Sambung sikit lagi kisah raya. Nak juga citer walau pun dah nak abis raya pun jemahat ni kan. Tapi kan raya setahun sekali. Bukan setiap hari kiter cerita pasal raya.
Sebelum tu, ada yang tertinggal dari kisah semalamnya. Sebenarnya dari rumah mak teh, kami ada singgah di rumah anak nenek tepi sungai sebelum ke rumah maklong. Kat situ kami makan nasi. Sedap nya lah hai makan nasi di hari raya. Jemu dah makan nasi impit seharian semalam.
So, dari mersing kami terus ke rumah aku. Sampai2, rumah yang aku tinggalkan dalam keadaan suci murni telah bertukar menjadi ala2 rumah kongsi. Kain baju dan tuala bergantungan di pagar dan grill pintu. Kepantangan aku betul gantung2 baju depan rumah ni. Sebab tu, walau pun sempit, aku sanggup buat yard kat dapur tu tempat menyidai baju. Secara peribadi, aku rasa macam kurang sopan je sidai baju depan rumah. Apatah lagi kalau pagar dijadikan tempat menyidai.. Grrrrr...
Ekceli femli encik suami transit kat rumah aku malam tadi untuk beraya di muar. Macam selalu. Tapi tak sangka lah pulak derang nak balik situ lagi malam ni. Tahun lepas kami tidur rumah nenek. Hmmm... last2 femli encik suami cari homestay.
Aku pulak, sampai2 je, terus masak. Siap budak2 semua makan, eita pun bergerak balik ke key el. Bawak sekali anak2 bujang abang epet. Besok pagi, sesubuh sepi'e lagi aku dah bangun masak nasi goreng. Dua trip lagik. Satu trip lagi tu untuk femli yang duduk homestay itu. Lebih kurang pukul 9, abang epet sampai dengan yayu. Pung pang pung pang, kami pun bertolak ke key el. Kami nak ke rumah baru abang tp!
Ok, hari itu ialah hari ahad. Dan seperti yang sudah dijangka, hiway akan jam kerana ramai yang mula bekerja esok. Jam bermula dari pedas. Tapi tu sebab ada polis bantuan sedang membantu seorang penunggang motosikal di tepi jalan. Takde kaitan sepatutnya. Jam yang sebenar ialah dari seremban ke nilai. Lepas nilai, jalan lancar seperti biasa. Sampai di rumah abang tp lebih kurang pukul 3 kot. Sampai2 terus masak2 dan marinate bahan2 untuk bakar2 malam nanti.
Laaa... baru aku perasan bahawa aku takde ambik gambar rumah abang tp pun.
Petang itu juga, eita sampai dari klang dan kakonnie sampai dari kuantan. Ermmm kenapa abah takde? Sebab hari isnin tu mak nak buat yasin. Kalau tak boleh jugak bawak abah sekali. Seronok betul hafiz+amin dapat jalan2 kat key el. Malam nya kami berbakar2an. Tak geti nak cerita kalo takde gambo ni.
Besok pagi, lepas sarapan, kami yang datang ni, seberataan pergi ke ikea. Ya! Kami pergi ikea! Ni semua gara2 rumah abang tp dipenuhi dengan barang2 ikea. Boleh? Maka, kami lah sebagai ketua rombongannya. Bukan setakat ke ikea, the curve tu pun kami jelajahi jua. Semata2 nak pergi kedai mr.diy. Padahal ada je mr.diy kat samitbatupahat ni. Tapi tak teringin pun nak masuk. Pernah masuk sekali, pastu dah tak masuk lagi. Rupanya ada beberapa benda menarik yang ada di mr.diy ni. Seperti hanger tuala yang besarrr tu. Aku pernah beli kat daiso. Dan kami keluar dari parking lot ikea pada pukul 4.30 petang. Dah tak dapat parking free. Aku pun baru tau yang parking free tu untuk 3 jam pertama je. Lebih dari tu kena bayar. Alah, 2 hengget je. Minyak pun naik 2 posen je. Tapi seliter. Tiba2.
|
Kudap2an di ikea. |
|
Cabaran betul nak mengawal budak2 kat ikea tu. Asal nampak kaca je aku dah menjerit. |
Dah sampai rumah, semua kelaparan hahaha. Kakonnie pun bersiap2 nak balik kuantan semula. Malam tu takde buat pape.
Besok pagi, kami pulak bersiap2 nak balik. Pung pang pung pang, dekat pukul 11 jugak baru bergeraknya. Singgah lalu ke putrajaya. Sajer nak tunjuk kat budak2 ni. Ingat nak pergi malam tadi, tapi semua pun dah kelepakan seharian berjalan di ikea.
Sebelum sampai di rumah, singgah sekejap di ayerhitam. Cer teka siapa yang aku jumpa di ayer hitam? Tada!
|
Aishah lagi uolsss... Baru je bulan puasa aritu jumpa kat ampangpoint. |
|
Curi2 je ambik gambar. Nak tegur, malu. |
Sebab tu tajuk entry aku yang lepas2 tu aku taruk tajuk lagu raya aishah hehehe. Lepas soping moping di ayerhitam, baru lah kami makan kat nasiayamhajiali. Dah naik harga! Sepinggan rm5. Kiranya dari raya kedua, sampai lah raya kelima ni, kami makan tengahari pada waktu asar.
Dah, malas ar nak cerita. Tak atau nak citer apa lagi dah. Mood raya dah habis kot.
0 komen:
Post a Comment