Wednesday, 19 August 2015

Rutin Kehidupan di Nag0ya - Part I


Selepas difikir2kan balik, aku rasa macam dah tersasar dari jalan lah. Mula2 dulu kan aku kata nak tulis blog sepanjang kat jepun ni, supaya boleh dijadikan panduan juga kan? Tapi sekarang? Dah lah jarang update, kalau ada pun, tak mengandungi apa2 pun. Mungkin sebab aku dah rasa sesuatu perkara tu dah jadi benda yang biasa dan rutin, so takyah lah tulis sebab orang dah tau. Padahal, mungkin benda tu rutin dan biasa bagi aku, tapi sebelum datang jepun ni, aku pun tak tau dan ingin nak tau, kan? Contoh macam pasal sampah. Tiap2 hari buat benda tu, nak cerita pun nanti nampak macam poyo pulak. Tapi sebenarnya kalau aku tak cerita, korang pun tak tau, kan? Maka, hari ni aku nak cuba korek balik isu2 yang masuk dalam kategori ini. Selain sampah, mungkin aku boleh ceritakan tentang gas, basikal, rumah, cuaca, tv, atm, post office dll... benda2 macam tu. Yang biasa2, tapi berbeza dengan malaysia. Isy, banyak sebenarnya.

Ok, baik aku mulakan sekarang.

Sampah / Gomi

Selama ni kat mesia, kita dah biasa sebenarnya dengan sistem kutipan sampah berjadual. Ada je jadual kutipan tu dipacak kat tepi jalan taman perumahan tu, tapi aku tak pernah nak ambik tau. Tau ada dua jenis sampah iaitu sampah domestik dan sampah pokok2. Tau je lah. Bila dia kutip, aku pun tak ambik tau. Rasa nak buang sampah, buang je lah dalam tong sampah depan rumah tu. Yang aku tau, bila dengar lori sampah nak datang, cecepat tutup pintu tutup tingkap. Itu je lah kaitan aku dengan sampah. Selain pembuat sampah la hehe. Sebabnya, aku tak pernah pun buang sampah ke dalam tong sampah di depan rumah tu. Percaya tak? Percaya lahhh... Memang selama ni encik suami lah yang tukang bawak sampah dari dapur ke depan rumah. Kerja busuk2 ni kiter serah kat dia ekekek.

Sampai kat jepun pulak, sampah adalah sesuatu yang penting. Tak boleh main campak dan buang gitu je. Kena fikir dulu sebelum buang lah kiranya. Sistem sampah di sini sama lah macam kempen kitar semula kat mesia tu. Tin tin aluminium? Awas! Mereka mahukan kitaaa!!! Maksudnya kena asingkan lah benda2 yang boleh dikitar semula. Tapi, bukan untuk dijual di pusat kitar semula.

Kalau kat nagoya ni, ada 3 warna/jenis plastik sampah. Merah, biru dan hijau.

Kalau masa kat kampung dulu, sampah2 dibuang di dalam lubang belakang rumah, kendian dibakar. Kiranya, setiap rumah ada pusat incinerator sendiri la hahaha. Tapi best apa, bakar sampah daun. Ala2 fogging gitu. Berasap satu rumah. Leh campak keledek sekali dalam tu.

Eh apa yang aku mengeradau ni? Sebenarnya nak cite, plastik merah dikhususkan untuk sampah yang boleh dibakar (burnable/combustable). Atau pendek kata, sampah2 biasa la. Sampah yang boleh dikitar semula macam plastik pun boleh dicampak ke dalam plastik sampah merah ni kalau malas bersihkan. Kalau angin tengah rajin, aku basuh la jugak plastik bungkusan ayam ke, hape. Siap sidai lagi sampai kering. Tapi kalau malas, humban je lah dalam plastik merah ni.

Hari untuk membuang sampah ni pulak berbeza mengikut ward. Cam rumah aku showa-ku, sampah ni dibuang pada hari Selasa dan Jumaat. Masa duduk hostel dulu, chikusa-ku, sampah dia hari Isnin dan Jumaat kot. Dah lupa lah pulak.

Plastik putih, cuma printing dia yang merah. Kadang2 ada jugak plastik kuning. Gambar owl tu logo nagoya sebenarnya. Kiranya lain negeri, lain la plastik nya.  Nampak tak ada 3 benda yang dipangkahkan tu. Kiranya ada juga benda yang boleh dibakar tapi tak boleh dibuang dalam plastik merah ni. Contohnya pet bottle. Pet bottle tu botol2 air. 


Sementara itu, sampah yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, botol plastik, tin, plastik dan kertas boleh dibuang seminggu sekali iaitu pada hari Rabu. Plastiknya berwarna biru. Tapi kena asingkan la semua benda tu. Biasanya kami kumpul sampah plastik ngan kertas je sebab kat kuar kedai kombini bawah rumah kami ni ada tong sampah untuk botol dan tin. Buang kat situ je senang. Kalau kat kaikan dulu lagi lah ada tempat khas untuk buang kotak air. Kena gunting cantik2.

Pastu botol jenis tin canister macam spray nyamuk, gas memasak sumer tu pun kena guna plastik biru ni. Tapi waktu buang dia sama macam sampah merah, 2 kali seminggu.

Plastik untuk sampah plastik dan kertas.

Dan akhir sekali, plastik sampah hijau digunakan untuk membuang barang yang tak boleh dibakar seperti cawan, pinggan, gelas, alat elektrik yang kecik2, mentol, periuk dan sebagainya. Sampah ni boleh dibuang sebulan sekali. Rabu pertama setiap bulan. Macam aku, sampah jenis ni buang setahun sekali pun susah.


Masa sebelum datang sini dulu, aku pernah baca pasal satu benda ni yang boleh menukar minyak kepada bentuk pepejal. Tapi bila sampai sini, takde saper la pulak bagitau aku pasal benda alah tu. Kira sepanjang duduk kat hostel dulu aku buang minyak dalam bentuk cecair la. Bila pindah rumah ni baru lah aku diperkenalkan dengan benda alah tu. Dia dalam bentuk serbuk. Kena masukkan ketika minyak tengah panas. Nanti dia akan melarut dalam minyak tu. Dan bila sejuk, minyak pun dah jadi pepejal. Ada satu lagi kekdah, dia guna benda yang macam pads. Kira benda tu menyerap minyak tu lah. Tapi aku tak pernah guna yang camtu sebab aku rasa benda alah serbuk ni pun dah cukup bagus dah. Banyak je benda ni dijual. Kat daiso pun ada. Harus akan ku borong benda alah ni sebelum balik nanti.


Gas

Selama ni tengok cite oramputih je ada sistem gas berpaip kat rumah. Rupanya kat jepun ni pun ada. Setahu aku, ada 2 jenis gas yang digunakan dalam sistem derang ni. Satu gas LPG dan sat lagi gas-tak-tahu-nama-tetapi-yang-digunakan-kat-rumah-aku ni ha. Aku panggil gas 13A/12A je sebab masa nak beli dapur dulu, derang suh pastikan dulu jenis gas yang disupplykan ke rumah kite. Dan pada badan dapur tu pun ada sebut dapur tu guna gas LPG atau gas 13A/12A. Kalau LPG tu sama lah macam yang digunakan kat mesia, kan? Dan boleh lah agaknya dapur tu dibawa balik ke mesia kot.



Selain untuk memasak, gas ini juga menjadi sumber tenaga bagi memanaskan air, samada di sinki atau pun bilik air. Water heater kat sini tak guna pemanas elektrik. Dia guna api dari gas untuk memanaskan air tu. Tapi aku tak pasti lah sama ada sekarang ni wujud water heater elektrik macam kita tu. Tapi kalau heater untuk bilik air aku, dia kena guna elektrik juga untuk control suhu dia. Heater untuk sinki pulak menggunakan gas semata2. Controller dia guna manual jer. Maksudnya kalau kita kuatkan api tu, lagi panas lah air tu. Aku pun baru pasang heater tu masa PIL datang tahun lepas. Sukati je orang tu explain kat FIL cara nak guna. Buat2 paham je lah. Masa tu aku keluar bawak budak2 ni soping. Encik suami pulak ada keje kat lab. Bagusnya ada heater kat sinki ni, senang time nak defrost ayam daging. Tapi kalau rumah2 baru zaman sekarang, heater dia dah sekali harung untuk bilik air dan sinki. Rumah kami je yang masih di zaman ortodox hehe.

Heater untuk bilik air.

Heater untuk sinki.

Selain itu, gas juga digunakan dalam alatan pemanas udara. Aku ada satu heater jenis ni. Tapi bila pasang, humangaih... terus bil melambung. Heater ni pun menggunakan kawalan elektronik.

Nanti aku cerita pasal jenis2 heater pulak ek.

Internet / WiFi

Eh, aku lupa nak cerita ek yang aku dah ada line internet kat rumah sendiri. Dulu masa mula2 pindah kan aku share dengan kawan rumah bawah ni kan. Bil dia 5000 yen, so kami bahagi dua sorang 2500 yen. Tapi bermula bulan April yang lalu, kami dah pun terputus hubungan dengan internet rumah bawah ni dan melanggan line yang baru.

Alkisahnya, internet yang lama tu ada masalah. Line tu namanya NTT under docomo. Bila malam jek, line jadi siput. Dah lah malam2 tu lah time aku nak streaming tengok bola segala kan. Time tu lah dia nak menyiput. Kawan tu dah pernah call kompeni tu tanya apa masalahnya, tapi alasan yang diberi sungguh mengecewakan. Katanya time tu orang sumer balik keje dan banyak guna internet. Apakah? Tapi kenapa kawan yang satu bangunan jugak, guna pakej yang sama, takde problem ni pun? Alpelik wal ajaib lah kan? Setahun jugak lah aku bersabar dengan situasi ini. Mula tu aku ingat slow sebab kami share tu ke kan. Tapi pelik la pulak bila kawan tu takde kat rumah pun sama jugak. Dan akhirnya, kami mengambil keputusan untuk berpisah.

Line internet kami yang baru ni bernama Starcat. Meow meow! Kami ambil pakej yang ada kontrak 2 tahun. Memang cukup2 la time kami balik nanti. Insya Allah. Dia ada yang takde kontrak, tapi mahal sikit la. Yang ada kontrak ni murah sikit. Sebulan cuma 3780 yen termasuk tax. Yang bestnya, masa mula2 pasang tu, kami tak payah bayar selama 2 bulan. Baru je start bayar bulan 6 aritu.


Yang magiknya, dia punya installation tak guna line telefon pun. Sebaliknya dia gunakan kabel tv! Wow! Masa dia pasang tu aku perati je dia buat. Tunggu jugak lah dia nak tarik kabel telefon ke kan. Sekali tiba2 je dah siap. Dia tarik dari kabel aerial tv, pastu baru dia split ke tv dan modem. Sebenarnya rumah kami ni memang sedia ada langganan kabel tv. Bayar bulanan masuk sekali dalam sewa rumah. Agaknya dia masuk ikut situ lah kot. Pastu bila melanggan internet ni, dia kasi satu channel tv starcat lagik. Errr tapi aku jarang lah tengok tv jepun ni. Encik suami je rajin bukak.

Cuba teka berapa speed internet kami yang baru ni...

120Mbps!

Teringat aku punya streamyx aritu. 384kbps jek hahaha.

Itu bab internet kat rumah. Bila keluar, aku selalu tether dari henfon encik suami jek. Bukan selalu pun. Pastu sekarang ni dah mula meluas free wifi di merata2 tempat di jepun ni. Dia bagi ni khusus untuk pelancong sebenarnya. Free Wifi Passport nama id dia. Laku untuk 14 hari jek. Aritu masa adik2 datang, derang komplen ar susah takde free wifi time jenjalan. Sekarang ni dah senang kot. Kelmarin aku pergi makan kat kedai ariana pun ada wifi ni. Aku pergi aeon pun selalu dah ada dah.

Sebelum ni, memang banyak free wifi ni disediakan merata tempat, tapi dia bagi kepada pengguna telefon kat sini jek. Kiranya kalau kite ada pakej data, pergi tempat yang ada free wifi ni, boleh lah offkan data kite tu. Boleh jimat data la kan.

Ok, macam dah panjang je cite aku ni ek? Kite bersambung di lain kali je lah.


0 komen: