BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 4 September 2013

Tabung Biskut Shantek


Dua minggu lepas, aku pergi ke jemputan perantin sorang prof yuthm kat sini. Adik kepada YBazizkaprawi. Eh, tapi yang kawin tu anak dia la. Majlis berlangsung di kediaman femli derang di paritjelutong. Ekceli takde lah kenal sangat, tapi dah dia jemput semua staf yuthm, suami isteri, maka aku pun pergi je lah, kan. Lagi pun ada beberapa open house yang nak dihadiri pada hari itu. Kira sekali jalan lah kan.

Masa aku sampai tu, tetamu dah agak ramai. Suasana dah macam rumah terbuka gitu. Menu yang disediakan pun ada beberapa. Aku makan nasi beriani je. Selain tu ada nasi ayam, nasi putih ngan lauk ikan keli masak pecel, cendol, putu bambu dan kuih muih.



Tengah aku makan2, aku peratikan orang yang nak balik ada menggendong sesuatu. Apa ke benda lah agaknya tu. Dan bila aku bersalam dengan tuan rumah yang sangat mesra itu, aku juga diberi sesuatu itu.

Rupanya sesuatu itu ialah tin biskot...

Shantekkk kan??? Aku rasa ni dia customize kot.


Oh, ni biskut munchys ya. Patut lah... Memang kilangnya ada kat tongkangpechah tu  jer pun.

Isi dalamnya tidak lah aku ujakan sangat hihi. Ada la dalam 10 paket kot dalam tu.

Eh, yang coklat tu nampak sedap pulak. Balik ni nak makan lah. Tiba2.

Sekian, tu jer nak citer.

1 komen:

Yayu said...

suka mkn biskut ni