Wednesday, 29 November 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 4 - Rezeki


Sejak itu, aku dah macam trauma nak cari kerja lagi. Cukup lah 2 pengalaman mintak kerja, dengan 1 interview ni. Serik! Sementara tu, si siham ngan eleen pulak dah banyak pergi interview dah. Semua tak dapat. Ada yang tak dapat sebab pakai tudung, tapi yang banyak nya sebab masa nya tak kena. Diorang kan student, masih banyak kelas. Aku pulak buat tak dengar je lah bila diorang citer pasal cari kerja. Sebulan jugak lah fikiran aku lapang dari memikirkan soal kerja ni. Adoi... cari pasal betul.

Tiba2, pada suatu hari, masa aku pergi program liqo' kat rumah diorang, eleen tanya aku, kalau2 aku nak ikut dia kerja. Tempat tu memang tengah cari orang. Tak pandai nihongo pun takpe. Ok, itu point yang paling penting sekali. Masa tu eleen dah dapat kerja tu, nak mula minggu tu. Aku pulak, macam malas pulak dah nak kerja. Masa tu jugak, si jaha dah balik. Kan aritu dia dah dapat kerja tapi belum komfem lagi kan? Bila dia balik, tempat kerja tu dah tak terima lagi dah. Kekosongan dah terisi la kiranya. Lalu aku pun terfikir nak ajak jaha pi try mintak kerja tu. Kerja housekeeping juga.

So, bila jaha dah setuju, aku pun setuju lah nak mintak kerja. Ada geng ni lain sikit. Geng yang sama2 tak paham nihongo, tu yang penting hihi. Memula eleen akan bagitau boss dia yang dia nak bawak kawan. Actually boss tu yang suruh ajak kawan2. Bukan dia mandai2 sajer2 ajak. Pastu dia suruh datang interview hari jumaat. Bawak cv sekali. CV yang sama cam aritu juga. Pastu hari khamis, dia postpone pulak, suh datang hari ahad. So, hari ahad tu lah kami pergi. Aku ada tulis dalam entry ni yang aku ada urusan penting pagi tu. Interview ni lah urusan penting tu sebenarnya hehe.

Jadi, pada pagi hari ahad nan hening dan hujan gerimis itu, aku pun pergi lah ke hotel itu bersama2 eleen yang juga bekerja pada hari itu. Janji jumpa ngan azhar kat stesen motoyama. Keluar2 je kami dari stesen fushimi, mamat yang nak interview kami tu dah menunggu. Dia kira macam supervisor ar gitu. Sepatutnya interview ngan bos dia, kato-san. Tapi dia takde pulak hari tu. Sampai situ, bagi resume segala bagai, terus lah diskas nak keje hari apa, pukul berapa sekian3. Basically waktu check out hotel ni ialah pukul 10 pagi dan check in pukul 3 petang. Kalau waktu kerja normal untuk staf yang permanent diorang keje 8-5. Tapi untuk baito, boleh la pilih waktu yang sesuai dengan diri. Macam azhar dia nak keje full 28 jam seminggu, so dia nak masuk pukul 10 balik pukul 3, ahad hingga jumaat. Cuti hari sabtu jer. (eh jap. aku pun lupa cuti hari jumaat ke sabtu?) Memang keje 5 jam, tapi diorang tolak waktu rehat 30 minit sehari. So kiranya 4.5 jam ar tempoh keje sehari. Tapi bila dah balik tu azhar tukar pulak, masuk pukul 9 balik pukul 3, ahad hingga khamis. Dapat lah cuti 2 hari.

Sementara aku pulak, masuk keje pukul 10 balik pukul 3, selasa hingga jumaat. Keje 4 hari je sebab aku tak nak ada rasa monday blues tu. Tuesday blues takpe hehe. Lagi pun aku tak nak keje lebih2 sangat sebab nanti dah rugi lah status cuti tanpa gaji aku tu. Dah lah balik mesia nanti terus masuk keje semula. Tambahan lagi, masa bulan 9 sebelum tu aku kan ada pergi renew passport kan. Nanti mesti kena pergi tokyo lagi untuk ambik passport tu. Kalau aku kerja sepanjang hari minggu, bila masa pulak aku nak pergi ambik passport tu. Walau pun satu hari je pun nak kena pergi tu, tapi tetap lah aku malas nak pikir cemana nak ambik cuti. Pendek kata, aku selesa lah dengan waktu kerja 4 hari 5 jam seminggu ni. Masuk keje pun lewat, dapat lah menampung keperluan tido sekurang2nya 8 jam sehari tu kan hehe. Tapi serius ar... selepas aku bekerja ni, aku dah tak mengalami pening kepala akibat terlebih tido lagi dah. Kalau tak tu, memang pening sokmo la asik tido lambat bangun pun lambat. Itu salah satu kebaikannya lah.

Ok, lepas interview tu, kami pun balik. Bila start keje? Nanti dia akan bagitau kat eleen. Besok ke lusa tu dia bagitau boleh start keje hari jumaat. Pastu dah hari khamis dia kata hari ahad pulak sebab pinoy yang boleh cakap english tu cuti ke haper tah hari jumaat tu. Dapat lah rehat 2 hari lagi.

AKU DAPAT KERJA KAT JEPUN WEH!!!

Tuesday, 21 November 2017

Bunga Ume Di Nagoya Agricultural Centre 2017


Mari kita ikuti selingan ya tuan-tuan dan puan-puan. Aku serius bila kata at least 5 komen sebelum aku sambung cerita kerja tu. Dan korang pulak jujur nor komen atas nama sendiri sekali/orang. Padahal boleh je komen 100x pun. Guna lah nama anonymous. Bukan aku tau pun. Tapi takpe lah. Aku menghargai kejujuranmu itu. Dapat lah aku masa untuk taip lebih panjang lagi entry seterusnya. Atau pun, macam ini. Masukkan entry selingan. 

Sebenarnya aku berazam sejak mula lagi untuk tulis lagi cerita pasal nihon sebab tak sempat nak update kat sana. Banyak kot. Rasanya sejak aku bekerja tu, sekali sekala je aku update. Itu pun kalau ada perkara besar2 berlaku. Selebihnya, macam tengok bunga ume ni, aku skip kan jer sebab tiap2 tahun pun pergi tengok. Orang pun menyampah. Eh. Tapi ni nak tulis jugak? Eh sukati lah kan.

Okeh, bunga ume ni seperti biasa lah, dia keluar tengah bulan mac. Lebih kurang 2-3 minggu sebelum sakura. Dan bila tengok ume ni, lebih kurang je macam sakura. Oleh kerana aku tak sempat nak jumpa musim sakura, maka terpaksa lah aku tengok ume ni jer. Sape paksa tah. Eh, tapi kan, sebenarnya aku pernah pergi Nagoya Agricultural Centre (NAC) ni sekali je kot. Dua tahun berikutnya aku lebih suka tengok ume di Togokusan. Errr dan rasanya aku sorang je yang suka pergi togokusan ni. Terutama untuk tengok sakura pink shidarezakura tu. Tak tau lah kenapa orang lain tak teruja pun tengok sakura pink yang aku suka sangat tu. Kenapa eh? Ok, takyah jawab.

Baik lah. Lawatan ke NAC ni berlaku kalau tak salah aku pada 7 Mac 2017. Eh, masih dalam tahun ini? Maksudnya baru lagi lah kan? Oh yaaa bila tengok gambar pertama ni baru teringat, kenapa aku tak pergi sini selepas kali pertama tu. Sebab sini kereta kena bayar parking 500 yen hihi. Dasar kedekut. Ke sebab trauma wallet tercicir? Kat sini lah walet encik suami pernah tercicir dulu. Wallet tercicir di tempat awam yang tengah ramai orang dan dijumpai semula dalam keadaan 100% baik. Mana nak dapat?

Okeh, mari lihat gambar sambil bercerita.

Pintu pagar NAC. Setiap kali musim ume, akan ada festival di sini. 

Festival maksudnya ada gerai2 jualan. Makanan dan kraftangan selalunya.

Food truck. 

Ume ialah sejenis bunga berjurai.

Panjang sekali tangkainya.

Aaahhh... breathtaking view.





Kat sini kebanyakan pokoknya dibonzaikan camni. 

Canteknya awak!






Pose wajibnya ialah di celah2 bunga camni.
















Selain bunga2 ni, kat situ juga ada reban ayam dan kandang haiwan. Dah nama pun agricultural centre kan. Tapi ayam2 ni dibuat pameran je. 

Ayam apa ni? Albino?

Mak hayam.

Jagoh!

Zaman dulu2 pernah juga nampak ayam rupa macam ni. Tak tau pulak bezanya. 




Duduk ramai2 ni nak suruh bertelur ke apa?

Bebiri pun ada.

Lembu frision.

Lembu punya susu. Ada juga demonstrasi memerah susu.













Takkan nak jadi lembu kot.

Ok, sambung tengok bunga balik.



Sekebun nanohana.


Tetiba nampak macam banyak pulak bunga ni. Padahal sikit je.







Pokok ni renek dan rendang. Sebab tu kena duduk. Jawab soalan sebelum disoal.



























Warna putih pun ada.


Macam dulu pun pernah ambik gambar kat sini.




Kenapa lah dia tak kasi masuk kawasan ni. Kalau tak mesti ramai dah bentang tiko kat bawah tu.









































Bamboo dan jepun tak boleh dipisahkan.

Pemandangan dari rumpun buluh.






Tersilap bokeh.









Pose wajib hihi.







Tapi belakang tu cantik.








Nyampah tul tengok... nampak sedap hotdog ni.

Lemonade anyone...








Last kopek sebelum balik. Pokok yang mula2 tadi. Nampak sama je kan.

Hai!

Hoi!


Ok dah... jom balik. Rasanya ini destinasi kedua terakhir tengok bunga kami di jepun. Minggu depannya kami ke togokusan pulak. Tapi macam tak berapa best. Tengok lah, kalau rajin aku upload kat sini. Kukatakan kalau.