Bosan! Aku bosan tengok blog aku sendiri yang ala2 hidup segan mati tak mau nih. Tengok sitemeter boleh tahan gak visitor nya, tapi mesti semua yang bukak tu cecepat tutup atau just gunakan link aku je kot. Kenapa aku malas sangat update akhir2 nih? Tak terjawab arrr. Boleh tak dikatakan aku busy study? Ye tau! Aku study untuk exam yang baru lepas Isnin semalam. Fuh fuh fuh! Pass lah hendaknya. Amin.
Selain daripada tu jugak, aku teramat lah sibuk membuat assignment. Rasanya kalau type blog ni macam bersalah dan membazirkan masa je. Camno?
Dua minggu lepas, berturut-turut, aku balik BP pada hari Khamis. Huhuhu macam tak percaya, tapi percaya lah. Minggu yang pertama tu hari Jumaat nya kena buat assignment sebenarnya. Tapi oleh sebab aku dah siap, (terima kasih abang, sebab tolong + ajar edit) aku pun balik dengan selambanya. So, lepas Zuhur aku ngan Farhana pun pergi lah naik komuter ke KL Sentral. Dari situ, naik LRT plak, gi CM. Ooo LRT sekarang sumer nama rapid key el ek? Aku baru tau time tu. Cuma putra tu sekarang dipanggil aliran kelana jaya, kalau star tu aliran errr apa ek? Lupa ah. Dari CM, kami jalan kaki ke Puduraya. Sampai situ dah pukul 4pm, terus ambik tiket kKkL ke Kluang kul 4.30pm. Sementara tunggu bas tu, sempat lah baca impiana sat. Isy! Tu pun rasa bersalah gak sebab tak baca nota nak exam. Sampai tol Ayer Hitam pukul 7.30pm. Abang ambik kat tepi tol, kendian gi maghrib kat surau peteronas yang baru bukak tuh. Pastu terus gi makan. Alerrr kedai montel tutup la pulak, terpaksa makan kat kedai tepi parit tuh. Sibbaik ok makanannya. Balik dari situ, singgah beli bahulu ngan kerepek. Tah sejak bila aku suka makan bahulu pulak tah. Kerepek tu pulak untuk Ina, kawan aku yang tengah pregnant. Teringin makan kerepek pedas ngan kerepek pisang.
Esoknya ari Jumaat, tengahari abang balik bawak nasi ayam. Pas Jumaat, aku ikut abang gi ofis. Saje. Petang, lepas kemas2 sumer, dekat2 kul 7pm gitu, kami pun gerak. Singgah makan dulu kat simpang seri bengkal. Konon mee bandung situ sedap ler. Katanya. Sekali makan, ala2 biasa je. Tak rasa sangat lah. Sekali je lah kot makan kat situ. Kendian Maghrib kat peteronas parit yaani. Sampai Nilai dalam pukul 10pm gitu. Memula nak tengok gelanggang raja lawak, sekali try2, takleh bukak estro. Grrr. Dia suh insert smart card, padahal dah masuk dah. So, tengok tv biasa je lah. Tu pun tak terang mana.
Ari Sabtu ikut abang gi cia8t. Sampai2 je, aku terus sambung tido. Best betul. Tengahari gi makan sensorang, ajak abang teman, tapi abang lak tak mo makan. Lepas makan terus balik Nilai. Belum gaji lah katakan, tak de lah merayau ke mana2. Kat Nilai singgah kedai hardware, survey2 hood, hob dan sinki rubine. Bosan je duk rumah dengan tv yang tak terang. Esok nya, baru lah abang carik manual book estro decoder tu. Decoder tu model lama punya, yang kaler hitam tu. Rupanya model tu kad nya dimasukkan terbalik. Hihihi hari Ahad baru dapat tengok tv dengan aman.
Hari Isnin, terbangun lambat. Kelibang kelibut aku bersiap. Sampai cia8t betul2 pukul 8am. Sibbaik kelas mula lambat, sempat gak sarap dulu. Malam pulak, aku dengan Shu keluar ke k4 subang. Niat asalnya nak beli racun sembur nyamuk. Terbeli lah jugak cd baru ct nurhaliza. Mula dengar boring je. Sekarang ni dah minat beberapa lagu. Lebih2 lagi lepas tengok zoom in ahad lepas.
