Friday, 23 January 2015

Anugerah Juara Lagu Ke-29 - AJL29



Jeng jeng jeng! Ada yang ternanti2kan review ajl 29 dariku? Elehhh tak nak ngaku pulak. Angkat je tangan tu, takde orang nampak. Alaaa baru 3 tahun kot aku buat review ajl ni. Tapi bila baca balik, rasa macam best pulak. Kira dah macam jadi acara tradisi tahunan lah ni kan. Maka, aku nak buat lah jugak untuk tahun ni punya. Setahun sekali dapat peluang jadi pengkritik industri muzik tanahair, kan. Sape nak bagi? Lagi pun, kat sini je aku 'boleh' lantang sikit bersuara sebab tak ramai yang baca hehe. Cer kat fb. Sebaris ayat pun boleh sentap mak nak dibuatnya. Kat sini, ko komen ar menentang aku kat bawah tu, memang aku klik spam sebelum tersiar lagi hihi. Cuma entah bila siapnya entry ni tah, aku pun tak pasti. Aku mulakan pada 20hb. Kita tengok berapa haribulan aku publish ni besok, ok? Selepas 2 hari, aku dah tengok ulangan sebanyak satu kali. Baru satu kali. Itu pun sebab nak tengok apa yang aku tak dapat tengok sebab buffering. Biasa lah internet kat rumah aku tu. Waktu2 camtu memang time dia menyiput. Cuba dia buat live pukul 2 petang ke. Confirm clear water don't sangka no buaya punya. Masa live tu aku duk standby je depan pc ni. Agak2 lebih 10 saat buffer, aku refresh je terus. Tak cukup sabo katanya. Banyak jugaklah moment2 yang aku terlepas. Tapi kalau terlepas eklan kuputih kohitam tu, nak buffering 2 jam pun takpe.

Aku rasa ramai jugak orang yang tak layan gegar vaganza, ek? Apa tu? Haaa kan betul. Mesti ada yang tak pernah dengar kan? Pernah dengar tapi tak tau apa kebenda pun ramai kot. Aku pernah dengar sayup2. Tapi pada hari final dia, encik suami tanya, tak nak tengok gegar vaganza ke? Selalu suka hiburan2 ni. Tapi jawapan aku, kata tak boleh tengok hiburan. Sambil buat2 tak tau. Gitu. Insaf sangat, kan? Tapi insaf ku tak lama. Besok pagi baca status masing2 kat fb cakap pasal scene lamaran seseorang tu kat atas pentas final gegar vaganza, langsung aku menjadi kucing yang ingin tahu. Daripada video utube scene tersebut, sampai lah melarat2 ke konsert minggu pertama sehingga minggu kelapan aku dok melayan 2-3 hari kemudian. Laaa kenapa tak cakap gegar vaganza tu rancangan nyanyi2 penyanyi dulu2. Best rupanya. Akhirnya aku suka mamatexist hehe. Tiba2. Walaupun...

Eh, apa kaitan gegar vaganza dengan ajl pulak? Haaa kaitan dia sudah tentu lah penaja utama dia makcik yang tiba2 meloncat atas pentas ketika diumumkan pemenang gegar vaganza tu. Dan kalau orang dah tengok gegar vaganza tu, apa yang berlaku ketika ajl umpama sebutir pasir di tepi pantai gitu. Hahaha tah pape perumpamaan. Tak lah. Maksudnya takde nak heran der. Nak kata meluat, dah meluat lama dah. Aku nampak pengacara dan retis2 tu macam lebih banyak menganjing daripada mempromosi kot. Sibbaik masa kat dayang di promote benda lain, bukan makanan pemutih tu. Boleh lah dia oh wow! kan. Tapi, bagi lah 100 hujah nak backing ke hape. Ada jugak betulnya. Tapi bagi aku, apa yang dibuat dalam ajl tu adalah menjengkelkan.

Ok, sila lupakan tentang kuputih kohitam tersebut sebab yang nak dihighlightkan di sini ialah ajl itu sendiri. Secara generalnya, aku rasa ajl kali ni berjaya merealisasikan apa yang disebut dalam temanya iaitu Gema Dalam Muzik di mana aspek muzik dan persembahan yang dipertandingkan lebih diambil beratkan berbanding host dan perkara sampingan lain seperti penyampaian hadiah. Kira takde lah aksi host yang over shadow. In fact derang tak salin baju pun. Kan? Tapi kalau tengok kat ig scha, dia cakap sepatutnya dia ada tukar baju hattadolmat warna hitam, tapi tak jadi, tak tau kenapa. Tapi rasanya semorang perasan kot pasal baju ni sebab macam dah biasa kot, host mesti tukar2 baju. Pastu host pun lebih terikat pada skrip, takde menyanyah sangat. Ada la sikit2, tapi takde lah dok mengenakan, kutuk mengutuk sesama sendiri, macam selalu tu. Nak dipendekkan cerita, apa yang aku lebih ingat pasal ajl ialah persembahan2nya. Ada potensi menang program tv terbaik anugerah skrin nih.

