Friday, 10 April 2015

Jejak Sakura 2015 Part II : Yamazaki River - Illumination

Walau pun aku dah upload gambar2 jejak sakura ni kat fb, tapi tak banyak. Kat sini je aku tepek hampir semua gambar yang aku tangkap. Yang tak termasuk cuma yang betul2 gelap dan blur. Selain itu, semua aku tepek kat sini. 

Seterusnya, lebih kurang jam 4.45 petang, aku bergerak ke Tsuruma Park. Tapi aku nak cite pasal destinasi seterusnya iaitu yamazaki river. Sebab nak combine kan cite siang dan malam di Tsuruma.

Selepas balik dari hanami di heiwa koen itu hari, aku dah pergi yamazaki river ni, tapi belah hujung yang lain di mana illumination berlaku pada waktu malam. So, tak sempat nak tengok la sakura dilimpahi cahaya spotlight ni. 

Menurut peta yang aku rujuk, ada 3 stesen subway berhampiran sungai ni. Mizuho Undojo Higashi (MUH) di meijo line serta Mizuho Undojo Nishi (MUN) dan Mizuhu Kuyakusho (MK) di sakuradori line. Kalau turun kat MUH, keluar di exit 3 dan akan jumpa stadium ragbi di mana aku mula2 pergi malam aritu. Kalau turun MUN pulak, keluar exit 2 dan akan jumpa stadium balapan/athletic, lebih kurang tengah2 jalan. Dan kalau turun MK, akan jumpa tempat illumination. 

Mulanya aku plan nak turun kat MUH dan berjalan menyusuri tebing sungai tu dan berjumpa waktu malam di tempat illumination. Tapi sebab aku naik tren dah pukul 5.30 petang, sementara maghrib masuk jam 6.15 petang, memang tak sempat lah nak berjalan lenggang kangkung kat situ. Rasa nak berlari lagi ada. Dah lah mendung, dekat nak maghrib pulak tu. So, aku terus turun di MK. 

Keluar di pintu 1, betul2 berada di traffic light. Map pulak versi lukisan tangan. Katanya kena berjalan 700m sebelum sampai ke sungai tersebut. Aku main agak2 jer. Nampak banyak pokok sakura di tepi jalan, aku pun jalan ikut jalan tu.

Ni kalau salah jalan ni, memang aku balik rumah terus ar. 

Nampak juga beberapa orang berjalan dengan gaya bersiar2. Betul lah agaknya jalan ni.

Ok, dah sampai!
























Ada tempat boleh turun ke gigi air.

Rupanya illumination tu tak sepanjang sungai. In between dua jambatan jek.














Illumination dari sini ke jambatan sana tu.






















































Selepas tawaf 2 kali di tempat illumination, aku pun menapak semula ke stesen MK.

Sampai di stesen mk, ternampak teksi ni. Tahun ni makin banyak plak iklan sebegini.


Dari sini, aku balik semula ke tsuruma park. Macamana lah suasana di sana pada waktu malam ya? Tunggu...




2 komen:

zura aini said...

asiah akak ada send friend request,
camne nak tengok gambar di fb, hihi

AyunasiA said...

zany: sorry kak.. maksud saya gambar kat blog ni lagi banyak dari gambar kat fb.

dan saya cuma accept real friends kat fb. gomen ne...