Tuesday 7 November 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 3 - Trauma

Siap kena paksa Yayu komen nak bagi cukup 5 komen hahaha. Kalau tak sampai tahun depan tak bersambung cerita ni. Okeh, sambung lagi...

Tiba hari selasa, aku dah mula cuak. Biasa lah aku. Sedangkan interview bahasa melayu pun takut, ini kan pulak bahasa jepun. Masa tu aku fikir, entah apa yang aku cuba buktikan sebenarnya ni? Berani benar! Bukan berani sebenarnya. Buat2 berani. Bila tiba hari rabu, mula lah rasa tak nak pergi. Interview tu pukul 1 tengahari. Encik suami pulak tak boleh nak hantar atau temankan. Maknanya aku kena pergi sendiri. Ya Allah... kalau tak pergi apa jadi ek? Kena black list tak? Eh, yang aku takut sangat kena black list tu dah kenapa? Bukan perlu pun aku bekerja. Yes! Itu lah yang aku fikir masa tu. Kenapa aku nak menyiksa diri melalui semua ini sedangkan aku sebenarnya tak perlu pun melaluinya. Takde keje cari keje! Takde sakit cari penyakit! Kebingungan apakah ini???

Hari rabu tu, aku gerak dari rumah dalam 11.30 pagi gitu. Jauh jugak nak pergi tu. Kat mega donki hote yang hala ke gifu. Pernah lah jugak kami pergi donki hote tu. Tu yang aku kompiden je pergi sendiri. Kedai repair ipong ni nama nya ringo apa ke tah, lupa pulak. Tapi ada ringo2 la bunyi dia. Sebab ringo =  apple dalam nihongo. Aku dah siap study dah website diorang ok. Tak pepasal aku tau berapa charge kalau skrin ipong pecah hehe. Diorang bukan service centre apple. Kira bukan untuk repair ipong yang under warranty la.

Sampai2 je situ, aku terus parking kereta. Masa ni masih lagi berbelah bahagi, nak pergi ke tidak. Masalahnya bahasa jer. Tapi itu lah masalah terbesarnya pun. Pastu aku pun masuk la donki hote tu, nak riki2 kedai tu. Aku saje tak lalu betul2 depan kedai tu sebab taknak diorang perasan itu adalah aku. Sebab dia mesti dah tau yang nak datang interview tu gaijin. Bukan banyak pun gaijin kat situ kan. Dari jauh aku perati, kedai ni ada kaunter, pastu ada satu bilik kecik kat tepi dia. Tempat dia repair ipong tu lah agaknya, kan?

Sempat post status kat fb. Kat belakang tu lah kedai ringo tu.

Bila dah pukul 1, aku pun keluar ke pintu masuk utama dan kengkonon telefon orang tu, cakap baru sampai. Bahasa apa aku cakap? Nihongo uolsss. Sila kagum. Tapi entah apa yang aku cakap, aku pun tak pasti. Janji dia faham. Dia faham lah kan sebab pastu dia datang kat aku kat depan pintu masuk tu hahaha. Pastu dia bawak ke kedai dia. Aku pun duduk la kat kerusi customer. Ok, encik ni memang tak boleh cakap english ok. Ko dapat bayangkan tak? Aku dah fikir, mesti tak dapat keje punya lah ni. Cemana nak keje kalau tak boleh berkomunikasi? Rasa nak balik terus je dan2 tu. Sibbaik lah dia cerdik, bukak google translate. Dan dia pun taip lah dalam bahasa jepun, pastu translate english, kendian tunjuk kat aku. Ada la certain2 part yang aku paham apa yang dia cakap. Tapi tak semua la.

Memula dia tengok cv aku. Pastu dia terangkan lah, kalau keje kat sini, memula dia akan hantar gi kursus dulu kat osaka. OSAKA ok. Kursus tu seminggu, semua dia sponsor. Pengajar nya terer cakap english katanya. Masa tu aku pinjam henfon encik suami. So, aku boleh lah tanya encik suami, cemana kalau aku kena pergi osaka seminggu? Beliau ok je. Aku yang tak ok! Kiter ni memikirkan cemana beliau nak makan minum selama seminggu tu. Tapi aku takde langsung keyakinan bahawa itu semua akan terjadi sebab, takkan lah aku boleh dapat kerja ni? Tapi dalam masa yang sama, aku fikir lah jugak, macamana aku nak aturkan masa bila kena pergi kursus tu. Pastu cemana aku nak pergi kerja setiap hari sebab agak jauh tempat tu. Public transport agak sukar sebab kena tukar2 train dan bas. Tak kuasa ar kan. Kalau naik kereta, kena kira duit minyak pulak. Tak tau lah kalau boleh claim ke kan. Sebab kalau naik public transport biasanya boleh claim. Parking takde masalah sebab free je park kat situ. Waktu kerja pun flexible. Aku dah plan nak masuk keje pukul 1pm, balik pukul 6pm. Fikir dah fikir, cuma tak yakin pun boleh dapat. Kalau tak dapat pun takpe. Takyah kerja langsung pun takpe lah.

Eh, apa cerita dengan permohonan kerja housekeeping yang mula2 aku hantar cv tu ek? Ceritanya, dalam seminggu kemudian diorang ada call, tapi nombor telefon encik suami lah kan. Orang tu pulak cakap jepun, manalah beliau faham. Last2 diorang hantar surat, pulangkan balik cv dan bagitau tak berjaya sebab aku hantar lambat. Selepas tu baru aku pergi halo work yang kali kedua tu rasanya.

Ok, berbalik kepada kedai ipong. Habis je interview tu, aku terus je balik. Dia cakap apa2 hal dia akan call. Masa tu macam dia nak suruh aku masuk kelas nihongo kat halo work tu ke haper tah. Huaaa tak sanggup aku! Biarlah tak dapat keje pun.

Selang beberapa hari, orang halo work call bagitau tak berjaya jugak. Feh! Lega pulak aku rasa. Boleh?

Bersambung... Next, berehat dari job hunting. Teruskan beri 5 komen ek. Tak tergamak nak up kan sampai 10 komen huhuhu.

5 komen:

Yayu said...

#naktauciteseterusnya

eita said...

#lagilagilagi

Anonymous said...

Sila berbesar hati untuk sambung lg...

Anonymous said...

Nyesal baca blog ni..Tak sabo nk tggu episod seterusnya..

nazayiena said...

next...