Sebelum tu, aku follow semua separuh akhir. Siap ulang 2-3 kali sebab lagu yang aku suka tak dapat masuk final. Mewangi. Kenapa mewangi tak masuk final wehhh??? Maka terpaksalah tengok kat semi final jek sambil membayangkan itu final. Aku rasa derang sepatutnya all out masa semi juga la sebab belum tentu dapat masuk final kan. Selalu berlaku lagu yang popular tak masuk final. Kecuali lagu ctnurhaliza la. Lagu dia popular ke tak, kompem masuk final punya. Eh, tapi bukan itu je sebab aku layan semifinal berulang kali. Ada lagi satu sebab iaitu persembahan selingan kat hujung dia semua best2. First week dia panggil amir uk's. Nyanyi lagu kekasih ku di menara. Minggu kedua penyanyi kumpulan axl tah sape nama dia tah, nyanyi lagu andai dapat kuundur masa. Kalau lagu akulah kekasihmu lagi best kot. Dan minggu ketiga dia panggil kumpulan eva ngan haiza. Best giler kot. Dah lah lagu bulan cinta tu memang lagu wajib aku kalo karok. Eh cop cop. Sebenarnya aku dah terlalu lama tak pegi karaoke jamban. Kira sejak bekerja sebagai plv memang tak pernah la. Sebab takut terserempak ngan students hahaha. Tapi aku selalu karok kat rumah. Memang ada satu cd lagu dangdut pon hehehe. Satu lagi aku suka nyanyi lagu ramlah ram. Tah, aku rasa suara aku macam suara ramlah ram wakakakak. Pui! Pastu haiza nyanyi lagu dag dig dug pun best. Sedap suara dia, kan? Dan makin cantik pula.

Ok, mari mulakan.

Ajl29 dimulakan dengan persembahan muzik dan nyanyian m.nasir. Eh, korang perasan tak? Retis2 ni, kalau yang takde gelaran, orang akan panggil dia dengan nama dia, tak kira lah majlis formal ke tidak, kan? Tak pernah lah, pemenang nya adalah, encik roshamnorrrr. Atau, mempersilakan, puan zianazainnn. Atau, kita persilakan cik shilaamzah. Sampaikan masa gegar vaganza (gegar vaganza lagi), masa konsert pertama, nabil ngan jihan terpaksa memanggil derang dengan nama 'kak' atau 'abang'. Kak shima... kak haleeda... abang ayai... dan sebagainya. Dalam konsert seterusnya barulah derang panggil nama jek. Tapi time berbual2 tetap lah derang guna kata ganti akak, abang. Cuma part nak menjemput naik ke pentas je dah takde kak dan abang dah. Tapi bagi retis yang dah ada dato ke datin ke, senang lah sikit kan. Ke, boleh je derang guna kan saudara ke saudari ke. Eh, macam janggal pulak. Panggil nama je lah senang, kan? Ok, next.

Persembahan pembukaan yang biasa2 je aku rasa. Macam dah jemu kot asik dengar lagu yang sama je. Pastu aku tertanya2 juga, kenapa m.nasir? Pendek kata, ia satu pembukaan yang dilupakan.

Malaikat - Hazama



Peserta pertama yang membuat persembahan ialah hazama. Adoiyaiii semenjak aku mula membuat review ajl, rasanya setiap tahun ada mamat ni kot. Saje je kan. Takkan setiap kali nak bagi komen yang sama. Takde jatuh suka ke? Tak langsung. Aku tau ramai orang suka lagu ni. Lebih2 lagi kalau yang sedang dok bercinta tu. Lirik dia macam kena je kan. Tapi aku masa first time dengar tajuk lagu ni, seterusnya mendengar lagu ni, terus aku terfikir, boleh ke nyanyi lagu ni? Ok, malaikat pun makhluk juga. Lagu nama2 malaikat pun ada kan. Tapi, boleh ke kita mintak kat Allah, suh hantar malaikat suh jaga kita? Isy, tak geti lak aku nak terangkan. Ok, cer compare ngan lagu ctnurhaliza, jaga dia untuk ku. Lagu tu dibuat sempena dato'k eksiden kat nz itu hari. So, sementara ct nak sampai ke sana, dia berdoa semoga Allah jagakan encik suami dia. Ok, aku rasa itu orait. Tapi, macamana pulak dengan lagu malaikat ni? Dia mintak tolong pada Allah supaya hantar malaikat untuk jaga kan seseorang ini. Bukan malaikat memang dah ada kat atas bahu kita kiri kanan ke? Ke yang dia maksudkan macam dalam cite oramputih tu, ada guardian angel terbang2 gitu? Entah lah. Aku rasa lagu ni macam ada yang tak kena. Tapi kalau dengar gitu je memang sweet la kan hihu.

