Tuesday 21 November 2017

Bunga Ume Di Nagoya Agricultural Centre 2017


Mari kita ikuti selingan ya tuan-tuan dan puan-puan. Aku serius bila kata at least 5 komen sebelum aku sambung cerita kerja tu. Dan korang pulak jujur nor komen atas nama sendiri sekali/orang. Padahal boleh je komen 100x pun. Guna lah nama anonymous. Bukan aku tau pun. Tapi takpe lah. Aku menghargai kejujuranmu itu. Dapat lah aku masa untuk taip lebih panjang lagi entry seterusnya. Atau pun, macam ini. Masukkan entry selingan. 

Sebenarnya aku berazam sejak mula lagi untuk tulis lagi cerita pasal nihon sebab tak sempat nak update kat sana. Banyak kot. Rasanya sejak aku bekerja tu, sekali sekala je aku update. Itu pun kalau ada perkara besar2 berlaku. Selebihnya, macam tengok bunga ume ni, aku skip kan jer sebab tiap2 tahun pun pergi tengok. Orang pun menyampah. Eh. Tapi ni nak tulis jugak? Eh sukati lah kan.

Okeh, bunga ume ni seperti biasa lah, dia keluar tengah bulan mac. Lebih kurang 2-3 minggu sebelum sakura. Dan bila tengok ume ni, lebih kurang je macam sakura. Oleh kerana aku tak sempat nak jumpa musim sakura, maka terpaksa lah aku tengok ume ni jer. Sape paksa tah. Eh, tapi kan, sebenarnya aku pernah pergi Nagoya Agricultural Centre (NAC) ni sekali je kot. Dua tahun berikutnya aku lebih suka tengok ume di Togokusan. Errr dan rasanya aku sorang je yang suka pergi togokusan ni. Terutama untuk tengok sakura pink shidarezakura tu. Tak tau lah kenapa orang lain tak teruja pun tengok sakura pink yang aku suka sangat tu. Kenapa eh? Ok, takyah jawab.

Baik lah. Lawatan ke NAC ni berlaku kalau tak salah aku pada 7 Mac 2017. Eh, masih dalam tahun ini? Maksudnya baru lagi lah kan? Oh yaaa bila tengok gambar pertama ni baru teringat, kenapa aku tak pergi sini selepas kali pertama tu. Sebab sini kereta kena bayar parking 500 yen hihi. Dasar kedekut. Ke sebab trauma wallet tercicir? Kat sini lah walet encik suami pernah tercicir dulu. Wallet tercicir di tempat awam yang tengah ramai orang dan dijumpai semula dalam keadaan 100% baik. Mana nak dapat?

Okeh, mari lihat gambar sambil bercerita.

Pintu pagar NAC. Setiap kali musim ume, akan ada festival di sini. 

Festival maksudnya ada gerai2 jualan. Makanan dan kraftangan selalunya.

Food truck. 

Ume ialah sejenis bunga berjurai.

Panjang sekali tangkainya.

Aaahhh... breathtaking view.





Kat sini kebanyakan pokoknya dibonzaikan camni. 

Canteknya awak!






Pose wajibnya ialah di celah2 bunga camni.
















Selain bunga2 ni, kat situ juga ada reban ayam dan kandang haiwan. Dah nama pun agricultural centre kan. Tapi ayam2 ni dibuat pameran je. 

Ayam apa ni? Albino?

Mak hayam.

Jagoh!

Zaman dulu2 pernah juga nampak ayam rupa macam ni. Tak tau pulak bezanya. 




Duduk ramai2 ni nak suruh bertelur ke apa?

Bebiri pun ada.

Lembu frision.

Lembu punya susu. Ada juga demonstrasi memerah susu.













Takkan nak jadi lembu kot.

Ok, sambung tengok bunga balik.



Sekebun nanohana.


Tetiba nampak macam banyak pulak bunga ni. Padahal sikit je.







Pokok ni renek dan rendang. Sebab tu kena duduk. Jawab soalan sebelum disoal.



























Warna putih pun ada.


Macam dulu pun pernah ambik gambar kat sini.




Kenapa lah dia tak kasi masuk kawasan ni. Kalau tak mesti ramai dah bentang tiko kat bawah tu.









































Bamboo dan jepun tak boleh dipisahkan.

Pemandangan dari rumpun buluh.






Tersilap bokeh.









Pose wajib hihi.







Tapi belakang tu cantik.








Nyampah tul tengok... nampak sedap hotdog ni.

Lemonade anyone...








Last kopek sebelum balik. Pokok yang mula2 tadi. Nampak sama je kan.

Hai!

Hoi!


Ok dah... jom balik. Rasanya ini destinasi kedua terakhir tengok bunga kami di jepun. Minggu depannya kami ke togokusan pulak. Tapi macam tak berapa best. Tengok lah, kalau rajin aku upload kat sini. Kukatakan kalau.

0 komen: