Sorry!!! Sudilah apa kiranya korang pembaca blog ku ini memaafkan aku atas ke tidak update an blog ini selama hampir sebulan. Bukan sengaja, bukan juga tak sengaja. Seperti yang aku katakan dulu, aku sangat sibuk dengan assignment dan macam2 nyok nyek lagi. Nak backing lagi, wifi kat sini sangat lah ting tong. Kalo dapat online sejam pun dah kira syukur. Tu pun tak abis nak baca semua link kat sebelah tu. Kena lah aku bukak windows IE bebanyak, kendian tutup laptop, bawak balik, sambung baca dalam bilik. Namun nak update blog sendiri memang tak sempat. Alah, takkan nak kena tulis surat tunjuk sebab pulak kan. Sukati lah aku nak update ke tak kan? Kan? Kan?
Alahai... tak best nya nak cite pasal ni sebab dah agak basi. Tapi sebagai seorang penjawat awam yang baru je pegi bitien, apa salahnya kite buat revision sikit kan? Tak semua rakyat faham tentang negara Malaysia terchenta ni kan? Jom kita share. Cite pasal pru12 dulu la ek? Maklum ler, first time kan.
7 Mac 2008, Jumaat
Aku balik kampung ari Jumaat malam. Gerak dari Parit Raja lepas raja lawak. Hehe quite lambat la kan. Sampai Kluang, singgah mcD, tak dinner lagi. Tapau je. Mula ingat nak makan kat bandar tenggara, tapi tak tahan lapo la pulak. So, kami singgah kat taman sri lambak. Sengaja berenti kat depan bilik gerakan amno sebab terang sket. Kawasan hishamudin tu. Meriah kedai makan kat depan tempat tuh. Untung la sket kan peniaga tu. Bukan sikit2 bajet makan pakai pilihanraya ni kan. Rezeki.
Lepas makan, kami pun teruskan perjalanan. Sampai kota, sengaja lalu jalan bandar. Sunyi sepi je. Tak terasa cam esok nak pilihanraya pon. Almaklum ler kan, ala2 takde competition je kawasan tu. Watpe nak kempen pebagai. Lagi pun, masa tu dah kul 12pm lebih kan. Dah tamat tempoh berkempen. Masaelahnya, bendera ke, banner ke, ala2 takde pun. Sampai at5, kami terus tido.
8 Mac 2008, Sabtu
Kenapa tarikh ni dipilih untuk mengundi? Ada ong ka? Ngehehe sape yang dapat ong ek? Bangun pepagi, kekonon kul 8am lagi nak gi. Tepat kul 8am, abah ngan mak dah stand by nak gi. Derang saje takmo gi sendiri, nak naik kenderaan yang disediakan. Tunggu punya tunggu, sampai 8.30am, bayang kete pon takde. So, abah gi je naik motor. Mak still tunggu kete ngan ibu ngan kak intan. Dalam kul 8.45am gitu baru kete bien datang hangkut mak2 nih. Kami, masih tak gi lagi. Tak sampai pun kul 9am, abah dah balik. Hihi sekejap je rupanya. So, kul 9am tu, kami pun keluar. Adeh laaa, apasal la kupu2 ni terbang2 pulak dalam perut nih? Macam nak gi interview la pulak neves2 nih.
Sampai depan sekolah tadika, dah mula sesak. Tapi takde lah jammed ke hape. Ramai mana lah orang at5 nih kan. Lagi pun ada rela jaga lalulintas. Sampai area yang takleh masuk kete tu, nampak mas ngan wakru baru lepas check nama kat khemah bien. Aku pun cecepat la turun saing2 derang. Jumpa la mas ngan ila. Satu yang best gi mengundi ialah dapat masuk sekolah rendah. Very the nostalgik gitu. Bila dah masuk sekolah tu, kami terus gi kaunter spr, ambik nombor. Nombor apa tah. Nak kata nombor giliran bukan, nombor siri pun bukan. Kira nombor dalam list nama pengundi la gitu. Sebagai anak kelahiran 70-an, kami di suruh pegi ngundi kat saluran 4. Nampak kak intan dah lepak kat tepi kedai koperasi sensorang. Tengok2, barisan saluran 1, 2 dan 3 bersimpang-siur. Kesian makcik2 dan pakcik2 tu. Sibbaik abah dah gi e’awal, orang lum ramai.
Sambil2 beratur tu, carik2 jugak kot2 jumpa kengkawan lain kan. Rasanya ramai gak yang still duk sini, tapi tak dak pun. Isy isy isy, serius aku memang neves siot. Tiba turn aku, tunjuk ic ngan nombor tadik, kendian dia sebut nama ngan nombor kp aku kuat2. Pastu orang yang kat depan pulak check la dalam list derang, nak komfem kan la kot. Kendian dia kasik kertas undi. Aiyak? Ada nombor siri ek? Bukan sepatutnya takde ke? Lantak lah kan. Tiba kat kotak memangkah tu, aiyak lagi? Pangkah guna pensel ek? Isy isy isy cam tak logik la pulak. Nape tak guna pen or marker ek? Bukan dulu2 dalam klip lagu marilah mari tu dia tunjuk pangkah guna marker ke? Sukati dia lah. Think positive je lah kan...
Selesai kat situ, aku terus berjalan keluar. Ajak mas ngan ila balik sekali, derang nak tunggu mak2 derang pulak. So aku terus keluar dan terus balik. Oh ya, aku baru je baca peraturan mengundi ni takleh pakai baju ada lambang parti. Ada lah jugak 2 orang pakcik yang aku nampak pakai t-shirt bien dan disuruh balik. Antaranya pak ajis.
Balik rumah semula, mak nak pergi rewang pulak. Esok ada kenduri kawin apis, anak cik sabtu. Sementara nak gi ngundi kat semenchu pulak, aku lepak je. Abang plak sempat la belayar.
Abang bangun, kami terus siap2 nak balik semenchu pulak. Huhahuha, kami terus pergi ke sekolah abang pulak. Aku tunggu kat khemah bien. Saje nak dengar sok sek derang hihihi. Selesai tak sampai 15 minit, kami terus balik rumah. Mak takde. Sejak beberapa hari yang lalu, mak sibuk rewang untuk petugas2 bilik gerakan. Semangat betul. Petang sikit, abang bawak kak long ngan ila pulak ngundi. Abang long pesan kat ila, baik2, kalau pangkah bulan, abis la loan belajo... Aik? Memang ler loan tu dah abis, dan belajo nyer pun dah abis. Tunggu masa nak bayo je. Agaknya kalo pangkah bulan interest naik 10% ke? Mmm...
Aku pulak, petang tu sibuk menjahit kain hitam yang nak dipakai waktu bitien. Adeh la... malas tul. Dekat nak kul 4.30pm, in baru balik dari kerja. Abang pun pegi lagi sekolah. Bleh pulak jumpa aweks lama. Cis3. Mak balik dalam kul 5pm.
Malam lepas Isyak, aku dah tercongok depan tv. First keputusan besar yang aku dapat, lembah pantai, sungai siput ngan penang MB. Kawasan aku awal2 sebelum kul 10pm aku rasa dah kuar keputusan. 11k lawan 1k. Kesian pakcik tu ilang wang pendahuluan. Awal2 abang dah pesan, jangan komen kuat2. Mak abah sensitif sket. Hihihi ada pulak cenggitu. Kul 12am, abang dah ngantuk. Tido je lah. Orang nak tengok banyak lagi nih. Last2, kul 2am, sumer dah tido, mak pun dah suh abang pun dah masuk bilik, apa ke hey aku nak duk sensorang lak kan? Tapi rasa terkilan gak sebab tak dengar sampai kul 4am sebab time tu lah baru nampak paten keputusan tu kan. Lagipun adik2 sumer tido depan tv, takut mengganggu la pulak bukak tv kekuat. Best gak dengar perbincangan kat tv3 tu. Yang paling aku ingat, time lintas langsung kat pwtc. Sunyi jek. Muka reporter tu pun cam tak puas ati, sebek dan ala2 temek gitu. Masa tu lepas pengumuman penang tumbang.
Besok pagi, dengar berita. Oooooo gitu ker...???
So, tengahari tu kami balik, dalam kul 12pm gitu. Balik lalu jb. Singgah tebrau city, carik baju abang. Puas carik sumer branch kedai tu, sumer dah takde size M. Tinggal satu lagi branch tak gi, kat sunway pyramid. Tah biler nak pegi tah. Jalan punya jalan, lambat gak kami balik. Sampai2, kemas2 baju, terus tido. Esok nak balik kul 5am. Huargh!!! Ngantuk laaa…
Hari Khamis minggu tu, aku pergi bitien. Bertolak dari cia8t kul 2.30pm. Sampai situ kul 3.30pm. Dapat bilik tingkat 5??? Sempat lah sesat sekejap. Dah, derang tak bagitau pun ada yang ada peta. Derang suh aku yang memegang maklumat sekunder nih lead. Nyaris2 nak pegi PD. Hihihi. At least aku dah tau jalan ke PD dari klia. Hihihi.
Sepanjang di sana, banyak perkara terpaksa off record. Tapi tak strict sangat. Handphone sepatutnya kena serah, ramai yang tak serah. Kemre pun takleh bawak masuk. Pakaian pun derang tak kisah sangat. Amoi2 cinoni tu pakai baju kecik pun derang takleh kata apa. Takkan nak suh balik tukar baju plak kan…
Peserta waktu tu, ada la dalam 113 orang dari pelbagai jabatan (ayat lapor diri nih). Kami dari ksm, kkesihatanm dan kpelajaranm. Kira nya ramai la cikgu dan doktor. Tak masuk lagi pharmacist, dentist dan yang sewaktu dengannya. Semua doktor2 tu dari spital2 dalam n9. Jelebu, pilah, seremban dll.
Banyak benda nak cite dalam bitien ni, tapi macam banyak sangat sampai tahap tak tau nak cite camne. Huhuhu. Cuma yang boleh aku pendek kan is, sayangi kemerdekaan negara. Kebetulan kami pergi pada waktu yang tepat. Seminggu selepas pru12. Tapi yang tak best nyer, tak tau apa jadik kat luar sana. Dengar cite demo kat penang la, suk selangor la, krisis mb perak la. Kalo beli paper pun untuk 5 ari tu, rasanya tak terabis baca. Aku yang beli paper waktu balik ari Isnin tu pun tak khatam lagi baca. Sayang gak terlepas analisis kat tv1 setiap ari sepanjang minggu tuh.
Hari ini, terengganu dah settle kot. Settle pada luarannya lah. Dalam masih membara tuh. Tunggu je lah. Yang penting, jangan sampai tercetus apa2 yang ditunggu2 oleh encik ’belukar’ itu yang membuka peluang dia masuk jarum. So, Malaysian, teruskan hidup cam biasa je lah. Ok? Chow cin cau!
p/s Errr apa kes ketua2 kampung tu letak jawatan ek? Saje carik pasal tu apa ke hey? Nak kena suh gi bitien nih... hihihi... Errr am i turned over???
Thursday, 27 March 2008
Aku Muncul Lagi!!!
Hasil karya AyunasiA pada 2:06 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
ketua kampung skrg ni ada keja lagi ke? letak jawatan je la... duduk rumah jaga cucu ... saja je nak buat isu, geram gak kadang2 eiiiii
Post a Comment