Oh, berkenaan persembahan hazama pada malam tu, dia menggunakan baju dia sebagai skrin untuk memaparkan macam2 benda (mapping nama kekdah ni). Salah satu daripadanya ialah gambar hati. Dah macam baju kak melah aku tengok hihi. Pastu last2 dia turun pentas dan terus keluar ke belakang. Motip? Pendek kata, persembahan dia best tang baju skrin tu ar. Cantik jugak kiranya. Lain2 biasa2 je kot. Takde lah sumbang ke hape. Cuma tu lah. Tu lah. (kena baca review tahun lepas2 kalau nak tau apa maksud aku ni).

Percayalah - Indah Ruhaila



Siapa indah? Aku cuma tau dia budak af 2013. Selain tu dia anak sedara ayai ilusi. Pastu dia pernah jugak berduet ngan ayai dalam gegar vaganza. Lagu ni aku pernah dengar dan perasan lah ada part yang tiba2 lirik oramputih tu. Tapi kenapa tajuk sama macam lagu ctnurhaliza? Macam terlalu cepat kot ulang tayang tajuk. Kot ye pun tunggu lah ct dah tua sikit hihi.

Intro lagu ni indah tarik ooooo tu macam lagu beribu sesalan tiga suara. Sebijik. Kalau tiba2 shila amzah masuk, ku susuri malam ini... pun boleh kot hehehe. Sebelum tu pun muzik dia ada sikit2 sentuhan lagu ct. Bab vokal aku tak geti sangat. Yang aku tau semua yang tinggi2 dia sampai. Betul ke tidak pitch nyer tu, entah lah. Sedangkan dayang yang aku dengar macam tercekik biji rambai pun boleh dikatakan perfect pitch, kalau indah ni, tak tau lah pulak kan. Apa ke benda pitch tu pun aku tak tau. Yang penting, kerana pitching itu juga lah sampai lampu chandelier dia jatuh gedebuk atas pentas tu. Tapi nampak sangat dah dirancanga nya tu. Tapi selama 3 hari ni aku perasan satu lampu yang depan je yang jatuh. Rupanya 2 yang belakang jatuh dulu baru yang depan tu jatuh. Tu pun tau lepas aku tengok balik selepas baca komen kat forum. Kalau tak aku pun tak tau.

Sesal Separuh Nyawa - Alyah


Eh, bukan lagu ni tajuknya sesal separuh nyawa ke? Tapi kenapa dalam website ajl dia tulis separuh nyawa je? Musykil di situ.

Mula2 persembahan aku tak perasan pun pasal skrin tu. Tapi aku perasan, kenapa suara dengan ekspresi muka dia tak sama? Takde lah nampak mulut lari dari suara ke apa. Tapi, paham kan? Lepas dia tukar skrin dan tukar baju baru lah aku perasan. Rupanya dia nak tayang baju daaa. Ye lah, nak tukar baju 4 pasang atas pentas kan macam susah kan. Best jugak lah idea ni. Kalau tukar 10 baju lagi best. Macam pengantin dulu2. Pastu buat pelamin atas pentas, kompang2 dan bersanding terus ekekekek. Eh, bunyi macam menyindir ke? Tak2. Aku suka idea salin2 baju2 ni.

Dari segi vokal, macam ada goyang sikit. Selalu suara alyah sedap je kalau nyanyi live, kan? Tak tau lah kenapa kali ni agak kureng. Emosi terganggu kot. Mana tak nya, sekarang ni tengah heboh pasal kes rumahtangga dia kan. Tiba2 kena bekerja bersama ngan laki ko kat situ. Untung aku tak sondol pentas ngan bulldozer. Gituh. Tapi dari dulu aku perasan yang alyah ni jenis artis yang lone ranger. Macam dia buat hal dia sendiri jek. Tu yang bila dia kawen dah setahun pun orang tak ambik tau sangat. Wateve la yah...

Secara keseluruhan, persembahan alyah adalah biasa2 jer. Tapi lagu ni sedap. Jarang lah lagu alyah tak sedap. Tambah pulak lagu ni jadi soundtrack cite satu hari. Owh! Alyah dan abamwemi memang tidak boleh dipisahkan. Oh, dan ending persembahan dia tunjuk muka dia dengan hishamhamid sebab hisham tu berlakon dalam music video dia. Tapi tak dapat lah peluk macam abamwemi time lagu kisah hati dulu hukhukhuk. Ate... dah jadi laki dan bini orang.

Gadis Jolobu Waris & Hattan



Sejujurnya, aku macam tak boleh dengar lagu ni. Rasa sebal je bila dengar kat radio. Tahap nak tutup radio gitu. Tengok dalam ajl ni pulak rasa nak tutup pc. Boleh? Mana boleh oi! Entah lah. Ke aku tak suka lagu loghat2 ek? Komen pun tak nak. Hahaha lagi kejam dari kes hazama. Sibbaik lagu ni tak menang apa2. Pendek kata, aku tak suka lah lagu ni. Dah.

Romancinta Mojo



Persembahan yang paling diingati. Masa hotfm dok hint2 pasal persembahan derang ni, aku buat tak tau jek. Tak terfikir pun nak ambik tau pasal pengganti aweera dalam mojo. Plus lagu romancinta ni tak sebest lagu andai ku bercinta. Tapi masih lah ada dalam senarai playlist iTunes aku. Maknanya best lah juga tu kan. Kalau dah sampai aku mengambil usaha mendownloadnya kan. Tapi bukan antara lagu yang aku tertunggu2 persembahannya. Errr sebenarnya takde pun lagu yang aku tertunggu2 dalam ajl29 ni. Semua average jek. Pandai2 lah nak impress aku cemana. Gitu. Ko sape  sampai nak kena diimpresskan oi? Tak lah. Maksudnya kalau ko nyanyi best, dapat lah komen positif dari ku kat dalam entry ni hahaha. Tapi takde lah yang akan dapat pujian melambung2 atas kapasiti 'aku memang suka penyanyi dan lagu tu'. Takde2. Memang takde bias punya.

Tapi persembahan ini, really MOJO! Rasa sebak bercampur bangga. Tak sangka derang boleh buat persembahan yang gempak macam tu. Kira tak rugi apa2 ar walau pun takde aweera. Tapi memang audio masa malam tu memang semua pun gempak, kan? Memang bergema dalam muzik ah. Kombinasi muzik dan suara yang mengena lah kiranya. Kalau nak diikutkan, banyak je persembahan lain yang gempak2. Tapi kerana ia persembahan Caliphbuskers, maka derang memang kena menang persembahan terbaik. Atau juri kena kutuk kaw2 punya lah besok pagi. Berani tak bagi menang? Cuma costume je lah sedikit mengecewakan. Tak sempat kot. Tapi kalau pakai lawa2 sangat kang, dah tak macam buskers sangat pulak kan. Boleh la dimaafkan.

Rentak Laguku - Bunkface & Amy



Nyaris2 aku nak taruk tajuk lagu ni ikut rentakku. Pastu terus teringat, eh, sama macam lagu jac tahun lepas? Pastu baru ingat lagu ni tajuknya rentak lagu ku hehe.

Masa kat hotfm aritu sam ni ada cakap dia nak bawa search ke pentas melalui lagu ni. Rupanya betul2 dia buat style search malam ajl tu. Bukan sam je dah macam amy, ahli kumpulan yang lain pun  buat style ahli kumpulan search yang lain jugak. Macam sweet gitu.

Kali terakhir 2 tahun lepas amy nyanyi ngan hazama lagu apa tah yang ala2 battle tu dan aku tak suka. Isy, orang kata jangan terlalu tak suka kat orang, nanti jatuh suka. Terlalu jugak. Tapi masalahnya yang nanti tu tak tiba juga. Biarlah tak tiba sampai bila2 pun. Tapi untuk persembahan kali ni, aku suka! Nak kata aku suka lagu ni, tak juga. Tapi boleh tahan best la persembahan dia. Ada part yang dia ajak penonton berdiri tu kan. Dia buat benda tu nampak natural dan tidak dibuat2. Sampai aku pun terikut hentak kaki kaki jugak, ok.

Cumanya nasib derang perform selepas mojo. So, perbandingan tak dapat dielakkan la kan. Tapi tetaplah aku rasa persembahan derang tu gempak. Suka suka suka!

Pastu masa kat backstage kan ju ada tanya amy pasal komitmen dia berkolaborasi ngan artis baru. Dan amy punya jawapan ala2 bertentangan dengan alasan awie takmo perform dalam semi final itu hari. Ke sebab takmo nyanyi ngan erra sebenarnya? Tapi marsha nyanyi ngan ronnie pun sedap gak. Lagu tu sedap jugak. Ok, takde kaitan.

Pendek kata persembahan rentak lagu ku best sangat!

Apa Khabar - Sonaone & Joe Flizzow



Lagu ni ada sentimental value kan? Dia tujukan kat malique kot kan? Sampai sekarang aku tak tau apa yang berlaku antara derang sebenarnya. Macam tak perasan bila masa derang clash. Kali terakhir derang bersama dalam album yang banyak featuring tu kot? Yang ada ctnurhaliza, m.nasir bagai tu. Ke ada yang lain? Eh, lantak dia lah.

Dari segi persembahan, takde keunikan apa2. Kira derang bawak lagu semata2 la. Kekuatan dia mungkin pada lirik la sebab lagu hiphop kot. Rap lah yang lebih ditekankan kan. Tapi memang menyentuh hati jugak lah rap dia tu kalau didengari betul2. Lebih2 lagi bila teringatkan malique yang katanya sakit tu. Betul ke dia sakit eh?

Gilalah - Stacy


Filler. Orang kata. Kalau takde stacy, tak berjoget la ajl kan. Macam dulu, kalau takde mak ani, pun tak berjoget jugak. Kena ada sorang yang macam ni untuk bagi pentas tu meriah. Tak tau lah tang mana yang bestnya lagu ni. Lirik merapu ada la. Pastu tarian stacy pun balik2 camtu la. Dah boleh agak dah. Cuma dia boleh challenge alyah lah, boleh tukar baju atas pentas. Kredit kat dia sebab bagi pentas tu berwarna warni. Tang warna warni tu aku suka. Pastu kat bawah pun ada bola besar derang dok campak2 tu. Itu pun comel. Tapi lagu, nyanyian dan tarian, macam takde beza pun ngan lagu2 dia yang lain. Aku suka stacy tapi sebenarnya aku macam takleh terima yang dia couple ngan akim hehe. Apa kaitan tah.

Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah



Macam ikan keli! Itu yang aku terfikir bila tengok baju dia. Sedapnya sirip ikan keli tu bila dimakan panas2 garing. Pergh! Aku kalau makan ikan keli, mesti teringat masa kecik2. Moment yang paling tak boleh lupa, ada satu hari tu abang tp ngan abang epet dapat tangkap ikan keli yang kuning2 tu. Banyakkk sangat sampai boleh jual kat depan. Errr betul ke tak memori aku ni? Macam bercampur aduk jek? Tak kisah lah. yang penting aku suka makan ikan keli. Dan belut! Apakah? Ya, kat jepun ni baru aku tau yang aku suka makan unagi wihuuu! Kalau makan sushi tu, komfem aku akan ambik yang unagi tu. Sedap nya la hai! Macam rasa ikan keli jugak cuma tekstur dia macam kasar sikit. Bila tah dapat makan kat kedai unagi yang betul tu tah. Sape nak ajak oi???

Eh, dah melalut ikan keli pulak. Pasal lagu di pintu syurga ni pulak. Aku sebenarnya tak berapa suka ngan lagu ni. Meh aku cite sebab musababnya. Gini. Lagu ni kan ost cite arianarose kan. Aku tengok cite tu dari mula sampai lah abis. Maksudnya aku suka lah cite tu kan? TAK! Aku tak suka cite tu. Sebabnya ialah aku tak suka keith foo huhuhu. Tah, aku rasa dia tak sesuai berlakon jadi orang melayu dan aku tak suka slang indon dia yang masih tak hilang tu. Ni ada satu pelakon, adik sabrinaali si millerkhan yang berlakon sebagai muiz citer satu hari tu. Pun sama pelakon indon yang balik mesia tapi masih tak hilang slang indon. Tak suka nya! Lebih kurang macam cite rindu awak 200% tu lah. Aku tengok, tapi sebab orang lain pun tengok. Bukan sebab aku nak tengok sangat pun. Plus cite arianarose tu pun ala2 mengarut jalan cite dia kan. Ada ke orang sekarang yang tak tau dia nak kawen ngan siapa? Pastu takde perasaan nak ambik tau? Pui! Bertitik tolak dari itu lah, aku tak berapa suka lagu ini. Gitu.

Ok, melodi lagu ni sedap. Ada dinamik yang boleh tayang vokal baik punya. Persembahan dayang memang jelas nak tunjukkan vokal semata. Sampai tutup2 mata lah. Punya nak control vokal tu. Cuma nasib tak baik, aku tak minat cara nyanyian dayang yang soul r&b katanya tu, dibawa ke dalam lagu balada. Alaaa part yang sebut satu perkataan, terputus, sambung balik tu lah. Tak paham sudah. Ok bye.

Eh, tapi last2 tu ada suara pilot cakap apa tah. Adakah dia nak kaitkan lagu ni dengan mh370?

Matahari - Hafiz



Kalau persembahan mojo ialah persembahan yang laing diingati, persembahan ini pula ialah persembahan yang paling dilupai. Boleh, aku taip semua tajuk lagu yang buat persembahan mengikut turutan, tapi tertinggal satu lagu...? Ada 11 jek. Puas recall, konon nak test ingatan, takmo tengok semula video ajl. Tapi tak bejaya. Last2 tengok jugak video dan mendapati bahawa satu lagu yang tertinggal itu ialah lagu ini. Haaa nampak?

Tapi memang dari awal lagi aku memang tak  berapa suka lagu ni pun. Pertama lagu ni ialah lagu yang tiba2. Takde intro pape, tiba2, matahari tak cukup indah. Tu dalam radio lah. Dalam persembahan malam tu dia ada buat intro sikit. Pastu masa mula2 dengar lagu ni, aku macam, kenapa lagu ni mendatarrr je? Memang dia ada part tinggi rendah, tapi kedengaran mendatar. Kira kalau lagu ni menang, memang pelik ar.

Persembahan hafiz pulak cuba dikaitkan dengan peristiwa banjir. Siap prop tangga rumah macam yang sebenar. Dan seperti biasa, ajai mesti nak enterframe dalam lagu ciptaan dia. Kali ni dia main keyboard. Last time kuakui dia main pinano. Dari segi vokal, ok, ada 2 bahagian yang boleh tarik ooooooo (tinggi) dan uuuuuuu (rendah). Dan hafiz telah menjayakannya dengan baik sekali. Tapi tidak berjaya menarik hati juri untuk diberikan kemenangan. Kalau ada nombor 2, 3 vokal terbaik mungkin lah dapat nombor 2, 3 kot hehe.

Lelaki - Najwa Muhyidin



Tak sesuai. Aku rasa suara najwa ni tak sesuai untuk lagu ni. Suara dia kan jenis besar dan lemak kan. Macam tak sesuai nak menyampaikan mesej lelaki tak guna tu. Pastu dia nyanyi sambil muka ketat je kan. Macam tertekan sangat ditinggalkan lelaki tak guna tu. Padahal kalau tengok yuna nyanyi time semi final, dia ala2 selamba je dok mengata lelaki tu haha. Maksudnya takyah lah buat muka ketat sangat. Lek lek jek macam tak heran pon kat lelaki camtu. Banyak lagi lelaki yang berguna. Ini nampak ego sangat. Eceh. Komen apakah ini?

Tak de lah... aku suka je lagu ni time semi final. Tetiba bila final tak best pulak. Ini tidak adil tidak adil. So, kesimpulannya, tak best ar persembahan ni.

Masih Aku Cinta - Shila Amzah



Persembahan peserta terakhir. Masih ingat lagi asal usul lagu ni. Masih terbayang lagi video ombak rindu beliau ketika cuti raya cina 2013 itu. Masih teringat lagi perbincangan hangat di board gossip kat forum cari ketika kejadian itu. Masa tu pulak baru je lepas ajl27 yang beliau cakap, cinta hati beliau komen persembahan patah seribu sebagai, 'dia sukakannya'. Dan akhirnya, terciptalah lagu ini. Sehari selepas ajl itu hari shila upload video dia nyanyi lagu ni dan tukar lirik, dikau tidak ku cinta hahaha. Ye lah, mula2 dulu memang lah cinta mati, satu dunia menentang, masih mencinta bla bla bla. Selepas 2 tahun, sinanas tu pun dah ada gelpren baru, maka hai hai bye bye je lah yea. Tapi tak tau lah kalau jauh di sudut hati, aku masih mencinta... gitu.

Persembahan menggunakan cermin yang mula2 cantik kendian meretak, pecah dan melekat kat baju hihihi. Tak tau lah apa yang cuba disampaikan melalui prop tersebut. Tapi yang best nya bila dimasukkan elemen instrumen erhu dalam lagu ini. Macam dengar lagu cine. Baju pulak dah macam penyanyi dulu2. Kan penyanyi dulu2 suka pakai net kat muka kan hihi. Macam elainekang bebagai tu la. Bab vokal macam biasa lah, dia memang ada kekuatan tersendiri.

Teringat komen ramlims masa dengar lagu ciptaan nuha dalam af baru2 ni. Katanya, kalau nak buat lagu, buat secara general, jangan syok sendiri. Erm.



Persembahan interlude dimulakan dengan kemunculan ronnie hyperact dan tomok menyanyikan lagu kita serupa dengan rentak apa tu? Reggae? Pastu tirai dibuka tapi tak buka habis dan menampilkan kumpulan headwind. Aku tak perasan sangat persembahan ni sebab time tu asik buffering jek. Bukan time ni je buffering. Time pengumuman persembahan terbaik pun sama. Tau2 mojo dah naik atas pentas. Hergh!

Tapi besök tu bila aku tengok balik, baru lah ku tahu yang headwind nyanyi lagu memori luka, suraya dan segalanya mungkin! Owh! Eh, aku tak pernah cakap ek pasal lagu segalanya mungkin? Lagu ni kira salah satu lagu tema atau OST citer cinta aku la hahaha. Berapa banyak lagu tema daaa. Ala tak lah banyak sangat. Jap2 aku nak list kan kikiki.

Kekasihku Ukays
Yang Tersayang Amelina & Iwan hahaha
Jangan Ada Benci Casey
Segalanya Mungkin Headwind
Dalam Diam Aku Mencintaimu Spring
The Reason Hoobastank

Tak banyak pun? Ala aku pun dah lupa. Bila terdengar sesuatu lagu tu baru boleh ingat. Tapi yang ni kira top la hahaha. Tapi lagu segalanya mungkin tu mengingatkan aku pada dataran merdeka. Tapi tak ingat lah apa yang berlaku. Takkan kami buat rakaman video klip lagu tu kat dataran pulak kot kan? Eh, dah lupa lah. Aku pergi dataran zaman sebelum milennium je kot.

Ok, dah melalut2 dah ni.

Akhirnya, tiba lah kita ke penghujung rancangan. Keputusan aj29 adalah seperti berikut:

Persembahan Terbaik : Romancinta - Mojo & Caliphbuskers
Vokal Terbaik : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Tempat Ketiga : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Tempat Kedua : Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Juara : Apa Khabar - Sonaone & Joe Flizzow

Sebelum aku menutup entry ajl29 ini, izinkan aku membuat review terhadap lagu yang bukan sahaja tak menang ajl, malah tak dapat masuk ajl29 pun, tapi aku suka dan tetap menang dihatiku. Pui!

