokusan Fruit Park, Moriyama City


Walau pun cik sakura dah bergerak menuju ke hokkaido, tapi aku masih ada satu entry mengenainya. Saje je nak kasi mood para2 sakura tu sentiasa segar di ruangan mata ini. Eceh... padahal malas nak taip huhuhu. Bukan malas la sebenarnya. Lebih kepada bizi hehehe. Tang mana yang bizi nyer tah. Bizi menjahit kot. Aritu aku dah start 'misi aidilfitri' sebenarnya. Tapi tiba2 ada je orang mintak jahit cepat. Tu yang misi tergendala sebentar tu. Baru siap sekeluarga punya persalinan. Ada lagi 1, 2, 3, 4, 5, 6 keluarga lagi. Huaaaaaa rejab dah masuk!!! Sempat ke ni???

Okeh, episod jejak sakura terakhir tahun ini berlaku pada hari sabtu berikutnya. 4hb april kot. Lokasinya ialah di Togokusan Fruit Park. Macam pernah dengar ek? Memang la. Sama dengan tempat aku tengok bunga ume itu hari. Time pegi aritu semua pokok masih togel bogel lagik. Bunga ume je la berbunga. Tapi bila aku pergi 2 minggu kemudian, walahhh ku lihat PINK!!! Sakura pink berada di mana2. Dari tempat parking lagi dah dikelilingi dengan sakura pink ni. Spesis yang sama, shidare zakura. Tapi ada jugak yang kaler pale pink dan putih. Putih pun ada 2 jenis. Yang banyak kat nagoya tu dia punya stigma berwarna merah. Tu yang time belum full bloom tu nampak merah2. Kat fruit park ni pulak aku jumpa yang stigma berwarna hijau. Tapi tak banyak la. Ada beberapa jenis lagi kat sini, seperti yang aku tunjukkan last sekali dalam entry ume itu hari. Kelopaknya kecik dan tak berlapis.

Hah kau! Sampai ke situ aku punya pemerhatian. Dah macam eksperimen kelas biologi pulak. Okeh, meh kita tengok apa yang menarik sangat di taman tersebut.

Ni pun belum full bloom. Festival sakura dia pun baru start hari tu sampai hujung minggu depan. Tapi takde la pesta2 macam kat tsuruma park tu. Cuma ada tempat permainan kanak2 gitu2 la. Parking pun kena bayar 500 sekali masuk. Hari biasa free jek.







Terjuntai-juntai.




Bunga putih pun ada sikit.

Flyover dari tempat parking ke kawasan taman.

Boleh capai pucuk pokok dari sini.






Kelopak berguguran.








Belon warna warni tempat permainan berbayar.

Weeeee terujanya!

Piknik bawah pokok sakura pink.


Bento nasi lemak bungkus daun pisang.



Terbaik ar moment ni. Just nice.










Dongak ke atas.


Kelopak sakura berguguran.





























Bangku yang sama hari tu.







Ini lah sakura putih berstigma hijau.


Ronda2 keliling taman. Serba pink!



Sakura putih stigma merah dah keguguran kelopaknya.


Ningyo hidup.





















Yang ni light sikit pink nyer.















Payung sakura.









































Fuh! Semput akak. Kemain banyak lagi gambarnya. Kalau tengok kat gambar pun dah nampak cantik, tengok betul lagi lah super duper cantik tak hengat. Memang cuci mata betul musim sakura ni.

Habis dah cerita sakura. Lepas ni akan ada siri bunga2 lain seperti tulip, ros dan bunga matahari. Tak tau lah lagi ke mana aku nak pergi menengoknya. Kesimpulannya, kalau nak datang cuti-cuti ke Jepun ni, tolong lah ambil kira awal April sebagai salah satu pilihan. Takkan menyesal punya lah.

Okeh, sebagai bonus, saksikan lah gelagat patung hidup tadi.

video

Ja, mata!


0 komen: