Dah lama tak update. Tak kisah lah. Bukan ada regular reader kan. 10-17 Mac, aku ke KL. Kakak aku yg kat Batang Berjuntai tu nak pindah umah baru kat Rawang, Bandar Tasik Puteri. Aku pun tengah free. Duk umah pun, menguruskan umah tangga je. Lagi pun da lama tak kuar umah. Abang bagi pegi. Dia memang risau aku duk umah jek. Nak entertain aku pun takde masa. Pepagi dah gi kelas. Balik umah da Maghrib, terus gi surau. Balik surau sambung buat assignment dll. Kalau aku gi KL tu, kononnya boleh la dia concentrate kan... Padahal dia suka la ble jadi bujang kembali. Macam tak biasa. Baru 3 bulan lebih ni je aku duk umah. Sebelum ni weekend couple je pun. Dia pun yg belikan tiket. Ari Jumaat kul 10. Nak naik kete, minyak da naik. Baik naik bas.
So, ari Jumaat tu, dia pun antar aku gi bus stand. Sedih lak nak tinggalkan dia. Dulu, tiap kali nak balik Dungu*, tiap kali tu lah rasa nak berenti keje. Aku sampai KL kul 1.30pm. Memula akak aku suh turun kat monorel Hang Tuah jek, takut jem nak ke Pudu. Dia pun nak gi Berjaya Time Square amik tepon dia yg direpair. Tapi masa aku sampai tuh dial um bertolak pun dari BB. Tak kose la aku nak tunggu dia kat situ ngan beg yg besar ni kan. So, aku decide nak tunggu kat KL Sentral. Tak kisah la bape lama nak tunggu. Janji kau takyah usung beg kulu kilir. Sampai Pudu, aku terus menapak. Mula ingat nak gi Stesen Ketapi, Sampai Kotaraya, aku da tak larat. Naik Putra je la. Lagi dekat. Tiket gi KL Sentral rm1. Rasanya dulu 8posen jek tak. Sampai KL Sentral, aku teus carik surau n lepak kat situ.
Akak kau sampai dalam kul 5. Kitorang naik Komuter ke Kuang. Dia park kete kat situ. Balik tu singgah makan kat Bukit Badong. Makan nasik, sate, puyuh masak 3 rasa, kailan ikan masin, udang goreng tepung, daging masak merah. Kenyang. Sedap. Malam, gi Rawang, tengok umah sambil bawak barang kecik2. Akak kau tak sewa lori sebijk pun. Dia ada beli furniture sket, so angkut barang sok pakai lori yg bawak benda tu je. Tapi banyak gak benda nak diangkut nih. Aku tolong yg kecik2 jek la.
Esok nya, lepas makan pegi Rawang lagi. Kali ni ni anggap da pindah lah. Malam ni baru lori datang angkut sumer. Dua kali gak ulang alik. Aku da senoneng jek lalu jalan cam ular tuh. Anak sedra aku lak muntah dalam kete. Aku pun da teruwek2. Sekali tuh lori datang petang. Betul2 kitorang baru sampai BB. So, terus angkut benda besar2. Dekat Maghrib gak baru bertolak ke Rawang. Bila kitorang da sampai umah, lori lak tayar pancit. Lambat la pulak. Da la lori tu nak gi Melaka antar orang pindah gak. Tak lah lambat sangat. Sibbaik ada tayar spare yg ok. Pas selesai angkut2, aku teurs tido. Tak larat dah. Tak tengok pun Anugerah Seri Angkasa. Tengok sesikit jek.
Esoknya kerja mengemas plak. Malam tadik tak watpe lepas angkut barang. Tengahari gi BB 2x. Satu beli barang + angkut barang kecik lagi. Dua gi pengantin umah baby sitter. Best jek dapat sebijik bahulu besar. Sedap.
Ari Isnin, akak aku gi sekolah, bagi result SPM. Petang abang TP lak datang. Konon nak tolong kemas. Tapi aku da settle kan sume. Malam kuar makan.
Selasa, akak kau gi sekolah lagi. Aku pun bangun lambat. Potong2 langsir. Sekalinya salah potong. Aku ingat nak wat langsir satu umah. Rupanya kat sliding door jek. Da tak cukup sebab aku potong langsir tingkap nyer dulu. Petang sampai mala aku menjahit je. Kalau mesin jahit camtu, banyak mana pun kau tak kisah. Tak sakit ati.
Rabu, gi Tanjung Karang beli langsir lagi. Balik dah nak malam tapi sempat jahit lagi. Esoknya nka balik.
Khamis, kul 9 bertolak dari Rawang. Sarapan kat hentian Sg Buluh. Berenti2 kat Senawang n Tangkak. Sampai BP kul 1.30pm. Abang takde pun. Kul 2 akak aku teruskan journey ke Kota.
Wednesday, 22 March 2006
Hasil karya AyunasiA pada 5:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment