Aktiviti wajib semasa musim panas adalah mandi sungai. Atau mandi laut. Tapi kalau mandi laut, panas dia lain macam la kan. Jadi, kali ni kami tak pergi mandi laut seperti tahun lepas.
Mandi sungai kali ini berlangsung pada 25 Julai yang lalu. Kami pergi berlima kereta. Seperti biasa, menu adalah potluck. Aku seperti biasa juga lah, bawak nasi goreng. Takde menu susah2 sebab malam sebelum tu kami semua pergi open house di rumah nurul&jack. Kat situ lah baru diskas siapa nak bawak apa. Dipendekkan cerita, kami bertolak dari rumah kira2 jam 9 pagi. Sepatutnya 8 pagi. Huh! Rugi sejam tido aku. Ok, cerita melalui gambar ya...
|
Semua pergi lalu highway. Jammed sikit sebelum keluar highway nagoya dan masuk highway tokuriku apabendatah. Tu pun memula tersalah masuk jalan. Sama macam last year. Dahhh kena bayar tol 700 yen 2 kali. Lenkali ingat, sekali je masuk ring. Pastu terusss jek. Kalau tak kompiden, takyah masuk highway dari awal. Mulakan dari higashi-betsuin pun boleh. Jimat pun jimat. Tapi dah nama pun konvoi kan... Tapi lepas jammed ni pun semua terpisah jugak. |
|
Dah nampak sungainya. Keluar di exit Mino. Tetiba kami je yang sampai dulu. Derang semua berenti kat r&r sebelum exit ni. |
|
Tengok kat tempat last year, takde orang. Kete pun takde parking kat tepi jalan. Kenapa eh? Jadi, kami terus pergi ke lokasi alternatif. Tapi nak masuk sini kena bayar. Air pun deras kemain. |
|
Makcik penjaga kat situ. Ni dia tengah uruskan barang2 seorang pengunjung yang ingin diangkut ke tapak camping nun di bawah sana menggunakan gondola. |
|
Semapt la makcik tu sembang dengan kami. Dia kata masa typhoon tu ari, air naik sampai ke atas batu2 tu semua. |
Selepas semua sampai dan membuat survey, kami semua sepakat untuk pergi ke lokasi yang satu lagi. Tapi lagi mahal. Sorang kena bayar 400 yen. Kereta sebuah 500 yen. Tapi air kat situ tak deras.
|
Tempat ni lebih landai dan tenang. |
|
Cantik pulak tu. Dah macam tepi pantai lagaknya. |
|
Dah aim tempat nak berendam. |
|
Budak2 la yang paling tak sabar nak terjun. |
|
Kakak Tina. |
|
Tikar pun dah siap bentang. Cer teka yang mana satu tikar kami? |
|
Khemah pun dah siap pasang dan pacak. |
|
Final touch. |
Tiba2... jeng jeng jeng...
Datang pulak penjaga tempat tu, bagitau, tak boleh mandi kat sini. Kenapa? Sebab baru sat tadi ada orang lemas. Polis nasihatkan jangan mandi. Dan makcik ni pun takmo merosakkan reputasi tempat dia ni kalau apa2 terjadi. Pulak tu dari tempat ni boleh nampak jalan raya dan polis pulak asik la berlegar2 kat situ. Ooo patut lah tadi tengok takde orang kat tempat last year.
So? Nak buat cemana? Takkan datang sini semata2 untuk makan tanpa bermandi manda? Diskas2 dengan makcik tu, dia kata boleh refund. Dan kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke tempat pertama tadi. Pelik pulak, makcik tempat ni ok jek kier nak mandi manda kat situ. Padahal tempat dia lagi deras dan agak bahaya.
Maka terpaksa lah kami bukak semula khemah tu tadi. Tapi yang paling penting, semua pun dah kelaparan. Makan dulu...
|
Berpindah ke tempat baru. Kat sini kena bayar 300 yen seorang je. Parking kete free. |
|
Ada jambatan untuk pergi ke tapak perkhemahan nun di bawah sana. |
|
Nak berendam pun di gigi2 air jek. Tak berani ar nak ke tengah. |
|
Saper berani? |
|
Suhu persekitaran tersangat lah panasnya. Tapi air, tersangat lah sejuknya. |
|
Pasang semula khemah tadi. |
|
Sabo je la... |
|
Tempat lepak pun berbatu2. |
|
Tapi makan tetap lah makan. Mee goreng rody. |
|
Cucur jagung dan french toast ke tu? |
|
Nasi gorengku. Tapi, aku tak suka makan nasi goreng sejuk. |
|
Teknik one third katanya. |
|
Pedas vs tak pedas. |
|
Errr ok... sempat la merasa seminggu duduk di puncak liga. |
|
Apa agaknya projek dua beradik ni? |
|
Ooo... projek kincir air rupanya. |
|
Aqeel. |
|
Rayyan. |
|
Kita shoot dia, dia shoot kite balik. |
|
Nampak tak orang kat belakang tu masih dalam kedudukan yang sama dengan gambar sebelum ini? |
|
Bersidai di tepi sungai. |
|
Ok, masa untuk pulang. |
|
Mintak tolong makcik tu ambikkan gambo. |
|
Free style hehe. |
|
Makcik tukang ambik gambo. |
|
Pemandangan pulang yang mendamaikan. |
|
Lokasi tahun lepas yang masih ditenggelami air. |
|
Tunggu 2-3 minggu lagi, surut la kot. |
|
Mu tunggu aku datang lagi. |
Keluar je highway, aku terus terpengsan. Sedar2 dah dekat nak sampai. Tapi kami singgah makan dulu kat kedai turki baru.
Sekian.
0 komen:
Post a Comment