Lagu yang dimaksudkan ialah jeng jeng jeng! Mewangi la weh... apa lagi.

Frust giler aku bila lagu ni tak diumumkan sebagai finalist ajl29. Sama frust macam korang yang peminat arjunabeta kot hahaha. Tapi aku suka kot lagu tu tak masuk final kikiki. Tapi adakah korang pun sama suka bila mewangi tak masuk final? ekekek. Ok, dah tak payah nak provok sangat lah hai.

Kenapa lagu ni kena masuk ajl29? Sebab lagu ni berhantu la kot. Cer bayangkan kalau akim wat persembahan masa final aritu... fade effect.

Aku rasa mula tu stadium akan sunyi sepi, pastu hujung2 semua menyanyi sama. Gitu. Imaginasi sangat tau hahaha. Pastu kalau kena gayanya bulu roma pun akan meremang ketika lagu ini dipersembahkan. Bab vokal mungkin lah agak kureng kot. Masa semi final tu ari pun aku rasa masuk2 je dah salah key. Betul tak? Adakah itu mempengaruhi  juri? Tapi bukan akim menang vokal terbaik dalam lagu ni ke masa aim aritu? Kiranya vokal dia dalam rakaman studio ok sebenarnya. Cuma time live je lah kot kena lebih fokus.

Sepatutnya lagu indah tu yang tak patut masuk ajl. Komposer dah sama, tapi lagu mewangi lebih menangkap ok. Saper yang tak jatuh cinta pandang pertama dengan lagu mewangi? Dengar sekali jek, terus suka tau. Eee... tak puas ati betul lah. Aku dari dulu memang minat suara akim. Sejak af7 kot huhuhu. Suka masa dia nyanyi lagu i'm yours masa af7 dulu. Alahai... masa tu dia lepas spm kot.

Tapi nak buat macamana lagi kan. Dah bukan rezeki dia. Terpaksa lah aku ulang2 semifinal tu 10 kali dan bayangkan macam final hukhukhuk.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi tahun depan!

.

Friday, 16 January 2015

Abah!

2.30 pagi.

Allahuakbar! Tiba2 aku tersedar pagi2 buta ni selepas mendapat satu mimpi aneh. Aku mimpi abah. Sayu nya hati aku sehingga air mata mengalir tanpa  sedar. Lebih2 lagi bila teringatkan apa yang berlaku semasa aku balik mesia tempohari. Ya Allah... selamatkan lah abah, panjangkan umurnya. Amin.

Melankolik pulak kannn.... Baik aku layankan sekejap perasaan ni dengan menulis cerita tentang abah.

Pada hari terakhir aku di sana (jumaat); masa tu aku berada di pejabat felda sementara menunggu encik suami solat jumaat, aku mendapat sms dari abang tp yang memaklumkan bahawa abah masuk hospital.

Ya Allah, apa aku nak buat ni? Malam ni aku dah nak balik nagoya. Nak balik kota semula ke? Macamana dengan flight balik? Nak postpone? Dah tak sempat. Cuma boleh beli tiket baru. Rasa menyesal sebab tak singgah jumpa abah sebelum pergi kl semalam. Macam2 yang berlegar2 dalam fikiran aku ketika itu.

Sementara itu, aku belum tau cerita sebenar lagi. Cuma tau abah jatuh lalu muntah2 kat stor pinggan blok.

Kisahnya, masa aku balik aritu, mak ada citer, orang2 blok nak buat rewang (gotong royong) mengemas stor tersebut. Derang nak lupuskan pinggan2 lama katanya.

Pastu aku call mak. Baru lah tau kisah. Rupanya bukannya abah jatuh. Kemungkinan abah sesak nafas. Kisahnya abah duduk dalam stor tu sensorang. Tau jelah kan, kalau dah namanya stor, lama pulak tu, tentu banyak habuk dan sempit. Tau2, saper tah terjumpa abah dah terduduk sambil muntah kat situ. Ya Allah... membayangkan nya je pun aku dah sebak.

Dan masa aku telefon tu, abah masih sedang diperiksa dan mak pun tak tau nak jawab soalan pertama aku waktu tu. Abah macamana?

Mendengarkan cerita itu, hatiku mula berasa lega sedikit. At least bukan lah seperti yang aku speku kan. Aku ingat abah terjatuh sebab terlanggar sesuatu ke, kemudian kepala terantuk kat mana2, pastu muntah. Pernah dengar kan cerita macam tu? Memang aku fikir yang worst sekali kot.

Last2, dapat berita yang abah dah keluar dari hospital. Tak kena tahan pun. Doktor masukkan air jer. Dan malam tu sebelum terbang, aku sempat call mak, tapi tak dapat cakap ngan abah sebab mak cakap abah sedang lemah dan dah tido. Jadi betul lah kot tindakan aku meneruskan perjalanan ku pulang ke nagoya. Mintak2 takde apa2 lah.

TETAPI.

2 minggu kemudian, time family in law datang tu, aku mendapat berita abah masuk hospital lagi. Tapi kali ni sebab abah dah lama tak beri. Puncanya sebab abah tak nak makan. Bab perut ni memang sensitif. Makcik aku pernah cakap, hampir semua orang tua kami yang dah pergi, asbab sakit perut. Aku pun memang perasan pasal ni. Ya Allah, jangan lah...

Tapi, syukur Alhamdulillah... semuanya masih ok lagi. Abah dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari kemudian. Itu pun dengan syarat, kena makan.

Jadi sekarang ni, aku dah tak sedap ati nak berlama2 kat jepun ni. Walau pun aku ni berhati kering, tapi bila teringatkan abah yang dah semakin berumur tu, basah jugak lah hati dan mata aku ni.

Tahun ni umur abah masuk 76 tahun. Mudah2an abah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta dapat pergi menunaikan haji pada tahun hadapan. Ni pun bend yang merisaukan aku jugak. Asalnya dulu aku pernah buat rayuan nak pergi haji ngan abah. Sebabnya abah dah banyak lupa. So, kena ada someone la yang ikut sekali kalau gi haji nanti. Yalah, kami berdua je kot yang boleh pergi haji tanpa meninggalkan tanggungan. Ni kalau jadi pergi tahun depan, entah macamana lah. Mudah2an rayuan abang epet berjaya lah.

Oh, dan mengenai mimpi aku tadi, aku mimpi mak menunjukkan kepada ku sebuah diari milik abah, yang isinya ditulis oleh kami adik beradik. Dan salah satu isi nya yang sempat aku baca ialah dari tulisan aku yang ditulis pada hari aku mendapat keputusan upsr. Haih... kenapa la upsr. Dah la tak berapa best pun result aku huhuhi. Tapi aku gembira sebab zaman kanak2 aku, zaman sekolah, aku dah buat abah bangga setiap kali tiba hari ucapan dan penyampaian hadiah. Mesti abah happy setiap kalu aku naik pentas setiap tahun, kan? Yang paling best mesti lah masa aku jadi pelajar terbaik masa sekolah tadika hahaha.

 Yang anehnya, diari tu memang tak wujud, tapi aku rasa macam best jugak kalau betul2 ada.

Okeh, tak sabar nak tunggu siang, nak telefon abah. Nak sambung tido. Babai!

3.32 pagi.


Thursday, 8 January 2015

Throwback Edisi Blog


Semenjak zaman blogger semakin sendu ni, aku semakin kerap mengulang baca entry2 aku yang lama. Blog list kat tepi tu macam statik jek. Dah tu, mula la nostalgia. Kadang2 sampai nostalgia dalam nostalgia lagik sebab entry tu pasal nostalgia. Kadang2 pulak aku boleh gelak mengekek2 walau pun dah pernah baca entry tu berpuluh kali. In fact, aku pun yang tulis entry tu. Tapi tetap jugak rasa kelakar giler. Kadang tu aku terfikir, macam bukan aku pulak yang tulis benda tu. Sebab aku tak rasa yang aku sekelakar itu hahaha. Okeh, aku nak baca entry tahun 2009. Kalau nak tahu, 2009 lah tahun yang paling banyak entry setakat ini. Nampak sangat perangai kuat membebel di dalam otak berlaku pada usia 30 tahun kikiki. Ok bye!

Monday, 5 January 2015

Salju Di Danau Rindu 2014 : Hujan Salji di Nagoya



18 Disember 2014, salji turun dengan lebatnya bermula tengah malam sebelumnya. Pagi2 tengok kat luar, bumi telah dilitupi salji nan memutih. Subhanallah... cantik nya. Tapi tidak seperti tahun lepas, pagi2 buta lagi aku dah keluar ke padang toyoda, tahun ni aku dah pandai kawal kejakunan sikit. Dekat nak tengahari baru aku menapak ke sana. Tapi tak dapat lah padang yang rata belum terusik dan takde orang macam tahun lepas. Kali ni salji dah bergumpal2 dan sesetengah tempat dah nampak tanah sebab salji dah menjadi orang salji. Orang pun ramai bergambar2 tengah padang. Hari minggu kot. Tahun lepas hari sabtu, hari cuti.

Ini masa tengah malam. 



Pagi ni, kereta dah banyak lalu. Hujan salji dah berenti.




Jalan menuju ke dai. Macam gula2 kapas!












Banner kat belakang tu ucapan tahniah kepada pemenang nobel prize fizik tahun 2014. Diorang invent led biru.

5 orang?

Snowman gemok!




Tak sah main snow kalau tak baring atas dia.

Peace!

Babai encik salji!

Winter kali ni macam kerap pulak turun salji di nagoya ni. Nagoya yang dulu bukan lah yang sekarang.