Sepanjang minggu lepas memang rileks sikit. Cuma kena siapkan assignment yang aku dah siap tu. Isy, apasal lah senang beno keje aku ni ek? Huh! Tak tau minggu ni baru mula susah yang sebenar. Makanya, oleh sebab kelapangan ku itu, aku dengan selamba nya balik BP lagi minggu lepas. Kali ni balik naik bas ke BP pulak. Saje je nak makan2 kat BP pulak. Dah lama tak makan kat situ kan. So, tentatif nya lebih kurang sama, Cuma awal sejam jek. Sampai bus stand BP kul 6.30pm. Singgah beli dadih kat farson, kendian, gi makan sup sitam. Yeay! Sedap betul bila dah lama tak pekena sup tuh. Abis makan, terus gi BPM*ll. Maghrib kat situ, kendian terus gi kedai buku cari buku akta. Takde lah pulak! Terpaksa patah balik ke Summit pulak. Asalnya nak pilih antara Summit atau BPM*ll, tapi aku pilih BPM*ll sebab tempat ambik wuduk dia tertutup. Kalo kat Summit tu, terdedah gitu, malas tul aku. Sampai sana, terus tuju ke kedai buku. Feh! Sibbaik ada. Terus rembat satu. Kendian gi nagoya beli kain itam 2 meter, semeter 2 hengget je. Tak jahit pun lagi. Almaklum lah, orang nak gi bitien kan. Pastu terus lah kami balik. Ehhh sempat beli suar senam aku ngan tshirt abang dulu kat store sebelum balik tuh.
Balik tu, aku terus mulakan projek besar ke atas benda yang aku beli tuh. Huhuhu nape lah tak terpikir sebelum nih. Sikit punya tekun aku membuat benda tu, sampai kul 5am baru aku tido. Huargh!!! Aku lebih rela tido lewat daripada bangun awal. Kalo dah tido, bangun belum tentu awal. Hihihi.
Esoknya lepas Jumaat ikut abang gi ofis lagi. Kali ni ada kerja sket. Adeh lah... banyak pulak errornya. Balik dah dekat kul 7pm. Terpaksa lah bertolak lewat ke Nilai. Takmo terlepas raja lawak. Hihihi. Kami suka Nabil! Ke aku sorang? Abang suka Nabil tak? Hehehe. Lawak lah mamat tuh. So, lepas Maghrib kami kuar makan kat seri manggis. Abang cakap ada CKT kat situ. Alerrr tak sedap pon??? Balik tu tengok raja lawak sampai abis. Tak tengok pon final oiam. Esok nya baru tau sape yang menang. Kendian, kemas2 sumer, dekat kul 12am baru bergerak. Ngantuk dah. Singgah isi minyak kat parit yaani. Makcik kayo!!! Hehehe saje ekspresskan diri mu. Sampai Nilai dalam kul 2.30am gitu. Terus zZzZzZ.
Esok pepagi aku ikut abang ke cia8t cam biasa lah. Sempat tido sekejap jek. Tengahari, lepas makan, gi ikea dan 1utama. Penat pusing, tak beli apa2 pun. Tapi best ar ada privilege Jcard day sampai ari Ahad. Terus buat Jcard. Selama ni cam malas nak buat sebab cam jarang pegi. Untung lah jugak ari tu. Kira kos buat card tu dah cover discount tu lah. 15% untuk area department store, 5% area supermarket.
Kuar dari 1utama dah malam. Singgah makan kat bandar putera ke seri mahkota tah. Nak dijadikan cerita, ada satu kedai baru bukak, namanya gear box hana. Aku kan ala2 takleh tolak gear box kan. So, kami pun order lah sup gear box ’satu’ ngan pok tek ’satu’. Takmo nasik, kononnya tak lapar sangat. Pok tek tu ala2 tomyam tapi macam dia letak santan kot. Entah. Tapi nama lain dia perahu pecah. Sebab apa pecah? Bayangkan perahu kita pecah, ikan, udang, sotong, ketam, lala, sumer seafood tu kira masuk dalam mangkuk pok tek tu lah.
