Friday, 31 March 2006

"Teruk ek ayang ni? Tiap ari bangun lambat."
"Takpe la, dulu ayang ulang alik BP-Ganu, tengah jalan, ngadu ngantuk. Sekarang ganti la tido tu."

Heeee. Ada ke ble ganti penat yg setahun tu ngan tido. Kalau mak tau ni... Kalau pregnen da kembo darah, kata Yayu. Isy, bile nak tukar paten tido ek? Asik tido lepas kol 12 jek. Maybe bila da keje kot? Bila la nak dapat keje. Baru ni dapat panggilan inteviu SPA. 5 Mei. Tengok kat site, kawan aku, Ana pun ada. Tapi, tahun lepas pun aku da skip inteviu untuk post tu. Takut... Tak sehsuai tau. Ada ke da belajar bidang tuh, bila nak keje plak takut. Dari pengalaman inteviu SPA sebanyak 3X ni, panelnya ada 2 or 3 orang. Salah sorang dari JPA, salah sorang lagi dari jabatan tuh. Yang dari JPA ni bagi 70% or 80%, the rest orang jabatan yg bagi. Padahal soklan2 dari Jabatan la yg paling membunuh sekali. Yang aku tak tahan gi inteviu dia nih, tiap kali tu lah diaorang suh aku sambung belajar. Wat master. Dah kalau tau nak study, takyah ala aku sesusah mintak keje kan... Nampak sangat tak bagi aku keje tuh. Tensen.

Lupa nak cite, lepas balik dari KL ari tu, Jemaat nya aku balik kota. Tengah malam sampai AT5. Biasalah, kalau kat umah aku, kol 10 tu dah gelap da. Banding umah hubby, malam masih muda. Bangun pagi, mak nak gi kota, keje kawin sedara dia. Lepas abang TP bertolak, kami terus ke Sg Mas, nak tengok baby. Yayu baru je bersalin baby girl. Eeeee cute nya baby. Cenonet jek. Nama dia Nurin Nazura. Tapi sepanjang aku datang tu, satu bunyik pun aku dengar dari mulut dia. Bagus la budak nih. Tak memekak. Hihi. Lepas lunch, aku pun balik. Pas Zuhur, terus balik Semenchu plak. Plan2, petang tu gi Balau. Aku ikut jek. Sampai situ, bendera merah. Ikut kan takle mandi, tapi ada gak org mandi di gigi air. Hubby ngan adik sapit mandi gak. Balik tu da Maghrib. Besok tu, lepas Lunch, balik semula ke BP.

Plan nak berjalan2 cuti semester hubby nanti. Tengok la kalau ada rezeki. Tak tau lagi. Takpun, kalau kompem gi German, spend duit tuk jenjalan kat sana jek kot.

Wednesday, 22 March 2006

Dah lama tak update. Tak kisah lah. Bukan ada regular reader kan. 10-17 Mac, aku ke KL. Kakak aku yg kat Batang Berjuntai tu nak pindah umah baru kat Rawang, Bandar Tasik Puteri. Aku pun tengah free. Duk umah pun, menguruskan umah tangga je. Lagi pun da lama tak kuar umah. Abang bagi pegi. Dia memang risau aku duk umah jek. Nak entertain aku pun takde masa. Pepagi dah gi kelas. Balik umah da Maghrib, terus gi surau. Balik surau sambung buat assignment dll. Kalau aku gi KL tu, kononnya boleh la dia concentrate kan... Padahal dia suka la ble jadi bujang kembali. Macam tak biasa. Baru 3 bulan lebih ni je aku duk umah. Sebelum ni weekend couple je pun. Dia pun yg belikan tiket. Ari Jumaat kul 10. Nak naik kete, minyak da naik. Baik naik bas.

So, ari Jumaat tu, dia pun antar aku gi bus stand. Sedih lak nak tinggalkan dia. Dulu, tiap kali nak balik Dungu*, tiap kali tu lah rasa nak berenti keje. Aku sampai KL kul 1.30pm. Memula akak aku suh turun kat monorel Hang Tuah jek, takut jem nak ke Pudu. Dia pun nak gi Berjaya Time Square amik tepon dia yg direpair. Tapi masa aku sampai tuh dial um bertolak pun dari BB. Tak kose la aku nak tunggu dia kat situ ngan beg yg besar ni kan. So, aku decide nak tunggu kat KL Sentral. Tak kisah la bape lama nak tunggu. Janji kau takyah usung beg kulu kilir. Sampai Pudu, aku terus menapak. Mula ingat nak gi Stesen Ketapi, Sampai Kotaraya, aku da tak larat. Naik Putra je la. Lagi dekat. Tiket gi KL Sentral rm1. Rasanya dulu 8posen jek tak. Sampai KL Sentral, aku teus carik surau n lepak kat situ.

Akak kau sampai dalam kul 5. Kitorang naik Komuter ke Kuang. Dia park kete kat situ. Balik tu singgah makan kat Bukit Badong. Makan nasik, sate, puyuh masak 3 rasa, kailan ikan masin, udang goreng tepung, daging masak merah. Kenyang. Sedap. Malam, gi Rawang, tengok umah sambil bawak barang kecik2. Akak kau tak sewa lori sebijk pun. Dia ada beli furniture sket, so angkut barang sok pakai lori yg bawak benda tu je. Tapi banyak gak benda nak diangkut nih. Aku tolong yg kecik2 jek la.

Esok nya, lepas makan pegi Rawang lagi. Kali ni ni anggap da pindah lah. Malam ni baru lori datang angkut sumer. Dua kali gak ulang alik. Aku da senoneng jek lalu jalan cam ular tuh. Anak sedra aku lak muntah dalam kete. Aku pun da teruwek2. Sekali tuh lori datang petang. Betul2 kitorang baru sampai BB. So, terus angkut benda besar2. Dekat Maghrib gak baru bertolak ke Rawang. Bila kitorang da sampai umah, lori lak tayar pancit. Lambat la pulak. Da la lori tu nak gi Melaka antar orang pindah gak. Tak lah lambat sangat. Sibbaik ada tayar spare yg ok. Pas selesai angkut2, aku teurs tido. Tak larat dah. Tak tengok pun Anugerah Seri Angkasa. Tengok sesikit jek.

Esoknya kerja mengemas plak. Malam tadik tak watpe lepas angkut barang. Tengahari gi BB 2x. Satu beli barang + angkut barang kecik lagi. Dua gi pengantin umah baby sitter. Best jek dapat sebijik bahulu besar. Sedap.

Ari Isnin, akak aku gi sekolah, bagi result SPM. Petang abang TP lak datang. Konon nak tolong kemas. Tapi aku da settle kan sume. Malam kuar makan.

Selasa, akak kau gi sekolah lagi. Aku pun bangun lambat. Potong2 langsir. Sekalinya salah potong. Aku ingat nak wat langsir satu umah. Rupanya kat sliding door jek. Da tak cukup sebab aku potong langsir tingkap nyer dulu. Petang sampai mala aku menjahit je. Kalau mesin jahit camtu, banyak mana pun kau tak kisah. Tak sakit ati.

Rabu, gi Tanjung Karang beli langsir lagi. Balik dah nak malam tapi sempat jahit lagi. Esoknya nka balik.

Khamis, kul 9 bertolak dari Rawang. Sarapan kat hentian Sg Buluh. Berenti2 kat Senawang n Tangkak. Sampai BP kul 1.30pm. Abang takde pun. Kul 2 akak aku teruskan journey ke Kota.

Thursday, 9 March 2006

Malam minggu lepas aku tengok TV3 cinema, tajuk Double Jeopardy. Best sangat. Sanggup tidur kul 2.30. Masa aku duk Dungu* dulu, selalu gak aku tengok slot ni bila takde kelas ari Ahad.

Cite ni bermula dengan sorang pempuan ni di tuduh membunuh suami dia. Dia ada sorang anak lelaki, Matty. So, bila da dijatuh hukuman, dia kena penjara. Anak dia diambil jaga oleh kawan baik dia Angela. Masa mula2 kena penjara tuh, selalu la anak dia dibawa dtg melawat. Tetiba, satu masa tu, da lama dia tak datang. So, pempuan ni (lupa lak nama dia) nak tanyalah kat Angela tu, apasal da lama tak bawa anak dia dtg? Tapi Angela da pindah. Memula dia tak dapat contact Angela tu, last2 ngan tipu helah dia dapat gak no phone. Angela da pindah jauh. Masa pempuan ni call, Angela tu cakap dia nak bawa anak dia weekend nih. Memula dia berat nak bagi Matty cakap ngan anak dia. Lepas dia cakap ngan Matty, sorang lelaki panggil Matty and Matty tu jawab, Daddy! Hah??? Husband dia lum mati sebenarnya. 4 bulan b4 'mati' tu diorang beli insurans 2mil. Kes nak claim la ni.

So pempuan ni terkejut badak la kan. Rupanya, kawan baik dia da kawin ngan laki dia ni. Hampeh! Memang tak guna punya laki! Lepas 6 tahun, pempuan ni dapat parol. Sebelum tuh, ada sorang banduan ni ex-lawyer bagitau kat pempuan nih pasal double jeopardy; seseorang tuh takle dihukum dua kali atas satu kesalahan. Pendek kata, kalau sebelum ni dia dihukum sebab bunuh laki dia, makanya oleh sebab laki dia sebenarnya tak mati, kalau dia bunuh bebetul lenkali, dia takkan kena hukum lagi. Baik dia bunuh bebetul, kan???

So, bila da kuar penjara, dia nak jejak la anak dia. Memula dia cari Angela thru bank account address. Bila dia sampai umah tu, da ada org lain duduk. Tanya kat jiran, Angela ni mati sebab letupan gas klat umah. Dia nak justify, gi kat tempat sotkabar. Memang betul. Dari gambar kat paper, dia jumpa satu lukisan. Dia pun jejak la lukisan ni. Dari situ lah membawa dia kepada laki dia. Laki dia ni dah kaya raya, bisnes auction ke hapa ntah. Masa laki dia nampak pempuan nih, tekejut beruk la gak. Tapi pempuan ni takde bukti nak mengatakan yg laki ni masih idup. Dia da tukar nama 2-3 kali. Pegawai parol dia plak kejar dia sebab dia da kuar daerah mengejar laki dia nih. Last2, rupanya Angela bukan mati tak sengaja, laki dia ni yg bunuh gak. Laki dia da tau tuh, dia gi sumbat pempuan ni dalam keranda . Terkejut pempuan ni, sedar2 dr pengsan, ada mayat kat sebelah. Sibbaik ada pistol, bole la dia bukak keranda tu. Last sekali, pegawai parol dia tolong la selesaikan. Mula2 dia taknak bunuh laki ni, dia cuma nak anak je. Nak bagi laki ni masuk penjara cam dia dulu. Tapi, laki dia ni da tembak pegawai parol tu, dia pun bang! Tembak je la. Sebelum tu, masa tgh acu2 pistol tu dia da bagitau katne anak dia. Masa kat penjara kawan dia ada kata, anak bole kenal mak melalui suara, even anak tu terpisah waktu baru lahir. Lastly, dia dapat anak dia balik. Happy ending...

Monday, 6 March 2006

Pagi Ahad, lepas subuh, terus masak nasi lemak. Siap2, kul 11.30 baru bertolak. Siap bawak bekal nasi lemak lagi. Takut tak sempat lunch. Sampai Kulai baru kul 1pm. Nak singgah masjid, lom masuk waktu. Lenjan je la, solat kat IOI jek. Aku tau , memang ramai orang yg amatz. Apa taknya, memang ramai cam aku, tak pernah umur gi IOI tetiba lak arini nak gi.

Sampai je kat IOI, abang drop me kat depan entrance n go. Lantak pi la dia nak gi mana. Dia pun bagi aku lantak nak gi mana kan... Masuk je dalam, da sesak. Aku jenjalan sket, pastu tu gi surau. Kecoh satu surau ngan mcm2 jenis orang. Bila aku kuar je, terus terbau bau 'Rotiboy'. Eh, setau aku, kat JB ni, cuma ada kat City Square jek. Tgk2, ada satu kedai nama Papparoti, ala2 Rotiboy la. Cuma kedai ni takde jual roti lain selain klon Rotiboy. Tak beli dulu. Kang takle makan lak dalam kesesakan nanti. Waktu tu da 1.45pm. Kat stage, org H*****k tgh wat games, bagi2 adiah. Aku cuba cari port yg sesuai. Yang penting org depan mesti paras2 aku je. Last2 aku gi tingkat 1. Boleh la nampak straight ke stage, cuma aku kat lapisan ke 4 le. Peh! Ramai giler. Rupanya, org kat bawah dah siap bersila dah. Tu mesti datang waktu lalat bangun tuh.

Lebih kurang kul 2.10pm, baru lah the Star sampai. Aku tak nampak hape pun. Cuma dengar org cheer up tu, mesti la pepaham je kan. Pastu aku nampak Pak Atan, duk kat tepi stage. Org sebelah aku ckp, 'adeeee je Pak Atan ni kat mana2'.

Persambahan dimulakan ngan 7 org star; Felix, Amelia, Ekin, Elliza, Kefli, Reza n Yazer, nyanyi lagu anekaragam. La, rupanya tak sume yg datang. Pastu, Elliza nyanyi lagu baru dia, sedap gak. Pastu Mawi nyanyi lagu Gadis Melayu. Diikuti dgn. Amelia, Yazer, Reza, Ekin, Felix, Kefli. Pastu, Mawi n the boys lagi, Mawi lagi,Amelia lagi, Felix lagi. Dah abis tu, jam dah kul 4pm. 2 jam aku berdiri tegak dlm kepanasan. Sebelum abis show, aku dah kuar dari crowd. Baru la terasa penat berdiri lama tadi.

Kendian aku jenjalan, beli roti tadi n tunggu abang kat luar. La... dia lum gerak lagi, tgh minum2 ngan kawan dia. Hangin sungguh. Aku masuk semula. Time tu tgh sesi sign autograf. Aku pun pusing belakang stage. Kebetulan, masa kau betul2 kat belakang tuh, Mawi pun dibawa kuar. Huh... rugi tak bawak kamera. Ada dlm kete. Mawi lalu depan mata aku je. Hmmm tak jadi nak marah abang la camni. Bila aku kuar, abang da tunggu kat stesen minyak tak jauh dari situ. Menapak la aku ke situ. 'Sori bang. Da tak marah da. Hehe.'

Kendian aku ajak abang gi Jusco Tebrau. Saje jek nak tgk2. Memula dia ajak gi Tmn U je. tapi aku kata, bukan nak beli mende pun. Nak tgk je, benda baru. Sampai sana da kul 5.30pm. Masuk parking jek, dapat tiket. Alamak, takkan Jusco kena bayar parking kot. Takpe lah. Since aku tak tau rate parking kat situ, aku decide nak kuar b4 1 hour. Tiba kat info centre, nampak org bagi tiket parking kat guard tuh n pegi. Kat kaunter tu, tulis, free parking. Abang gi la situ. Terus dapat parking free. Lebih kurang Mid Valley la tempat nih. Byk gak kedai. Aussino pun ada. Da abis jenjalan, terus kuar nak balik. Da dekat kul 7. Rupanya parking free utk ahli Jcard. Eh, takde lak dia mintak Jcard tadik. Lantak lak. Tiba kat exit, palang terangkat n sumer lalu tanpa memasukkan tiket. La... gitu ke...

Singgah Maghrib kat Saleng. Waktu sujud, baru lah aku terasa sakit pinggang akibat berdiri lama tadik. Adoi Saleha!!!

Wednesday, 1 March 2006

Abang nak gi makan angin ke German. So, kena start dari sekarang. Aku nak ikut makan angin ke German. Aku pun kena start dari sekarang. Abang, start wat proposal. Aku, kena la start sokong dia wat proposal. Ingat lagi masa wat degree. Aku da grad masa dia wat final project. Dia dapat supervisor yg paling ngeri dalam sejarah senior kami. Sape yg under his supervision, for sure akan extend punyer. Malang nya, kita tak leh pilih supervisor sendiri, so, redha je lah.

Maka nak dijadikan cerita, bila aku nengok projek dia cam tak de progress, aku pun start la takut2kan dia. Aku tau, takkan dia nak extend lak, sedangkan aku da grad, kan? Mulanya dia berat ati gak nak berurusan ngan supervisor dia tuh. Lelama, bila dah tiap ari aku paksa2, dia gi gak. La… takde la ngeri sangat pun. Akhirnya, dia dah memecahkan tradisi. Grad on time walaupun dapat Encik **i* sebagai supervisor. Nak seribu daya, kan…

Sekarang ni, aku dah buat cam dulu gak. Tiap ari aku tanya pasal proposal dia. Huh, ingat senang ker? Assignment banyak. Kelas tiap ari ada. Ok2. Nak gi German tak nih? Bukan masalah nak ke taknak. Memang kena pergi la…So, sebagai langkah awal, semalam, kami gi ke UTM Skudai, berjumpa ngan rakan seperjuangan dia. Kawan ni tgh wat final project kat sana. Tak tau la apa yg nak dibincangkan tuh.

Kul 5.45pm, abang miss call, tanda da nak balik amik aku. Sibuk je nak ikut. Bukan sempat jenjalan pun. Ingat nak gi Jusco baru kat Pandan tuh kalau sempat. Hampeh! Sampai JB da kul 9pm. Jusco mendenya. Takpe lah. Pastu kitorang gi Stulang, makan mi rebus. Memang tiap kali gi JB, aku mesti nak pekena mi rebus nih. Sambil2 nostalgia masa bercinta dulu…

Ari Sabtu ni abang kena gi sini lagi la yang.
Ada apa?
Nak pulangkan contoh tesis kawan nih.
Kita gi ari Ahad bleh tak?
Apasal? (dalam ati: ada ke aku ajak pempuan nih?)
Boleh a… kite bertolak dalam kol 10 or 11. Pastu, abang tinggalkan ayang kat IOI Mall. Lepas abang jumpa kawan tu, abang jemputlah ayang semula. Ek?
:)

Sampai BP lebih kurang 1.15am. Huargh!!! Lepas mandi, terus tido.