Nak dijadikan cerita lagi, apakala hidangan sampai, nah kau! Seketul gear box lembu dalam mangkuk besar ngan semangkuk pok tek saiz kapal star cruise gitu. Blur sekejap aku. Terus abang mintak nasik satu. Ni ’satu’ orang makan ke ’satu’ kereta orang makan? Sibbaik lah pok tek tu tersangat lah sedap. Tak lah rasa rugi kan. Licin pun kami pulun pok tek tu. Walau pun perahu dia saiz ctar cruise. Cuma sup tu je lah, aku rasa ala2 hilang akal gitu. Ni kalau 5 orang makan boleh lah kot. Huhuhu. Kompius aku. Dah orang kedai tu pun tak de la pulak nak cakap apa2 time kami order tu. Yang aku tau, kalo gear box sup sitam tu, dia bagi 3 ketul gear box kambing. Kalo kat kedai linda off pon mee rebus dia pun pakai gear box kambing gak. Isy isy isy...
Ari Ahad pulak, aku dengan tak sedar diri nak exam esok pagi tu, dengan selambanya pegi balakong. Asal kejadianya nak gi carik ampai baju cam ngah kat batu 11 cheras. Sekali gi kedai tu tengok takde pulak yang 4 batang 8 kaki. Dia ada 3 batang 6 kaki je. Tak besh ar. Pastu tengok2 dapur ngan sinki lagi. Cam nak beli kat situ je. Balik dari situ, singgah jusco cheras selatan. Sambung shopping semalam. Boleh? Konon nak balik sebelum malam. Ermmm kul 7pm baru kuar dari situ. Singgah maghrib kat al hasanah BBB. Kendian makan kat restoran apa ek, kat jalan teras jernang tu? Sedap gak. Nak dijadikan cerita, balik tu beli lah kicap sebotol. Konon nak buat telur separuh masak esok. Baru beli bekas kuning tu. Nostalgia zaman kecik2 dulu. Sampai rumah, tah camane aku terlanggar, terus pecah kicap tu. Memang bukan rezeki kami lah tu. Tengok2, dalam fridge ada kicap rupanya. Lega.
Esok pepagi aku dah bersiap nak gi exam. Abang gi antar aku ke sapura@mines. Pastu abang terus gi pero2, iring student buat lawatan sambil belajar. Abis exam, kami semua makan kat CRS mines. Kendian balik cia8t. Sampai cia8t abang dah sampai, angkut2 barang sumer, abang terus balik, aku terus gi kelas. Sebenarnya abang tak terus balik. Dia gi jumpa kawan sampai ke petang. Aku pulak, belah malam kuar ngan za ngan jue, gi quality hotel, nak buat survey lokasi shooting. Penat nyerrr.
Pagi tadi gi kelas belajo editting. Best arrr. Pas ni boleh lah aku buat movie sendiri. Tengahari lepas makan, kami terus gi shooting. Penat!!! Penat gelak pun yer. Maklum lah, first time berlakon kan. Pelakon pulak lawak giler. Huhuhu haru. Siap order pizza lagi tengah2 shooting. Borak kat kedai mamak pun ala2 krew filem. Lawak jek. Balik dari shooting, terus basuh baju, siap2, makan. Lepas Maghrib kami gi boling pulak. Adusss sakit kaki ku. Tak semangat betul main sebab tak enjoy. Teringat filem yang tak siap di edit lagi tuh. Esok buat voice over and editting. Part aku tuh. Seronok gaks.
Kes lain. Tengahari tadi aku telefon ofis bertanyakan pasal pertukaran aku. Yeay! Belum berjaya lagi. Tapi dah sampai ke kementerian, kira jabatan dah lepaskan lah lebih kurang. Doakan aku dapat tukar cecepat ek? Kalau dapat tukar, kena internship kat Mersing lagi 3 bulan pun aku tak kisah sangat. Tapi aku mintak gak internship kat BP jugak. Tu kena tunggu lagi sebulan lah baru tau. Best2. Dah, ngantuk, nak tido ar. Aku nak update blog kena type siap2 malam, esok pagi senang terus copy paste je. Ok, chow cin chow!
Wednesday, 5 March 2008
Bosannya!
Hasil karya AyunasiA pada 8:29 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment